Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Sunday, April 11, 2010

KENAPA DALAM SHALAT PEREMPUAN BERDIRI DI BELAKANG?

Kenapa dalam sembahyang di Masjid atau surau perempuan berdiri di bahagian belakang? Di tempat yang disorokkan pulak dengan ditutupi dengan tirai, kenapa perempuan dalam Islam sentiasa ditindas? Soalan seperti ini biasanya timbul di kalangan orang bukan Islam.
Memang dalam sembahyang Jama'ah atau bersama di Masjid atau surau perempuan berdiri di bahagian belakang. Ini bukan bermakna Islam menindas perempuan bahkan islam berusaha meletakkan perempuan pada tempat yang mulia. Kenapa islam berbuat demikiannya? Jawapannya sebab perempuan sangat kuat dan lelaki sangat lemah. Perempuan merupakan perhatian bagi lelaki, sekiranya perempuan berdiri di bahagian depan maka di khawatirkan akan merosakkan fokus dalam sembahyang terutama bagi lelaki.
Tidak boleh dinafikan secara normal lelaki mempunyai nafsu kepada perempuan, adakah lelaki yang baik atau buruk, adakah di tempat ibadat atau di pasar. Sekiranya perempuan berdiri di depan lelaki dalam sembahyang maka berapa peratus lelaki yang boleh kusyuk (fokus)? Cuba kita bayangkan setiap gerakan dalam sembahyang maka mata lelaki akan tertumpu kepada perempuan yang ada di hadapannya. Maka setiap kali sembahyang lelaki harus sujud sahwi (sujud tambahan kerana terlupa jumlah raka'at). Oleh sebab itu islam memudahkan umatnya dalam segala perkara termasuk juga dalam beribadat kepada pencipta.
Manakala kenapa barisan perempuan sentiasa di tempat tertutup? Ini adalah budaya tempatan sebab di negara lain bahagian perempuan tidak pernah dihalang oleh tirai atau langsir. Ini mungkin untuk memudahkan, tetapi ini tidak bermakna bahagian bagi perempuan harus tersorok, tidak bersih serta tidak selesa. Ini adalah kelemahan masyarakat Islam tempatan dalam pengurusan bukan ajaran islam sebab Islam sangat pentingkan kebersihan.

No comments:

Post a Comment