Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Tuesday, February 28, 2012

ADAKAH MUSLIM DIJAMIN MASUK SYURGA?

Jawapannya Ya!


Rasulullah melaporkan dalam hadis di bawah ini yang bermaksud

Barang siapa mengatakan: "Aku redha Allah sebagai Tuhanku, islam agamaku dan Muhammad Rasulku" wajib baginya masuk syurga (Abu Daud)


Hadis di atas merupakan jaminan yang diberikan oleh Rasulullah kepada sesiapa yang beriman kepada Allah akan masuk syurga. Sungguhpun demikian tidak ada sesiapa yang dapat menjamin bahawa pengakuan keEsaan Allah akan kekal selama-lamanya. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini:

Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak pula mereka bersedih hati".


Selagi muslim mati dalam keimanan akan masuk syurga adakah di awal atau di akhir sesuai dengan amalan yang dilakukan. Syurga yang akan diperolehi oleh seseorang bergantung kepada amalan yang dilakukan. Jika lebih banyak amalan kebaikan daripada amalan keburukan maka akan mendapatkan syurga dengan peringkat yang lebih tinggi berbanding dengan yang lebih banyak melakukan amalan kejahatan. Jika banyak amalan kejahatan yang dilakukan maka ia akan disiksa terlebih dahulu di dalam neraka.


Syarat untuk masuk syurga


Pertama. Beriman dan beramal Soleh


Allah memberi balasan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan. Mereka mendapatkan keampunan dan syurga (Sab', ayat 4)


Kedua. Melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya


Daripada Abu Abdullah Jabir melaporkan Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan solat, berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya! (Sahih Muslim)


Merujuk kepada hadis di atas seolah-olah islam diberikan kepada lelai sahaja padahal syurga disediakan untuk lelaki dan perempuan juga.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”(Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Kedua. Mendirikan solat


Maka dirikankanlah solat itu (seperti lazimnya) sesungguhnya solat adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman ” (Surah An-Nissa’ ayat 103)


Solat merupakan perintah Allah kepada manusia untuk mendekatkan diri kepada Alalh dan membersihkan diri daripada dosa yang dilakukan oleh manusia seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini:


“Perumpamaan solat lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebuah sungai yang dalam dan mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”(Hadis Riwayat Muslim)


Ketiga Puasa di bulan ramadhan


Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku” Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak….(Hadis Riwayat Muslim)


Menghubungkan silatur rahmi


Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan, dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk. Dan orang-orang yang sabar Karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang Itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik), iaitu syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya.... (ar-Ra'du 21-23)

Saturday, February 4, 2012

SEJARAH KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD

Nabi Muhammad dilahirkan pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah (iaitu tahun di mana pasukan gajah yang diketuai oleh Abrahah ingin menghancurkan Ka'abah di kota Mekah, Allah telah menyelamatkan Ka'abah dengan menghantar burung ababil yang menghancurkan pasukan gajah tersebut seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini:

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan rancangan mereka untuk menghancurkan Ka'bah sia-sia belaka? Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong dan melempar mereka dengan batu daripada tanah yang terbakar, sehingga menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat. (Surah al-Fiil, ayat 1- sampai 5)

Ibu beliau bernama Aminah binti Wahab dan Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Muthalib. Beliau diberi nama Ahmad atau Muhammad oleh datuknya. Nama ini sesuai dengan nama yang diterangkan dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan ingatlah ketika Isa Putra Maryam berkata: "Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah, membenarkan kitab yang turun sebelumku, iaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan kedatangan seorang Rasul sesudahku, namanya Ahmad (Muhammad)" Maka tatkala rasul tersebut datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata." (Surah As-Shaff, ayat 6)

Semasa beliau berumur 6 bulan dalam kandungan ibunya, ayah beliau meninggal dan meninggalkan beberapa ekor unta sahaja. Beliau dilahirkan di kalangan masyarakat Arab Jahiliyah sehingga tidak ada orang yang membimbing beliau kecuali Allah. Firman Allah:

Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.(Surah Ad-Dhuha, ayat 7)

Sejak bayi, beliau diasuh oleh perempuan Baduwi bani Sa'ad bernama Halimah Sa’adiyah di kawasan yang jauh daripada bandar. Pada asalnya Halimat Sa’adiyah ingin mengasuh beliau selama dua tahun sahaja, tetapi Halimah meneruskan mengasuh beliau sehingga empat tahun kerana selama menjaga beliau rezekinya semakin bertambah. Kemudian beliau diasuh oleh ibunya sampai beliau berumur enam tahun dan ibunya meninggal, beliau diasuh oleh datuknya Abdul Muthalib selama dua tahun sehingga beliau berumur 8 tahun dan datuknyapun meninggal.

Kemudian beliau dijaga oleh bapa saudaranya Abu Thalib, pada awalnya Abu Thalib agak keberatan untuk menjaga beliau kerana kewangannya yang kurang stabil. Oleh itu, beliau harus membantu ayah saudaranya dengan mengembala kambing. Selepas beliau dewasa, beliau telah dibawa berniaga oleh bapa saudaranya ke Syam (Syiria). Seorang Rahib Nasrani telah menjumpai bapa saudara beliau dan menasihatkan supaya jangan membawa Muhammad ke Syiria lagi kerana takut orang-orang Yahudi akan membunuhnya kerana beliau mempunyai tanda-tanda kerasulan seperti diceritakan dalam kitab-kitab terdahulu.

Kemudian beliau dikenalkan kepada seorang hartawan yang bernama Khadijah binti Khuwailid. Beliau diamanahkan untuk berniaga bersama pembantu Khadijah binti Khuwailid yang bernama Misyakrah. Pembantu tersebut telah menceritakan kebaikan dan kejujuran Rasulullah kepada Khadijah binti Khuwailid sehingga Khadijah menghantar utusan untuk melamar Rasulullah menjadi suaminya.
Bersambung.....

Wednesday, February 1, 2012

Agama Islam sering disalahtafsirkan oleh non muslim bahkan muslim sendiri, pelbagai usaha dilakukan oleh muslim untuk memperbetulkan salah tafsir tersebut. Salah satu media yang berkesan untuk mempebteulkan salah tafsir tersebut melalui teather ISLAMOPHOBIA. maklumat detal boleh lihat dalam flyer di ini.

Untuk mendapatkan tiket percuma bawakan kawan-kawan non muslim anda ke majelis tersebut. Sama-sama kita memperbetulkan salah tafsiran tentang islam di kalangan bukan islam dan muslim itu sendiri. Jangan persoalkan apa hasil yang kita dapat tetapi soalkan diri kita apa yang telah kita buat untuk Islam.Maklumat lanjut hubungi penganjur di nombor talian yang disediakan dalam flyer.