Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Wednesday, December 30, 2009

KENAPA HUDUD DALAM ISLAM SANGAT KEJAM?

Mengapa Islam memperkenalkan undang-undang yang cukup zalim seperti membunuh orang murtad, memotong tangan pencuri, rejam lelaki atau perempuan berzina yang sudah berkahwin sampai mati, dan sebatan 100 bagi lelaki dan perempuan yang berzina dan belum berkahwin.
Katanya : Islam adalah agama yang membawa rahmat dan kedamaian kepada seluruh alam. Kalau membawa rahmat, kenapa Islam benarkan semua hukuman tersebut? Bukankah hukuman tersebut akan mendatang kezaliman dan kesengsaraan.
Dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam (Al-Anbiyaa' 21;107).
Dalam ayat di atas jelas menerangkan bahawa kedatangan Muhammad yang membawa Islam adalah rahmat atau berita gembira kepada seluruh alam. Maksud alam di sini bukan hanya manusia sahaja bahkan kebaikan kepada seluruh makhluk yang ada di dunia ini. Ayat ini membuktikan Islam adalah agama rahmat dan kedamaian.
Memang benar Qur'an membenarkan pelaksanaan undang-undang tersebut dengan tujuan untuk mencegah dan sekaligus menjaga manusia serta harta benda mereka daripada dicerobohi.
1. Hukuman Mencuri
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan daripada Allah. Dan Allah maha perkasa lagi maha bijaksana (Al-Maa-idah 5;38).

Hukuman potong tangan bagi pencuri dilaksanakan untuk menuntut keadilan kedua-dua pihak iaitu pencuri dan harta orang yang dicuri. Memang nampak seolah-olah menzalim pencuri, tapi macamna dengan harta yang dicuri? Adakah mereka tak dizalimi oleh pencuri? Bayangkan harta yang dicuri tersebut dikumpulkan bertahun-tahun tetapi hilang dalam sekelip mata kerana dicuri. Adakah pencuri tersebut tidak bersifat zalim?
Pelaksanaan hukuman potong tangan untuk memberikan peringatan kepada pencuri supaya tidak mengulangi atau menakutkan orang lain yang mahu mencuri. Sungguhpun demikian seringkali timbul masalah kerana pelaksanaan undang-undang tersebut tidak berlaku keadilan. Sebelum perlaksanaan hukuman potong tangan maka harus dibuktikan dengan sahih dengan bukti-bukti yang sah. Selepas disabitkan mencuripun belum boleh dilaksabakan hukum memotong tangan kalau kerajaan tidak melindungi rakyatnya termasuk juga keperluan asas.
Disamping itu harus dikaji sebab apa mencuri? Kalau mencuri disebabkan ketiadaan makanan sehingga terpaksa mencuri maka kerajaan harus bertanggung jawab bukan pencuri, tetapi sekiranya semua keperluan asas sudah terpenuhi dan tetap mencuri kerana tabi'at maka hukum harus dilaksanakan untuk memberi pengajaran kepada pencuri.
Sungguhpun demikian pelaksanaan hukum tersebut harus adil dan tidak menzalimi pencuri tersebut lebih-lebih mengaibkan pencuri. Dalam perlaksanaan hukum pun diambil kira supaya tidak sampai menzalimi pencuri tersebut seperti mempastikan agar pisau benar-benar tajam sehingga tidak begitu menyiksa. Ini diperingatkan oleh Rasulullah dalam pesannya :
Abu Hurairah berkata : Dibawa kepada Muhammad seorang yang minum arak, Muhammad perintahkan untuk memukul, maka di antara kami ada yang memukulnya dengan tangan, selipar dan kainnya. Selepas itu seseorang berkata "Allah telah menghinanya" maka Muhammad berkata : "Jangan kamu menjadi perosak saudaramu (menjadi pembantu syaitan)" iaitu dengan menghinanya sehingga syaitan akan lebih senang untuk menghancurkan orang tersebut (dilaporkan oleh Bukhari).

Hadith di atas menunjukkan bahawa tidak boleh melaksanakan hukum dengan tujuan merosakkan pencuri tapi hanya sekadar mengajar semata-mata.

Sebetulnya hukuman potong tangan bukan hanya dalam Islam bahkan dalam Kristian pun terdapat ayat tersebut seperti terdapat dalam ayat di bawah :

Jika tanganmu menyebabkan kamu berdosa, potonglah tangan itu! Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah tangan daripada kamu masuk ke dalam nereka yang kekal bersama kedua tanganmu (Mark 9;43 dan Matthew 5;30).

Jika kakimu menyebabkan kamu berdosa, potonglah kaki itu! Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah kaki daripada kamu dibuang ke dalam neraka bersama kedua kakimu (Mark 9;45).

2. Rejam kerana Berzina.

Sila rujuk ayat di bawah :

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka rejamlah tiap-tiap mereka 100 kali rejam, dan janganlah disebabkan rasa simpati menyebabkan kamu gagal melaksanakan hukum Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah pelaksanaan hukum Allah disaksikan oleh sekumpulan orang (An-Nuur 24;2).

Bagi Lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin maka rejam sampai mati manakala yang belum berkahwin adalah rejam 100 kali sebatan. Sebelum hukum dilaksanakan maka pendakwa harus menyatakan bukti yang sahih dimana ada empat orang saksi yang melihat zina berlaku secara langsung. Kalau tidak ada saksi maka kerajaan tidak boleh melaksanakan hukuman tersebut sungguhpun zina itu memang dilakukan kecuali tertuduh membuat pengakuan sacara sukarela seperti berlaku pada zaman Muhammad. Undang-undang Allah juga terkandung dalam kitab-kitab samawi lain. Dalam Taurah (Moses) dan Injil (Yesus) juga terdapat perintah pelaksanaan hukum hudud bagi yang berdosa. Bahkan dalam Bible sendiri juga terdapat hukum hudud.

Bunuhlah nabi atau penafsir mimpi yang menyuruh kamu memberontak terhadap Tuhan yang sudah menyelamatkan kamu dari Mesir, tempat kamu dijadikan hamba sahaya dahulu. Orang seperti itu jahat dan cuba menyesatkan kamu daripada kehidupan yang diridhai Tuhan. Orang itu mesti dibunuh, supaya kejahatan itu dihapuskan dari kalangan kamu (Deutronomy 13;5).

Di ayat yang seterusnya pun perintah hudud juga perlu dilaksanakan :

Jangan biarkan orang tersebut merayu kamu dan jangan dengarkan kata-katanya. Jangan kasihani orang tersebut dan jangan lindungi dia. Bunuhlah dia! Biarlah kamu menjadi orang pertama yang merejam dia. Rejamlah dia sampai mati! Dia cuba menjauhkan kamu daripada Tuhan, yang sudah menyelamatkan kamu dari Mesir, tempat kamu dijadikan hamba dahulu. Kemudian semua bangsa Israel akan mendengar dan mereka akan takut Murtad. Seorangpun tidak akan murtad lagi (Deutronomy 13;8).

Sesiapa yang menyebabkan pengikut-Ku yang kecil ini tidak lagi beriman kepada-Ku, lebih baik kalau batu pengisar diikatkan pada lehernya, lalu dia dibuang ke dalam laut (Mark 9;42).

Hukum pasal zina pula tersebut dalam Matthew 5;28-29 dan Mark 9;47 :

Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu : Sesiapa memandang seorang perempuan dengan perasaan birahi, orang itu sudah berzina dengan hati. Jika mata kanan kamu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah dan buang lah mata itu! Lebih baik kamu kehilangan salah satu anggota tubuh daripada seluruh tubuh kamu dibuang ke dalam neraka.

KENAPA TUHAN ORANG ISLAM TAK ADIL? ORANG BUKAN ISLAM SUNGGUHPUN BAIK TETAP MASUK NERAKA

Jawapannya
1. Tujuan Penciptaan Manusia

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku (Adz-Dzariyaat 51;56).

Daripada ayat di atas jelas Allah menerangkan tujuan penciptaan manusia adalah supaya menyembah Allah. Jadi sesiapa tidak patuh dan menyembah Allah sungguhpun berbuat baik sekalipun maka tetap tertolak. Bagi mereka yang tidak menyembah Allah sentiasa berada dalam kerugian seperti firman Allah dalam ayat berikut :

Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati dalam berbuat kebenaran dan nasihat menasihati supaya tetap dalam kesabaran (Al-'Asr 103;1-3).

Ayat di atas menerangkan bahawa syarat utama supaya manusia tak kerugian adalah beriman kepada Allah, kemudian harus diamalkan perintah-Nya. Dalam menyembah Allah pula kena ikut kaedah yang diajarkan oleh Allah melalui utusan-utusannya dan tidak boleh mensyirikkan Allah. Semua agama selain Islam mensyirikkan Allah (menyekutukan Allah dengan ciptaan-Nya), oleh sebab itu semua amalan kebaikan akan tertolak disebabkan kesyirikan sebab Allah telah katakan bahawa semua dosa akan diampuni kecuali mensyirikkan Allah.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni segala dosa selain dari syirik, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa mensekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar (An-Nisaa' 4;48).

Di ayat yang lain Allah juga berfirman :
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan sesuatu dengan Dia, dan dia mengampuni dosa selain daripada syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya (An-Nisaa' 4;116).

Ayat di atas menerangkan bahawa seiapa yang mempersekutukan suatu dengan Allah, maka dianggap sebagai syirik dan dosa syirik tidak diampuni oleh Allah. Sungguhpun mereka berbuat baik tetapi sebab nama sudah tercemar maka tetap akan tetap dianggap jahat dalam masyarakat, sungguhpun bertaubat sebab kesilapan yang dilakukan tidak dapat dimaafkan. Begitu juga mensyirikkan Allah sedangkan syirik adalah dosa besar yang tidak diampunkan maka semua amalnya ditolak.

Analogi :
Anda mempunyai sebuah kedai alat tulis, dan anda telah melantik dua orang pekerja Jimmy dan Ahmad. Anda terangkan semua kerja yang harus dibuat dan setiap petang semua duit hasil jualan harus dimasukkan ke akaun syarikat. Jimmy adalah pekerja yang disiplin, datang kerja awal dan kerja rajin, sedangkan Ahmad agak pemalas datang selalu lewat dan kerja malas. Setiap petang Ahmad akan masukkan duit hasil jualan ke dalam akaun syarikat sedangkan Jimmy tidak berbuat demikian. Semua hasil jualan dimasukkan ke akaun bank peribadinya. Selepas sebulan bekerja maka anda akan membayar gaji pekerja, disebabkan Ahmad datang kerja lambat, malas maka anda telah memotong gaji Ahmad manakala anda tidak akan membayar gaji Jimmy sebab telah menggelapkan duit syarikat bahkan anda buat laporang polis kerana penipuan. Ikutkan Jimmy rajin dan datang awal, dia sangat baik tapi kenapa anda buat laporan polis? Jawapannya sebab tidak ikut arahan anda. begitu juga Allah semua bukan Islam melanggar perintah Allah, maka sungguhpun rajin berbuat amal maka tetap ditolak sebab tidak ikut perintah Allah.

Tuesday, December 29, 2009

KENAPA ALLAH CIPTAKAN SYURGA DAN NERAKA?

Kalau Allah dalam Islam adil kenapa ciptakan syurga dan neraka? Kenapa tak ciptakan syurga sahaja dan semua orang masuk ke dalam syurga? Itu barulah namanya adil.
Jawapannya :
1. Allah jadikan syurga dan neraka adalah hanya sebagai ujian semata-mata, syurga dan neraka adalah untuk seleksi penghuninya sahaja. Allah beri peluang kepada semua orang sama, sama ada pilih jalan kebaikan atau kesesatan kalau tidak ada syurga dan neraka maka manusia tidak akan berusaha berbuat bahkan. Bahkan kalau takde syurga dan neraka lagilah tak adil, sebab orang buat jahat pun dapat balasan yang sama, adil ke?
Analogi : Sekolah adakan peperiksaan setiap enam bulan sekali, pertengahan dan hujung tahun. Untuk apa peperiksaan? Kan cikgu dah kenal dah siapa pelajar rajin dan sebagainya? Peperiksaan adalah untuk melihat siapa pelajar yang terbaik dan memotivasi pelajara untuk belajar dengan rajin. Pelajar yang rajin belajar akan mendapatkan keputusan yang terbaik dan sebaliknya. Pelajar cemerlang akan mendapat penghargaan daripada guru besar dan sebagainya. Tanpa ada peperiksaan maka tidak dapat diketahui siapa pelajar yang terbaik. Begitu juga Allah ciptakan syurga dan neraka adalah supaya manusia beramal untuk mendapatkan status terbaik dan hidup ini hanya ujian semata-mata.
2. Allah jadikan manusia bukan seperti robot yang ikut arahan semata-mata, Allah ciptakan manusia dilengkapi oleh akal untuk dapat memilih mana yang baik ataupun mana yang salah. Jadi manusia boleh buat pilihan sungguhpun pelbagai dugaan melanda tetapi mereka tetap mempunyai kebebasan untuk memilih yang baik atau buruk.
3. Syaitan hanya diberi peluang untuk menghasut manusia sedangkan keputusan dibuat oleh manusia itu snediri. Sila rujuk ayat di bawah
Dan berkatalah syaitan tatkala hisab diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu yang benar, dan akupun ntelah menjanjikan kepadamu tetapi aku ingkar. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri...(14;22).
Ayat di atas menjelaskan keputusan setiap tindakan manusia terletak pada manusia bukan pada syaitan, syaitan hanya diberi peluang untuk menghasut semata-mata sedangkan keputusan di tangan manusia sendiri.
4. Allah tidak pernah menzalimi manusia walaupun sedikitpun. Setiap amal yang dilakukan baik kebaikan atau kejahatan maka akan mendapat balasan yang setimpal. Ini dilaporkan dalam (An-Nisa' 4;40)
Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seseorang walaupun sebesar zarrah (atom), dan jika ada kebaikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberi pahala yang besar.
Ayat di atas menunjukkan Allah cukup adil kepada manusia, amal kebaikan walaupun sebesar atom tetap akan dihisap tidak pernah dilupakan.

Tuesday, December 22, 2009

BOLEHKAH MUSLIM MENJAWAB SALAM ORANG BUKAN ISLAM

Seringkali kita melihat atau mengalami sendiri apabila orang bukan Islam memberi salam maka kita tidak berani menjawab takut benda itu salah. Begitu juga sebaliknya orang bukan Islam juga tidak berani memberi salam kepada orang Islam. Ramai juga orang Islam yang mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memberi salam kepada Muslim kerana Orang Islam tidak boleh menjwabanya semula. Ada juga di kalangan Muslim kalau diberi ucapan salam oleh bukan isalm, mereka akan menjawab Wa'alaikumsam (Celakalah atas kamu). Oleh itu kita akan lihat apa sebenarnya hukum memberi salam dan menjawab salam diantara Muslim dengan bukan Islam?


Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah dengan lebih baik, atau balaslah dengan yang setimpal. Sesungguhnya Allah mengambil kira segala sesuatu (An-Nisa' 4;86).

Mengikut ayat di atas maka sekiranya Muslim diberi salam oleh bukan Islam maka harus untuk menjawab salam tersebut dengan lebih baik atau sama dengan salam tersebut. Ayat di atas tidak mengkhususkan kepada Muslim sahaja tetapi kepada yang memberi salam sebagai penghormatan kepada kita maka kita harus menjawabnya. Adakalanya muslim akan menjawab salam orang bukan Islam dengan lebih buruk seperti celakalah atas kamu (Wa'alaikumsam), sebab mereka salah faham kepada Hadith di bawah ini :

Daripada Aishah, beliau berkata : Telah meminta kebenaran orang Yahudi kepada Muhammad dan mereka berkata : kecelakaan ke atas kamu (Wa'alaikumsam) Maka jawab Aisyah Ra. bahkan ke atas kamu kecelakaan dan laknat. Berkata Mauhammad : Wahai Aisyah Ra. Sesungguhnya Allah menyukai kelembutan dalam semua urusan. Jawab Aisyah adakah engkau tidak mendengar apa yang mereka sebutkn? Jawab Rasulullah sesungguhnya aku telah menjwab Waalaikum dan ke atas kamu (Sahih Muslim).

Berbalik kepada Hadith di atas ramai di kalangan Muslim yang menjawab salam dengan waalaikumsam. Padahal mengikut hadith di atas salam yang diberi oleh Yahudi tersebut adalah salam kecelakaan sehingga Aisyah menjawab semula dengan salam kecelakaan. Tetapi Muhammad menegur Aisyah sebab menjawab salam tersebut dengan kasar. Bukan kah Allah menyukai kelembutan?

Berkata Hisyam bin Zaid bin Anas bin Malik: Saya pernah mendengar Anas bin Malik berkata: Seorang Yahudi lalu di depan rasulullah kemudian dia berkata As-saamualaika, Maka Rasulullah menjawab Waalaika kemudian Rasulullah berkata kepada sahabat: Tahukah kamu apa yang dia ucapkan? Dia mengucapkan As saamualaika, kemudian Sahabat bertanya kepada Rasulullah: Bolehkah kami membunuhnya? Jangan, apabila ahli kitab memberi salam kepada kamu maka jawablah Wa'alaikum sahaja. (Sahih Bukhari).

Rasulullah menjawab salam daripada ahli kitab tersebut waalaikum sahaja kerana Yahudi tidak memberikan salam dengan ucapan sejahtera tetapi ucapan celaka iaitu Assamualaikum maksudnya kecelakaan atas kamu. Jika kita diberi salam oleh non muslim dengan ucapan Assalamualaikum kita boleh memadai menjawabnya dengan Waalaikumsalam berdasarkan ayat hadis di bawah ini:

Ibn ‘Abbas berkata : “Jawablah salam sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi. Ini kerana ALLAH berfirman dalam Surah al-Nisa ayat 86 yang bermaksud “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu” (Imam al-Bukhari).

Muslim semua maklum bahasa menjawab salam hukumnya adalah wajib, maka tak kisah siapa yang memberi salam muslim atau bukan muslim maka jawaplah dengan lebih baik sebab salam adalah doa. Mungkin juga disebabkan jawapan salam akan mengeratkan hubungan di antara Muslim dengan bukan muslim sehingga akhirnya mereka menerima islam.

Sunday, December 20, 2009

ADAKAH YESUS ATAU MUHAMMAD NABI TERAKHIR?

Muslim beriman Muhammad sebagai nabi atau utusan terakhir, tetapi kenapa Yesus (Isa) dilaporkan akan turun kembali sebelum kiamat datang. Bukankah ini menunjukkan bahawa nabi yang terakhir adalah Yesus (Isa). Ini terbukti dalam ayat di bawah :

Tidak ada seorangpun ahli kitab kecuali akan beriman kepada Yesus, sebelum kematiannya... (An-Nisaa' 4;159).

Ayat di atas menerangkan bahawa Yesus akan turun semula ke dunia ketika kiamat hampir dekat, dan akhirnya beliaupun akan mati. Bukan kah ayat ini menunjukkan bahawa sebenarnya nabi terakhir adalah Yesus?

Nabi terakhir maksudnya nabi yang paling akhir diutus oleh Allah kepada umat manusia bukan nabi yang paling akhir mati. Sebagai contoh adalah John mempunyai 3 orang anak, anak sulung bernama Edward, kedua Jefri dan anak terakhir Thomas. Thomas dilanggar kereta dan mati, sekarang siapa anak terakhir Abraham? Jefri atau Thomas? Sungguhpun Thomas mati dulu tapi Thomas tetap anak terakhir John sebab dia yang terakhir lahir. Sama juga dalam isu Yesus dan Muhammad, sungguhpun Muhammad mati dulu tetapi Muhammad tetap yang terakhir sebab beliau yang terakhir diutus.

Yesus diutus oleh Allah kepada Bangsa Israel sekitar 600 tahun sebelum kedatangan Muhammad. Kedatangan Yesus semula adalah untuk memimpin manusia untuk beriman kepada Allah dan Muhammad sebagai Nabi terakhir.

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul terakhir, sungguh telah datang sebelumnya beberapa rasul... (Ali-'Imran 3;144).
Muhammad itu bukanlah bapak daripada seorang lelaki di antara kamu, tetapi ia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan Allah mengetahui segala sesuatu (Al-AHzab 33;40)

Ayat ini menunjukkan pengukuhan Muhammad sebagai rasul terakhir oleh Allah.

Tuesday, December 15, 2009

BERITA KEDATANGAN MUHAMMAD DALAM BIBLE

Penganut kristian mendakwa atau mencabar Umat Islam dengan mengatakan Kalau betul Muhammad itu sebagai Rasul (utusan Allah) kenapa tidak pernah diberitakan dalam Bible? Sedangkan Yesus disebutkan dalam Qur'an sampai 25 kali, bahkan begitu banyak pujian dan kelebihan Yesus diterangkan dalam Qur'an. Adakah dakwaan tersebut benar? Adakah Muhammad tidak pernah diberitakan dalam Bible? Sila rujuk ayat-ayat dalam Bible yang menyatakan tentang kedatangan Muhammad.

A. Muhammad disebut dalam Bible Bahasa Hebrew sebagai Mahammadim atau Mahammadiyim.

"Hikko manilladim vikklu Mahammadim atau Mahammadiyim Zahyudi ver Raai Benute Yafus Halam"... His mouth is sweetness it self; he is altogether lovely. This is my lover, this is my friend, Oo daughter of Jerusalem.


Terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris yang sepatutnya :

'He speech is most sweet (His teaching are most sweet). He is Muhammad. He is my beloved; he my friend. Oh, daughter of Jerusalem, I love him very much'..."Tutur katanya sangat manis, segala yang ada padanya menawan hatiku. Demikianlah kekasih dan sahabatku, hai puteri-puteri Yerusalem" (Song of Solomon 5;16).

Dalam bahasa Hebrew atau Ibrani dengan jelas menyebutkan Mahamadim atau Mahammadiyim tetapi apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris menjadi altogether lovely seperti tersebut dalam ayat berikut : "His mouth is sweetness itself; he is altogether lovely. This is my lover, this my friend, O daughter of Jerusalem". Mahamadim telah diterjemahkan kepada "He is altogether lovely" kata "Mahamadim" telah dibuang dan ditukar kepada "Altogether lovely".


B. Allah telah khabarkan kepada Moses tentang kedatangan Muhammad.
Dalam Deutonomy 18;18; Tuhan berfirman kepada Moses :
I will raise up for them a prophet like you from among their brothers; I will put my words in his mouth, and he will tell them everything I command him ... Aku akan mengutus seorang nabi kepada mereka, nabi tersebut seperti engkau (Moses) dan nabi tersebut daripada bangsa mereka sendiri. Aku akan menyampaikan firman-Ku kepadanya, dan dia akan menyampaikan segala perintahku kepada umatnya (Deutronomy 18;18).

Pengikut kristian mendakwa ayat di atas merujuk kepada Yesus tetapi kalau dikaji bukti-bukti yang terdapat dalam ayat tersebut sebenarnya merujuk kepada Muhammad. Moses dan Muhammad mempunyai lebih banyak persamaan berbanding Moses dengan Yesus. Bukti-bukti yang menunjukkan kandungan ayat tersebut merujuk kepada Muhammad :

Moses dan Yesus adalah bangsa Jews dan juga Nabi tetapi hanya mempunyai sedikit persamaan antara keduanya berbanding persamaan Moses dengan Muhammad. Sekiranya ayat di atas merujuk kepada Yesus kerana Moses dan Yesus adalah Jews maka Solomon, Isaiah, Ezekiel, Daniel, Hosea, John the Baptist adalah juga Jews dan juga nabi.

Nabi tersebut sama seperti engkau (Moses)
1. Moses dan Muhammad sama-sama membawa undang-undang baru kepada umat masa tersebut, manakala Yesus tidak pernah membawa undang-undang baru tetapi hanya memastikan ajaran Moses dan nabi-nabi berlaku seperti disebutkan dalam Matthews 5;17 :

Do not think that I have come to abolish teh Law or the Prophets; I have not come to abolish them but to fulfill them ... Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nab-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi Aku datang untuk memastikan semua ajaran itu berlaku (Matthews 5;17-18).

Apa Qur'an kata tentang kedatangan Yesus :
Aku datang kepadamu untuk membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagimu sebahagian yang telah diharamkan untukmu, dan aku akan datang kepadamu dengan membawa mu'jizat dari Tuhanmu. Kerana itu bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku (Ali-'Imran 3;50).

2. Moses dan Muhammad sama-sama mempunyai ibu bapa manakala Yesus mempunyai ibu tanpa bapa. Ini dilaporkan dalam Qur'an dengan menyebutnya Isa anak Maryam seperi tersebut dalam ayat di bawah:

Dan ingatlah ketika Malaikat Gabrael (Jibril) berkata : "Hai Maryam, sesungguhnya Allah telah telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala perempuan di dunia yang sezaman dengan kamu. Ingatlah ketika Malaikat berkata : "Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan dengan kalam (kalimat) Allah yang datang daripada-Nya. Nama Al-Masih (Mesaiah) Isa putera Maryam , seorang terkemuka di dunia dan di akhirat termasuk orang-orang yang didekatkan kepada Allah (Ali-'Imran 3;43-45).

3. Moses dan Muhammad sama-sama berkahwin dan mempunyai anak2-anak, manakala Yesus tak pernah berkahwin.

4. Moses dan Muhammad sama-sama mati secara semulajadi manakala Yesus mengikut pandangan Kristian mati di tiang salib. Ini dilaporkan dalam Matthew 27;46 :

About the ninth hour Jesus cried out in a loud voice, "Eloi, Eloi, lama sabachthani?"- which means, "My God, my God, why have you for saken me?" ... Pada pukul 3 petang Yesus berseru dengan suara lantang, " Elia, Elia lama tabaksani? Ya Allah, kenapa kau tinggalkan Aku? (Matthews 27;46)

5. Moses dan Muhammad diangkat menjadi pemimpin oleh kaumnya manakala Yesus tidak pernah diangkat menjadi pemimpin oleh kaum-Nya. Bahkan sebaliknya, Yesus dimusuhi dan difitnah sehingga beliau ditangkap dan disalib.

Ishmael dan Isaac adalah satu bapa iaitu Abraham, mereka adalah adik-beradik maka keturunan Isaac adalah BRETHREN kepada keturunan Ishmael dan sebaliknya. Keturnan Isaac adalah Jews (Bangsa Israel) dan keturunan Ishmael adalah Arab maka mereka BRETHREN. Ini dilaporkan dalam ayat-ayat berikut:

Tidak lama lagi engkau akan melahirkan seorang anak lelaki; namakanlah dia Ishmael, kerana Allah telah mendengar tangisannya (Genesis 16;12).

Maka kami beri ia kabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar (As-shaafat 37;101).

Keturunan Ishmael tinggal di kawasan antara Hawila dan Syur, di sebelah timur Mesir ke arah Asyur. Mereka hidup terpisah daripada keturunan Abraham yang lain (Genesis 28;18).

Muhammad adalah keturunan daripada Ishmael; maka mereka adalah dilahirkan daripada (Brethren) kepada Jews, maka Muhammad adalah yang dirujuk dalam ayat :

"I will raise them up a prophet from among their Brethren" ( Deutronomy 18;18).

Selain dalam perjanjian lama, kedatangan Muhammad sebagai utusan terakhir juga diberitakan dalam perjanjian baru tetapi pengikut kristian tidak mengiktiraf dan menafikannya.

Yesus berkata :
When the Counselor comes, whom I will send to you from the Father, the spirit of truth who goes out from the Father, he will testifiy about me ... "Aku akan mengutus penolong daripada Bapa kepada kamu. Dia adalah Spirit of truth yang akan mengajarkan Kebenaran tentang Allah. Dia akan memberikan kesaksian tentang Aku" (John 15;26).

Ayat tersebut dijelaskan dengan ayat berikut :
Apa yang aku katakan kepadamu benar; untuk kebaikan kamu lebih baik Aku pergi. Jika Aku tidak pergi, Penolong itu tidak akan datang kepada kamu. Jika Aku pergi, Aku akan mengutus ia kepada kamu (John 16;7).

Kemudian Yesuspun berkata :
Banyak lagi yang hendak Aku katakan kepada kamu, tetapi sekarang kamu belum sanggup menerimanya (John 16;12).

Apabila Spirit of truth yang akan mengajarkan kebenaran tentang Allah datang, dia akan membimbing kamu supaya mengetahui kebenaran yang hakiki. Dia akan mengatakan apa yang didengarnya dan memberitahu kamu perkara-perkara yang akan berlaku (John 16;13).

Spirit of truth akan memuliakan Aku, kerana apa yang dinyatakan oleh Spirit of truth kepada kamu, diterima daripada Aku (John 16;14).

Ayat di atas sangat jelas menerangkan tentang seseorang yang akan datang selepas kepergiaan Yesus. Siapa orang tersebut? Yesus kata dia adalah Caunselor (Penolong) dan the spirit of truth (Roh kebenaran), apabila kita bandingkan ayat ini dengan sejarah kehidupan Muhammad, maka yang dimaksudkan oleh Yesus dalam ayat di atas adalah Muhammad. Apa buktinya

a. Muhammad diberi gelaran Al-Ameen atau Spirit of Truth.
Semenjak Muhammad Muda sebelum diangkat menjadi rasul lagi, beliau digelar sebagai Al-Ameen atau Spirit of truth maknanya orang yang dipercaya atau Roh Kebenaran. Gelaran tersebut diberikan oleh orang Arab dan di'iktiraf oleh semua orang termasuk bukan Islam juga tentang kejujuran beliau. Yesus juga merujuk kepada Counsellor akan datang sebagai Spirit of Truth.

b. Dalam Qur'an dan Hadith Muhammad sentiasa membuktikan dan memuji Yesus sebagai Nabi yang agung. Sehingga dalam Qur'an terdapat Surah yang menceritakan tentang kemulian dan kesucian Maryam sebagai Ibu kepada Yesus iaitu Surah Maryam.

Dan Ingatlah ketika Gabrael berkata : Hai Maryam, sesungguhnya Allah telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu di atas semua perempuan di dunia yang sezaman dengan kamu (Ali-'Imran 3;42).

Berkata Yesus : Sesungguhnya Aku hanyalah Hamba Allah, dia memberiku Al-Kitab (Injil) dan mengangkat aku menjadi seorang Nabi. dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana sahaja Aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku mendirikan shalat dan menunaikan zakat selama aku hidup. Itulah Yesus putera Maryam yang mengatakan kata-kata yang benar, yang mereka tentang kebenarannya (Maryam 19;30-34).


This is how you can recognize the Spirit of God: Every spirit that acknowledge that Yesus Crist has come in the flesh is from God ... Inilah caranya kamu boleh mengetahui Spirit of God; Setiap Spirit of God mengakui Yesus datang ke dunia daripada Allah sebagai manusia (1 John 4;2).

c. Muhammad hanya menyampaikan apa yang diterima daripada Gabrael (Jibril). Mengikut ayat dalam John 16;13 Spirit of Truth secara jelas merujuk kepada Muhammad sebab tidak ada satu ayatpun dalam Qur'an hasil ciptaan beliau, semua diterima daripada Allah melalui Gabriel dan disampaikan kepada pengikutnya.


d. Muhammad meramal tentang kejadian di masa yang akan datang. Ramalan tersebut telah terbukti sejak 1400 tahun lepas semua itu sudah berlaku, sedang dan akan berlaku.

6. Moses dan Muhammad sama-sma berasal daripada gunung Sinai.



He said : The Lord come from Sinai and dawned over them from Seir; he shone forth from mount Paran. He came with myriads of holy ones from the south, from his mountain slopes ... "Tuhan datang daripada Sinai; Dia terbit seperti matahari di atas Edon, dan dari Gunung Paran Dia menyinari umat-Nya. Beribu-ribu malaikat menyertai Dia; pada tangan kanan-Nya ada api yang menyala" (Deutronomi 33;2).


  • Sinai dalam ayat di atas merujuk kepada tempat berlaku percakapan Moses (Musa) dengan Allah. Sila rujuk ayat di bawah :
"Dan tatkala Musa datang ke Bukit Sinai untuk bermunajat kepada Kami pada masa yang sudah Kami tetapkan dan Allah berfirman secara langsung kepadanya, berkatalah Musa "Ya Tuhanku, nampakkanlah diri Engkau kepada ku agar aku dapat melihat Engkau. Allah berfirman : "Kamu tidak akan sanggup melihat Ku, lihatlah ke bukit itu, maka sekiranya ia tetap ditempatnya seperti asalnya niscaya kamu dapat melihat-KU"... (Al-A'raaf 7;143).


Jadi di mana letak Sinai yang sebenarnya? Adakah di Mesir seperti kepercayaan lama? Sila rujuk ayat di bawah :


Jika orang bercakap tentang Hagar, maka mereka bercakap tentang gunung Sinai, di negeri Arab. Hagar juga melambangkan kota Yerusalem dengan semua penduduknya sudah menjadi hamba (Galatian 4;25).


Mengikut kajian yang dilakukan oleh Bible Archeology Search and Exploration (BASE) ditemui bahawa :


Bukit Sinai sebenarnya terletak di Arab Saudi bukan di gurun Sinai dalam negeri Mesir seperti kepercayaan sebelumnya (Sila rujuk peta di atas).
  • Apakah Paran? Jawapannya : tempat tinggal Hagar (Hajar) dan Ishmael (Ismail) seperti dilaporkan dalam Genesis 21;21
While he was living in desert of Paran, his mother got a wife for him from Egypt ... Dia tinggal di padang gurun Paran, Ibunya mengahwinkannya dengan seorang wanita dari Mesir (Genesis 21;20-21).
  • Apakah yang dimaksudkan dengan ten thousand pula? Sila rujuk Jude 1;14-15 :
Enoch, the seventh from Adam, prophesied about these men : "See, the Lord is coming with thousand upon thousands (ten thousand) of his holy ones. to judge everyone, and to convict all the ungodly of all the ungodly acts they have done in ungodly way, and of all the harsh words ungodly sinner have spoken agains him... "Henokh, keturunan ketujuh daripada Adam, dahulu pernah bernubuat tentang mereka. Dia berkata, "Lihatlah Tuhan akan datang dengan beribu-ribu malaikat yang suci. Dia akan mengadili semua orang. Dia akan menghukum orang derhaka kerana perbuatannya dan kerana semua kata hinaan yang diucapkan mereka terhadap-Nya" (Jude 1;14-15).


  • Ten thousand dalam ayat tersebut merujuk kepada pembukaan kota Mekah oleh Muhammad.
Sesungguhnya yang mewjibkan atasmu melaksanakan Hukum-hukum Allah dalam Al-Qur'an, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat asal iaitu Kota Mekah (Al-Qashash 28;85).


Dalam ayat lain dalam Bible juga menceritakan tentang kedatangan Muhammad :

Kekasihku kacak dan gagah; unggul antara sepuluh ribu orang. Kepalanya seperti emas tulin, rambutnya berombak-ombak dan hitam seperti burung gagak. Matanya seperti burung merpati di mata air, merpati bermandi susu, ditebing anak sungai. Pipinya bagaikan kebun rempah yang wangi. Bibirnya bagaikan bunga bakung yang menitiskan mur cecair. Tangannya elok, dan dia memakai cincin emas dan permata. Badannya seperti gading bertatah batu nilam. Kakinya seperti tiang marmar putih, yang beralaskan emas. Penampakannya segak seperti gunung-gunung di Lubnan, dan anggun seperti pokok sedar (Song of Solomon 5;10-15).


Allah berfirman ; "Inilah hamba-KU, yang telah kukatakan; seorang yang telah Ku-pilih, dan menyenangkan hati-Ku. Dia akan membawa keadilan kepada semua bangsa. Dia tidak akan berteriak ataupun menyaringkan suaranya, suaranya tidak akan terdengar di jalan. Dia tidak akan mematahkan buluh halus yang terkulai, ataupun memadamkan pelita yang kelap-kelip. Dia akan mendatangkan keadilan kepada semua orang. Dia tidak akan putus asa sehingga berjaya menegakkan keadilan di muka bumi (melengkapkan hukum Allah). Negeri-negeri yang jauh menanti-nantikan ajarannya (Isaiah 42;1-4).

7. Menegakkan keadilan atau melengkapkan Hukum Allah. Hal Ini menunjukkan Yesus belum menyempurnakan hukum Allah di muka bumi ini. Ini juga dilaporkan dalam ayat di bawah ini :

Banyak lagi yang hendak Ku katakan kepadamu, tetapi sekarang ini kamu belum sanggup menerimanya. Tetapi apabila roh kebenaran (Spirit of Truth) datang, ia akan membimbing kamu untuk mengenal kebenaran yang hakiki (John 16;12-13).

Ayat di atas menunjukkan bahawa Yesus belum melengkapkan hukum Allah, dan akan datang nabi (utusan) selepas beliau yang akan melengkapkan hukum Allah dengan membawa hukum baru. Manakala Yesus tidak membawa hukum baru seperti diterangkan dalam Matthews 5;17 :

Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi Aku datang supaya semua ajaran itu berlaku (Matthews 5;17).

Merujuk ayat di atas bahawa Yesus tidak pernah membawa ajaran baru tetapi beliau datang hanya untuk memastikan hukum Taurat dan nabi-nabi sebelumnya berlaku, tetapi akan datang nabi baru yang akan membawa ajaran baru seperti dilaporkan dalam ayat di bawah :

Nyanyikanlah lagu baru bagi Tuhan; pujilah Dia, hai seluruh bumi! Pujilah dia, hai laut dan semua isinya, bernyanyilah, hai penduduk negeri-negeri jauh! (Isaiah 42;10)

Lagu yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah perintah Allah. Kitab-kitab yang diturunkan kepada Moses dan nabi-nabi sebelumnya seperti Psalms, Proverb, Song of Solomon adalah lagu atau kitab lama. Lalu apakah lagu (kitab) baru? Adakah Bible? Jawapannya bukan Bible sebab kandungan Bible adalah sama dengan kandungan Taurat dan kitab-kitab sebelumnya terutama dalam perjanjian Baru. Jadi kitab apa yang membawa jaran baru? Jawapannya adalah Al-Qur'an sebab Al-Qur'an membawa hukum-hukum baru sedangakan Bible hanya mengikuti kitab-kitab lama tersebut.

8. Siapakah Kedar yang dimaksudkan dalam ayat di atas? Kedar adalah anak Ishmael seperti dilaporkan dalam Genesis 25;13-15 :


Berikut adalah anak-anak Ishmael mengikut urutan kelahiran mereka iaitu Nebayot, Kedar, Abdil dan Mibsam. Misyma, Duma, Masa. Hadad, Tema, Yetur, Nafis, dan Kedma. Mereka menjadi nenek moyang kepada dua belas suku kaum (Genesis 25;13-15).

C. Berperang dengan kaum yang ingkar kepada Allah (Musyrik).


The Lord will march out like a mighty man, like a warrior he will stir up his zeal; with a shout he will raise the battle cry and will triumph over this enemies...Tuhan maju berperang seperti seorang pahlawan yang penuh semangat peperangan. Dia memekik sebagai isyarat perang; Dia menunjukkan keperkasaan-Nya terhadap musuh (Isaiah 42;13).

Nabi-nabi sebelumnya tidak ada yang memerangi kaum yang ingkar kepada Allah (musyrik) kecuali Muhammad seperti dilaporkan dalam Qur'an :


Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi kafir seperti mereka. Maka janganlah jadikan mereka sebagai penolong-penolongmu, hingga mereka menerima Islam. Maka jika mereka berpaling, tawan dan bunuhlah mereka dimana saja kamu menemuinya, dan janganlah kamu ambil seorangpun daripada mereka menjadi pelindungmu, dan jangan pula menjadi penolongmu. Kecuali orang-orang yang meminta perlindungan kepada sesuatu kaum yang telah ada perjanjian damai antara kamu dengan mereka atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa berat untuk memerangi kamu dan kaumnya. Kalau Allah menghendaki, tentu Dia memberi kekuasaan kepada mereka terhadap kamu, lalu pastilah mereka memerangi kamu. Tetapi jika mereka membiarkan kamu, dan tidak memerangi kamu serta mengajak perdamaian kepada kamu maka Allah tidak membenarkan kamu menawan dan membunuh mereka (An-Nisaa' 4;89-90)

Di ayat yang lain juga dilaporkan bahawa Muhammad juga berperang dengan kaum yang ingkar kepada Allah. Sila rujuk ayat di bawah ini :


Selepas habis bulan-bulan haram (Zul-Hijjah - Rabiul Akhir), maka bunuhlah orang-orang musyrik (Ingkar kepada Allah) di mana saja kamu temui mereka, dan tangkaplah mereka, kepung dan intailah mereka. Sekiranya mereka bertaubat dan mendirikan shalat serta menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan jika orang-orang musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui (At-Taubah 9;5-6).

Ayat-ayat di atas cukup jelas menerangkan tentang semangat Muhammad dalam memerangi kaum yang ingkar kepada Allah seperti dilaporkan dalam Isaiah 42;13 di atas tadi.

D. Penyembah berhala dan patung akan diaibkan oleh dia.


Semua orang yang percaya kepada berhala, dan menganggap patung-patung sebagai dewa akan diaibkan dan dimalukan (Isaiah 42;17).

Di manakah peristiwa dalam ayat di atas berlaku? Adakah pada zaman Yesus atau Moses? Jawapannya bukan pada zaman Moses dan Yesus tetapi tetapi pada Pagan Arab atau penyembah berhala di Mekah. Mereka cuba rasuah Muhammad dengan harta, kekuasaan, kecantikan perempuan dan kemewahan supaya beliau meninggalkan mengajarkan kebenaran yang hakiki daripada Allah. Tetapi Muhammad menolak dan mengatakan sekiranya bukit Uhud menjadi emas maka tidak akan Aku mundur seltapakkpun untuk mengajarkan kebenaran daripada Allah. Peristiwa tersbut telah menyebabkan kaum Pagan Arab malu dan terhina.


It pleased the Lord for the sake of his righteousness to make his law great and glorious...Tuhan sentiasa ingin mengamankan hukumnya; dia mahu hukum-Nya dihormati dan diagungkan (Isaiah 42;21).

Pada zaman Moses dan nabi-nabi sebelumnya, adakah nabi-nabi tersebut diagungkan dan dimuliakan oleh umatnya? Jawapannya tidak bahkan hukum-hukum Yesus diubah dan ditentang oleh kaum-kaumnya. Hanya hukum yang diajarkan oleh Muhammad yang diagungkan dan dimuliakan oleh umatnya sungguhpun mula-mula mendapat sedikit tentangan daripada kaumnya tetapi akhirnya hukum tersebut diagungkan dan dimuliakan sehingga ke hari ini.


Tetapi sekarang umat-Nya telah dijarah, mereka ditahan dalam penjara bawah tanah, dan dikurung dalam penjara. Mereka dirompak dan dijarah, tiada sesiapapun membantu menyelematkan mereka (Isaiah 42;22).

Ayat di atas menunjukkan mereka telah tersesat dan dianiaya tetapi tidak ada seorangpun utusan yang menyelamatkan mereka. Kesesatan Bangsa Arab yang terlampau hebat tetapi Allah tidak menghantar nabi kepada mereka dalam masa yang cukup lama sehingga Muhammad datang sedangkan Bangsa Israel (Jews) telah dihantar begitu ramai nabi daripada Bangsa Israel yang ditamatkan dengan kedatangan Yesus. Kemudian Allah telah menghantar Muhammad untuk menyelamatkan bangsa Arab seperti dilaporkan dalam As-Sajdah 32;2


Turunnya Al-Qur'an yang tidak ada keraguan padanya, adalah dari Tuhan semesta Alam (As-Sajdah 32;2).

Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Qur'an kepada hamba-Nya, agar ia menjadi petunjuk kepada seluruh alam (Al-Furqaan 25;1).


Al-Qur'an adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi petunjuk dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahawa Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang yang berakal mengambil pelajaran (Ibrahim 14;52).

Monday, December 14, 2009

NABI MUHAMMAD MATI MANAKALA YESUS TAK PERNAH MATI. SIAPA YANG LEBIH HEBAT?

Semua Nabi mati kecuali Yesus, kenapa semua nabi yang lain mati sedangkan yesus tidak mati? Adakah ini menunjukkan Yesus anak Tuhan?
Jawapannya : sebab hanya Yesus sahaja yang cuba dibunuh oleh umatnya sedangkan nabi-nabi yang lain tidak pernah cuba dibunuh oleh umatnya sungguhpun mereka tidak menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi-nabi tersebut. Oleh itu Allah mengangkat Yesus ke langit dan akan turun semula pada akhir dunia ini untuk memperbaiki umatnya, ini dilaporkan dalam Quran :
Dan sesungguhnya turunnya Yesus sebagai tanda akan datangnya hari Kiamat. Kerana itu janganlah ragu tentang kedatangan kiamat dan ikutilah Aku. Inilah jalan yang lurus (Al-Zukhruf 43;61).
Apa itu jalan yang lurus, Allah akan terangkan dalam ayat Al-Zukhruf 43;64. Adapun tujuan kedatangan Yesus semula adalah untuk memperbetulkan umatnya yang telah sesat seperti dilaporkan dalam Bible :
Tidak semua orang yang memanggil Aku, 'Ya Tuhan, akan menikmati karunia Allah, hanya orang yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di Syurga sahaja. Pada Hari Kiamat ramai orang akan berkata kepada-Ku, "Ya Tuhan, ya Tuhan, bukankah dengan nama Tuhan kami mengkhabarkan tentang Allah? Bukankah dengan nama Tuhan kami mengusir Roh Jahat, serta melakukan banyak mukjizat? Tetapi Aku akan menjawab, "Aku tidak mengenal kamu! Pergilah dari sini, hai orang yang ingkar kepada Allah" (Matt 7;21-23).
Dari ayat di atas jelas yesus akan turun ke dunia untuk membetulkan umatnya yang telah sesat dan mensyirikkan beliau dengan Allah (orang yang menganggap Yesus anak Allah). Dalam Qur'an juga dilaporkan tentang kedatangan Yesus seperti tersebut dalam ayat di bawah
Dan tatkala Yesus datang membawa penjelasan dia berkata: Sesungguhnya aku datang kepadamu dengan membawa bukti kenabian, Injil dan hukum serta menjelaskan kepadamu tentang apa yang kamu debatkan, maka bertakwalah kepada Allah dan ta'atlah kepada ku. Sesungguhnya Dialah Tuhanku dan Tuhanmu, maka sembahlah dia, ini adalah jalan yang lurus (Al-Zukruf 43; 63-64).

Sunday, December 13, 2009

MUHAMMAD DAN YESUS DISEBUT DALAM QUR'AN?

Muhammad disebut dalam Qur'an hanya 5 kali (Muhammad 4 kali dan Ahmad satu kali), manakala Yesus sampai 25 kali. Bukankah ini menunjukkan Yesus lagi Mulia daripada Muhammad? Sebetulnya ini menunjukkan bahawa Muhammad dan Allah mempunyai hubungan secara langsung, Muhammad adalah orang pertama sehingga tidak perlu disebut nama, sedangkan Yesus orang ketiga. Berita tentang Yesus hanya diceritakan oleh Allah kepada Muhammad.
Analogi supaya mudah difahami. Saya bercakap dengan anda, mesti saya tidak akan sebut nama anda tetapi hanya mencukupi dengan menyebut nama gelaran iaitu anda atau awak tanpa sebut nama sebenar. Sekiranya saya menceritakan tentang anda kepada orang lain maka saya akan sebut nama anda. Semasa saya bercakap dengan anda maka anda sebagai orang pertama maka tidak perlu sebut nama, manakala semasa saya ceritakan perihal anda kepada orang lain maka anda sebagai orang ketiga maka saya perlu sebutkan nama anda yang sebenar. Bagitu juga hubungan antara Allah dengan Muhammad adalah secara langsung, Muhammad sebagai orang pertama maka Allah tidak perlu nama menyebut nama Muhammad mencukupi dengan gelaran iaitu Qul maknanya katakan Wahai Muhammad. penggunaan Qul dalam Qur'an begitu banyak. Kalau nak kira nama Musa juga banyak kali disebut dalam Qur'an, adakah Musa lebih mulia daripada Muhammad atau Yesus?
Banyak kali disebut tak semestinya menunjukkan kemulian. Sebagai contoh Syaitan lebih banyak disebut dalam Bible berbanding Yesus. Adakah Syaitan lebih mulia dari Yesus?
Bagi umat Islam semua nabi-nabi tersebut mempunyai kedudukan yang sama tak pernah membeza-bezakan mereka seperti dilaporkan dalam ayat di bawah :
Muhammad telah beriman kepada Al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah kepadanya, begitu juga orang-orang yang beriman. Semua beriman kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. Mereka berkata : Kami tidak membeza-bezakan di antara rasul-rasul-Nya... (Al-Baqarah 2;285).
Daripada ayat di atas tidak ada satu perbezaan di antara rasul-rasul Allah bagi umat Islam. Rasul-rasul tersebut mempunyai asas keimanan dan pengajaran yang sama iaitu menyembah Tuhan Yang Esa tanpa sekutukan mereka dengan ciptaan-Nya. Di ayat lain Allah telah menjelaskan bahawa :
Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada sebahagian lainnya. Di antara mereka ada yang Allah langsung berkata-kata dengannya (Moses) dan sebahagiannya Allah tinggikan derajatnya. Dan kami berikan kepada Isa anak Maryam beberapa mu'jizat dan kami lengkapkan dia dengan Ruhul Qudus (Malaikat Jibril) (Al-Baqarah 2;253).
Allah berikan mu'jizat kepada rasul-rasul tersebut mengikut kesesuaian zaman dan budaya masyarakat tersebut. Bukan maksud mu'jizat tersebut untuk menunjukkan kelebihan rasul-rasul tersebut berbanding yang lain tetapi mu'jizat tersebut mengikut kesesuaian zaman, budaya dan pemikiran masyarakat masa rasul tersebut diutus. Sebagai Contoh :
1. Moses diberi Mukjizat, Tongkatnya dapat menjadi ular dan membelah laut, mukjizat tersebut sesuai dengan budaya dan peradaban masa tersebut yang percaya dengan mistik dan sihir.

Dan kami wahyukan kepada musa "Lemparkanlah Tongkatmu" maka semua ular-ular ahli sihir ditelan oleh Tongkat nabi Musa (Al-'Araf 7;117).

Dan sesungguhnya Kami telah wahyukan kepada Musa, "Pergilah kamu dengan hamba-hambaku (Bangsa Israel) di malam hari, maka buatlah bagi mereka jalan di laut yang kering kamu jangan takut akan dikejar dan tenggelam (Thaha 20;77).

2. Yesus dapat bercakap semasa bayi, dapat menyembuhkan penyakit kusta dan menghidupkan orang mati dengan izin Allah. Ini bersesuaian dengan tamadun dan budaya masyarakat masa tersebut yang begitu mengagungkan perubatan.

Dan Yesus bercakap dengan manusia semasa dalam buaian, selepas dewasa Yesus termasuk orang-orang yang shaleh atau ta'at (Ali- 'Imran 3;46)

Dan beliau Rasul yang diutus kepada bangsa Israel, beliau berkata : Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu dengan membawa suatu bukti (mu'jizat daripada Tuhanmu) iaitu aku membuat burung daripada tanah, kemudian aku meniup rohnya maka ia menjadi seekor burung dengan izin Allah; dan aku menyembuhkan orang buta sejak lahir dan penyakit sopak, dan aku menghidupkan orang mati dengan izin Allah, dan aku khabarakan kepadamu apa yang kamu makan dan yang kamu disimpan di rumahmu. Sesungguhnya yang demikian adalah bukti kerasulanku, jika kamu betul-betul beriman (Ali'Imran 3;49).

3. Begitu juga dengan Muhammad diberi mukjizat dengan Qur'an, masyarakat Arab masa tersebut begitu mengagumi syair. Bahkan setiap tahun mereka mengadakan pertandingan syair, sejak oarang Islam menyertai pertandingan syair tersebut maka Umat isalm yang menjadi johan setiap tahun sehingga akhirnya keojahan terebut dibatalkan.

Sunday, November 15, 2009

KENAPA UMAT ISLAM MENCIUM HAJAR ASWAD (BATU HITAM) DALAM KA'BAH?

Adakah Hajar Aswad tersebut mempunyai kelebihan sehingga umat islam berebut mahu menciumnya? Bahkan ada yang sampai mati terpijak semasa berebut mahu mencium Hajar Aswad. Adapun jawapannya kita boleh rujuk Hadith Nabi yang dilaporkan oleh umar :

"Muhammad menghadap ke Hajar Aswad dan mengusapnya, lalu dikucupkan kedua bibirnya sambil menangis yang agak lama. Umar juga menangis agak lama, Nabi berkata " Hai Umar, disinilah ditempatkan air mata yang tidak sedikit banyaknya" (dilaporkan oleh Hakim).

Umat Islam (Muslim) mencium hajar aswad bukan disebabkan oleh kemuliaan hajar aswad ataupun kuasa gaib tetapi kerana mengikut amalan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad mencium hajar aswad sebagai penghormatan dan pengakuan nilai-nilainya serta mengambil berkah daripadanya. Allah telah melebihkan sebahagian batu daripada batu-batu yang lain sebagaimana Allah lebihkan Masjidil haram dan Masjidil 'Aqsa daripada masjid-masjid yang lain, begitu juga Allah melebihkan negeri, malam, dan bulan daripada yang lainnya.
Di samping itu disyariatkan mencium hajar aswad sebagai bukti ketaatan kepada Allah iaitu kesaksian bagi yang betul-betul ta'at kepada Allah, bukan sebab kemuliaan batu tersebut. Hal ini serupa dengan perintah Allah kepada Iblis untuk menyembah Adam tetapi Iblis ingkar. Allah menyuruh Iblis menyembah Adam bukan disebabkan oleh kemuliaan Adam tetapi menguji ketaatan Iblis kepada Allah.
Hajar aswad adalah satu-satunya bukti peninggalan peletakan batu pertama oleh Abraham (Nabi Ibrahim) semasa mula-mula membina rumah Ibadah yang pertama iaitu Ka'bah. Ini dibuktikan dalam kata-kata yang diungkapkan oleh Pemimpin Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad iaitu Umar Bin Khatab, katanya :

Umar menelungkupkan kepalanya ke hajar aswad dan berkata: "Sungguh, saya bukan tidak tahu bahawa engkau ini hanyalah batu! dan sekiranya saya tidak melihat Muhammad mencium dan mengusapmu, tidaklah saya akan mencium dan mengusapmu pula! Sungguh Muhammad menjadi ikutan yang baik bagimu"

Pada masa yang lain Umar mendatangi hajar aswad dan menciumnya, kemudian katanya " Saya tahu bahawa engkau adalah batu yang tak dapat memberi kebaikan ataupun keburukan! dan seandainya saya tidak melihat Muhammad menciumnya, tidaklah saya akan menciummu pula".

Thursday, November 12, 2009

BOLEHKAH ORANG BUKAN ISLAM MASUK KE DALAM MASJID?

Isu saman yang dituntut oleh Jabatan Agama Islam Selangor terhadap Xavier Jayakumar kerana masuk ke dalam Masjid dalam jamuan berbuka puasa. Isu hangat kerana melibatkan politik Malaysia, JAIS telah memfailkan tuntutan saman wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Exco Selangor tersebut di Mahkamah. Mengikut JAIS orang bukan Islam tidak sepatutnya masuk ke dalam Masjid kerana mereka dianggap tidak suci seperti perempuan yang sedang Haid (Menstruasi). Mengikut hukum sebenarnya : Bolehkah bukan Islam masuk ke dalam Masjid? Sila rujuk Qur'an dalam ayat di bawah :

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya oran-orang musyrik tidak suci, maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini, dan jika kamu takut menjadi miskin, maka Allah akan memberikan kekayaan kepadamu daripada kurniaan-Nya, jika dia menghendaki. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi Maha bijaksana (At-Taubah 9;28).

JAIS telah merujuk kapada ayat di atas yang mengatakan bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid, mengikut tafsiran ulama pengharaman dalam ayat tersebut dikhaskan kepada bukan Islam memasuki Masjidil Haram sahaja. Adapun dalil-dalil lain yang menyokong kebenaran bukan Islam masuk ke dalam masjid adalah :

Muhammad menghantar pasukan berkuda ke Najd, lalu mereka kembali dengan membawa seorang lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsumamah Bin Utsaal. Mereka mengikatnya di tiang Masjid (dilaporkan dalam Sahih Bukhari, No. 457).
Hadith di atas jelas menunjukkan kebenaran bukan Islam masuk ke dalam Masjid, sekiranya bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam Masjid maka para sahabat tidak akan mengikat Tsumamah bin Utsaal di dalam Masjid ataupun Muhammad akan menghalang mereka untuk membawa masuk Tsumamah Bin Utsaal ke dalam Masjid.

Dalam Hadith yang lain juga dilaporkan bahawa Muhammad berkata :

Muhammad telah mengutus pasukan berkuda ke Najd, lalu mereka kembali dengan membawa seorang lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsuamamah Bin Utsaal. Maka mereka mengikatnya pada tiang masjid. Lalu Muhammad keluar sambil berkata : "Lepaskan Tsumamah". Iapun berjalan menuju kebun Kurma yang dekat dengan Masjid dan mandi. Kemudian ia masuk ke dalam Masjid dan berkata : Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah rasul Allah (dilaporkan dalam Sahih Bukhari- No. 450).

Kalau kita rujuk Ali- 'Imran 3;61 menyatakan :
Siapa yang membantahmu tentang kisah 'Isa sesudah datang kebenaran, maka katakanlah kepadanya : Marilah kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian marilah kita bermuhabalah kepada Allah dan kita minta supaya La'knat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang penipu (Ali 'Imran 3;61).

Kalau kita rujuk sejarah turunnya ayat Ini adalah Nabi Muhammad SAW telah membenarkan orang-orang Nasrani dan Yahudi untuk tinggal di dalam Masjid selama tiga hari untuk berdialog mengenai konsep ketuhanan sehingga akhirnya Muhammad mengajak bermuhabalah atas sikap Yahudi dan Nasrani yang degil dan tidak mahu menerima kebenaran Islam.

Maka mengikut ayat dan Hadith diatas, bukan Islam dibenarkan masuk ke dalam Masjid dengan mengikut garis panduan seperti berikut :

1.Bukan Islam diharuskan masuk ke dalam Masjid selain Masjidil Haram dengan kebenaran Orang Islam dan Pengurusi Masjid.

2. Mereka mempunyai sebab yang munasabah, sekiranya kemasukan mereka ke dalam Masjid untuk memecahbelahkan perpaduan masyarakat atau menyebarkan fitnah maka mereka tidak dibenarkan memasuki Masjid.

3. Mereka harus menghormati Masjid dan sedar akan kesucian Masjid tempat umat Islam beribadah.

4. Lelaki dan Perempuan yang masuk ke dalam Masjid harus menutupi aurat dengan memakai pakaian yang bersesuaian.

Sunday, November 8, 2009

KENAPA UMAT ISLAM TIDAK MENGHORMATI HARI SABAT?

Sesungguhnya diwajibkan menghormati hari sabat bagi orang-orang Yahudi yang berselisih padanya. Sesungguhnya Allah benar-benar akan memberi keputusan di antara mereka di hari kiamat terhadap apa yang telah mereka perselisihkan (An-Nahl 14;123).

Dan ingatlah ketika Kami mengambil janji darikamu dan Kami angkatkan gunung Thursina (Moses) di atsamu seiring Kami berfirman: "Pegang teguhlah apa yang kami berikan kepadamu dan ingatlah selalu apa yang ada di dalamnya, agar kamu bertakwa".
Kemudian kamu berpaling selepas adanya perjanjian itu, maka kalau tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya atasmu, niscaya termasuk orang-orang yang rugi.
Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antara kamu pada jari sabat (Hari khas ibadah kaum Yahudi), lalu kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".
Maka kami jadikan yang demikian itu peringatan bagi orang-orang di masa itu, dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa (Al-Baqarah 63-66).

Dan tanyakanlah kepada bani Israel tentang negeri yang terletak di dekat laut ketika mereka mlanggar aturan pada hari sabat, di waktu datang kepada mereka ikan-ikan yang berada dekat dengan mereka terapung-apung di permukaan air, dan di hari bukan hari sabat, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah kami mencuba mereka disebabkan mereka berlaku fasik (Al-A'raaf 7;163).

Sesungguhnya diwajibkan menghormati hari sabat atas orang-orang Yahudi yang berselisih padanya. Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar akan memberi keputusan di antara mereka di hari kiamat terhadap apa yang telah mereka perselisihkan (An-Nahl 16;124).


Saturday, November 7, 2009

BENARKAH ISLAM MENGAJAR FUNDAMENTAL ATAU KEGANASAN?

Isu ini sentiasa hangat, isu ini bermula apabila letupan WTC pada 11 Sept 2001. Selepas itu isu tersebut mula reda, kemudian berbangkit semula semasa letupan di Mumbai, Bom di Bali dan penembakan di 12 askar mati dan 30 luka-luka di Kem Tentara Ford Hook Texas pada di Amerika Syarikat, seolah-olah membenarkan stereotip tentang muslim yang ditonjolkan oleh media dan disertai dengan maklumat salah yang melampau tentang islam.
Maklumat dan propanganda palsu tersebut telah menyebabkan diskriminasi dan tindakan ganas terhadap umat Islam seperti kempen anti Islam di Amerika selepas letupan bom di Oklahoma, Media dengan pantas mengisytiharkan "Konspirasi Timur Tengah" sebagai dalang serangan tersebut. Sungguhpun siasatan siasatan belum dibuat tetapi media telah mengistiharkan pelakunya Muslim, selepas dibuat siasatan dikenal pasti pelaku letupan tersebut adalah Askar daripada Angkatan Tentara Amerika dan bukan beragama Islam. Maka isu tersebut hilang begitu sahaja dan pihak Amerika menerima tamparan hebat.

1. Definasi Fundamentalis
Seorang fundamentalis adalah orang yang mengikuti dan mematuhi doktrin fundamental yang diikuti. Seorang doktor yang baik harus mengetahui, mematuhi dan mengamalkan fundamental perubatan, dengan kata lain dia perlu menjadi fundamentalis dalam bidang perubatan. Sama juga jika mahu menjadi seorang pakar sains yang baik maka perlu mengetahui, mematuhi dan mempraktikan fundamental sains. Maka fundamental tidak dapat dinilai baik atau jahat selagi tak dikaji bidangya, mengkatagorikan fundamentalis bergantung kepada aktivitinya. Perompak atau pencuri yang fundamentalis mendatangkan bahaya kepada masyarakat maka tidak dinginkan dan perlu dihapuskan. Manakala doktor fundamentalis memberikan manfaat kepada masyarakat dan dihormati, maka dipelihara dan dikekalkan.
2. Begitu juga dengan fundamentalis islam, dengan anugerah (kurniaan) Allah mengetahui tentang islam, mematuhi dan berusaha mengamalkan fundamental Islam. Saya bangga menjadi fundamentalis Islam kerana fundamental Islam memberi manfaat manusia dan seluruh alam. Tidak ada satupun fundamental Islam yang menyebabkan keburukan ataupun bertentangan dengan kepentingan manusia sejagat secara keseluruhannya. Ramai orang bukan Islam mempunyai tanggapan yang salah tentang Islam dan menganggap sebahagian ajaran Islam tidak adil. Hal ini disebabkan oleh kekurangan pengetahuan tentang Islam, sekiranya dikaji dengan kritik dan fikiran terbuka maka akan nampak pelbagai manfaat bagi individu atau kumpulan. Maka seorang Islam sejati tidak akan mengelak untuk menjadi fundamentalis Islam.
3. Makna fundamentalisme mengikut kamus Webster adalah pergerakan dalam fahaman kristian protestan Amerika muncul pada abad ke 20 kerana tindak balas terhadap pemodenan, dan penekanan terhadap kesempurnaan Bible, bukan sahaja dalam hal keimanan tetapi juga sebagai kata-kata Tuhan. Oleh itu fundamentalis asalnya digunakan kepada kumpulan kristian yang percaya bahawa Bible adalah firman Tuhan yang tidak ada kesalahan dan kesilapan.
Mengikut kamus Oxford, Fundamentalis bermakna berpegang teguh kepada doktrin fundamental agama tetapi hari ini fundamentalis dikaitkan dengan Islam semata-mata.
4. Setiap muslim perlu menjadi "pengganas". Pengganas adalah orang yang menimbulkan ketakutan. Semasa perompak melihat polis, dia akan takut maka polis dianggap pengganas oleh perompak. Maka seorang Islam harus menjadi pengganas terhadap unsur-unsur anti-sosial masyarakat seperti pencuri dan perogol. Sekiranya unsur-unsur anti sosial tersebut berjumpa dengan orang Islam maka mereka akan takut. Pengganas digunakan kepada seseorang yang menimbulkan ketakutan kepada orang awam, tetapi seorang Muslim sejati hanya menjadi pengganas kepada kumpulan tertentu sahaja seperti unsur-unsur anti sosial bukannya kepada orang awam yang tidak bersalah. Seorang Islam menjadi sumber kesejahteraan untuk orang-orang yang baik. Sila rujuk ayat di bawh ini :
Dan Janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan kecuali yang patut (Murtad, Qishah, Hudud), melainkan dengan alasan yang benar. Dan barangsiapa dibunuh secara zalim maka sesungguhnya kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui dalam membunuh. Sesungguhnya ia dalah orang-orang yang mendapat bantuan (Al-Israa' 17;33).
5. Gelaran berlainan diberikan kepada individu sama untuk perbuatan yang sama iaitu "Pengganas" dan "Patriot". Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British, pejuang pembebasan Malaysia yang tidak menggunakan kekerasan tetap digelar sebagai pengganas oleh kerajaan British. Pejuang tersebut pula dipuji dan disanjung oleh Rakyat Malaysia bagi aktiviti yang sama iaitu perjuangan kemerdekaan dengan gelar "patriot". Dua gelaran yang berlainan diberikan kepada orang yang sama dan aktiviti yang sama, Rakyat British atau Rakyat Malaysia yang menganggap British berhak mentadbir Malaysia menggelar pejuang sebagai pengganas tetapi bagi Rakyat Malaysia yang menganggap British tak berhak mentadbir Malaysia maka menggelar pejuang sebagai patriot.
Oleh itu sebelum seseorang dihadapkan ke Mahkamah maka dia berhak diberi perbicaraan yang adil, hujah ke dua pihak perlu didengar, dianalisis serta alasan dan niat orang tersebut perlu diambil kira, kemudian diadili dengan seadil-adilnya. Begitu juga halnya dengan media massa supaya bersikap adil terhadap semua agama jangan prejudis terhadap sesuatu agama tertentu sahaja. Suatu keheranan, ketika berlaku Penembakan 12 orang Askar di Kem tentera Ford Hook Texas Amerika Syarikat baru-baru ini maka Kerajaan Amerika Syarikat dan Media Massa dengan pantas mengkempen sebagai tindakan keganasan yang dilakukan oleh Muslim dalam masa yang sama penembakan 33 orang Rakyat Amerika Syarikat oleh seorang pelajar daripada Korea beberapa bulan lepas tidak pernah dilaporkan di Media Massa sebagai pengganas dengan mengaitkan agamanya. Bahkan media massa tidak melaporkan apa agama pelajar tersebut, di mana keadilan dan kebebasan Media Massa. Cuba anda fikir sendiri....Buang rasa prejudis terhadap mana-mana agama terlebih dahulu supaya tidak bias. Adilkah media massa terhadap Islam?
Mengikut panduan yang diberikan oleh Al-Qur'an maka Islam tidak pernah menggalakkan keganasan bahkan menentang keganasan dengan sekeras-kerasnya. Kalau ada yang melakukan keganasan menggunakan nama Islam maka umat Islam adalah yang pertama mengecam tindakan tersebut sebab islam mengajar kedamaian.

Wednesday, November 4, 2009

ADAKAH MASUK ISLAM MASUK MELAYU?

Sebelum kita bincangkan adakah masuk islam masuk melayu? Ada baiknya kita bincangkan dulu apa itu Islam dan Melayu. Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu aslama bermakna Sejahtera, harmoni, aman damai dan menyembah hanya kepada Allah semata. Islam adalah panduan hidup yang Tuhan turunkan untuk mentadbir dunia ini, sebab Allah telah melantik manusia sebagai pemimpin dunia seperti tersebut dalam Qur'an. Sila rujuk ayat di bawah ini.

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang pemimpin di muka bumi ini ... (Al-Baqarah 2;30).


Manakala melayu adalah bangsa yang secara kebetulan lebih awal kedatangan Islam, Islam adalah agama universal tidak terhad kepada mana-mana bangsa. Sekiranya mereka menerima Islam maka mereka boleh kekalkan budaya mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum Islam. Ada banyak bukti bahawa masuk Islam bukan masuk melayu antara lain :


1. Seseorang yang masuk Islam boleh kekalkan nama asal tanpa wajib menukar nama kepada nama melayu ataupun nama Arab. Sungguhpun tukar nama menjadi satu kewajipan di Malaysia pada masa lalu sekiranya seseorang masuk Islam, tukar nama hanya undang-undang kerajaan Malaysia sahaja. Sedangkan di negara-negara lain tidak diwajipkan tukar nama kepada nama Arab sebab mengikut kajian nama Islam adalah nama yang mempunyai makna yang baik tidak semestinya dalam bahasa Arab. Sebagai bukti pada zaman Rasulullah, ada segelintir para sahabat yang masuk Islam dinasihatkan untuk tukar nama sungguhpun namanya dalam bahasa Arab dan ada juga sahabat yang mempunyai nama bukan Arab tidak dinasihatkan untuk tukar nama ke dalam bahasa Arab seperti Bilal Bin Rabbah. Apapun di beri kebebasan untuk mengekalkan nama asal atau menukarnya kepada nama Arab.
2. Boleh mengekalkan budaya asal seperti Cina masuk Islam maka boleh kekalkan budaya yang tidak bercanggah dengan Islam seperti merayakan tahun Baru Cina, makan pakai chop stick, bercakap dalam bahasa mandarin dan lainnya yang tidak bercanggah dengan hukum Islam. Bahkan kalau kita lihat masyarakat Cina yang beragama Islam di negara Cina lebih daripada 100 juta ( 5x ganda lebih ramai berbanding rakyat Malaysia) mengamalkan budaya Cina. Hanya budaya yang bercanggah sahaja perlu ditinggalkan seperti makan babi, minum arak, main judi dan perkara-perkara yang dilarang dalam Islam.

Monday, November 2, 2009

KENAPA ISLAM BENARKAN SYIAH MASUK KE MASJIDIL HARAM SEDANGKAN NON MUSLIM TIDAK BOLEH?

Syarat untuk masuk ke Makah ataupun Masjidil haram adalah beragama Islam ataupun mengucap syahadah. Syiah mempunyai konsep keimanan yang sama dengan Islam hanya sedikit ada perbezaan dalam konsep amalan. Selagi mengucap Syahadah: "Asyha dualla Ilaha Illallah wa'asha du anna Muhammadan Rasulullah maksudnya Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah utusan-Nya".
Daripada syahada tersebut maka dapat dibuktikan bahawa Syiah adalah juga Muslim sebab mempunyai agama yang sama dengan muslim lainnya. Amalan mereka yang berbeza disebabkan oleh pengaruh budaya tempatan dan juga politik semasa pergantian Khalifah yang awal. Sedangkan kenapa non muslim tidak boleh masuk ke Makah ini adalah perintah Allah dalam Qur'an, sila rujuk ayat di bawah ini:

Sunday, November 1, 2009

KENAPA ISLAM LEBIHKAN LELAKI DARIPADA PEREMPUAN?

Sebetulnya kalau kita merujuk kepada Qur'an dan Hadith, Islam adalah agama yang adil tidak pernah membezakan jantina. Memang ada sesetengah isu seolah-olah lelaki dilebihkan berbanding wanita tetapi kelebihan yang diberikan kepada lelaki diiringi dengan tanggung jawab yang harus dilakukan. Bahkan kadangkala Islam juga melebihkan wanita dalam hal-hal tertentu, ini berdasarkan tangungjawab yang harus dipikul masing-masing. Sila rujuk Hadith Nabi tentang kelebihan perempuan berbanding lelaki.

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah : Siapakah orang paling berhak untuk saya hormati? Rasulullah menjawab : Ibumu, Ibumu, Ibumu dan ayahmu.

Daripada Hadith di atas menunjukkan Ibu lebih dimuliakan berbanding ayah, ini menunjukkan Islam adil kepada lelaki dan perempuan. Kenapa Rasulullah mengulang Ibumu sampai tiga kali? Kerana dalam hal mendidik anak ibu lebih besar tanggung jawabnya makanya Rasulullah lebihkan Ibu berbanding ayah.


Begitu juga dalam hal lain lelaki diberikan kelebihan berbanding wanita contohnya dalam hubungan suami isteri, lebih yang mengatur isteri sebab suami diberi tanggung jawab untuk menyara isteri dan juga melindungi isteri maka suami diberi kelebihan. Islam mengiktiraf lelaki dan perempuan pada kedudukan yang sama, sila rujuk Firman Allah dalam ayat di bawah ini :

Sesungguhnya lelaki dan wanita muslim, lelaki dan wanita mukmin, lelaki dan wanita yang tetap dalam ketaatan, lelaki dan wanita yang sabar, lelaki dan wanita yang kusyuk, lelaki dan wanita yang bersedekah, lelaki dan wanita yang berpuasa, lelaki dan wanita yang memelihara kehormatannya, lelaki dan wanita yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka ampunan dan pahala yang besar (Al-Ahzab 33;35).

Daripada ayat di atas tidak ada kelebihan antara lelaki dan wanita, bahkan tarafnya sama di sisi Allah semata-mata. Memang ada sebahagian umat Islam yang mengamalkan lelaki lebih berbanding perempuan, sebetulnya ini adalah budaya dan adat masyarakat tersebut. Selagi tidak bertentangan dengan Islam tidak ada masalah tetapi kalau adat bertentangan dengan ajaran Islam maka ajaran Islam harus diutamakan. Sungguhpun demikian untuk membuang adat dan budaya yang sudah sebati dalam kehidupan manusia bukan perkara mudah.

Allah bagi kelebihan kepada lelaki atau perempuan untuk memudahkan lelaki atau perempuan untuk melaksanakan tugas masing-masing. Sebagai contoh Polis dibenarkan memakai pistol, adakah menunjukkan Polis lebih hebat daripada orang lain? Tidak, lesen pakai pistol diberikan kepada polis untuk memudahkan polis melaksanakan tugasnya bukan untuk membuat kerosakan tetapi untuk menjaga keamanan begitu juga Allah lebihkan lelaki atau perempuan dalam perkara tertentu untuk memudahkan lelaki atau perempuan melaksanakan tanggung jawab masing-masing.

KENAPA ISLAM MEMAKSA UMATNYA UNTUK MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM SEPERTI SHALAT, PUASA DAN LAINNYA?

Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu aslama bermakna sejahtera, harmoni, aman atau menyerahkan diri dan menyembah semata-mata hanya kepada Allah sahaja. Maka sesiapa yang mengakui islam sebagai agama pilihannya maka wajib mengamalkan perintah Allah seperti tersebut dalam Qur'an.
Sungguh Islam perintah umatnya untuk mengamalkan Islam secara sempurna tetapi mengikut kemampuan masing-masing seperti shalat harus dilakukan secara sempurna bagi orang sihat, maka bagi orang sakit boleh dilakukan sambil duduk, baring dan juga dengan isyarat mengikut kemampuan setiap hamba-Nya. sila rujuk ayat di bawah ini :

Allah tidak membebankan seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Ia mendapatkan pahala sesuai dengan apa yang diusahakannya dan ia mendapat siksa sesuai dengan apa yang dikerjakannya ... (Al-Baqarah 2;286).

Dalam Islam iman sahaja tidak mencukupi kalau tidak diamalkan perintah Allah seperti shalat, puasa, bayar zakat, naik haji dan lain sebagainya. Sila rujuk ayat di bawah ini
Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh dan nasihat-menasihati dalam kebenaran dan kekal dalam kesabaran (Al-'Ashar 103;1-3).

Memang mula-mula dipaksa untuk mengamalkan Islam, bahkan dipaksa dari kecil lagi tetapi itu hanya latihan untuk membiasakna diri. Mula-mula memang lah berat tapi lama-lama apabila sudah biasa menjadi mudah dan ringan. Sebagai contoh semenjak kecil lagi kita sudah dipaksa untuk sikat gigi, kita memang tak suka sikat gigi tetapi ibubapa tetap paksa. Mula-mula kita rasa berat bahkan sampai ke tahap beli ubat gigi rasa buah supaya kita suka, lama-lama menjadi mudah apabila sudah biasa. Setiap kewajiban dalam islam adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri bukan untuk Allah sebab adakah manusia itu beramal atau tidak maka tidak memberi kelebihan kepada Allah.