Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Monday, December 14, 2009

NABI MUHAMMAD MATI MANAKALA YESUS TAK PERNAH MATI. SIAPA YANG LEBIH HEBAT?

Semua Nabi mati kecuali Yesus, kenapa semua nabi yang lain mati sedangkan yesus tidak mati? Adakah ini menunjukkan Yesus anak Tuhan?
Jawapannya : sebab hanya Yesus sahaja yang cuba dibunuh oleh umatnya sedangkan nabi-nabi yang lain tidak pernah cuba dibunuh oleh umatnya sungguhpun mereka tidak menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi-nabi tersebut. Oleh itu Allah mengangkat Yesus ke langit dan akan turun semula pada akhir dunia ini untuk memperbaiki umatnya, ini dilaporkan dalam Quran :
Dan sesungguhnya turunnya Yesus sebagai tanda akan datangnya hari Kiamat. Kerana itu janganlah ragu tentang kedatangan kiamat dan ikutilah Aku. Inilah jalan yang lurus (Al-Zukhruf 43;61).
Apa itu jalan yang lurus, Allah akan terangkan dalam ayat Al-Zukhruf 43;64. Adapun tujuan kedatangan Yesus semula adalah untuk memperbetulkan umatnya yang telah sesat seperti dilaporkan dalam Bible :
Tidak semua orang yang memanggil Aku, 'Ya Tuhan, akan menikmati karunia Allah, hanya orang yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di Syurga sahaja. Pada Hari Kiamat ramai orang akan berkata kepada-Ku, "Ya Tuhan, ya Tuhan, bukankah dengan nama Tuhan kami mengkhabarkan tentang Allah? Bukankah dengan nama Tuhan kami mengusir Roh Jahat, serta melakukan banyak mukjizat? Tetapi Aku akan menjawab, "Aku tidak mengenal kamu! Pergilah dari sini, hai orang yang ingkar kepada Allah" (Matt 7;21-23).
Dari ayat di atas jelas yesus akan turun ke dunia untuk membetulkan umatnya yang telah sesat dan mensyirikkan beliau dengan Allah (orang yang menganggap Yesus anak Allah). Dalam Qur'an juga dilaporkan tentang kedatangan Yesus seperti tersebut dalam ayat di bawah
Dan tatkala Yesus datang membawa penjelasan dia berkata: Sesungguhnya aku datang kepadamu dengan membawa bukti kenabian, Injil dan hukum serta menjelaskan kepadamu tentang apa yang kamu debatkan, maka bertakwalah kepada Allah dan ta'atlah kepada ku. Sesungguhnya Dialah Tuhanku dan Tuhanmu, maka sembahlah dia, ini adalah jalan yang lurus (Al-Zukruf 43; 63-64).

16 comments:

  1. Berdiri bulu roma baca artikel nie. Terutamanya bila Nabi Isa akan turun pada akhir zaman nanti.

    ReplyDelete
  2. Kenapa pula? Memang nabi Isa semula kedunia ini untuk memperbetulkan umatnya yang telah sesat dan mengiyakan ajaran Nabi Muhammad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila rujuk hadis di bawah ini
      Maka Isa tidak mati, bahkan Allah telah mengangkatnya kepadaNya, dan akan menurunkan sebelum hari Akhirat dan beliau akan mengikuti ajaran Nabi Muhammad. Dia akan membuktikan bahawa dakwaan kaum Yahudi bahawa mereka telah bunuh dan menyalib Isa adalah salah. Beliau juga akan membuktikan bahawa kaum Nasara (Kristian) salah kerana melampau terhadap beliau dan mengatakan beliau tuhan, atau anak tuhan, atau tiga di dalam satu. Nabi berkata:'Demi yang tangannya berada di jiwaku, anak Maryam akan turun disisi kamu dan akan menegakkan keadilan. Dia akan memecahkan salib, membunuh babi dan menghapuskan jizyah, dan harta akan menjadi tersebar sehingga tidak ada seorang yang akan menerimanya.' - (Sahih Muslim no:155)

      Delete
  3. "sebab hanya Yesus sahaja yang cuba dibunuh oleh umatnya sedangkan nabi-nabi yang lain tidak pernah cuba dibunuh oleh umatnya" statement ni aku kurang setuju.. sedangkan nabi muhammad pun cuba dibunuh.. apatah lagi nabi zakaria dgn nabi yahya telah dibunuh oleh umatnya sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cuba dibunuh pada awalnya tetapi rancangan tersebut tidak berjaya dan akhirnya beluam diterima oleh kaumnya sednagkan Yesus ditolak oleh kaumnya bahkan beliau mati ditiang salib mengikut kepercayaan umat kristian

      Delete
  4. ini berdasarkan bukti tertulis yang merujuk persamaan Nabi Moses dengan Muhammad tidak ada kaitan dengan Nbai lain...Nabi Muhammad akhirnya diterima ajaran sebeum beliau wafat sedangkan Ajaran Yesus tidak diterima sehingga ke hari ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana kau boleh cakap bahawa kristen tidak diterima sehingga hari ini? jika betul kenapa ramai umat kristen dan gereja? tau tak sapa nama nabi MOSES dalam bahasa melayu? tau tak apa nama bangsa JEWS dalam bahasa melayu? tau tak apa nama dalam bahasa melayu untuk HEBREWS? kalau betul tahu kenapa tak tulis dalam bahasa melayu terus supaya lebih senang difahami.

      Delete
    2. Faisal..Siapa bilang ajaran Yesus tidak diterima sehingga ke hari ini, ingat ajaran Yesus ada lah jalan kebenaran. Apa yg penting kita harus menerima Yesus sbg Juruselamat.

      Delete
  5. hahahahahah dasar islam lucu yah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi orang yang tidak faham terhadap sesuatu pasti akan menganggap lucu tapi bagi orang yang faham perkara tersebut adalah satu kebiasaan

      Delete
  6. Replies
    1. Cuba anda sebutkan mana yang sesat? Mungkin saya perlu rujuk semula kaalu ada yang sesat

      Delete
  7. tolong kasih tahu saya bagaimana caranya untuk bisa ketemu dengan isa as ? nanti akan saya tanya langsung atau sudah ada yang pernah bertemu dengan isa as ???

    ReplyDelete
  8. kenapa diselitkan dengan ayat-ayat bible? bukan kah haram bagi orang muslim untuk menyentuh dan membaca isi kandungannya. jadi macam mana boleh ada ayat bible didalam articel ini?

    ReplyDelete
  9. hrmmm...kita umat manusia tidak menidakan pa yang terjadi...sedangkn tiada yg mati hdup smula...so...jgn meyalahkan agama mana2 k???? Kerana malaysia mempunyai kebebasan beragama..knapa nak meyalahkan agama lain... Cermin dulu diri sendiri...sya tidak menyokong mana2 pihak.. Krna malaysia mempunyai kebebasan beragama....fham!

    ReplyDelete
  10. Jgn gado2, kita tengok apa yg akn sy tlis ini sbagai bukti Islam adalah agama penuh rahmat, benar, suci dan lurus.

    Sy hanya akn bg 1 bukti sahaja dn anda buka lah hati anda utk menerima dgn akal yg waras.

    ISLAM TIDAK PERLU TIPUDAYA UNTUK BRKEMBANG, HIDAYAH ADALAH MILIK ALLAH, DICERUK MANA SKALIPUN ANDA, SSIAPA PUN ANDA, SGAGAH DAN SKEJAM MANA PUN SSEORANG TU ANDAI DIBERI HIDAYAH DIA AKAN MNERIMA ISLAM DGN TENANG, NIKMAT ISLAM TIADA BANDINGAN.

    ANDA CARI DAN KAJI LAH SNDIRI TNTANG SAUDARA2 BARU YG TELAH MMELUK ISLAM, APA YG MEREKA DAPAT?

    ANDA KAJI LAH JUGA TNTANG PBEZAAN ANTARA SAUDARA BARU DLM ISLAM DGN YG MMELUK KRISTIAN, ANDA AKN TAU MANA YG AKN MENUJU KEARAH KBAIKAN.

    KAJI DN FAHAMILAH ISLAM, ANDA AKAN JUMPA KBENARAN.

    INSYA ALLAH.

    ReplyDelete