Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Tuesday, April 6, 2010

KENAPA PEREMPUAN PERLU MEMBAWA 4 SAKSI?

Sungguh tidak masuk akal, seorang yang dirogol perlu mendatangkan empat orang saksi untuk membela diri??? Sebetulnya ini adalah salah faham di kalangan orang Islam dan bukan Islam, sebetulnya rogol tidak ada di dalam bahasa arab. Rogol disebut juga sevagai zina bin jabbal, oleh itu ulama telah mensabitkan hukuman rogol dengan hukum zina. Dalam kes zina maka perlu mendatangkan empat orang saksi seperti disebutkan dalam ayat di bawah :

Dan orang-orang yang menuduh wanita yang baik dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka yang menuduh itu 80 kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya (An-Nur 24;4).

Sedangkan kes rogol tidak sama dengan kes zina, sebab rogol dilakukan secara paksa manakala zina adalah dilakukan atas kerelaan kedua pihak. Oleh itu hukum yang dikenakan kepada perempuan yang berzina berbeza dengan perempuan yang dirogol.


Merujuk kepada sejarah pada zaman Rasulullah, pada suatu subuh seorang perempuan bernama Maria (nama samaran) telah pergi ke Masjid. Dalam perjalanan Kaltum telah dirogol oleh seorang lelaki bernama Jacob (nama samaran), Maria minta tolong dan kemudian Amin (nama samaran) mengejar Jacob ke arah timur.


Pagi semakin cerah dan ramai jemaah datang dan melihat Maria sedang menangis dan bertanya. Maria menceritakan beliau telah dirogol oleh seorang lelaki dan lelaki tersebut lari ke arah timur. Semua mereka mengejar perogol ke arah timur dan akhirnya mereka berjumpa dengan Amin dan menangkap Amin dan bawa ke mahkamah.


Maria dan Amin di bawa ke mahkamah, Hakim bertanya kepada Maria : Adakah Amin yang telah merogol kamu? Perhatian : Hakim tidak meminta Maria untuk membawa empat orang saksi, bahkan Maria sendiri yang menjadi saksi. Disebabkan rasa takut masa kejadian rogol dan hari masih gelap sehingga Maria tidak cam muka perogol tersebut. Maria menjawap Ya. Hakim bertanya sampai tiga kali dan Maria memberi jawapan yang sama.


Dalam Islam perundangan adalah keadilan, maka Amin diberi peluang untuk membela diri, Hakimpun bertanya kepada Amin. Adakah kamu telah merogol Maria? Amin senyap tidak memberikan sebarang jawapan. Hakim mengulangi sampai tiga kali dan Amin tetap tidak memberikan sebarang jawapan sehingga Hakim putuskan hukum bahawa Amin telah merogol Maria dan dihukum.


Rupanya Jacob menyaksikan persidangan tersebut, disebabkan keinsafan dan rasa bersalah atas apa yang berlaku akhirnya Jacob mengangkat tangan dan mengaku dialah yang telah merogol Maria. Dalam kes rogol di atas tidak dituntutpun Maria untuk mendatangkan empat orang saksi, bahkan beliau sendiri yang menjadi saksi dalam kes tersebut.

2 comments:

  1. Tak masuk akal, sekiranya jacob yg merogol itu tidak mahu mengaku, amin yg menjadi mangsa korban yg tak bersalah..

    ReplyDelete
  2. Dalam kes ragut ke rogol ke taade perlu saksi ... cuma yang seseorang yang menunduh perempuan berzina apabila tiada 4 orang saksi ... perlu dihukum 80 sebatan ... itu Hukum ... jangan putar belit tulis bagi orang faham... ini tulis sampapai selori orang baca bodoh jadi keliru pulak lagi baik jadi tukang sapu sampah.

    ReplyDelete