Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Friday, October 30, 2009

KENAPA ISLAM TAK BENARKAN TUKAR AGAMA (MURTAD)?

Malaysia mengamalkan kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing mengikut kepercayaan masing-masing juga. Apa yang diamalkan oleh penganut agama lain mungkin suatu yang ganjil atau pelik bagi kita tetapi normal bagi mereka. Sebagai contoh bagi penganut agama Hindu menyembah berhala atau patung itu adalah normal dalam agama mereka tetapi tidak masuk akal bagi muslim atau penganut agama lainnya. Jadi muslim tidak boleh salahkan amalan mereka sebab itu kepercayaan mereka.


Sama juga bagi penganut kristian menggunakan salib adalah normal sebab mereka percaya Yesus mati disalib untuk menebus dosa manusia tapi bagi Muslim itu suatu yang tak boleh dipercaya. Adakah saya kena melarang kepercayaan dan amalan mereka? Tidak! Sama juga amalan Muslim juga ada sebahagian yang tidak masuk akal bagi penganut agama lain. Jadi semua agama harus menghormati dan menghargai agama lain. Setiap penganut agama tidak patut masuk campur urusan agama lain.


Setiap orang menerima Islam harus mengamalkan ajaran Islam begitu juga agama-agama lain sebab setiap agama mempunyai ajarannya masing-masing. Muslim yang keluar daripada Islam kepada agama lain dipanggil Murtad. Murtad berasal daripada bahasa Arab, iaitu riddah atau irtidat. Irtidat bermakna mereka yang berpaling daripada Islam atau keluar daripada cahaya kebenaran menuju kepada kegelapan dan kekafiran. Orang murtad telah mengkhianati Allah dengan menafikan keimanan kepada Allah, sedangkan mereka telah mengetahui tentang kebenaran Islam. Islam tidak membenarkan menukar agama kepada agama lain sebab dalam Islam tidak ada paksaan dalam menerima Islam seperti tersebut dalam ayat di bawah ini.


Tidak ada paksaan untuk masuk Islam, sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Barang siapa yang ingkar kepada thangut (syaitan dan sembahan yang lain daripada Allah) dan beriman kepada Allah maka sesungguhnya ia telah pegang kepada simpul tali yang kuat yang tidak akan putus (Al-Baqarah 2;256).


Dalam ayat lain Allah juga telah menerangkan dengan lebih jelas tentang tiada paksaan untuk masuk Islam :


Dan jikalah Tuhanmu mahu tentulah orang di bumi ini beriman seluruhnya. Maka apakah kamu hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya (Yunus 10;99).


Maka sesiapa masuk Islam maka tak boleh murtad, orang yang murtad akan diberikan azab oleh Allah seperti firmannya dalam ayat di bawah ini :


... Dan siapa di antara kamu yang berpaling tadah daripada agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka rosak binasalah amal usahanya di dunia dan akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya selamanya (Al-Baqarah 2;217).


Dalam ayat yang lain Allah berfirman :


Barangsiapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripadanya, dan di akhirat mereka termasuk orang-orang yang rugi (Ali-'Imran 3;85).


Adapun orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya (Al-Qarah 2;39).


Hukuman Murtad
Mengikut tafsiran ulama orang yang murtad digolongkan kepada dua iaitu apostesi dan blestomi.


1. Apostesi bermaksud keluar daripada Islam dengan cara baik-baik dan tidak menfitnah islam. Maka bagi apostesi tidak dikenakan hukuman bunuh bahkan kerajaan wajib melindunginya sebagai seorang rakyat yang berhak mendapatkan keadilan yang sepatutnya daripada pemerintah Islam.


2. Blestomi adalah orang yang keluar daripada Islam dan mengkhianati Islam dengan menyebarkan fitnah tentang Islam dengan membuat tuduhan-tuduhan palsu sehingga membuat kekacauan dan huru-hara Umat. Blestomi hukumnya bunuh sampai mati kerana membuat kekacauan antara agama atau membahayakan orang lain. Sila rujuk Hadith nabi Muhammad saw tentang murtad :


Tidak halal darah seorang muslim yang beriman bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Aku utusan Allah, kecuali dengan salah satu tiga perkara: nyawa dibalas dengan nyawa, orang yang berkahwin dan berzina serta orang keluar daripada Islam dan memisahkan diri daripada kumpulannya (dilaporkan oleh Bukhari, Ibn Majah dan Abu Daud).


Dalam Hadit yang lain dilaporkan daripada Ibnu Mas'ud, Muhammad berkata : Tidaklah halal darah seorang muslim kecuali ia melakukan salah satu dari tiga perkara iaitu : Kafir selepas beriman, berzina selepas muhshan (lelaki atau perempuan yang sudah berkahwin), serta membunuh orang dibawah jagaannya.
Dilaporkan daripada Ibnu Abbas, bahawa Muhammad berpesan : Barangsiapa menukar agama Islam kepada kekafiran maka bunuhlah ia (dilaporkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim).


Rayuan Taubat bagi orang Murtad
Kebanyakan orang keluar daripada Islam disebabkan oleh keraguan tentang Islam, maka mereka diberi peluang untuk belajar dan mendapat kauseling daripada umat Islam atau pejabat Mufti dengan memberikan bukti-bukti dan dalil-dalil tentang kebenaran Islam. Maka sekiranya tidak mahu kembali kepada Islam baru diputuskan hukum oleh mahkamah.
Semasa Muhammad mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman, Muhammad berpesan: "Sekiranya seorang lelaki keluar daripada Islam. maka serulah dia kembali, jika dia kembali bebaskan dia, jika dia enggap berbuat demikian maka bunuhnya dia. Dan sekiranya seorang wanita keluar daripada islam, maka serulah dia kembali, jika dia kembali bebaskan dia, jika dia enggan berbuat demikian maka bunuhnya dia.


Analogi

Apabila seseorang menjadi seorang askar maka dia harus tanda tangan borang perjanjian, maka jika mahu keluar daripada askar harus mohon dengan cara baik-baik mengikut prosedur yang ditetapkan. Selepas diluluskan maka dia boleh tinggalkan kerjaya sebagai askar dengan syarat tidak membocorkan rahsia negara. Jika orang tersebut menjaga rahsia negara maka kerajaan wajib melindungi orang tersebut seperti rakyat lainnya, tetapi sekiranya orang tersebut menjual rahsia negara maka kerajaan akan tangkap orang tersebut dan jatuhkan hukuman bunuh sebab membahayakan keselamatan negara.


Bagitu juga dalam Islam sekiranya keluar daripada Islam dengan cara baik-baik maka Islam tidak menghukumnya tetapi sekiranya selepas keluar daripada Islam mereka menyebarkan fitnah dengan membuat tuduhan-tuduhan palsu maka hukumannya bunuh sampai mati sebab membahayakan umat islam yang lain dan dapat berlaku huru hara antara agama. Ramai juga yang keluar dari Islam dengan cara baik-baik dan tidak dihukum seperti Nyonya Tahir, Aishah Bukhari tetapi mereka kena mohon di Mahkamah sebab ini adalah Undang-undang Kerajaan seperti juga prosedur perceraian.

Sepasang suami isteri yang berkahwin secara sah, maka ketika bercerai juga harus pergi ke mahkamah untuk pengesahan perceraian. Kenapa tidak cukup dengan lafaz cerai atau perjanjian antara suami dan isteri untuk berpisah, kenapa mesti ke Mahkamah? Sebab ini Undang-undang kerajaan Malaysia, maka harus dipatuhi demi kebaikan kedua pihak dan juga anak-anaknya. Begitu juga dengan keluar Islam bukan untuk mempersusah tapi untuk kebaikan di masa hadapan seperti perebutan mayat dan harta warisan. Pengesahan Mahkamah boleh dijadikan bukti tentang pengesahan pertukaran agama tersebut.

MENGAPA ORANG BUKAN ISLAM DIGELAR SEBAGAI KAFIR

Mengapa orang Islam menghina orang bukan Islam dengan panggilan "kafir'? Bukankah mereka juga ada agama? Sedangkan orang-orang bukan Islam hanya menggelar orang yang tak beragama sahaja sebagai kafir?

Kafir berasal daripada bahasa Arab "kafara' bermakna menyembunyikan atau ingkar. Dalam Islam, kafir bermakna seseorang yang menyembunyikan atau ingkar terhadap kebenaran Islam. Umat Islam hanya menggelar kafir kepada orang yang sudah sampai berita kebenaran Islam tetapi menolaknya, orang bukan Islam yang belum sampai kebenaran Islam dan mereka tidak beriman dengan Islam maka mereka tidak layak digelar sebagai kafir sebab Allah telah menghantar utusan atau nabi kepada setiap kaumnya seperti tersebut dalam ayat di bawah :

"Dan tidak ada satu umatpun melainkan telah dihantar seorang utusan yang memberi peringatan kepadanya (Fathir 35;24)".

"...Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan, dan bagi setiap kaum terdapat utusan yang memberi petunjuk (Ar-Ra'd 13;7)

Orang yang menolak Islam dalam bahasa Melayu dipanggil juga sebagai Orang Bukan Islam. Sekiranya orang bukan Islam merasa dihina dengan panggilan kafir maka dia harus menerima Islam supaya tidak dipanggil lagi "kafir" atau 'orang bukan Islam'.

Orang-orang kafir daripada ahli kitab dan orang-orang musyrik tidak menginginkan diturunkan sesuatu kebaikan daripada Tuhan mu kepada mu (Al-Baqarah 2;105).

... Dan sesiapa yang menukar iman dengan kekafiran, sungguh telah sesat daripada jalan yang lurus (Al-Baqarah 2;108).

Sebetulnya siapa orang kafir? Sila rujuk ayat di bawah :
Dan kami menampakkan Neraka Jahannam pada hari itu kepada orang-orang kafir dengan Jelas. Iaitu Orang-orang yang matanya dalam keadaan tertutup untuk melihat tanda-tanda kekuasaan-Ku, dan mereka tidak mendengar ayat-ayat Allah (Al-Kahfi 18;100-101).

Ayat di atas menerangkan bahawa orang kafir adalah orang-orang yang tidak menggunakan mata untuk melihat kekuasaan Allah dan telinga untuk mendengar ayat-ayat Allah ketika disampaikan. Sila rujuk ayat di bawah :

Sesungguhnya orang-orang kafir, sama sahaja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman.
Allah telah mengunci-mati hati mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang cukup berat (Al-Baqarah 2;6).

Wednesday, October 28, 2009

KENAPA ISLAM HARAMKAN ARAK?

Larangan arak sebetulnya telah wujud dari zaman awal-awal lagi, arak telah menghabiskan begitu banyak perbelanjaan serta menyebabkan kesengsaraan yang begitu dasyat di dunia ini. Arak telah menyebabkan masalah sosial dan hubungan kejiranan, mengikut statistik jenayah dan perceraian meningkat disebabkan oleh arak.
I. Islam melarang minum arak secara bertahap. Sila rujuk ayat di bawah ini :
Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya (An-Nahl 16;67).

Ayat di atas memberi peringatan tentang bahaya arak secara halus dan belum diharamkan. Sila rujuk ayat larangan seterusnya :

Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah (Muhammad) pada keduanya ada dosa yang cukup besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya... (Al-Baqarah 2;219).

Ayat ini membuktikan bahawa bahaya arak lebih besar daripada manfaatnya. Sila rujuk ayat seterusnya:

Jangan kamu menghampiri solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu sedar apa yang kamu ucapkan (An-Nisaa' 4;43).

Larangan minum arak dalam ayat ini terhad dalam shalat sahaja. Perintah larangan dalam ayat ini sudah tegas sungguhpun dalam masa terhad sehingga turunlah ayat di bawah ini :

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, Qurban untuk patung berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperolehi kejayaan (AL-Maidah 5;90)

II. Bible juga melarang meminum arak seperti tersebut dalam ayat di bawah ini:

Minuman keras membuat orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang yang menjadi mabuk (Proverb 20;1)

Arak adalah minuman untuk orang-orang yang hampir mati dan sengsara. Biarlah mereka meminumnya untuk melupakan kemiskinan dan kesengsaraan (Proverb 31;6-7)

Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu(Ephesians 5;18)

Ayat-ayat di atas tidak mengharamkan arak secara langsung tetapi peringatan tentang bahaya arak.

III. Kesan minum arak
1. Pusat kawalan manusia terletak pada otak, otak yang mengawal atau menghalang manusia jika bertindak salah. Manusia yang tidak sedar diri kerana pengaruh arak akan menggunakan bahasa kesat/kotor terhadap ibubapa atau saudara-mara serta anak-anak mereka. Semasa manusia mengambil arak, maka kawalan otak tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya. Ini adalah satu sebab kenapa orang mabuk akan melakukan sesuatu di luar kebiasaan harian. Ia akan menggunakan kata-kata kesat dan tak dapat mengawal kesilapan yang dilakukan bahkan terhadap ibubapa sendiri. Bahkan sampai kencing dalam seluar, jalan tidak terkawal dan berperangai buruk.

2. Kes pelacuran, rogol, sumbang mahram (incest) dan pesakit AID berlaku pada peminum arak.

Mengikut soal selidik yang dibuat oleh U.S. Department of Justice pada tahun 1996 setiap hari ada 2.713 kes rogol di USA. Statistik menunjukkan kebanyakan perogol adalah mabuk (di bawah pengaruh arak) yang melakukan pelbagai jenayah lain. Mengikut statistik juga 8% rakyat Amerika melakukan sumbang mahram maknanya 1 daripada 12 rakyat Amerika melakukan sumbang mahram. Begitu juga dengan penularan penyakit AID pesakit utamanya adalah peminum arak.

3. Semua peminum arak bermula daripada parti sosial. Pada mulanya mereka hanya berjinak-junak dengan minum sedikit arak, mereka mendakwa dapat kawal diri dalam pengambilan arak sehingga tidak akan mabuk. Mengikut kajian semua peminum arak bermula dengan social drinker, tidak ada seorangpun peminum arak berniat untuk menjadi peminum arak sejati. Peminum arak tidak pernah berkata selepas lama minum arak dengan dapat kawal diri tidak pernah mabuk.

4. Sekiranya peminum arak mabuk dan melakukan satu kesilapan maka dia akan menyesal seumur hidup. Sekiranya peminum arak melakukan satu kesilapan sebab tak dapat mengawal dirinya sebab mabuk misalnya rogol atau sumbang mahram, sungguhpun selepas itu insaf dan bertaubat maka manusia akan pulaukan seumur hidupnya. Mereka dianggap sebagai penjenayah berat dan tidak dapat dipulihkan semula dan melakukan kerusakan yang tak dapat ditebus semula.

III. Arak juga diharamkan oleh Muhammad. Muhammad berpesan :

a. Arak adalah ibu daripada segala kejahatan dan itu adalah kejahatan yang cukup memalukan (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3371)

b. Barang yang memabukkan diharamkan maupun sedikit ataupun banyak (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3392)

c. Bahkan bukan hanya orang yang minum arak sahaja mendapat dosa bahkan yang menjual atau memudahkan transaksi untuk mendapatkan arakpun sama.
"Allah akan melaknat sepuluh kumpulan manusia termasuk yang menjual atau memudahkan transaksi membekalkan arak. Orang yang menghasilkan, menghantarnya, orang yang tolong membelinya, orang yang melayannya untuk minum, orang yang menjualnya, orang yang menggunakan wang hasil jualan arak, orang yang membelinya dan juga orang yang membeli arak daripada seseorang" (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3380 dilaporkan oleh Anas).

IV. Penyakit yang disebabkan oleh arak.
Pelbagai hasil kajian menguatkan lagi kenapa minum arak dilarang, kematian tertinggi di dunia ini disebabkan oleh arak. Beberapa contoh penyakit yang disebabkan minum arak seperti :

a. Penyakit Limpa dan hati yang disebabkan oleh minum arak

b. Kanser Osofagus/kerongkong, Kanser kepala dan leher, kanser hati (Hepatoma), dan kanser usus.

c. Penyakit osofagus, gastrik, sakit pankreas, dan Hepatitis disebabkan oleh pengambilan alkohol.

d. Kardimiopati, tekanan darah tinggi, Koroni Arteroklerosis, Angina dan kerosakan hati disebabkan pengambilan arak berlebihan.

e. Penyakit Stroke, Apofleksi, sawan dan pelbagai jenis Paralisis yang disebabkan oleh arak

f. Pheripheral Neuropathy, Cortical Atrophy, Cerebeller Atrophy merupakan sindrom yang disebabkan oleh pengambilan arak.

g. Wernicke; sindrom Korsakoff serta amnesia kehilangan kawalan dalam bercakap dan hilang daya ingat disebabkan pengambilan arak

h. Beriberi dan Pellagra disebabkan oleh pengambilan arak.

i. Meracau yang melampau semasa atau selepas minum arak bahkan dapat menyebabkan kematian,

J. Penyakit kulit, Eczema dan pelbagai penyakit lain yang cukup serius.

Tuesday, October 27, 2009

KENAPA ISLAM BENARKAN POLIGAMI?

Isu poligami adalah isu yang paling hangat dibincangkan melibatkan islam, sungguhpun banyak juga agama atau bangsa lain yang mengamalkan poligami tetapi sepertinya tidak disentuhpun. Contohnya Masyarakat Zulu juga mengamalkan poligami bahkan satu kes diberitakan kahwin empat isteri dalam satu masa sekaligus. Isu poligami banyak disentuh tentang keburukannya berbanding kebaikan poligami, ini disebabkan pengamal poligami tidak mengamalkan panduan yang diajarkan oleh Islam sehingga poligami menjadi satu polemik yang tak habis-habis dan meninggalkan kesan negatif. Seolah-olah poligami adalah penindasan terhadap perempuan sedangkan poligami dalam Islam adalah untuk mengangkat kedudukan perempuan. Sungguhpun demikian kita kena faham beberapa perkara :
1. Islam tidak pernah memperkenalkan poligami, poligami telah wujud sejak zaman azali lagi seperti dilaporkan dalam Bible, Yajurveda dan tamadun-tamadun awal. Islam hanya menghadkan poligami maksimum hanya empat sahaja sedangkan agama dan tamadun lain tidak pernah menghadkannya. Abraham mempunyai tiga isteri, Solomon mempunyai 700 isteri dan 300 gundik, David mempunyai 99 isteri dilaporkan dalam Bible, manakala Krisna mempunyai 16108 isteri tetapi tak pernah disentuh atau jadi isu tetapi islam menghadkan kepada empat sahaja tiba-tiba jadi isu. Sila rujuk Bible
Maka Sarai memberikan Hagar kepada Abraham untuk dijadiakn isterinya (Act 16;3).
Abraham berkahwin lagi dengan seorang perempuan bernama Ketura (Act 25;1).
Raja Solomon berkahwin dengan tujuh ratus orang puteri raja dan mempunyai tiga ratus orang gundik (King 11;3).
Poligami dalam Islam
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim bilamana kamu mengawininya, maka kawinilah wanita-wanita lain yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kawinilah seorang saja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya (An-Nisa' 4;).

Ayat di atas menyatakan bahawa Islam membenarkan kahwin sampai empat sekiranya dapat berlaku adil kepada isteri-isterinya, sekiranya tidak dapat berlaku adil maka kahwinlah satu sahaja. Mengikut statistik tidak sampai 10 peratus lelaki muslim mengamalkan poligami. Lelaki yang mengamalkan poligami dapat berlaku adil maka dia adalah orang pertama masuk ke syurga tetapi sekiranya tidak dapat berlaku adil maka dia adalah orang pertama masuk ke neraka.

Sebenarnya poligami tidak menzalimi perempuan tetapi memuliakan mereka dengan menyediakan tempat perlindungan dan kasih sayang. Bandingkan kehidupan perempuan bujang dengan perempuan berkahwin, perempuan berkawhin mempunyai tanggungjawab menguruskan keluarga, mendapatkan perlindungan dan kasih sayang daripada suami serta wujud keceriaan rumah tangga dengan kahadiran anak-anak dan sebagainya.

Sungguhpun demikian sebetulnya poligami dapat mengurangkan masalah sosial masyarakat yang semakin teruk. Beberapa kelebihan atau manfaat poligami :
1. Ada sesetengah lelaki mempunyai kemahuan sexual yang cukup tinggi, seorang isteri tidak dapat melayan kemahuan seksual suami. Dalam Islam penyelesaiannya adalah kahwin lagi seorang, kalau dalam agama lain apa penyelesaiannya? Mungkin mempunyai perempuan simpanan atau mencari pelacur, ini mempengaruhi perkembangan spikologi perempuan simpanan dan anak yang dilahirkan bahkan akan menjejaskan kerjaya lelaki tersebut, di samping itu juga dapat mengalakkan industri sexual. Melarang lelaki daripada melakukan hubungan seksual adalah mustahil, bukan semua lelaki dapat mengawal nafus seksual dengan baik, contohnya Tiger Wood yang dianggap seorang suami dan ayah yang penyayang dan setia kepada pasangan tetapi yang berlaku adalah menggemparkan dunia, bahkan telah menghancurkan kerjayanya sebagai pemain Golf profesional yang sebelum ini dianggap sebagai hero. Mungkin kalau Tiger Wood mengamalkan poligami adakah skandal tersebut akan berlaku? Tentu jawapannya tidak.
2. Bilangan perempuan melebihi lelaki, ini akan melahirkan semakin ramai anak dara tidak laku ataupun andartu. Kita mesti ingat perempuan juga mempunyai kemahuan sexual, kalau nak dapat lelaki bujang dan muda adalah sangat susah bagi perempuan berumur kecuali lelaki sudah beristeri. Kalau saudara mempunyai anak atau saudara perempuan, sanggupkan saudara memberikan anak atau saudara perempuan anda menjadi pelacur ataupun perempuan simpanan? Maka Islam memberikan penyelesaian melalui poligami, kalau lelaki hanya boleh kahwin seorang isteri sahaja maka tidak semua perempuan mempunyai peluang mendapatkan suami. Poligamilah satu-satunya jalan bagi memastikan semua perempuan mempunyai suami.
3. Dalam Islam perkahwinan bukan semata-mata kerana kemahuan sexual semata-mata, kadangkala perkahwinan kerana kebajikan sebagai contoh seorang ibu tunggal yang kematian suami dan mempunyai 5 orang anak. Mampukah seorang perempuan menyara anak-anaknya?
Berapa ramai ibu tunggal di Amerika atau negara Eropah terpaksa bekerja syif siang dan malam semata-mata untuk menyara keperluan anak. Maka lelaki Muslim sanggup berkahwin untuk membantu menyara dan menjaga anak-anaknya, dalam agama lain tidak berlaku seperti ini tapi dalam Islam ini adalah perkara normal.
4. Bagi pasangan berkahwin sampai berpuluh tahun tetapi tidak mempunyai anak. Selepas dibuat pemeriksaan doktor kalau suami berkahwin dengan perempuan lain maka peluang mempunyai anak cukup besar. Suami-Isteri mahu sangat anak, apa penyelesaian agama lain berikan? Mungkin cerai isteri pertama dan kahwin dengan perempuan lain, bagi setengah agama tidak dibenarkan bercerai dan berkahwin lain apa penyelesaiannya? Ramai yang berkahwin secara senyap atau mempunyai perempuan simpanan, sungguhpun agama melarangnya tetapi undang-undang tidak dapat melindungi perempuan seperti ini (mengikut bancian yang dibuat). Islam benarkan untuk kahwin lagi, bahkan anak yang lahir dari isteri kedua juga anak daripada isteri pertama maka lahirlah keluarga yang bahagia.
5. Sekiranya isteri lumpuh seluruh badan dan suami masih muda lagi sehingga keinginan sexual masih tinggi, nak melakukan hubungan sexual dengan isteri lumpuh adalah satu kezaliman. Adakah lelaki harus mempunyai perempuan simpanan atau melanggan pelacur? Apa penyelesaian yang diberikan agama lain? Islam membenarkan suami berkahwin lagi, suami boleh memilih isteri kedua yang sanggup menjaga suami, anak dan isteri pertama. Maka akan terbina satu keluarga bahagia dan sejahtera sekiranya suami isteri melaksanakan perkahwinan mengikut panduan yang diajarkan islam.

KENAPA DERAJAT LELAKI LEBIH TINGGI DARIPADA WANITA DI DALAM ISLAM?

Orang bukan Islam melihat terdapat diskriminasi terhadap wanita dalam Islam, kedudukan wanita lebih rendah berbanding lelaki. Adakah ini betul? Cuba kita rujuk kepada Qur'an :

Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menunggu tiga kali suci. Tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suaminya berhak merujuknya dalam masa menunggu tersebut, jika suami itu menghendaki ishlah. Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang makruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada istrinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Al-Baqarah 2;228).

Kalau kita melihat ayat di atas seolah-olah wujud kedudukan lelaki lebih tinggi berbanding wanita tetapi kita harus ingat lelaki mempunyai tangung jawab yang lebih besar berbanding wanita oleh sebab itu lelaki mempunyai sedikit kelebihan daripada wanita dalam hal-hal tertentu sahaja. Bahkan perempuan juga mempunyai kelebihan berbanding lelaki dalam kes-kes tertentu seperti contoh perempuan tidak diwajibkan sembahyang semasa masa kedatangan Haid (Menstruasi) sedangkan lelaki tidak.

Jadi hak seseorang sesuai tanggung jawab yang diberikan, kalau tanggung jawapnya besar maka haknya lebih besar. Analogi supaya kita mudah faham, Seorang guru besar di sekolah rendah mempunyai hak yang lebih besar berbanding guru biasa sebab guru besar mempunyai tanggung jawab dalam mentadbir sekolah manakala guru biasa hanya diberi tanggung jawab untuk mengajar semata-mata. Maka semakin besar tanggung jawab yang dipikul maka semakin besar hak yang didapat.

Sunday, October 25, 2009

ADAKAH ISLAM AGAMA YANG SUSAH?

Bukan Islam melihat agama Islam adalah agama yang susah, banyak pantang larang, ini tak boleh itu tak boleh, ini dosa itu dosa, ini masuk neraka itu masuk neraka, islam memang agama susah sedangkan agama lain mudah je. Bahkan Muslim sendiri merasa islam adalah agama yang susah.

1. Islam nampak susah kerana adat
Sebetulnya kalau kita lihat islam daripada sumbernya yang asal iaitu Quran dan Hadith (Ajaran Nabi Muhammad) maka Islam adalah agama yang paling mudah berbanding agama lain. Bukan Islam kelihatan susah kerana Islam telah dicampur-aduk dengan budaya tempatan, contohnya kebiasaan kita lihat kalau orang Islam kahwin maka perbelanjaan yang dikeluarkan lelaki sangat tinggi, lelaki memberi hantaran yang tinggi kepada perempuan. Hantaran yang tinggi adalah menyusahkan bagi lelaki, kemudian lelaki kena bayar pakaian pengantin lagi belum lagi kenduri kendara maka kahwin itu sangat susah.

Bahkan kadang lelaki terpaksa buat pinjaman atau loan kerajaan semata-mata hanya untuk kahwin, terpaksa berhutang sampai melahirkan tiga anak baru habis langsaikan hutang. Adakah ini ajaran islam? Kalau kita lihat ajaran islam yang sebenar maka islam adalah mudah dalam hal perkahwinan, lelaki hanya memberikan mahar dan majelis kahwin. Mahar kahwin tak perlu mahal-mahal yang penting barang yang mempunyai nilai dan pihak perempuan bersetuju. Manakala majelis pula hanya majlis makan-makan biasa sebab majelis itu hanya untuk mengistiharkan kepada saudara mara atau jiran bahawa mereka telah berkahwin supaya tak timbul isu atau fitnah kalau orang lain nampak mereka tinggal bersama.

Sebetulnya perkahwinan dalam islam sangat mudah, persiapan untuk melayari rumah tangga dari segi pengetahuan dan panduan mendidik isteri dan anak adalah yang utama bukan majelis kahwin atau bulan madu.

2. Islam agama yang Mudah
Kalau kita rujuk kepada Quran maka Islam adalah agama yang mudah seperti disebutkan dalam ayat-ayat berikut:

... Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur (Al-Baqarah 2;185).

Kadang kala kita nampak sesuatu itu sangat susah tetapi sebetulnya benda itu mudah tetapi sebab kita tak biasa maka benda itu jadi susah. Islam juga melarang benda-benda yang menyeronokkan dan membawa kelalaian seperti minum arab, sex bebas dan lainnya maka nampak Islam agama yang susah kerana terdapat pantang larang. Padahal hanya sedikit pantang larang itupun untuk kebaikan manusia, setiap larangan membawa kebaikanAllah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita sebagai ciptaan-Nya.

Analogi supaya mudah digahami, Honda telah melancarkan penjualan kereta Honda Nano terbaru, teknologi yang dipakai sangat canggih dan tidak ada maklumat yang tahu kecuali perekanya. Jadi pereka kereta Honda Nano telah membuat manual dengan mengatakan kereta Honda Nano tidak boleh menggunakan petrol biasa tapi harus pakai Primax 3, disebabkan pengguna telah biasa pakai petrol biasa maka digunakan petrol biasa. Tiba-tiba kereta Honda Nano tak dapat hidupkan mesinnya. Jadi siapa yang salah? Pereka Honda atau pengguna yang tak mengikut panduan yang diberikan?
Sebab apa?

sebab pereka Honda Nano tersebut lebih tahu seluk beluk rekaannya berbanding pengguna. Macam tu juga, Allah larang dan suruh sesuatu untuk kebaikan manusia sungguhpun kita nampak susah tapi ada kebaikan disebaiknya. Sila rujuk ayat di bawah:

3. Allah tahu apa yang tidak diketahu manusia
... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui (Al-Baqarah 2;216)

Analogi, Anda mempunyai seorang anak lelaki berumur 3 tahun, tiba-tiba disebelah rumah anda berlaku kebakaran. Bagi seorang budak melihat api suatu keindahan, dia minta main api. Sebagai seorang Ayah yang bijak, adakah anda membenarkan dia main api? Pasti anda tidak benarkan dia main api sebab anda tahu akibatnya tapi bagi budak berumur 3 tahun, sungguh seronok kalau dapat main api. Bestnya..... Sekarang zaman demokrasi, anak anda minta bantu dengan jiran untuk menulis protes...SEKARANG ZAMAN DEMOKRASI, AYAH TAK BOLEH MELARANG SAYA MAIN API... ITU HAK SAYA..Adakah anda benarkan?

Sebagai seorang ayah yang bijak, pasti anda tidak benarkan dia bermain api bukan? Begitu juga dalam Islam ada sedikit pantang larang adalah untuk kebaikan manusia, manusia tidak tahu Allah lebih tahu. Memang dalam Islam ada sedikit pantang larang, sebagai contoh Islam haramkan minum arak tapi berjuta minuman lain boleh diminum, begitu juga dengan pengharaman babi. Cuba lihat berapa juta jenis makanan lain yang boleh dimakan selain babi itupun atas sebab untuk kebaikan manusia (Sila rujuk Tajuk KENAPA ISLAM HARAMKAN BABI?). Sebetulnya pantang larang atau undang-undang tersebut untuk memudahkan manusia dalam mentadbir dunia.

Analogi, Tepat jam 5 petang Najib istiharkan bermula sekarang semua lampu isyarat di KL dihentikan dan pemandu boleh memandu sesuka hati. Cuba fikirkan, apa yang akan berlaku di KL? Kalau sebelum ini balek dari KL ke Kajang ambil masa 45 minit maka hari itu ambil masa sampai 6 jam sebab banyak kes langgar dan jem yang begitu panjang sebab semua pemandu mahu cepat dan jalan dulu sehingga kereka terlanggar dan sesak. Makanya undang-undang jalan raya adalah untuk memudahkan pengguna jalan bukan menyusahkan pengguna jalan raya. Sama juga dengan Islam, sedikit pantang larang atau undang-undang dalam Islam untuk memudahkan manusia menjalani hidup ini sehingga bahagia dunia dan akahirat.

4. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Ia mendapat pahala daripada kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa daripada kejahatan yang dikerjakannya. Mereka berdo`a: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir" (Al-Baqarah 2;286)

Daripada ayat di atas kita dapat melihat bahawa Allah hanya menetapkan atau menguji kita berdasarkan kemampuan kita untuk menerimanya. Kalau Allah tetapkan suatu undang-undang maka kita sanggup mengamalkannya selagi kita mahu mengamalkannya.

Bahkan Nabi Muhammad juga berpesan dalam Haditnya yang dilaporkan dalam Sahih Bukhari dalam Buku 1 Chapter 11 ayat 9;

Permudahkan jangan susah-susahkan, beri berita gembira dan jangan takut-takutkan (Sahih Bukhari 1;11;9)

Ayat di atas menunjukkan bahawa Agama islam adalah agama yang mudah, kadang kala muslim itu yang membuat agama menjadi susah seperti saya sebutkan di atas tadi.

Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah (An-Nisa' 4;28).

Firman Allah:
Allah menghendaki kamu mendapatkan kemudahan, dan ia tidak menhendaki kamu menanggung kesusahan (Al-Baqarah 2;185)

Firman Allah :

Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan, tetapi ia hendak mensucikan kamu dan sempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur (Al-Maidah: 6)


Allah memberi kemudian kepada kita sebab kita adalah lemah seperti termaktub dalam ayat di bawah

Orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang umi yang namanya tertulis dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya iaitu AlQuran, mereka itulah orang-orang yang beruntung (Al-A'raf 7;157).

Allag berfirman:

Allah hendak menringankan beban hukum-Nya daripada kamu, kerana manusia dijadikan dalam keadaan lemah (al-Nisa': 28)

....Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. Ikutilah agama Ibrahim. Allah telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan begitu pula dalam Al Qur'an ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong (Al-Hajj 22;78).

Friday, October 23, 2009

KENAPA ALLAH MENGGUNAKAN KAMI DALAM QURAN UNTUK MERUJUK KEPADANYA? ADAKAH ALLAH LEBIH DARI SATU?

Sekiranya Allah itu Esa kenapa Allah menggunakan Kami untuk merujuk kepada-Nya? Adakah Allah lebih dari satu? Sila rujuk Surah Yasin 36;9

Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding pula, dan Kami tutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat (Yasin 36;9).

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.(Al-Hijjr 15;9)

Plural atau jamak di dalam bahasa Arab mempunyai dua makna iaitu menunjukkan bilangan dan keagungan. Jadi Kami dalam ayat di atas merujuk kepada Keagungan Allah. Kaedah plural dalam bahasa Hebrew juga mempunyai kaedah yang sama dengan bahasa Arab. Sila rujuk Act 1;1

Pada mulanya, ketika Allah (Elohim) menciptakan alam semesta (Act 1;1).

Sungguhpun lafaz Him merupakan kalimah jama' tetapi tidak ada satupun di kalangan Yahudi yang menyatakan Tuhan lebih daripada satu. Ini kerana mereka faham lafaz jama'. Him tidak merujuk kepada bilangan tetapi merujuk kepada keagungan Allah.

Ratu Elizabeth II kalau berucap sentiasa menggunakan We, adakah beliau ramai? We merujuk kepada keagungan beliau sebagai King Elizabeth. Jadi penggunaan We sama seperti penggunaan Kami dalam Qur'an untuk merujuk kepada keagungan Allah