Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Wednesday, December 30, 2009

KENAPA TUHAN ORANG ISLAM TAK ADIL? ORANG BUKAN ISLAM SUNGGUHPUN BAIK TETAP MASUK NERAKA

Jawapannya
1. Tujuan Penciptaan Manusia

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku (Adz-Dzariyaat 51;56).

Daripada ayat di atas jelas Allah menerangkan tujuan penciptaan manusia adalah supaya menyembah Allah. Jadi sesiapa tidak patuh dan menyembah Allah sungguhpun berbuat baik sekalipun maka tetap tertolak. Bagi mereka yang tidak menyembah Allah sentiasa berada dalam kerugian seperti firman Allah dalam ayat berikut :

Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati dalam berbuat kebenaran dan nasihat menasihati supaya tetap dalam kesabaran (Al-'Asr 103;1-3).

Ayat di atas menerangkan bahawa syarat utama supaya manusia tak kerugian adalah beriman kepada Allah, kemudian harus diamalkan perintah-Nya. Dalam menyembah Allah pula kena ikut kaedah yang diajarkan oleh Allah melalui utusan-utusannya dan tidak boleh mensyirikkan Allah. Semua agama selain Islam mensyirikkan Allah (menyekutukan Allah dengan ciptaan-Nya), oleh sebab itu semua amalan kebaikan akan tertolak disebabkan kesyirikan sebab Allah telah katakan bahawa semua dosa akan diampuni kecuali mensyirikkan Allah.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni segala dosa selain dari syirik, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa mensekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar (An-Nisaa' 4;48).

Di ayat yang lain Allah juga berfirman :
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan sesuatu dengan Dia, dan dia mengampuni dosa selain daripada syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya (An-Nisaa' 4;116).

Ayat di atas menerangkan bahawa seiapa yang mempersekutukan suatu dengan Allah, maka dianggap sebagai syirik dan dosa syirik tidak diampuni oleh Allah. Sungguhpun mereka berbuat baik tetapi sebab nama sudah tercemar maka tetap akan tetap dianggap jahat dalam masyarakat, sungguhpun bertaubat sebab kesilapan yang dilakukan tidak dapat dimaafkan. Begitu juga mensyirikkan Allah sedangkan syirik adalah dosa besar yang tidak diampunkan maka semua amalnya ditolak.

Analogi :
Anda mempunyai sebuah kedai alat tulis, dan anda telah melantik dua orang pekerja Jimmy dan Ahmad. Anda terangkan semua kerja yang harus dibuat dan setiap petang semua duit hasil jualan harus dimasukkan ke akaun syarikat. Jimmy adalah pekerja yang disiplin, datang kerja awal dan kerja rajin, sedangkan Ahmad agak pemalas datang selalu lewat dan kerja malas. Setiap petang Ahmad akan masukkan duit hasil jualan ke dalam akaun syarikat sedangkan Jimmy tidak berbuat demikian. Semua hasil jualan dimasukkan ke akaun bank peribadinya. Selepas sebulan bekerja maka anda akan membayar gaji pekerja, disebabkan Ahmad datang kerja lambat, malas maka anda telah memotong gaji Ahmad manakala anda tidak akan membayar gaji Jimmy sebab telah menggelapkan duit syarikat bahkan anda buat laporang polis kerana penipuan. Ikutkan Jimmy rajin dan datang awal, dia sangat baik tapi kenapa anda buat laporan polis? Jawapannya sebab tidak ikut arahan anda. begitu juga Allah semua bukan Islam melanggar perintah Allah, maka sungguhpun rajin berbuat amal maka tetap ditolak sebab tidak ikut perintah Allah.

4 comments:

  1. sapa nama lelaki baju putih itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar tersebut sebagai alasan sahaja jadi tidak perlu namapun

      Delete
  2. Analogi yang diberikan seolah-olah mensamakan Allah dengan manusia.

    (فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا ۖ يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ ۚ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ) [Surat Ash-Shura : 11]

    via @QuranAndroid

    ReplyDelete