Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Saturday, November 7, 2009

BENARKAH ISLAM MENGAJAR FUNDAMENTAL ATAU KEGANASAN?

Isu ini sentiasa hangat, isu ini bermula apabila letupan WTC pada 11 Sept 2001. Selepas itu isu tersebut mula reda, kemudian berbangkit semula semasa letupan di Mumbai, Bom di Bali dan penembakan di 12 askar mati dan 30 luka-luka di Kem Tentara Ford Hook Texas pada di Amerika Syarikat, seolah-olah membenarkan stereotip tentang muslim yang ditonjolkan oleh media dan disertai dengan maklumat salah yang melampau tentang islam.
Maklumat dan propanganda palsu tersebut telah menyebabkan diskriminasi dan tindakan ganas terhadap umat Islam seperti kempen anti Islam di Amerika selepas letupan bom di Oklahoma, Media dengan pantas mengisytiharkan "Konspirasi Timur Tengah" sebagai dalang serangan tersebut. Sungguhpun siasatan siasatan belum dibuat tetapi media telah mengistiharkan pelakunya Muslim, selepas dibuat siasatan dikenal pasti pelaku letupan tersebut adalah Askar daripada Angkatan Tentara Amerika dan bukan beragama Islam. Maka isu tersebut hilang begitu sahaja dan pihak Amerika menerima tamparan hebat.

1. Definasi Fundamentalis
Seorang fundamentalis adalah orang yang mengikuti dan mematuhi doktrin fundamental yang diikuti. Seorang doktor yang baik harus mengetahui, mematuhi dan mengamalkan fundamental perubatan, dengan kata lain dia perlu menjadi fundamentalis dalam bidang perubatan. Sama juga jika mahu menjadi seorang pakar sains yang baik maka perlu mengetahui, mematuhi dan mempraktikan fundamental sains. Maka fundamental tidak dapat dinilai baik atau jahat selagi tak dikaji bidangya, mengkatagorikan fundamentalis bergantung kepada aktivitinya. Perompak atau pencuri yang fundamentalis mendatangkan bahaya kepada masyarakat maka tidak dinginkan dan perlu dihapuskan. Manakala doktor fundamentalis memberikan manfaat kepada masyarakat dan dihormati, maka dipelihara dan dikekalkan.
2. Begitu juga dengan fundamentalis islam, dengan anugerah (kurniaan) Allah mengetahui tentang islam, mematuhi dan berusaha mengamalkan fundamental Islam. Saya bangga menjadi fundamentalis Islam kerana fundamental Islam memberi manfaat manusia dan seluruh alam. Tidak ada satupun fundamental Islam yang menyebabkan keburukan ataupun bertentangan dengan kepentingan manusia sejagat secara keseluruhannya. Ramai orang bukan Islam mempunyai tanggapan yang salah tentang Islam dan menganggap sebahagian ajaran Islam tidak adil. Hal ini disebabkan oleh kekurangan pengetahuan tentang Islam, sekiranya dikaji dengan kritik dan fikiran terbuka maka akan nampak pelbagai manfaat bagi individu atau kumpulan. Maka seorang Islam sejati tidak akan mengelak untuk menjadi fundamentalis Islam.
3. Makna fundamentalisme mengikut kamus Webster adalah pergerakan dalam fahaman kristian protestan Amerika muncul pada abad ke 20 kerana tindak balas terhadap pemodenan, dan penekanan terhadap kesempurnaan Bible, bukan sahaja dalam hal keimanan tetapi juga sebagai kata-kata Tuhan. Oleh itu fundamentalis asalnya digunakan kepada kumpulan kristian yang percaya bahawa Bible adalah firman Tuhan yang tidak ada kesalahan dan kesilapan.
Mengikut kamus Oxford, Fundamentalis bermakna berpegang teguh kepada doktrin fundamental agama tetapi hari ini fundamentalis dikaitkan dengan Islam semata-mata.
4. Setiap muslim perlu menjadi "pengganas". Pengganas adalah orang yang menimbulkan ketakutan. Semasa perompak melihat polis, dia akan takut maka polis dianggap pengganas oleh perompak. Maka seorang Islam harus menjadi pengganas terhadap unsur-unsur anti-sosial masyarakat seperti pencuri dan perogol. Sekiranya unsur-unsur anti sosial tersebut berjumpa dengan orang Islam maka mereka akan takut. Pengganas digunakan kepada seseorang yang menimbulkan ketakutan kepada orang awam, tetapi seorang Muslim sejati hanya menjadi pengganas kepada kumpulan tertentu sahaja seperti unsur-unsur anti sosial bukannya kepada orang awam yang tidak bersalah. Seorang Islam menjadi sumber kesejahteraan untuk orang-orang yang baik. Sila rujuk ayat di bawh ini :
Dan Janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan kecuali yang patut (Murtad, Qishah, Hudud), melainkan dengan alasan yang benar. Dan barangsiapa dibunuh secara zalim maka sesungguhnya kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui dalam membunuh. Sesungguhnya ia dalah orang-orang yang mendapat bantuan (Al-Israa' 17;33).
5. Gelaran berlainan diberikan kepada individu sama untuk perbuatan yang sama iaitu "Pengganas" dan "Patriot". Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British, pejuang pembebasan Malaysia yang tidak menggunakan kekerasan tetap digelar sebagai pengganas oleh kerajaan British. Pejuang tersebut pula dipuji dan disanjung oleh Rakyat Malaysia bagi aktiviti yang sama iaitu perjuangan kemerdekaan dengan gelar "patriot". Dua gelaran yang berlainan diberikan kepada orang yang sama dan aktiviti yang sama, Rakyat British atau Rakyat Malaysia yang menganggap British berhak mentadbir Malaysia menggelar pejuang sebagai pengganas tetapi bagi Rakyat Malaysia yang menganggap British tak berhak mentadbir Malaysia maka menggelar pejuang sebagai patriot.
Oleh itu sebelum seseorang dihadapkan ke Mahkamah maka dia berhak diberi perbicaraan yang adil, hujah ke dua pihak perlu didengar, dianalisis serta alasan dan niat orang tersebut perlu diambil kira, kemudian diadili dengan seadil-adilnya. Begitu juga halnya dengan media massa supaya bersikap adil terhadap semua agama jangan prejudis terhadap sesuatu agama tertentu sahaja. Suatu keheranan, ketika berlaku Penembakan 12 orang Askar di Kem tentera Ford Hook Texas Amerika Syarikat baru-baru ini maka Kerajaan Amerika Syarikat dan Media Massa dengan pantas mengkempen sebagai tindakan keganasan yang dilakukan oleh Muslim dalam masa yang sama penembakan 33 orang Rakyat Amerika Syarikat oleh seorang pelajar daripada Korea beberapa bulan lepas tidak pernah dilaporkan di Media Massa sebagai pengganas dengan mengaitkan agamanya. Bahkan media massa tidak melaporkan apa agama pelajar tersebut, di mana keadilan dan kebebasan Media Massa. Cuba anda fikir sendiri....Buang rasa prejudis terhadap mana-mana agama terlebih dahulu supaya tidak bias. Adilkah media massa terhadap Islam?
Mengikut panduan yang diberikan oleh Al-Qur'an maka Islam tidak pernah menggalakkan keganasan bahkan menentang keganasan dengan sekeras-kerasnya. Kalau ada yang melakukan keganasan menggunakan nama Islam maka umat Islam adalah yang pertama mengecam tindakan tersebut sebab islam mengajar kedamaian.

No comments:

Post a Comment