Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Sunday, April 25, 2010

LANGIT DAN BUMI DICIPTA DALAM 6 ATAU 8 HARI?

Kenapa dalam Qur'an terdapat ayat-ayat yang bercanggah? Satu ayat menyatakan langit dan bumi diciptakan dalam 6 hari tetapi dalam ayat yang lain pula dalam 8 hari, mana satu yang betul?

1. Langit dan bumi diciptakan dalam enam hari.

Sesungguhnya Tuhan kamu adalah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari...(Al-A'raaf 7;54, Yunus 10;3)

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari (huud 11;7)

Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam hari... (Al-Furqaan 25;59)

Daripada ayat-ayat di atas dengan jelas diceritakan bahawa langit dan bumi diciptakan dalam enam hari tetapi dalam ayat di bawah ini diceritakan bahwa langit dan bumi diciptakan dalam 8 hari.

2. Langit dan bumi diciptakan dalam 8 hari
Katakanlah sesungguhnya patutkan kamu kafir kepada yang menciptakan bumi dalam dua hari dan kamu adakan sekutu-sekutu baginya? Demikian itulah Tuhan semesta alam. Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya gunung ganang dalam masa empat hari, penjelasan bagi orang-orang yang bertanya. Kemudian Dia menuju ke langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Keduanya menjawap kami datang dengan suka hati. Maka Dia menjadikan tujuh langit dalam dua hari dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mnengetahui (Fushshilat 41;9-12).

Ayat di atas menyatakan bahawa bumi diciptakan dalam dua hari kemudian diciptakan gunung ganang dalam empat hari kemudian diciptakan langit pula dalam dua hari maka keseluruan penciptaan langit dan bumi adalah delapan hari.

Sebetulnya orang yang memahami bahasa Arab bahawa mereka akan faham bahawa ayat tersebut menjelaskan bahawa Allah menciptakan bumi adalah dua hari dan menciptakan gunung ganang dalam masa empat hari dan dalam masa yang sama Allah menciptakan langit. Ini bukan bermakna Allah menciptakan langit dan bumi beserta isisnya dalam lapan hari tetapi tetapa dalam enam hari.

19 comments:

  1. hai

    dptkah kamu carikan nas 2 yg berkaitan 6 yom ini dalam taurat dan injil?

    ReplyDelete
  2. Salam
    saya nak tanya sikit..
    kenapa Allah jadikan bumi selama 6 hari,bukan ke hanya sekelip mata boleh terjadi bumi itu dengan kuasa Allah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah buat yang septutnya dilkakukan oleh Allah. Jika Allah jadikan bumi dalam sekelip matapun manusia juga akan bertanya, kenapa dalm sekelip mata?

      Delete
    2. 1st - Istilah "enam hari" bkn brmaksud enam hari tapi lagi tepat dipanggil "enam masa". 1 hari bagi Allah dn Malaikat sama dengan 50,000 hari didunia.

      2nd - Allah boleh jadikan dunia sekelip mata tp tujuan sebenarnya adalah simbolik utk manusia supaya melakukan kerja tanpa tergesa-gesa.

      3rd - kenapa perlu diterangkan setiap hari yg Allah jadikan? sebab nk tunjukkan yg bumi ini dijadikan ikut turutan. Supaya manusia amik pedoman. Jgn terburu-buru dalam segala urusan.

      4th - Dlm Al-Quran xde kata Allah berehat pd hari ketujuh dunia diciptakan.

      5th - Ciptaan bumi mengikut hari.

      Hari pertama : Allah ciptakan langit dan bumi.
      Hari kedua : Langit dan bumi diasingkan.
      Hari ketiga : Bumi [daratan] dipisahkan dengan lautan. Tumbuh-tumbuhan dan hujan juga diciptakan.
      Hari Keempat : Matahari, bulan, bintang dijadikan.
      Hari Kelima : Binatang diudara dan dilaut dicipta.
      Hari keenam : Binatang didarat dicipta, begitu juga manusia pertama [Nabi Adam]

      Delete
  3. Kenapa pula Allah S.W.T perlu terburu2 nk cipta langit dan bumi?

    ReplyDelete
  4. * 20:10Sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, laut dan segala isinya, dan Ia berhenti pada hari ketujuh; itulah sebabnya TUHAN memberkati hari Sabat dan menguduskannya.

    Maaf dalam ayat ini menyatakan Tuhan mencipta bumi dan segala isinya pada enam hari...jika diperhatikan betul2 dengan logik akal Tuhan mencipta bumi enam hari.Dalam tempoh enam hari Tuhan 'bekerja' mencipta bumi dan hari ketujuh baru siap. Ayat ni masih kurang jelas bahawa pada hari ketujuh 'Tuhan' 'berhenti buat kerja mencipta bumi'. Ini bermakna juga dalam tempoh dalam hari ketujuh 'Tuhan' masih buat lagi sampai siap. Dari logik akal bila sampai hari ketujuh masih ada lagi sedikit kerja disiapkan 'Tuhan' dan hari ketujuh itu jugalah baru siap...dalam tempoh sampai hari ketujuh masih 'Tuhan' bekerja.

    Bertambah peliknya kenapa 'Tuhan' perlu berhenti kerja? Adakah nilai dan zat 'Tuhan' berhenti membuat bumi pada hari ketujuh sama seperti nilai dan zat manusia bekerja dan berhenti kerja? Jika berhenti bermakna sudah siap dan tidak perlu lagi untuk menguruskan bumi. Tetapi bagaimana pula 'Tuhan' masih bekerja untuk memberi rezeki, menurunkan hujan, menghidup dan mematikan segala isi dunia? Ini bermakna kerja 'Tuhan' lebih besar dan meluas...bukan berhenti sahaja kepada hari ketujuh.

    Harap boleh diteruskan perbincangan ini dengan lebih ilmiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja Allah sebagai pencipta tidak sama seperti kerja manusia sebab sifat Allah tak sama dengan sifat makhluk ciptaan-Nya

      Delete
  5. Kenapa ramai kristian sekarang tidak menghormati hari sabat?

    ReplyDelete
  6. Antara sebab Allah membuat bumi dan langit selama enam hari .. kalau diikutkan logik akal ... bnyk hikmah2nya tapi yang boleh diambil bg manusia yang lemah ialah step by step yang Allah tunjukkan kepada kita ... bg manusia .. jika kita hendak membuat sesuatu .. mulakan dari bawah .. bukan trus2 dah siap .. mesti ada tiang .. baru jadi rumah .. bukan siap2 trus jadi rumah .. kerja dulu baru ada duit .. bukan tiba2 ada duit .. usaha dulu sedikit demi sedikit .. baru akan berjaya ^^ .. assalamualaikum ^^

    ReplyDelete
  7. Allah berehat pada hari ketujuh bukan berarti dia penat atau capet, dia Allah yang Maha Tinggi dan Kuasa, Dia Allah, mana mungkin bisa capet, ini petujuk untuk manusia bahawa kita perlu berehat setelah penat bekerja, Ia menguduskan hari ketujuh kerana kita manusia yang fana ini harus berehat. nggak boleh kerja terusan selama tujuh hari. Cara Allah menujukkan sesuatu beda dengan cara penyampaian manusia, Dia Maha mengetahui dengan apa yang Dia mahukan.

    ReplyDelete
  8. Salam. Allah menjadikan setiap sesuatu itu supaya kita dapat berfikir. Maha Suci Allah, sesungguhnya Dia lah yang Maha Sempurna.

    Melalui ayat ini telah menunjukkan bahawa Allah juga mahu setiap orang yang bekerja setiap hari supaya berehat sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu supaya dapat mengembalikan tenaga yang telah hilang.

    Kesempurnaan itu mengambil masa, dan disebabkan itulah Allah menciptakan langit dan bumi bukan dalam sekelip mata.

    Sesungguhnya, Allah tidak pernah terburu-buru. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  9. SEBELUM DIKENALI HANYA ALLAH YANG KENAL DENGAN KE ESAANNYA SENDIRI.

    Allah menciptakan Muhammad menjadi kekasihNya, maka menjadi NYATA apa yang tidak nyata dan menggelar Muhammad sebagai BAPA PADA SEGALA ROH 'ABUL ROH atau ABUL ARWAH' maka terpancarlah ‘NUR MUHAMMAD’ lalu mengenali Allah.

    Kemudian dijadikan ‘ANNAR’ sebagai pasangan ANNUR.

    Selepas itu Allah jadikan 'ABUL BASYAR atau BAPA SEGALA JASAD' dipanggil ADAM.

    Dari Annur BAPA SEGALA ROH dijadikan para Malaikat dan dari IBU SEGALA ROH Annar dijadikan Jin, Iblis dan Syaitan.

    Dari BAPA DAN IBU SEGALA ROH DAN BAPA SEGALA JASAD DIJADIKAN PULA PLANET-PLANET DAN GALAKSI SERTA SEGALA ISINYA.

    INILAH ROH DAN JASAD CIPTAAN ALLAH SEBELUM ROH DAN JASAD BERUNSUR SARIPATI DARI BUMI DISATUKAN KE JASAD ADAM YG BERGELAR INSAN.

    BERMULANYA HABARUT.

    Hadis qudsi ada menyebut:

    Firman Allah:

    "Aku ini perbendaharaan yang tersembunyi dan Aku mahu dikenal maka Aku jadi kan makhluk"

    Makhluk pertama dicipta adalah NurMuhammad sebagai neucleus segala kejadian.

    Setelah terpancar NurMuhammad kekasih Allah, Allah berselawat ke atas Muhammad dan para Malaikat yg menjadi keluarga Muhammad.

    Sehinggalah kepada Nabi Muhammad RasulAllah SAW dan seluruh umat islam turut berselawat ke atas Muhammad kekasih Allah.

    Hakikatnya kita telah lalui tujuh alam:

    1. Alam Lahut. 2. Alam Habarut. 3. Alam Malakut. 4. Alam Mitsal. 5. Alam Ajsam. 6. Alam Syahadah. 7. Alam Barzakh.

    Just a matter of dimension.

    Sebab itu Al Quran itu disebut absolute...inter dimension.

    ReplyDelete
  10. Alam nyata sahaja terbagi kepada GALAKAI-GALAKSI, BINTANG-BINTANG DAN PLENET-PLANET...bumi juga adalah salah satu dari planet...berapa lama pula Allah mengambil masa untuk menjadikan setiap 1 planet, galaksi dan bintang yang bertaburan?

    Apakah betul yang dimaksudkan Langit dan bumi itu menyamai maksud bahasa Al Quran...betulkah ada wujudnya langit?

    ReplyDelete
  11. Sdr. Admin: Ada perbedaan di antara TUHAN Kristen atau Allah Kristen dengan ALLAH SWT Islam. Tuhan atau Allah Kristen ada bilangan ‘Tuhan atu Allah yang satu’. Allah SWT Islam ‘TIADA BILANGAN & TIADA SEBARANG BANDINGAN’.

    Dalam konteks AHAD...ALLAH ITU BERMAKSUD ESA...Absolute atau Ultimate...‘TIADA SATU...TIADA 2...TIADA MULA...TIADA AKHIR’

    Allah SWT tidak melahir dan dilahirkan...

    Dalam Al Quran ‘TUHAN’ itu bermaksud ‘SUCI atau TENANG’ ‘Ya 'aiya TUHAN NAFSUL MUDMA'INNAH’ bermaksud ‘JIWA YANG TENANG atau ROH SUCI insan’

    Tuhan itu ada pada setiap insan...bukan Allah...Allah itu Allah SWT.

    Untuk tidak terjerumus di dalam kancah ‘SYIRIK’ jangan sekali-kali samakan ALLAH dengan TUHAN.

    Dalam Syahadah Islam nafikan tuhan ‘TIADA TUHAN’ semata-mata ALLAH SWT.

    Ya semua umat Islam...ingatlah ‘RABB’ itu bukan bermaksud tuhan...Rab itu PENGUASA atau PENTADBIR...Allah bkn 1 satu...Allah itu ESA...Tidak wujud swbutan tuhan bersamaan Allah...sbb Syahadah menafikan kewujudan tuhan.

    Tolong sebarkan pada semua umat Islam di Seluruh negara...termasuk para imam, ulamak, rasyidin dan para ustaz.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  12. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

    يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

    Ya peaceful soul, return to Allah with satisfaction and pleasure, eternity together in such a congregation at Jannah.

    (Surat al-Fajr [89]:

    ReplyDelete
  13. Agar tidak sesat jangan sekali-kali membawa TUHAN di dalam doa ‘YA ALLAH YA TUHANKU’ Allah bukan tuhan kita...TIADA TUHAN!!! SEMATA-MATA ALLAH.

    ReplyDelete
  14. Tuhan berhenti pada hari ketujuh supaya mahluk ciptaan Tuhan mengingati Tuhan dan mengasingkan satu hari untuk menyembah Tuhan. Kita perlu rehat dan Tuhan sudah tentukan bahawa hari ketujuh itu hari perhentian, hari bersuka-suka dalam memuliakan Tuhan..

    ReplyDelete
  15. kaya gitu kok repot.. 6 maupun 8 hari sama saja krn didalamnya ada hari yg bersamaan tuk yg terhitung 8 hari. g ada selisih hanya waktu 8 hari didalamnya ada proses yg terhitung. bodohnya kita saja g mampu pecahkan masalah...

    ReplyDelete