Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Tuesday, December 15, 2009

BERITA KEDATANGAN MUHAMMAD DALAM BIBLE

Penganut kristian mendakwa atau mencabar Umat Islam dengan mengatakan Kalau betul Muhammad itu sebagai Rasul (utusan Allah) kenapa tidak pernah diberitakan dalam Bible? Sedangkan Yesus disebutkan dalam Qur'an sampai 25 kali, bahkan begitu banyak pujian dan kelebihan Yesus diterangkan dalam Qur'an. Adakah dakwaan tersebut benar? Adakah Muhammad tidak pernah diberitakan dalam Bible? Sila rujuk ayat-ayat dalam Bible yang menyatakan tentang kedatangan Muhammad.

A. Muhammad disebut dalam Bible Bahasa Hebrew sebagai Mahammadim atau Mahammadiyim.

"Hikko manilladim vikklu Mahammadim atau Mahammadiyim Zahyudi ver Raai Benute Yafus Halam"... His mouth is sweetness it self; he is altogether lovely. This is my lover, this is my friend, Oo daughter of Jerusalem.


Terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris yang sepatutnya :

'He speech is most sweet (His teaching are most sweet). He is Muhammad. He is my beloved; he my friend. Oh, daughter of Jerusalem, I love him very much'..."Tutur katanya sangat manis, segala yang ada padanya menawan hatiku. Demikianlah kekasih dan sahabatku, hai puteri-puteri Yerusalem" (Song of Solomon 5;16).

Dalam bahasa Hebrew atau Ibrani dengan jelas menyebutkan Mahamadim atau Mahammadiyim tetapi apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris menjadi altogether lovely seperti tersebut dalam ayat berikut : "His mouth is sweetness itself; he is altogether lovely. This is my lover, this my friend, O daughter of Jerusalem". Mahamadim telah diterjemahkan kepada "He is altogether lovely" kata "Mahamadim" telah dibuang dan ditukar kepada "Altogether lovely".


B. Allah telah khabarkan kepada Moses tentang kedatangan Muhammad.
Dalam Deutonomy 18;18; Tuhan berfirman kepada Moses :
I will raise up for them a prophet like you from among their brothers; I will put my words in his mouth, and he will tell them everything I command him ... Aku akan mengutus seorang nabi kepada mereka, nabi tersebut seperti engkau (Moses) dan nabi tersebut daripada bangsa mereka sendiri. Aku akan menyampaikan firman-Ku kepadanya, dan dia akan menyampaikan segala perintahku kepada umatnya (Deutronomy 18;18).

Pengikut kristian mendakwa ayat di atas merujuk kepada Yesus tetapi kalau dikaji bukti-bukti yang terdapat dalam ayat tersebut sebenarnya merujuk kepada Muhammad. Moses dan Muhammad mempunyai lebih banyak persamaan berbanding Moses dengan Yesus. Bukti-bukti yang menunjukkan kandungan ayat tersebut merujuk kepada Muhammad :

Moses dan Yesus adalah bangsa Jews dan juga Nabi tetapi hanya mempunyai sedikit persamaan antara keduanya berbanding persamaan Moses dengan Muhammad. Sekiranya ayat di atas merujuk kepada Yesus kerana Moses dan Yesus adalah Jews maka Solomon, Isaiah, Ezekiel, Daniel, Hosea, John the Baptist adalah juga Jews dan juga nabi.

Nabi tersebut sama seperti engkau (Moses)
1. Moses dan Muhammad sama-sama membawa undang-undang baru kepada umat masa tersebut, manakala Yesus tidak pernah membawa undang-undang baru tetapi hanya memastikan ajaran Moses dan nabi-nabi berlaku seperti disebutkan dalam Matthews 5;17 :

Do not think that I have come to abolish teh Law or the Prophets; I have not come to abolish them but to fulfill them ... Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nab-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi Aku datang untuk memastikan semua ajaran itu berlaku (Matthews 5;17-18).

Apa Qur'an kata tentang kedatangan Yesus :
Aku datang kepadamu untuk membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagimu sebahagian yang telah diharamkan untukmu, dan aku akan datang kepadamu dengan membawa mu'jizat dari Tuhanmu. Kerana itu bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku (Ali-'Imran 3;50).

2. Moses dan Muhammad sama-sama mempunyai ibu bapa manakala Yesus mempunyai ibu tanpa bapa. Ini dilaporkan dalam Qur'an dengan menyebutnya Isa anak Maryam seperi tersebut dalam ayat di bawah:

Dan ingatlah ketika Malaikat Gabrael (Jibril) berkata : "Hai Maryam, sesungguhnya Allah telah telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala perempuan di dunia yang sezaman dengan kamu. Ingatlah ketika Malaikat berkata : "Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan dengan kalam (kalimat) Allah yang datang daripada-Nya. Nama Al-Masih (Mesaiah) Isa putera Maryam , seorang terkemuka di dunia dan di akhirat termasuk orang-orang yang didekatkan kepada Allah (Ali-'Imran 3;43-45).

3. Moses dan Muhammad sama-sama berkahwin dan mempunyai anak2-anak, manakala Yesus tak pernah berkahwin.

4. Moses dan Muhammad sama-sama mati secara semulajadi manakala Yesus mengikut pandangan Kristian mati di tiang salib. Ini dilaporkan dalam Matthew 27;46 :

About the ninth hour Jesus cried out in a loud voice, "Eloi, Eloi, lama sabachthani?"- which means, "My God, my God, why have you for saken me?" ... Pada pukul 3 petang Yesus berseru dengan suara lantang, " Elia, Elia lama tabaksani? Ya Allah, kenapa kau tinggalkan Aku? (Matthews 27;46)

5. Moses dan Muhammad diangkat menjadi pemimpin oleh kaumnya manakala Yesus tidak pernah diangkat menjadi pemimpin oleh kaum-Nya. Bahkan sebaliknya, Yesus dimusuhi dan difitnah sehingga beliau ditangkap dan disalib.

Ishmael dan Isaac adalah satu bapa iaitu Abraham, mereka adalah adik-beradik maka keturunan Isaac adalah BRETHREN kepada keturunan Ishmael dan sebaliknya. Keturnan Isaac adalah Jews (Bangsa Israel) dan keturunan Ishmael adalah Arab maka mereka BRETHREN. Ini dilaporkan dalam ayat-ayat berikut:

Tidak lama lagi engkau akan melahirkan seorang anak lelaki; namakanlah dia Ishmael, kerana Allah telah mendengar tangisannya (Genesis 16;12).

Maka kami beri ia kabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar (As-shaafat 37;101).

Keturunan Ishmael tinggal di kawasan antara Hawila dan Syur, di sebelah timur Mesir ke arah Asyur. Mereka hidup terpisah daripada keturunan Abraham yang lain (Genesis 28;18).

Muhammad adalah keturunan daripada Ishmael; maka mereka adalah dilahirkan daripada (Brethren) kepada Jews, maka Muhammad adalah yang dirujuk dalam ayat :

"I will raise them up a prophet from among their Brethren" ( Deutronomy 18;18).

Selain dalam perjanjian lama, kedatangan Muhammad sebagai utusan terakhir juga diberitakan dalam perjanjian baru tetapi pengikut kristian tidak mengiktiraf dan menafikannya.

Yesus berkata :
When the Counselor comes, whom I will send to you from the Father, the spirit of truth who goes out from the Father, he will testifiy about me ... "Aku akan mengutus penolong daripada Bapa kepada kamu. Dia adalah Spirit of truth yang akan mengajarkan Kebenaran tentang Allah. Dia akan memberikan kesaksian tentang Aku" (John 15;26).

Ayat tersebut dijelaskan dengan ayat berikut :
Apa yang aku katakan kepadamu benar; untuk kebaikan kamu lebih baik Aku pergi. Jika Aku tidak pergi, Penolong itu tidak akan datang kepada kamu. Jika Aku pergi, Aku akan mengutus ia kepada kamu (John 16;7).

Kemudian Yesuspun berkata :
Banyak lagi yang hendak Aku katakan kepada kamu, tetapi sekarang kamu belum sanggup menerimanya (John 16;12).

Apabila Spirit of truth yang akan mengajarkan kebenaran tentang Allah datang, dia akan membimbing kamu supaya mengetahui kebenaran yang hakiki. Dia akan mengatakan apa yang didengarnya dan memberitahu kamu perkara-perkara yang akan berlaku (John 16;13).

Spirit of truth akan memuliakan Aku, kerana apa yang dinyatakan oleh Spirit of truth kepada kamu, diterima daripada Aku (John 16;14).

Ayat di atas sangat jelas menerangkan tentang seseorang yang akan datang selepas kepergiaan Yesus. Siapa orang tersebut? Yesus kata dia adalah Caunselor (Penolong) dan the spirit of truth (Roh kebenaran), apabila kita bandingkan ayat ini dengan sejarah kehidupan Muhammad, maka yang dimaksudkan oleh Yesus dalam ayat di atas adalah Muhammad. Apa buktinya

a. Muhammad diberi gelaran Al-Ameen atau Spirit of Truth.
Semenjak Muhammad Muda sebelum diangkat menjadi rasul lagi, beliau digelar sebagai Al-Ameen atau Spirit of truth maknanya orang yang dipercaya atau Roh Kebenaran. Gelaran tersebut diberikan oleh orang Arab dan di'iktiraf oleh semua orang termasuk bukan Islam juga tentang kejujuran beliau. Yesus juga merujuk kepada Counsellor akan datang sebagai Spirit of Truth.

b. Dalam Qur'an dan Hadith Muhammad sentiasa membuktikan dan memuji Yesus sebagai Nabi yang agung. Sehingga dalam Qur'an terdapat Surah yang menceritakan tentang kemulian dan kesucian Maryam sebagai Ibu kepada Yesus iaitu Surah Maryam.

Dan Ingatlah ketika Gabrael berkata : Hai Maryam, sesungguhnya Allah telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu di atas semua perempuan di dunia yang sezaman dengan kamu (Ali-'Imran 3;42).

Berkata Yesus : Sesungguhnya Aku hanyalah Hamba Allah, dia memberiku Al-Kitab (Injil) dan mengangkat aku menjadi seorang Nabi. dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana sahaja Aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku mendirikan shalat dan menunaikan zakat selama aku hidup. Itulah Yesus putera Maryam yang mengatakan kata-kata yang benar, yang mereka tentang kebenarannya (Maryam 19;30-34).


This is how you can recognize the Spirit of God: Every spirit that acknowledge that Yesus Crist has come in the flesh is from God ... Inilah caranya kamu boleh mengetahui Spirit of God; Setiap Spirit of God mengakui Yesus datang ke dunia daripada Allah sebagai manusia (1 John 4;2).

c. Muhammad hanya menyampaikan apa yang diterima daripada Gabrael (Jibril). Mengikut ayat dalam John 16;13 Spirit of Truth secara jelas merujuk kepada Muhammad sebab tidak ada satu ayatpun dalam Qur'an hasil ciptaan beliau, semua diterima daripada Allah melalui Gabriel dan disampaikan kepada pengikutnya.


d. Muhammad meramal tentang kejadian di masa yang akan datang. Ramalan tersebut telah terbukti sejak 1400 tahun lepas semua itu sudah berlaku, sedang dan akan berlaku.

6. Moses dan Muhammad sama-sma berasal daripada gunung Sinai.



He said : The Lord come from Sinai and dawned over them from Seir; he shone forth from mount Paran. He came with myriads of holy ones from the south, from his mountain slopes ... "Tuhan datang daripada Sinai; Dia terbit seperti matahari di atas Edon, dan dari Gunung Paran Dia menyinari umat-Nya. Beribu-ribu malaikat menyertai Dia; pada tangan kanan-Nya ada api yang menyala" (Deutronomi 33;2).


  • Sinai dalam ayat di atas merujuk kepada tempat berlaku percakapan Moses (Musa) dengan Allah. Sila rujuk ayat di bawah :
"Dan tatkala Musa datang ke Bukit Sinai untuk bermunajat kepada Kami pada masa yang sudah Kami tetapkan dan Allah berfirman secara langsung kepadanya, berkatalah Musa "Ya Tuhanku, nampakkanlah diri Engkau kepada ku agar aku dapat melihat Engkau. Allah berfirman : "Kamu tidak akan sanggup melihat Ku, lihatlah ke bukit itu, maka sekiranya ia tetap ditempatnya seperti asalnya niscaya kamu dapat melihat-KU"... (Al-A'raaf 7;143).


Jadi di mana letak Sinai yang sebenarnya? Adakah di Mesir seperti kepercayaan lama? Sila rujuk ayat di bawah :


Jika orang bercakap tentang Hagar, maka mereka bercakap tentang gunung Sinai, di negeri Arab. Hagar juga melambangkan kota Yerusalem dengan semua penduduknya sudah menjadi hamba (Galatian 4;25).


Mengikut kajian yang dilakukan oleh Bible Archeology Search and Exploration (BASE) ditemui bahawa :


Bukit Sinai sebenarnya terletak di Arab Saudi bukan di gurun Sinai dalam negeri Mesir seperti kepercayaan sebelumnya (Sila rujuk peta di atas).
  • Apakah Paran? Jawapannya : tempat tinggal Hagar (Hajar) dan Ishmael (Ismail) seperti dilaporkan dalam Genesis 21;21
While he was living in desert of Paran, his mother got a wife for him from Egypt ... Dia tinggal di padang gurun Paran, Ibunya mengahwinkannya dengan seorang wanita dari Mesir (Genesis 21;20-21).
  • Apakah yang dimaksudkan dengan ten thousand pula? Sila rujuk Jude 1;14-15 :
Enoch, the seventh from Adam, prophesied about these men : "See, the Lord is coming with thousand upon thousands (ten thousand) of his holy ones. to judge everyone, and to convict all the ungodly of all the ungodly acts they have done in ungodly way, and of all the harsh words ungodly sinner have spoken agains him... "Henokh, keturunan ketujuh daripada Adam, dahulu pernah bernubuat tentang mereka. Dia berkata, "Lihatlah Tuhan akan datang dengan beribu-ribu malaikat yang suci. Dia akan mengadili semua orang. Dia akan menghukum orang derhaka kerana perbuatannya dan kerana semua kata hinaan yang diucapkan mereka terhadap-Nya" (Jude 1;14-15).


  • Ten thousand dalam ayat tersebut merujuk kepada pembukaan kota Mekah oleh Muhammad.
Sesungguhnya yang mewjibkan atasmu melaksanakan Hukum-hukum Allah dalam Al-Qur'an, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat asal iaitu Kota Mekah (Al-Qashash 28;85).


Dalam ayat lain dalam Bible juga menceritakan tentang kedatangan Muhammad :

Kekasihku kacak dan gagah; unggul antara sepuluh ribu orang. Kepalanya seperti emas tulin, rambutnya berombak-ombak dan hitam seperti burung gagak. Matanya seperti burung merpati di mata air, merpati bermandi susu, ditebing anak sungai. Pipinya bagaikan kebun rempah yang wangi. Bibirnya bagaikan bunga bakung yang menitiskan mur cecair. Tangannya elok, dan dia memakai cincin emas dan permata. Badannya seperti gading bertatah batu nilam. Kakinya seperti tiang marmar putih, yang beralaskan emas. Penampakannya segak seperti gunung-gunung di Lubnan, dan anggun seperti pokok sedar (Song of Solomon 5;10-15).


Allah berfirman ; "Inilah hamba-KU, yang telah kukatakan; seorang yang telah Ku-pilih, dan menyenangkan hati-Ku. Dia akan membawa keadilan kepada semua bangsa. Dia tidak akan berteriak ataupun menyaringkan suaranya, suaranya tidak akan terdengar di jalan. Dia tidak akan mematahkan buluh halus yang terkulai, ataupun memadamkan pelita yang kelap-kelip. Dia akan mendatangkan keadilan kepada semua orang. Dia tidak akan putus asa sehingga berjaya menegakkan keadilan di muka bumi (melengkapkan hukum Allah). Negeri-negeri yang jauh menanti-nantikan ajarannya (Isaiah 42;1-4).

7. Menegakkan keadilan atau melengkapkan Hukum Allah. Hal Ini menunjukkan Yesus belum menyempurnakan hukum Allah di muka bumi ini. Ini juga dilaporkan dalam ayat di bawah ini :

Banyak lagi yang hendak Ku katakan kepadamu, tetapi sekarang ini kamu belum sanggup menerimanya. Tetapi apabila roh kebenaran (Spirit of Truth) datang, ia akan membimbing kamu untuk mengenal kebenaran yang hakiki (John 16;12-13).

Ayat di atas menunjukkan bahawa Yesus belum melengkapkan hukum Allah, dan akan datang nabi (utusan) selepas beliau yang akan melengkapkan hukum Allah dengan membawa hukum baru. Manakala Yesus tidak membawa hukum baru seperti diterangkan dalam Matthews 5;17 :

Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tetapi Aku datang supaya semua ajaran itu berlaku (Matthews 5;17).

Merujuk ayat di atas bahawa Yesus tidak pernah membawa ajaran baru tetapi beliau datang hanya untuk memastikan hukum Taurat dan nabi-nabi sebelumnya berlaku, tetapi akan datang nabi baru yang akan membawa ajaran baru seperti dilaporkan dalam ayat di bawah :

Nyanyikanlah lagu baru bagi Tuhan; pujilah Dia, hai seluruh bumi! Pujilah dia, hai laut dan semua isinya, bernyanyilah, hai penduduk negeri-negeri jauh! (Isaiah 42;10)

Lagu yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah perintah Allah. Kitab-kitab yang diturunkan kepada Moses dan nabi-nabi sebelumnya seperti Psalms, Proverb, Song of Solomon adalah lagu atau kitab lama. Lalu apakah lagu (kitab) baru? Adakah Bible? Jawapannya bukan Bible sebab kandungan Bible adalah sama dengan kandungan Taurat dan kitab-kitab sebelumnya terutama dalam perjanjian Baru. Jadi kitab apa yang membawa jaran baru? Jawapannya adalah Al-Qur'an sebab Al-Qur'an membawa hukum-hukum baru sedangakan Bible hanya mengikuti kitab-kitab lama tersebut.

8. Siapakah Kedar yang dimaksudkan dalam ayat di atas? Kedar adalah anak Ishmael seperti dilaporkan dalam Genesis 25;13-15 :


Berikut adalah anak-anak Ishmael mengikut urutan kelahiran mereka iaitu Nebayot, Kedar, Abdil dan Mibsam. Misyma, Duma, Masa. Hadad, Tema, Yetur, Nafis, dan Kedma. Mereka menjadi nenek moyang kepada dua belas suku kaum (Genesis 25;13-15).

C. Berperang dengan kaum yang ingkar kepada Allah (Musyrik).


The Lord will march out like a mighty man, like a warrior he will stir up his zeal; with a shout he will raise the battle cry and will triumph over this enemies...Tuhan maju berperang seperti seorang pahlawan yang penuh semangat peperangan. Dia memekik sebagai isyarat perang; Dia menunjukkan keperkasaan-Nya terhadap musuh (Isaiah 42;13).

Nabi-nabi sebelumnya tidak ada yang memerangi kaum yang ingkar kepada Allah (musyrik) kecuali Muhammad seperti dilaporkan dalam Qur'an :


Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi kafir seperti mereka. Maka janganlah jadikan mereka sebagai penolong-penolongmu, hingga mereka menerima Islam. Maka jika mereka berpaling, tawan dan bunuhlah mereka dimana saja kamu menemuinya, dan janganlah kamu ambil seorangpun daripada mereka menjadi pelindungmu, dan jangan pula menjadi penolongmu. Kecuali orang-orang yang meminta perlindungan kepada sesuatu kaum yang telah ada perjanjian damai antara kamu dengan mereka atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa berat untuk memerangi kamu dan kaumnya. Kalau Allah menghendaki, tentu Dia memberi kekuasaan kepada mereka terhadap kamu, lalu pastilah mereka memerangi kamu. Tetapi jika mereka membiarkan kamu, dan tidak memerangi kamu serta mengajak perdamaian kepada kamu maka Allah tidak membenarkan kamu menawan dan membunuh mereka (An-Nisaa' 4;89-90)

Di ayat yang lain juga dilaporkan bahawa Muhammad juga berperang dengan kaum yang ingkar kepada Allah. Sila rujuk ayat di bawah ini :


Selepas habis bulan-bulan haram (Zul-Hijjah - Rabiul Akhir), maka bunuhlah orang-orang musyrik (Ingkar kepada Allah) di mana saja kamu temui mereka, dan tangkaplah mereka, kepung dan intailah mereka. Sekiranya mereka bertaubat dan mendirikan shalat serta menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan jika orang-orang musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui (At-Taubah 9;5-6).

Ayat-ayat di atas cukup jelas menerangkan tentang semangat Muhammad dalam memerangi kaum yang ingkar kepada Allah seperti dilaporkan dalam Isaiah 42;13 di atas tadi.

D. Penyembah berhala dan patung akan diaibkan oleh dia.


Semua orang yang percaya kepada berhala, dan menganggap patung-patung sebagai dewa akan diaibkan dan dimalukan (Isaiah 42;17).

Di manakah peristiwa dalam ayat di atas berlaku? Adakah pada zaman Yesus atau Moses? Jawapannya bukan pada zaman Moses dan Yesus tetapi tetapi pada Pagan Arab atau penyembah berhala di Mekah. Mereka cuba rasuah Muhammad dengan harta, kekuasaan, kecantikan perempuan dan kemewahan supaya beliau meninggalkan mengajarkan kebenaran yang hakiki daripada Allah. Tetapi Muhammad menolak dan mengatakan sekiranya bukit Uhud menjadi emas maka tidak akan Aku mundur seltapakkpun untuk mengajarkan kebenaran daripada Allah. Peristiwa tersbut telah menyebabkan kaum Pagan Arab malu dan terhina.


It pleased the Lord for the sake of his righteousness to make his law great and glorious...Tuhan sentiasa ingin mengamankan hukumnya; dia mahu hukum-Nya dihormati dan diagungkan (Isaiah 42;21).

Pada zaman Moses dan nabi-nabi sebelumnya, adakah nabi-nabi tersebut diagungkan dan dimuliakan oleh umatnya? Jawapannya tidak bahkan hukum-hukum Yesus diubah dan ditentang oleh kaum-kaumnya. Hanya hukum yang diajarkan oleh Muhammad yang diagungkan dan dimuliakan oleh umatnya sungguhpun mula-mula mendapat sedikit tentangan daripada kaumnya tetapi akhirnya hukum tersebut diagungkan dan dimuliakan sehingga ke hari ini.


Tetapi sekarang umat-Nya telah dijarah, mereka ditahan dalam penjara bawah tanah, dan dikurung dalam penjara. Mereka dirompak dan dijarah, tiada sesiapapun membantu menyelematkan mereka (Isaiah 42;22).

Ayat di atas menunjukkan mereka telah tersesat dan dianiaya tetapi tidak ada seorangpun utusan yang menyelamatkan mereka. Kesesatan Bangsa Arab yang terlampau hebat tetapi Allah tidak menghantar nabi kepada mereka dalam masa yang cukup lama sehingga Muhammad datang sedangkan Bangsa Israel (Jews) telah dihantar begitu ramai nabi daripada Bangsa Israel yang ditamatkan dengan kedatangan Yesus. Kemudian Allah telah menghantar Muhammad untuk menyelamatkan bangsa Arab seperti dilaporkan dalam As-Sajdah 32;2


Turunnya Al-Qur'an yang tidak ada keraguan padanya, adalah dari Tuhan semesta Alam (As-Sajdah 32;2).

Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Qur'an kepada hamba-Nya, agar ia menjadi petunjuk kepada seluruh alam (Al-Furqaan 25;1).


Al-Qur'an adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi petunjuk dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahawa Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang yang berakal mengambil pelajaran (Ibrahim 14;52).

10 comments:

  1. Minta maaf, bila baca komen anda, saya boleh membuat kesimpulan bahawa anda tidak faham apa yang anda sendiri tulis dan tidak tahu tentang bible.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu terpulang kepada pembaca saya menulis mengikut kefahaman saya dan pembaca membaca mengikut pemahaman pembaca

      Delete
    2. Kejayaan jin dan manusia hanyalah dalam agama. Kejayaan manusia sejauh mana manusia taat perintah ALLAH SELURUH KEHIDUPAN IKUT CARA NABI MUHAMMAD SAW. BUKAN ikut cara yahudi, bukan ikut cara nasrani, bukan ikut cara majusi, bukan ikut cara amerika, bukan ikut cara eropah, bukan ikut cara barat, bukan ikut cara timur, bukan ikut cara maju, bukan ikut cara kuno, bukan ikut cara orang putih, bukan ikut cara orang melayu, bukan ikut cara orang miskin, bukan ikut cara orang kaya bukan ikut cara amerika, bukan ikut cara Malaysia, bukan ikut cara India, bukan ikut cara Cina, bukan ikut cara orang kampong, bukan ikut cara orang Bandar,bukan ikut cara orang pekan, bukan ikut cara pulau pinang, bukan ikut cara perlis, bukan ikut cara perak, Pahang, kedah, Kelantan, Selangor, Terengganu, Melaka, negeri Sembilan, sabah, Sarawak, johor, bukan ikut cara wilayah persekutuan kuala lumpur dan bukan juga cara wilayah persekutuan Labuan. Tetapi ikut cara NABI MUHAMMAD SAW. Orang kaya bawa agama dalam kehidupannya dia Berjaya dunia akhirat. Orang miskin bawa agama dalam kehidupannya dia berjaya dunia dan akhirat. Orang miskin dan orang kaya tolak agama dua-dua gagal dunia akhirat.
      Apa maksud MUHAMMADUR RASULULLAH
      Maksud :- SATU-SATUNYA CARA YANG BOLEH MEMBAWA KEJAYAAN BAGI MANUSIA DI DUNIA DAN AKHIRAT ADALAH CARA NABI MUHAMMAD S.A.W. CARA LAIN PASTI AKAN

      Delete
    3. Kejayaan jin dan manusia hanyalah dalam agama. Kejayaan manusia sejauh mana manusia taat perintah ALLAH SELURUH KEHIDUPAN IKUT CARA NABI MUHAMMAD SAW. BUKAN ikut cara yahudi, bukan ikut cara nasrani, bukan ikut cara majusi, bukan ikut cara amerika, bukan ikut cara eropah, bukan ikut cara barat, bukan ikut cara timur, bukan ikut cara maju, bukan ikut cara kuno, bukan ikut cara orang putih, bukan ikut cara orang melayu, bukan ikut cara orang miskin, bukan ikut cara orang kaya bukan ikut cara amerika, bukan ikut cara Malaysia, bukan ikut cara India, bukan ikut cara Cina, bukan ikut cara orang kampong, bukan ikut cara orang Bandar,bukan ikut cara orang pekan, bukan ikut cara pulau pinang, bukan ikut cara perlis, bukan ikut cara perak, Pahang, kedah, Kelantan, Selangor, Terengganu, Melaka, negeri Sembilan, sabah, Sarawak, johor, bukan ikut cara wilayah persekutuan kuala lumpur dan bukan juga cara wilayah persekutuan Labuan. Tetapi ikut cara NABI MUHAMMAD SAW. Orang kaya bawa agama dalam kehidupannya dia Berjaya dunia akhirat. Orang miskin bawa agama dalam kehidupannya dia berjaya dunia dan akhirat. Orang miskin dan orang kaya tolak agama dua-dua gagal dunia akhirat.
      Apa maksud MUHAMMADUR RASULULLAH
      Maksud :- SATU-SATUNYA CARA YANG BOLEH MEMBAWA KEJAYAAN BAGI MANUSIA DI DUNIA DAN AKHIRAT ADALAH CARA NABI MUHAMMAD S.A.W. CARA LAIN PASTI AKAN

      Delete
    4. Kejayaan jin dan manusia hanyalah dalam agama. Kejayaan manusia sejauh mana manusia taat perintah ALLAH SELURUH KEHIDUPAN IKUT CARA NABI MUHAMMAD SAW. BUKAN ikut cara yahudi, bukan ikut cara nasrani, bukan ikut cara majusi, bukan ikut cara amerika, bukan ikut cara eropah, bukan ikut cara barat, bukan ikut cara timur, bukan ikut cara maju, bukan ikut cara kuno, bukan ikut cara orang putih, bukan ikut cara orang melayu, bukan ikut cara orang miskin, bukan ikut cara orang kaya bukan ikut cara amerika, bukan ikut cara Malaysia, bukan ikut cara India, bukan ikut cara Cina, bukan ikut cara orang kampong, bukan ikut cara orang Bandar,bukan ikut cara orang pekan, bukan ikut cara pulau pinang, bukan ikut cara perlis, bukan ikut cara perak, Pahang, kedah, Kelantan, Selangor, Terengganu, Melaka, negeri Sembilan, sabah, Sarawak, johor, bukan ikut cara wilayah persekutuan kuala lumpur dan bukan juga cara wilayah persekutuan Labuan. Tetapi ikut cara NABI MUHAMMAD SAW. Orang kaya bawa agama dalam kehidupannya dia Berjaya dunia akhirat. Orang miskin bawa agama dalam kehidupannya dia berjaya dunia dan akhirat. Orang miskin dan orang kaya tolak agama dua-dua gagal dunia akhirat.
      Apa maksud MUHAMMADUR RASULULLAH
      Maksud :- SATU-SATUNYA CARA YANG BOLEH MEMBAWA KEJAYAAN BAGI MANUSIA DI DUNIA DAN AKHIRAT ADALAH CARA NABI MUHAMMAD S.A.W. CARA LAIN PASTI AKAN

      Delete
  2. Salam,

    Saya mahu berkongsi blog "Apa Sebenarnya Kata Jesus?" di http://apakatajesus.wordpress.com/

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. MENERIMA KEGAGALAN DAN DAN TIDAK AKAN DI TERIMA OLEH ALLAH
    Nak Berjaya dunia dan akhirat WAJIB SOLAT. Kalau solat pun tak buat tak ada kehidupan.nabi MUHAMMAD beri tau orang tak solat kafir terang-terangan. Orang tak solat adalah penjenayah yang paling besar. Tak solat lebih celaka dari iblis, syaitan, haman, qarun, firaun, pemabuk, peminum arak, penzina, peliwat, perogol, penipu pembohong, pembunuh, pendosa. Dosa orang yang meninggalkan solat ialah:-
    Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu

    Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
    Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
    Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
    Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibu sendiri bagi lelaki, dan berzina dengan bapak sendiri bagi perempuan Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.

    ReplyDelete
  4. Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”
    Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.
    Artikel ini adalah artikel berpesan-pesan pada diri saya yang hina ini. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Kuatkanlah iman kami dan cekalkan hatiku untuk mencari jalan kebanaran yang Kau redhai. Amin ya Rabbal Alamin.
    Sahabatku sekalian, bangunlah dari tidur. Sembahyanglah kamu sebelum kamu yang disembahyangkan.
    ###################
    Jika anda mempunyai masa yang lebih untuk meneruskan bacaan, maka kami berharap dapatlah kita sama-sama membaca azab Allah kepada kita samaada kita sedar atau tidak.
    ********
    Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:
    Dunia
    1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
    2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
    3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
    Sakaratul Maut
    1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.

    ReplyDelete
  5. Semua yang ditulis disini TIDAK SESUAI DENGAN ALKITAB.
    JANGAN BUAT-BUAT BERITA PALSU DAN SOK TAHU. NGARANG.

    ReplyDelete
  6. Kedatangan hamba Allah
    "" "" "" "" "" "" "" "" "" "
    'Atmak' belum tentu berarti 'yang ku junjung' tapi itu sebenarnya nama

    penulisan Atmak adalah אתמך
    penulisan Ahmad adalah אחמד

    Dalam Yesaya 42:1, Allah berkata
    "Lihatlah, 'Hambaku' (diucapkan sebagai Abd-ee), 'yang Ku junjung' (diucapkan sebagai Atmak);

    Allah menubuatkan tentang kedatangan hamba-Nya
    Lihatlah Hambaku Ahmad (Yesaya 42:1) - dan begitu siapa Ahmad ini? disebut hamba Allah?

    Dia tidak lain adalah
    Abd-Allah Ahmad (Hamba Allah, Ahmad) - Nabi Muhammad saw

    ReplyDelete