

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah : Siapakah orang paling berhak untuk saya hormati? Rasulullah menjawab : Ibumu, Ibumu, Ibumu dan ayahmu.
Daripada Hadith di atas menunjukkan Ibu lebih dimuliakan berbanding ayah, ini menunjukkan Islam adil kepada lelaki dan perempuan. Kenapa Rasulullah mengulang Ibumu sampai tiga kali? Kerana dalam hal mendidik anak ibu lebih besar tanggung jawabnya makanya Rasulullah lebihkan Ibu berbanding ayah.
Begitu juga dalam hal lain lelaki diberikan kelebihan berbanding wanita contohnya dalam hubungan suami isteri, lebih yang mengatur isteri sebab suami diberi tanggung jawab untuk menyara isteri dan juga melindungi isteri maka suami diberi kelebihan. Islam mengiktiraf lelaki dan perempuan pada kedudukan yang sama, sila rujuk Firman Allah dalam ayat di bawah ini :
Sesungguhnya lelaki dan wanita muslim, lelaki dan wanita mukmin, lelaki dan wanita yang tetap dalam ketaatan, lelaki dan wanita yang sabar, lelaki dan wanita yang kusyuk, lelaki dan wanita yang bersedekah, lelaki dan wanita yang berpuasa, lelaki dan wanita yang memelihara kehormatannya, lelaki dan wanita yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka ampunan dan pahala yang besar (Al-Ahzab 33;35).
Daripada ayat di atas tidak ada kelebihan antara lelaki dan wanita, bahkan tarafnya sama di sisi Allah semata-mata. Memang ada sebahagian umat Islam yang mengamalkan lelaki lebih berbanding perempuan, sebetulnya ini adalah budaya dan adat masyarakat tersebut. Selagi tidak bertentangan dengan Islam tidak ada masalah tetapi kalau adat bertentangan dengan ajaran Islam maka ajaran Islam harus diutamakan. Sungguhpun demikian untuk membuang adat dan budaya yang sudah sebati dalam kehidupan manusia bukan perkara mudah

Allah bagi kelebihan kepada lelaki atau perempuan untuk memudahkan lelaki atau perempuan untuk melaksanakan tugas masing-masing. Sebagai contoh Polis dibenarkan memakai pistol, adakah menunjukkan Polis lebih hebat daripada orang lain? Tidak, lesen pakai pistol diberikan kepada polis untuk memudahkan polis melaksanakan tugasnya bukan untuk membuat kerosakan tetapi untuk menjaga keamanan begitu juga Allah lebihkan lelaki atau perempuan dalam perkara tertentu untuk memudahkan lelaki atau perempuan melaksanakan tanggung jawab masing-masing.
No comments:
Post a Comment