Seringkali kita melihat atau mengalami sendiri apabila orang bukan Islam memberi salam maka kita tidak berani menjawab takut benda itu salah. Begitu juga sebaliknya orang bukan Islam juga tidak berani memberi salam kepada orang Islam. Ramai juga orang Islam yang mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memberi salam kepada Muslim kerana Orang Islam tidak boleh menjwabanya semula. Ada juga di kalangan Muslim kalau diberi ucapan salam oleh bukan isalm, mereka akan menjawab Wa'alaikumsam (Celakalah atas kamu). Oleh itu kita akan lihat apa sebenarnya hukum memberi salam dan menjawab salam diantara Muslim dengan bukan Islam?
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah dengan lebih baik, atau balaslah dengan yang setimpal. Sesungguhnya Allah mengambil kira segala sesuatu (An-Nisa' 4;86).
Mengikut ayat di atas maka sekiranya Muslim diberi salam oleh bukan Islam maka harus untuk menjawab salam tersebut dengan lebih baik atau sama dengan salam tersebut. Ayat di atas tidak mengkhususkan kepada Muslim sahaja tetapi kepada yang memberi salam sebagai penghormatan kepada kita maka kita harus menjawabnya. Adakalanya muslim akan menjawab salam orang bukan Islam dengan lebih buruk seperti celakalah atas kamu (Wa'alaikumsam), sebab mereka salah faham kepada Hadith di bawah ini :
Daripada Aishah, beliau berkata : Telah meminta kebenaran orang Yahudi kepada Muhammad dan mereka berkata : kecelakaan ke atas kamu (Wa'alaikumsam) Maka jawab Aisyah Ra. bahkan ke atas kamu kecelakaan dan laknat. Berkata Mauhammad : Wahai Aisyah Ra. Sesungguhnya Allah menyukai kelembutan dalam semua urusan. Jawab Aisyah adakah engkau tidak mendengar apa yang mereka sebutkn? Jawab Rasulullah sesungguhnya aku telah menjwab Waalaikum dan ke atas kamu (Sahih Muslim).
Berbalik kepada Hadith di atas ramai di kalangan Muslim yang menjawab salam dengan waalaikumsam. Padahal mengikut hadith di atas salam yang diberi oleh Yahudi tersebut adalah salam kecelakaan sehingga Aisyah menjawab semula dengan salam kecelakaan. Tetapi Muhammad menegur Aisyah sebab menjawab salam tersebut dengan kasar. Bukan kah Allah menyukai kelembutan?
Berkata Hisyam bin Zaid bin Anas bin Malik: Saya pernah mendengar Anas bin Malik berkata: Seorang Yahudi lalu di depan rasulullah kemudian dia berkata As-saamualaika, Maka Rasulullah menjawab Waalaika kemudian Rasulullah berkata kepada sahabat: Tahukah kamu apa yang dia ucapkan? Dia mengucapkan As saamualaika, kemudian Sahabat bertanya kepada Rasulullah: Bolehkah kami membunuhnya? Jangan, apabila ahli kitab memberi salam kepada kamu maka jawablah Wa'alaikum sahaja. (Sahih Bukhari).
Rasulullah menjawab salam daripada ahli kitab tersebut waalaikum sahaja kerana Yahudi tidak memberikan salam dengan ucapan sejahtera tetapi ucapan celaka iaitu Assamualaikum maksudnya kecelakaan atas kamu. Jika kita diberi salam oleh non muslim dengan ucapan Assalamualaikum kita boleh memadai menjawabnya dengan Waalaikumsalam berdasarkan ayat hadis di bawah ini:
Ibn ‘Abbas berkata : “Jawablah salam sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi. Ini kerana ALLAH berfirman dalam Surah al-Nisa ayat 86 yang bermaksud “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu” (Imam al-Bukhari).
Muslim semua maklum bahasa menjawab salam hukumnya adalah wajib, maka tak kisah siapa yang memberi salam muslim atau bukan muslim maka jawaplah dengan lebih baik sebab salam adalah doa. Mungkin juga disebabkan jawapan salam akan mengeratkan hubungan di antara Muslim dengan bukan muslim sehingga akhirnya mereka menerima islam.
Assalamualaikum. Di sini saya ingin bertanya, bolehkah pula Muslim memberikan salam dengan ucapan "Assalamualaikum" kepada orang bukan Muslim?
ReplyDeleteharam hukumnya
DeleteJangan memulai salam dgn Non Muslim..tak boleh la..terima kasih
ReplyDeleteBerapa ramai org Melayu kita sekarang bagi salam Assamlaikum yg klu mengikut artikel di atas bermaksud celaka atas kamu.
ReplyDelete