Muhammad disebut dalam Qur'an hanya 5 kali (Muhammad 4 kali dan Ahmad satu kali), manakala Yesus sampai 25 kali. Bukankah ini menunjukkan Yesus lagi Mulia daripada Muhammad? Sebetulnya ini menunjukkan bahawa Muhammad dan Allah mempunyai hubungan secara langsung, Muhammad adalah orang pertama sehingga tidak perlu disebut nama, sedangkan Yesus orang ketiga. Berita tentang Yesus hanya diceritakan oleh Allah kepada Muhammad.
Analogi supaya mudah difahami. Saya bercakap dengan anda, mesti saya tidak akan sebut nama anda tetapi hanya mencukupi dengan menyebut nama gelaran iaitu anda atau awak tanpa sebut nama sebenar. Sekiranya saya menceritakan tentang anda kepada orang lain maka saya akan sebut nama anda. Semasa saya bercakap dengan anda maka anda sebagai orang pertama maka tidak perlu sebut nama, manakala semasa saya ceritakan perihal anda kepada orang lain maka anda sebagai orang ketiga maka saya perlu sebutkan nama anda yang sebenar. Bagitu juga hubungan antara Allah dengan Muhammad adalah secara langsung, Muhammad sebagai orang pertama maka Allah tidak perlu nama menyebut nama Muhammad mencukupi dengan gelaran iaitu Qul maknanya katakan Wahai Muhammad. penggunaan Qul dalam Qur'an begitu banyak. Kalau nak kira nama Musa juga banyak kali disebut dalam Qur'an, adakah Musa lebih mulia daripada Muhammad atau Yesus?
Banyak kali disebut tak semestinya menunjukkan kemulian. Sebagai contoh Syaitan lebih banyak disebut dalam Bible berbanding Yesus. Adakah Syaitan lebih mulia dari Yesus?
Bagi umat Islam semua nabi-nabi tersebut mempunyai kedudukan yang sama tak pernah membeza-bezakan mereka seperti dilaporkan dalam ayat di bawah :
Muhammad telah beriman kepada Al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah kepadanya, begitu juga orang-orang yang beriman. Semua beriman kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. Mereka berkata : Kami tidak membeza-bezakan di antara rasul-rasul-Nya... (Al-Baqarah 2;285).
Daripada ayat di atas tidak ada satu perbezaan di antara rasul-rasul Allah bagi umat Islam. Rasul-rasul tersebut mempunyai asas keimanan dan pengajaran yang sama iaitu menyembah Tuhan Yang Esa tanpa sekutukan mereka dengan ciptaan-Nya. Di ayat lain Allah telah menjelaskan bahawa :
Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada sebahagian lainnya. Di antara mereka ada yang Allah langsung berkata-kata dengannya (Moses) dan sebahagiannya Allah tinggikan derajatnya. Dan kami berikan kepada Isa anak Maryam beberapa mu'jizat dan kami lengkapkan dia dengan Ruhul Qudus (Malaikat Jibril) (Al-Baqarah 2;253).
Allah berikan mu'jizat kepada rasul-rasul tersebut mengikut kesesuaian zaman dan budaya masyarakat tersebut. Bukan maksud mu'jizat tersebut untuk menunjukkan kelebihan rasul-rasul tersebut berbanding yang lain tetapi mu'jizat tersebut mengikut kesesuaian zaman, budaya dan pemikiran masyarakat masa rasul tersebut diutus. Sebagai Contoh :
1. Moses diberi Mukjizat, Tongkatnya dapat menjadi ular dan membelah laut, mukjizat tersebut sesuai dengan budaya dan peradaban masa tersebut yang percaya dengan mistik dan sihir.
Dan kami wahyukan kepada musa "Lemparkanlah Tongkatmu" maka semua ular-ular ahli sihir ditelan oleh Tongkat nabi Musa (Al-'Araf 7;117).
Dan sesungguhnya Kami telah wahyukan kepada Musa, "Pergilah kamu dengan hamba-hambaku (Bangsa Israel) di malam hari, maka buatlah bagi mereka jalan di laut yang kering kamu jangan takut akan dikejar dan tenggelam (Thaha 20;77).
2. Yesus dapat bercakap semasa bayi, dapat menyembuhkan penyakit kusta dan menghidupkan orang mati dengan izin Allah. Ini bersesuaian dengan tamadun dan budaya masyarakat masa tersebut yang begitu mengagungkan perubatan.
Dan Yesus bercakap dengan manusia semasa dalam buaian, selepas dewasa Yesus termasuk orang-orang yang shaleh atau ta'at (Ali- 'Imran 3;46)
Dan beliau Rasul yang diutus kepada bangsa Israel, beliau berkata : Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu dengan membawa suatu bukti (mu'jizat daripada Tuhanmu) iaitu aku membuat burung daripada tanah, kemudian aku meniup rohnya maka ia menjadi seekor burung dengan izin Allah; dan aku menyembuhkan orang buta sejak lahir dan penyakit sopak, dan aku menghidupkan orang mati dengan izin Allah, dan aku khabarakan kepadamu apa yang kamu makan dan yang kamu disimpan di rumahmu. Sesungguhnya yang demikian adalah bukti kerasulanku, jika kamu betul-betul beriman (Ali'Imran 3;49).
3. Begitu juga dengan Muhammad diberi mukjizat dengan Qur'an, masyarakat Arab masa tersebut begitu mengagumi syair. Bahkan setiap tahun mereka mengadakan pertandingan syair, sejak oarang Islam menyertai pertandingan syair tersebut maka Umat isalm yang menjadi johan setiap tahun sehingga akhirnya keojahan terebut dibatalkan.
boleh tanya?
ReplyDeleteapa tu alquran?
bila alquran wujud?
Siapakah yang akan menghakimi manusia di akhir zaman dan tersurat dlm kitab suci?
ReplyDelete