Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Sunday, November 15, 2009

KENAPA UMAT ISLAM MENCIUM HAJAR ASWAD (BATU HITAM) DALAM KA'BAH?

Adakah Hajar Aswad tersebut mempunyai kelebihan sehingga umat islam berebut mahu menciumnya? Bahkan ada yang sampai mati terpijak semasa berebut mahu mencium Hajar Aswad. Adapun jawapannya kita boleh rujuk Hadith Nabi yang dilaporkan oleh umar :

"Muhammad menghadap ke Hajar Aswad dan mengusapnya, lalu dikucupkan kedua bibirnya sambil menangis yang agak lama. Umar juga menangis agak lama, Nabi berkata " Hai Umar, disinilah ditempatkan air mata yang tidak sedikit banyaknya" (dilaporkan oleh Hakim).

Umat Islam (Muslim) mencium hajar aswad bukan disebabkan oleh kemuliaan hajar aswad ataupun kuasa gaib tetapi kerana mengikut amalan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad mencium hajar aswad sebagai penghormatan dan pengakuan nilai-nilainya serta mengambil berkah daripadanya. Allah telah melebihkan sebahagian batu daripada batu-batu yang lain sebagaimana Allah lebihkan Masjidil haram dan Masjidil 'Aqsa daripada masjid-masjid yang lain, begitu juga Allah melebihkan negeri, malam, dan bulan daripada yang lainnya.
Di samping itu disyariatkan mencium hajar aswad sebagai bukti ketaatan kepada Allah iaitu kesaksian bagi yang betul-betul ta'at kepada Allah, bukan sebab kemuliaan batu tersebut. Hal ini serupa dengan perintah Allah kepada Iblis untuk menyembah Adam tetapi Iblis ingkar. Allah menyuruh Iblis menyembah Adam bukan disebabkan oleh kemuliaan Adam tetapi menguji ketaatan Iblis kepada Allah.
Hajar aswad adalah satu-satunya bukti peninggalan peletakan batu pertama oleh Abraham (Nabi Ibrahim) semasa mula-mula membina rumah Ibadah yang pertama iaitu Ka'bah. Ini dibuktikan dalam kata-kata yang diungkapkan oleh Pemimpin Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad iaitu Umar Bin Khatab, katanya :

Umar menelungkupkan kepalanya ke hajar aswad dan berkata: "Sungguh, saya bukan tidak tahu bahawa engkau ini hanyalah batu! dan sekiranya saya tidak melihat Muhammad mencium dan mengusapmu, tidaklah saya akan mencium dan mengusapmu pula! Sungguh Muhammad menjadi ikutan yang baik bagimu"

Pada masa yang lain Umar mendatangi hajar aswad dan menciumnya, kemudian katanya " Saya tahu bahawa engkau adalah batu yang tak dapat memberi kebaikan ataupun keburukan! dan seandainya saya tidak melihat Muhammad menciumnya, tidaklah saya akan menciummu pula".

2 comments:

  1. sesat sesat sesatlah orang penyembah berhala patung, menggaibkan benda dll. Tuhan tdk pernah mengajarkan macam2 penyembahan.Berbicara kepada batulah dll. Muhammad banyak gundiknya dan istrinya kenapa bisa begitu?

    Kenapa banyak isi alquran menulis tentang Isa Almasih putra maryam? baca di Maryam dan Ali imran di Alquran. Isa Almasih lahir dari roh suci yang ditiupkan Allah ke maryam. Itukan Isa Almasih Anak Allah. Saudara-saudara dari muslim mengatakan Alquran itukan kitab suci yang menyempurnakan. Mana isinya yang menyempurnaka kitab terdahulu? isinya saja membuat kita kurang paham kemana arahnya. Kitab injil jelas isinya dan arahnya, Taurat juga 10 Humum Tuhan jelas hukumnya dan tegas bahkan jadi hukum semua negara di dunia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umat Islam tidak menyembah batu.
      Kami menyembah Allah S.W.T.

      Rasulullah S.A.W. mempunyai isteri yang ramai yang HALAL dan bukannya gundik seperti yang awak cerita.

      Nabi Isa A.S. bukan anak Allah.
      Allah S.W.T. bukannya makhluk macam awak.
      Jangan samakan makhluk dengan Allah.

      Al-Quran adalah pelengkap kepada segala kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T.
      Islam adalah satu agama yang mengandungi ajaran-ajaran yang dapat digunakan oleh umat manusia dalam mengharungi hidup yang semakin mencabar ini. Ajaran Islam sudah lengkap serta sempurna dan satu-satunya agama yang diakui disisi Allah subhanahua ta'ala, seperti yang dinyatakan dengan firmannya dalam surah Al-Imran ayat 19:

      Maksudnya : ' Sesungguhnya agama yang diakui disisi Allah ialah Islam '

      Delete