Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Thursday, November 12, 2009

BOLEHKAH ORANG BUKAN ISLAM MASUK KE DALAM MASJID?

Isu saman yang dituntut oleh Jabatan Agama Islam Selangor terhadap Xavier Jayakumar kerana masuk ke dalam Masjid dalam jamuan berbuka puasa. Isu hangat kerana melibatkan politik Malaysia, JAIS telah memfailkan tuntutan saman wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Exco Selangor tersebut di Mahkamah. Mengikut JAIS orang bukan Islam tidak sepatutnya masuk ke dalam Masjid kerana mereka dianggap tidak suci seperti perempuan yang sedang Haid (Menstruasi). Mengikut hukum sebenarnya : Bolehkah bukan Islam masuk ke dalam Masjid? Sila rujuk Qur'an dalam ayat di bawah :

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya oran-orang musyrik tidak suci, maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini, dan jika kamu takut menjadi miskin, maka Allah akan memberikan kekayaan kepadamu daripada kurniaan-Nya, jika dia menghendaki. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi Maha bijaksana (At-Taubah 9;28).

JAIS telah merujuk kapada ayat di atas yang mengatakan bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid, mengikut tafsiran ulama pengharaman dalam ayat tersebut dikhaskan kepada bukan Islam memasuki Masjidil Haram sahaja. Adapun dalil-dalil lain yang menyokong kebenaran bukan Islam masuk ke dalam masjid adalah :

Muhammad menghantar pasukan berkuda ke Najd, lalu mereka kembali dengan membawa seorang lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsumamah Bin Utsaal. Mereka mengikatnya di tiang Masjid (dilaporkan dalam Sahih Bukhari, No. 457).
Hadith di atas jelas menunjukkan kebenaran bukan Islam masuk ke dalam Masjid, sekiranya bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam Masjid maka para sahabat tidak akan mengikat Tsumamah bin Utsaal di dalam Masjid ataupun Muhammad akan menghalang mereka untuk membawa masuk Tsumamah Bin Utsaal ke dalam Masjid.

Dalam Hadith yang lain juga dilaporkan bahawa Muhammad berkata :

Muhammad telah mengutus pasukan berkuda ke Najd, lalu mereka kembali dengan membawa seorang lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsuamamah Bin Utsaal. Maka mereka mengikatnya pada tiang masjid. Lalu Muhammad keluar sambil berkata : "Lepaskan Tsumamah". Iapun berjalan menuju kebun Kurma yang dekat dengan Masjid dan mandi. Kemudian ia masuk ke dalam Masjid dan berkata : Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah rasul Allah (dilaporkan dalam Sahih Bukhari- No. 450).

Kalau kita rujuk Ali- 'Imran 3;61 menyatakan :
Siapa yang membantahmu tentang kisah 'Isa sesudah datang kebenaran, maka katakanlah kepadanya : Marilah kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian marilah kita bermuhabalah kepada Allah dan kita minta supaya La'knat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang penipu (Ali 'Imran 3;61).

Kalau kita rujuk sejarah turunnya ayat Ini adalah Nabi Muhammad SAW telah membenarkan orang-orang Nasrani dan Yahudi untuk tinggal di dalam Masjid selama tiga hari untuk berdialog mengenai konsep ketuhanan sehingga akhirnya Muhammad mengajak bermuhabalah atas sikap Yahudi dan Nasrani yang degil dan tidak mahu menerima kebenaran Islam.

Maka mengikut ayat dan Hadith diatas, bukan Islam dibenarkan masuk ke dalam Masjid dengan mengikut garis panduan seperti berikut :

1.Bukan Islam diharuskan masuk ke dalam Masjid selain Masjidil Haram dengan kebenaran Orang Islam dan Pengurusi Masjid.

2. Mereka mempunyai sebab yang munasabah, sekiranya kemasukan mereka ke dalam Masjid untuk memecahbelahkan perpaduan masyarakat atau menyebarkan fitnah maka mereka tidak dibenarkan memasuki Masjid.

3. Mereka harus menghormati Masjid dan sedar akan kesucian Masjid tempat umat Islam beribadah.

4. Lelaki dan Perempuan yang masuk ke dalam Masjid harus menutupi aurat dengan memakai pakaian yang bersesuaian.

No comments:

Post a Comment