Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Sunday, November 15, 2009

KENAPA UMAT ISLAM MENCIUM HAJAR ASWAD (BATU HITAM) DALAM KA'BAH?

Adakah Hajar Aswad tersebut mempunyai kelebihan sehingga umat islam berebut mahu menciumnya? Bahkan ada yang sampai mati terpijak semasa berebut mahu mencium Hajar Aswad. Adapun jawapannya kita boleh rujuk Hadith Nabi yang dilaporkan oleh umar :

"Muhammad menghadap ke Hajar Aswad dan mengusapnya, lalu dikucupkan kedua bibirnya sambil menangis yang agak lama. Umar juga menangis agak lama, Nabi berkata " Hai Umar, disinilah ditempatkan air mata yang tidak sedikit banyaknya" (dilaporkan oleh Hakim).

Umat Islam (Muslim) mencium hajar aswad bukan disebabkan oleh kemuliaan hajar aswad ataupun kuasa gaib tetapi kerana mengikut amalan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad mencium hajar aswad sebagai penghormatan dan pengakuan nilai-nilainya serta mengambil berkah daripadanya. Allah telah melebihkan sebahagian batu daripada batu-batu yang lain sebagaimana Allah lebihkan Masjidil haram dan Masjidil 'Aqsa daripada masjid-masjid yang lain, begitu juga Allah melebihkan negeri, malam, dan bulan daripada yang lainnya.
Di samping itu disyariatkan mencium hajar aswad sebagai bukti ketaatan kepada Allah iaitu kesaksian bagi yang betul-betul ta'at kepada Allah, bukan sebab kemuliaan batu tersebut. Hal ini serupa dengan perintah Allah kepada Iblis untuk menyembah Adam tetapi Iblis ingkar. Allah menyuruh Iblis menyembah Adam bukan disebabkan oleh kemuliaan Adam tetapi menguji ketaatan Iblis kepada Allah.
Hajar aswad adalah satu-satunya bukti peninggalan peletakan batu pertama oleh Abraham (Nabi Ibrahim) semasa mula-mula membina rumah Ibadah yang pertama iaitu Ka'bah. Ini dibuktikan dalam kata-kata yang diungkapkan oleh Pemimpin Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad iaitu Umar Bin Khatab, katanya :

Umar menelungkupkan kepalanya ke hajar aswad dan berkata: "Sungguh, saya bukan tidak tahu bahawa engkau ini hanyalah batu! dan sekiranya saya tidak melihat Muhammad mencium dan mengusapmu, tidaklah saya akan mencium dan mengusapmu pula! Sungguh Muhammad menjadi ikutan yang baik bagimu"

Pada masa yang lain Umar mendatangi hajar aswad dan menciumnya, kemudian katanya " Saya tahu bahawa engkau adalah batu yang tak dapat memberi kebaikan ataupun keburukan! dan seandainya saya tidak melihat Muhammad menciumnya, tidaklah saya akan menciummu pula".

Thursday, November 12, 2009

BOLEHKAH ORANG BUKAN ISLAM MASUK KE DALAM MASJID?

Isu saman yang dituntut oleh Jabatan Agama Islam Selangor terhadap Xavier Jayakumar kerana masuk ke dalam Masjid dalam jamuan berbuka puasa. Isu hangat kerana melibatkan politik Malaysia, JAIS telah memfailkan tuntutan saman wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Exco Selangor tersebut di Mahkamah. Mengikut JAIS orang bukan Islam tidak sepatutnya masuk ke dalam Masjid kerana mereka dianggap tidak suci seperti perempuan yang sedang Haid (Menstruasi). Mengikut hukum sebenarnya : Bolehkah bukan Islam masuk ke dalam Masjid? Sila rujuk Qur'an dalam ayat di bawah :

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya oran-orang musyrik tidak suci, maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini, dan jika kamu takut menjadi miskin, maka Allah akan memberikan kekayaan kepadamu daripada kurniaan-Nya, jika dia menghendaki. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi Maha bijaksana (At-Taubah 9;28).

JAIS telah merujuk kapada ayat di atas yang mengatakan bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid, mengikut tafsiran ulama pengharaman dalam ayat tersebut dikhaskan kepada bukan Islam memasuki Masjidil Haram sahaja. Adapun dalil-dalil lain yang menyokong kebenaran bukan Islam masuk ke dalam masjid adalah :

Muhammad menghantar pasukan berkuda ke Najd, lalu mereka kembali dengan membawa seorang lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsumamah Bin Utsaal. Mereka mengikatnya di tiang Masjid (dilaporkan dalam Sahih Bukhari, No. 457).
Hadith di atas jelas menunjukkan kebenaran bukan Islam masuk ke dalam Masjid, sekiranya bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam Masjid maka para sahabat tidak akan mengikat Tsumamah bin Utsaal di dalam Masjid ataupun Muhammad akan menghalang mereka untuk membawa masuk Tsumamah Bin Utsaal ke dalam Masjid.

Dalam Hadith yang lain juga dilaporkan bahawa Muhammad berkata :

Muhammad telah mengutus pasukan berkuda ke Najd, lalu mereka kembali dengan membawa seorang lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsuamamah Bin Utsaal. Maka mereka mengikatnya pada tiang masjid. Lalu Muhammad keluar sambil berkata : "Lepaskan Tsumamah". Iapun berjalan menuju kebun Kurma yang dekat dengan Masjid dan mandi. Kemudian ia masuk ke dalam Masjid dan berkata : Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah rasul Allah (dilaporkan dalam Sahih Bukhari- No. 450).

Kalau kita rujuk Ali- 'Imran 3;61 menyatakan :
Siapa yang membantahmu tentang kisah 'Isa sesudah datang kebenaran, maka katakanlah kepadanya : Marilah kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian marilah kita bermuhabalah kepada Allah dan kita minta supaya La'knat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang penipu (Ali 'Imran 3;61).

Kalau kita rujuk sejarah turunnya ayat Ini adalah Nabi Muhammad SAW telah membenarkan orang-orang Nasrani dan Yahudi untuk tinggal di dalam Masjid selama tiga hari untuk berdialog mengenai konsep ketuhanan sehingga akhirnya Muhammad mengajak bermuhabalah atas sikap Yahudi dan Nasrani yang degil dan tidak mahu menerima kebenaran Islam.

Maka mengikut ayat dan Hadith diatas, bukan Islam dibenarkan masuk ke dalam Masjid dengan mengikut garis panduan seperti berikut :

1.Bukan Islam diharuskan masuk ke dalam Masjid selain Masjidil Haram dengan kebenaran Orang Islam dan Pengurusi Masjid.

2. Mereka mempunyai sebab yang munasabah, sekiranya kemasukan mereka ke dalam Masjid untuk memecahbelahkan perpaduan masyarakat atau menyebarkan fitnah maka mereka tidak dibenarkan memasuki Masjid.

3. Mereka harus menghormati Masjid dan sedar akan kesucian Masjid tempat umat Islam beribadah.

4. Lelaki dan Perempuan yang masuk ke dalam Masjid harus menutupi aurat dengan memakai pakaian yang bersesuaian.

Sunday, November 8, 2009

KENAPA UMAT ISLAM TIDAK MENGHORMATI HARI SABAT?

Sesungguhnya diwajibkan menghormati hari sabat bagi orang-orang Yahudi yang berselisih padanya. Sesungguhnya Allah benar-benar akan memberi keputusan di antara mereka di hari kiamat terhadap apa yang telah mereka perselisihkan (An-Nahl 14;123).

Dan ingatlah ketika Kami mengambil janji darikamu dan Kami angkatkan gunung Thursina (Moses) di atsamu seiring Kami berfirman: "Pegang teguhlah apa yang kami berikan kepadamu dan ingatlah selalu apa yang ada di dalamnya, agar kamu bertakwa".
Kemudian kamu berpaling selepas adanya perjanjian itu, maka kalau tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya atasmu, niscaya termasuk orang-orang yang rugi.
Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antara kamu pada jari sabat (Hari khas ibadah kaum Yahudi), lalu kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".
Maka kami jadikan yang demikian itu peringatan bagi orang-orang di masa itu, dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa (Al-Baqarah 63-66).

Dan tanyakanlah kepada bani Israel tentang negeri yang terletak di dekat laut ketika mereka mlanggar aturan pada hari sabat, di waktu datang kepada mereka ikan-ikan yang berada dekat dengan mereka terapung-apung di permukaan air, dan di hari bukan hari sabat, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah kami mencuba mereka disebabkan mereka berlaku fasik (Al-A'raaf 7;163).

Sesungguhnya diwajibkan menghormati hari sabat atas orang-orang Yahudi yang berselisih padanya. Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar akan memberi keputusan di antara mereka di hari kiamat terhadap apa yang telah mereka perselisihkan (An-Nahl 16;124).


Saturday, November 7, 2009

BENARKAH ISLAM MENGAJAR FUNDAMENTAL ATAU KEGANASAN?

Isu ini sentiasa hangat, isu ini bermula apabila letupan WTC pada 11 Sept 2001. Selepas itu isu tersebut mula reda, kemudian berbangkit semula semasa letupan di Mumbai, Bom di Bali dan penembakan di 12 askar mati dan 30 luka-luka di Kem Tentara Ford Hook Texas pada di Amerika Syarikat, seolah-olah membenarkan stereotip tentang muslim yang ditonjolkan oleh media dan disertai dengan maklumat salah yang melampau tentang islam.
Maklumat dan propanganda palsu tersebut telah menyebabkan diskriminasi dan tindakan ganas terhadap umat Islam seperti kempen anti Islam di Amerika selepas letupan bom di Oklahoma, Media dengan pantas mengisytiharkan "Konspirasi Timur Tengah" sebagai dalang serangan tersebut. Sungguhpun siasatan siasatan belum dibuat tetapi media telah mengistiharkan pelakunya Muslim, selepas dibuat siasatan dikenal pasti pelaku letupan tersebut adalah Askar daripada Angkatan Tentara Amerika dan bukan beragama Islam. Maka isu tersebut hilang begitu sahaja dan pihak Amerika menerima tamparan hebat.

1. Definasi Fundamentalis
Seorang fundamentalis adalah orang yang mengikuti dan mematuhi doktrin fundamental yang diikuti. Seorang doktor yang baik harus mengetahui, mematuhi dan mengamalkan fundamental perubatan, dengan kata lain dia perlu menjadi fundamentalis dalam bidang perubatan. Sama juga jika mahu menjadi seorang pakar sains yang baik maka perlu mengetahui, mematuhi dan mempraktikan fundamental sains. Maka fundamental tidak dapat dinilai baik atau jahat selagi tak dikaji bidangya, mengkatagorikan fundamentalis bergantung kepada aktivitinya. Perompak atau pencuri yang fundamentalis mendatangkan bahaya kepada masyarakat maka tidak dinginkan dan perlu dihapuskan. Manakala doktor fundamentalis memberikan manfaat kepada masyarakat dan dihormati, maka dipelihara dan dikekalkan.
2. Begitu juga dengan fundamentalis islam, dengan anugerah (kurniaan) Allah mengetahui tentang islam, mematuhi dan berusaha mengamalkan fundamental Islam. Saya bangga menjadi fundamentalis Islam kerana fundamental Islam memberi manfaat manusia dan seluruh alam. Tidak ada satupun fundamental Islam yang menyebabkan keburukan ataupun bertentangan dengan kepentingan manusia sejagat secara keseluruhannya. Ramai orang bukan Islam mempunyai tanggapan yang salah tentang Islam dan menganggap sebahagian ajaran Islam tidak adil. Hal ini disebabkan oleh kekurangan pengetahuan tentang Islam, sekiranya dikaji dengan kritik dan fikiran terbuka maka akan nampak pelbagai manfaat bagi individu atau kumpulan. Maka seorang Islam sejati tidak akan mengelak untuk menjadi fundamentalis Islam.
3. Makna fundamentalisme mengikut kamus Webster adalah pergerakan dalam fahaman kristian protestan Amerika muncul pada abad ke 20 kerana tindak balas terhadap pemodenan, dan penekanan terhadap kesempurnaan Bible, bukan sahaja dalam hal keimanan tetapi juga sebagai kata-kata Tuhan. Oleh itu fundamentalis asalnya digunakan kepada kumpulan kristian yang percaya bahawa Bible adalah firman Tuhan yang tidak ada kesalahan dan kesilapan.
Mengikut kamus Oxford, Fundamentalis bermakna berpegang teguh kepada doktrin fundamental agama tetapi hari ini fundamentalis dikaitkan dengan Islam semata-mata.
4. Setiap muslim perlu menjadi "pengganas". Pengganas adalah orang yang menimbulkan ketakutan. Semasa perompak melihat polis, dia akan takut maka polis dianggap pengganas oleh perompak. Maka seorang Islam harus menjadi pengganas terhadap unsur-unsur anti-sosial masyarakat seperti pencuri dan perogol. Sekiranya unsur-unsur anti sosial tersebut berjumpa dengan orang Islam maka mereka akan takut. Pengganas digunakan kepada seseorang yang menimbulkan ketakutan kepada orang awam, tetapi seorang Muslim sejati hanya menjadi pengganas kepada kumpulan tertentu sahaja seperti unsur-unsur anti sosial bukannya kepada orang awam yang tidak bersalah. Seorang Islam menjadi sumber kesejahteraan untuk orang-orang yang baik. Sila rujuk ayat di bawh ini :
Dan Janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan kecuali yang patut (Murtad, Qishah, Hudud), melainkan dengan alasan yang benar. Dan barangsiapa dibunuh secara zalim maka sesungguhnya kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui dalam membunuh. Sesungguhnya ia dalah orang-orang yang mendapat bantuan (Al-Israa' 17;33).
5. Gelaran berlainan diberikan kepada individu sama untuk perbuatan yang sama iaitu "Pengganas" dan "Patriot". Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British, pejuang pembebasan Malaysia yang tidak menggunakan kekerasan tetap digelar sebagai pengganas oleh kerajaan British. Pejuang tersebut pula dipuji dan disanjung oleh Rakyat Malaysia bagi aktiviti yang sama iaitu perjuangan kemerdekaan dengan gelar "patriot". Dua gelaran yang berlainan diberikan kepada orang yang sama dan aktiviti yang sama, Rakyat British atau Rakyat Malaysia yang menganggap British berhak mentadbir Malaysia menggelar pejuang sebagai pengganas tetapi bagi Rakyat Malaysia yang menganggap British tak berhak mentadbir Malaysia maka menggelar pejuang sebagai patriot.
Oleh itu sebelum seseorang dihadapkan ke Mahkamah maka dia berhak diberi perbicaraan yang adil, hujah ke dua pihak perlu didengar, dianalisis serta alasan dan niat orang tersebut perlu diambil kira, kemudian diadili dengan seadil-adilnya. Begitu juga halnya dengan media massa supaya bersikap adil terhadap semua agama jangan prejudis terhadap sesuatu agama tertentu sahaja. Suatu keheranan, ketika berlaku Penembakan 12 orang Askar di Kem tentera Ford Hook Texas Amerika Syarikat baru-baru ini maka Kerajaan Amerika Syarikat dan Media Massa dengan pantas mengkempen sebagai tindakan keganasan yang dilakukan oleh Muslim dalam masa yang sama penembakan 33 orang Rakyat Amerika Syarikat oleh seorang pelajar daripada Korea beberapa bulan lepas tidak pernah dilaporkan di Media Massa sebagai pengganas dengan mengaitkan agamanya. Bahkan media massa tidak melaporkan apa agama pelajar tersebut, di mana keadilan dan kebebasan Media Massa. Cuba anda fikir sendiri....Buang rasa prejudis terhadap mana-mana agama terlebih dahulu supaya tidak bias. Adilkah media massa terhadap Islam?
Mengikut panduan yang diberikan oleh Al-Qur'an maka Islam tidak pernah menggalakkan keganasan bahkan menentang keganasan dengan sekeras-kerasnya. Kalau ada yang melakukan keganasan menggunakan nama Islam maka umat Islam adalah yang pertama mengecam tindakan tersebut sebab islam mengajar kedamaian.

Wednesday, November 4, 2009

ADAKAH MASUK ISLAM MASUK MELAYU?

Sebelum kita bincangkan adakah masuk islam masuk melayu? Ada baiknya kita bincangkan dulu apa itu Islam dan Melayu. Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu aslama bermakna Sejahtera, harmoni, aman damai dan menyembah hanya kepada Allah semata. Islam adalah panduan hidup yang Tuhan turunkan untuk mentadbir dunia ini, sebab Allah telah melantik manusia sebagai pemimpin dunia seperti tersebut dalam Qur'an. Sila rujuk ayat di bawah ini.

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang pemimpin di muka bumi ini ... (Al-Baqarah 2;30).


Manakala melayu adalah bangsa yang secara kebetulan lebih awal kedatangan Islam, Islam adalah agama universal tidak terhad kepada mana-mana bangsa. Sekiranya mereka menerima Islam maka mereka boleh kekalkan budaya mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum Islam. Ada banyak bukti bahawa masuk Islam bukan masuk melayu antara lain :


1. Seseorang yang masuk Islam boleh kekalkan nama asal tanpa wajib menukar nama kepada nama melayu ataupun nama Arab. Sungguhpun tukar nama menjadi satu kewajipan di Malaysia pada masa lalu sekiranya seseorang masuk Islam, tukar nama hanya undang-undang kerajaan Malaysia sahaja. Sedangkan di negara-negara lain tidak diwajipkan tukar nama kepada nama Arab sebab mengikut kajian nama Islam adalah nama yang mempunyai makna yang baik tidak semestinya dalam bahasa Arab. Sebagai bukti pada zaman Rasulullah, ada segelintir para sahabat yang masuk Islam dinasihatkan untuk tukar nama sungguhpun namanya dalam bahasa Arab dan ada juga sahabat yang mempunyai nama bukan Arab tidak dinasihatkan untuk tukar nama ke dalam bahasa Arab seperti Bilal Bin Rabbah. Apapun di beri kebebasan untuk mengekalkan nama asal atau menukarnya kepada nama Arab.
2. Boleh mengekalkan budaya asal seperti Cina masuk Islam maka boleh kekalkan budaya yang tidak bercanggah dengan Islam seperti merayakan tahun Baru Cina, makan pakai chop stick, bercakap dalam bahasa mandarin dan lainnya yang tidak bercanggah dengan hukum Islam. Bahkan kalau kita lihat masyarakat Cina yang beragama Islam di negara Cina lebih daripada 100 juta ( 5x ganda lebih ramai berbanding rakyat Malaysia) mengamalkan budaya Cina. Hanya budaya yang bercanggah sahaja perlu ditinggalkan seperti makan babi, minum arak, main judi dan perkara-perkara yang dilarang dalam Islam.

Monday, November 2, 2009

KENAPA ISLAM BENARKAN SYIAH MASUK KE MASJIDIL HARAM SEDANGKAN NON MUSLIM TIDAK BOLEH?

Syarat untuk masuk ke Makah ataupun Masjidil haram adalah beragama Islam ataupun mengucap syahadah. Syiah mempunyai konsep keimanan yang sama dengan Islam hanya sedikit ada perbezaan dalam konsep amalan. Selagi mengucap Syahadah: "Asyha dualla Ilaha Illallah wa'asha du anna Muhammadan Rasulullah maksudnya Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah utusan-Nya".
Daripada syahada tersebut maka dapat dibuktikan bahawa Syiah adalah juga Muslim sebab mempunyai agama yang sama dengan muslim lainnya. Amalan mereka yang berbeza disebabkan oleh pengaruh budaya tempatan dan juga politik semasa pergantian Khalifah yang awal. Sedangkan kenapa non muslim tidak boleh masuk ke Makah ini adalah perintah Allah dalam Qur'an, sila rujuk ayat di bawah ini:

Sunday, November 1, 2009

KENAPA ISLAM LEBIHKAN LELAKI DARIPADA PEREMPUAN?

Sebetulnya kalau kita merujuk kepada Qur'an dan Hadith, Islam adalah agama yang adil tidak pernah membezakan jantina. Memang ada sesetengah isu seolah-olah lelaki dilebihkan berbanding wanita tetapi kelebihan yang diberikan kepada lelaki diiringi dengan tanggung jawab yang harus dilakukan. Bahkan kadangkala Islam juga melebihkan wanita dalam hal-hal tertentu, ini berdasarkan tangungjawab yang harus dipikul masing-masing. Sila rujuk Hadith Nabi tentang kelebihan perempuan berbanding lelaki.

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah : Siapakah orang paling berhak untuk saya hormati? Rasulullah menjawab : Ibumu, Ibumu, Ibumu dan ayahmu.

Daripada Hadith di atas menunjukkan Ibu lebih dimuliakan berbanding ayah, ini menunjukkan Islam adil kepada lelaki dan perempuan. Kenapa Rasulullah mengulang Ibumu sampai tiga kali? Kerana dalam hal mendidik anak ibu lebih besar tanggung jawabnya makanya Rasulullah lebihkan Ibu berbanding ayah.


Begitu juga dalam hal lain lelaki diberikan kelebihan berbanding wanita contohnya dalam hubungan suami isteri, lebih yang mengatur isteri sebab suami diberi tanggung jawab untuk menyara isteri dan juga melindungi isteri maka suami diberi kelebihan. Islam mengiktiraf lelaki dan perempuan pada kedudukan yang sama, sila rujuk Firman Allah dalam ayat di bawah ini :

Sesungguhnya lelaki dan wanita muslim, lelaki dan wanita mukmin, lelaki dan wanita yang tetap dalam ketaatan, lelaki dan wanita yang sabar, lelaki dan wanita yang kusyuk, lelaki dan wanita yang bersedekah, lelaki dan wanita yang berpuasa, lelaki dan wanita yang memelihara kehormatannya, lelaki dan wanita yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka ampunan dan pahala yang besar (Al-Ahzab 33;35).

Daripada ayat di atas tidak ada kelebihan antara lelaki dan wanita, bahkan tarafnya sama di sisi Allah semata-mata. Memang ada sebahagian umat Islam yang mengamalkan lelaki lebih berbanding perempuan, sebetulnya ini adalah budaya dan adat masyarakat tersebut. Selagi tidak bertentangan dengan Islam tidak ada masalah tetapi kalau adat bertentangan dengan ajaran Islam maka ajaran Islam harus diutamakan. Sungguhpun demikian untuk membuang adat dan budaya yang sudah sebati dalam kehidupan manusia bukan perkara mudah.

Allah bagi kelebihan kepada lelaki atau perempuan untuk memudahkan lelaki atau perempuan untuk melaksanakan tugas masing-masing. Sebagai contoh Polis dibenarkan memakai pistol, adakah menunjukkan Polis lebih hebat daripada orang lain? Tidak, lesen pakai pistol diberikan kepada polis untuk memudahkan polis melaksanakan tugasnya bukan untuk membuat kerosakan tetapi untuk menjaga keamanan begitu juga Allah lebihkan lelaki atau perempuan dalam perkara tertentu untuk memudahkan lelaki atau perempuan melaksanakan tanggung jawab masing-masing.

KENAPA ISLAM MEMAKSA UMATNYA UNTUK MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM SEPERTI SHALAT, PUASA DAN LAINNYA?

Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu aslama bermakna sejahtera, harmoni, aman atau menyerahkan diri dan menyembah semata-mata hanya kepada Allah sahaja. Maka sesiapa yang mengakui islam sebagai agama pilihannya maka wajib mengamalkan perintah Allah seperti tersebut dalam Qur'an.
Sungguh Islam perintah umatnya untuk mengamalkan Islam secara sempurna tetapi mengikut kemampuan masing-masing seperti shalat harus dilakukan secara sempurna bagi orang sihat, maka bagi orang sakit boleh dilakukan sambil duduk, baring dan juga dengan isyarat mengikut kemampuan setiap hamba-Nya. sila rujuk ayat di bawah ini :

Allah tidak membebankan seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Ia mendapatkan pahala sesuai dengan apa yang diusahakannya dan ia mendapat siksa sesuai dengan apa yang dikerjakannya ... (Al-Baqarah 2;286).

Dalam Islam iman sahaja tidak mencukupi kalau tidak diamalkan perintah Allah seperti shalat, puasa, bayar zakat, naik haji dan lain sebagainya. Sila rujuk ayat di bawah ini
Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh dan nasihat-menasihati dalam kebenaran dan kekal dalam kesabaran (Al-'Ashar 103;1-3).

Memang mula-mula dipaksa untuk mengamalkan Islam, bahkan dipaksa dari kecil lagi tetapi itu hanya latihan untuk membiasakna diri. Mula-mula memang lah berat tapi lama-lama apabila sudah biasa menjadi mudah dan ringan. Sebagai contoh semenjak kecil lagi kita sudah dipaksa untuk sikat gigi, kita memang tak suka sikat gigi tetapi ibubapa tetap paksa. Mula-mula kita rasa berat bahkan sampai ke tahap beli ubat gigi rasa buah supaya kita suka, lama-lama menjadi mudah apabila sudah biasa. Setiap kewajiban dalam islam adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri bukan untuk Allah sebab adakah manusia itu beramal atau tidak maka tidak memberi kelebihan kepada Allah.