Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Monday, April 12, 2010

KENAPA NEGARA ISLAM SUKA BERPERANG ?

Ramai orang menuduh negara Islam suka berperang, di mana-mana negara Islam ada peperangan. Sungguhpun demikian itu hanyalah tuduhan tidak berasas, kerana peperangan yang berlaku di negara-negara Islam adalah sebab negara Islam dijajah atau diceroboh oleh negara lain. Islam tidak membenarkan pembunuhan tanpa alasan yang patut seperti diterangkan dalam ayat di bawah :

Sesiapa yang membunuh seorang manusia tanpa alasan yang membolehkannya membunuh orang tersebut, atau melakukan kerosakan di bumi, maka seoalah0olah dia telah membunuh manusia semuanya (Al-Ma'idah 5;32).

Mengikut ayat di atas jelas bahawa Islam tidak membenarkan peperangan, bahkan Islam menggalakkan umatnya untuk berbuat baik kepada bukan Islam selagi tidak memusuhi umat Islam seperti tersebut dalam ayat di bawah :
Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengusir kamu dari kampungmu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil (Al-Mumtahanah 60;8).

Belum ada satu negara Islampun yang menceroboh negara lain, yang ada negara Islam diceroboh oleh negara lain maka sebagai bangsa yang berdaulat maka wajib mempertahankan diri. Ini selaras dengan peringatan Allah dalam ayat di bawah :

Dan perangilah orang-orang yang memerangi kamu kerana menegakkan dan mempertahankan agama Allah, dan janganlah memulakan peperangan; kerana sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang memulakan peperangan (Al-Baqarah 2;190).

Dalam ayat di atas Islam hanya membenarkan berperang untuk menegakkan dan mempertahankan agama kalau diserang oleh negara lain. Islam dilarang keras untuk menceroboh negara lain atas alasan apapun, sekalipun untuk menyebarkan Islam sekiranya negara tersebut tidak memulakan peperangan. Dalam peperangan pun Islam telah mengatur sistem peperangan seperti tersebut dalam ayat di bawah :

Kecuali orang-orang yang meminta perlindungan kepada suatu kaum yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka, atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka berat memerangi kamu atau memerangi kaumnya (An-Nisa 4;90).

Bahkan dalam peperanganpun Islam mengharamkan membunuh orang-orang yang tidak terlibat dalam peperangan seperti perempuan, kanak-kanak dan orang-orang tua, peniaga di pasar, atau petani di ladang.

Bukan negara Islam sahaja, bahkan semua negara akan melakukan hal yang sama sekiranya diceroboh untuk tujuan penjajahan. Sebagai contoh pada suatu hari rumah anda dimasuki perompak, mereka merompak semua barang kemas dan duit anda kemudian merogol anak perempuan dan isteri anda. Apakah yang anda akan lakukan? Adakah maafkan perompak tersebut? Atau berbincang dengan perompak? Ataupun biarkan mereka rompak je nanti duit itu anda boleh cari semula?

Sebagai orang yang sihat akal dan mempunyai maruah maka anda akan cuba melindungi isteri dan anak-anak anda serta mempertahankan harta benda anda setakat yang mampu. Begitu juga semasa Malaysia dijajah oleh Britain dulu, semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan. Bahkan orang yang terkorban dianggap sebagai hero atau pahlawan, begitu juga halnya negara-negara Islam.

Apabila negara-negara Islam diserang oleh musuh untuk dijajah seperti Iraq, Afghanistan dan Chechen. Maka rakyatnya akan melakukan perlawanan sungguhpun akan mengakibatkan kehancuran dan korban semata-mata untuk mendapatkan semula kemerdekaan dan mempertahankan maruah sebagai sebuah negara yang berdaulat. Islam tidak pernah menggalakkan berperang dengan menyerang negara lain tetapi sekiranya diserang maka wajib mempertahankan diri.

14 comments:

  1. Kamu ni pembohong yg nyata. Nak sebar Islam pun tak perlulah bohong sehingga tahap begini. Kamu kata:

    "Ramai orang menuduh negara Islam suka berperang, di mana-mana negara Islam ada peperangan. Sungguhpun demikian itu hanyalah tuduhan tidak berasas, kerana peperangan yang berlaku di negara-negara Islam adalah sebab negara Islam dijajah atau diceroboh oleh negara lain."

    Tidak berasas? Lihatlah perang saudara di Syria, Libya, Pakistan, Indonesia, Sudan, Yaman dan banyak lagi negara Islam. Tiada siapa yg mnjajah pun mereka masih berbunuhan sesama sendiri.

    "Belum ada satu negara Islampun yang menceroboh negara lain, yang ada negara Islam diceroboh oleh negara lain"

    Habis tu, Iraq menceroboh Iran tu apa? Iraq ceroboh Kuwait tu apa? Indonesia menjajah Timor Timur itu apa? Turki Uthmaniyah menceroboh kerajaan2 Kristian Eropah (Moldavia, Croatia, Serbia, Hungary, Poland, Venice etc etc) itu apa? Kerajaan Mughal menceroboh kerajaan Ibrahim Lodi itu apa? Kerajaan Ayyubiah menceroboh Kerajaan Hamdaniyah itu apa?

    Belajarlah sejarah sebelum menulis artikel2 dangkal seperti ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, banyak sebab yang menyebabakan negara islam berperang sesama negara islam buat masa ini antaranya campur tangan pd pelbagai bdg daripada musuh islam iaitu kafir myebabkan dua negara islam berperang. selain itu kerana iman yang lemah dikalangan mereka ttapi islam tidak pernah menganjar pengikutnya membunuh sesama islam kerana orang islam dengan islam kain diseluruh negara adalah bersaudara. untuk bacaan lebih tepat sila rujuk sejarah peperangan islam berdasarkan kitab yang muktabar sahaja. sekian hehe

      Delete
    2. besa lah anonymous,artikel ni pun ditulis oleh org islam dh tentu lah isinya keislaman..dh terbukti dh ajaran islam itu adalah sumber semua kejadian pda hari ini..ajaran yg salah menggalakkan perlakuan juga salah..dalam islam org yg "kafir" digalakkan dibunuh..

      Delete
    3. besa lah anonymous,artikel ni pun ditulis oleh org islam dh tentu lah isinya keislaman..dh terbukti dh ajaran islam itu adalah sumber semua kejadian pda hari ini..ajaran yg salah menggalakkan perlakuan juga salah..dalam islam org yg "kafir" digalakkan dibunuh..

      Delete
  2. Artikel yg bodoh

    Kerajaan Mamluk Mesir diceroboh dan dijajah oleh Kerajaan Uthmaniyah. Dua2 Islam dan saling berperang. Mamluk last2 tumbang sbb Uthmaniyah pada 1517. Negara2 Islam mmg la suka berperang dari dulu hingga sekarang. Ini fakta dn org yg mnafikan adalah org buta sejarah, mcm penulis artikel ni. Tgk je la Timur Tengah skang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman pemerintahan Rasulullah saw dan 4 khalifah sahabat nabi..perang adalah kerana Islam..dan mengikut peraturan Allah swt..jika dikaji..perang di zaman ini adalah kerana mempertahankan Islam dari dicerobohi musuh..
      Perang di zaman kerajaan Islam seterusnya..jika dilihat..ia ada sedikit sebanyak campur tangan politik era itu sebenarnya..untuk melebarkan kuasa..termasuklah perang di zaman sekarang..ia adalah kerana politik..
      Jadi Islam tidak boleh disalahkan dalam hal ini..seperti amerika menyerang negara2 teluk..britain menyerang hampir dunia..kenapa kita tidak kata ia salah agama..ya..begitu juga soalnya tadi..Islam sebagai agama Allah swt yg syumul tidak bersalah..tp kita yang bersalah kerana tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sepenuhnya..amin ya Allah ^_^

      Delete
    2. kami menyalahkan islam kerana menggalakkan pembunuhan!ringkas..malas nak beri komen lebih tentang sejarah islam..allah islam adalah allah muhammad,allah kristian adalah allah yahudi,anda dan saya..sekian terima kasih

      Delete
    3. kami menyalahkan islam kerana menggalakkan pembunuhan!ringkas..malas nak beri komen lebih tentang sejarah islam..allah islam adalah allah muhammad,allah kristian adalah allah yahudi,anda dan saya..sekian terima kasih

      Delete
  3. WAAH ISLAM BENER-BENER PENYEBAR MAUT -SETAN

    ReplyDelete
  4. Daripada buahnya kamu mengenal mereka...ajaran yang digunakan untuk menghalalkan darah orang lain yang dianggap kafir..selalu menuduh atau mengkambing hitamkan negara orang lain...bila ada kekacauan di negeri sendiri..musuh Islam jadi penyebab..yang paling kesian Yahudi selalu jadi kambing hitam, tidak cukup dituduh begitu..disebut lagi dengan Yahudi Laknatullah..inilah Orang-orang Islam agama yang diredhai oleh Allahnya orang Islam..

    ReplyDelete
  5. Karena Alquran mengajarkan untuk membunuh, titik!

    ReplyDelete
  6. Penulisan artikel yang banyak menyembunyikan kebenaran. Itu sebab ada yang berkata "Without Lies Islam Dies". Sejak kecil lagi selalu mendengar berita di TV bahawa Negara Islam selalu berperang. Lihatlah rakyat Palestine di Gaza pada hari ini banyak yang terbunuh disebabkan Hamas yang kononnya menggunakan Islam sebagai perjuangan. Hamas sedia maklum bahawa Israel adalah kuasa besar namun mereka tidak mengambil kira apa yang bakal terjadi kepada rakyat Palestine. Malahan pemimpin Hamas sendiri tidak berada di Palestine sebab takut akan kematian. Selama bertahun-tahun tidak ada negara yang penganutnya majoriti Kristian, Yahudi, Buddha atau Hindu yang berperang sehingga hari ini kecuali SATU agama sahaja iaitu ISLAM. Dari sini Konklusi bahawa "Islam - Religion of Peace" dan "Islam itu Indah" adalah tidak benar sama sekali. Penganut Islam tidak menyedari bahawa Islam sebenarnya dicipta untuk memberi manfaat kepada Muhammad dan kaum lelaki pada masa itu. Bahkan ada antara mereka yang menuduh bahawa agama lain telah diubah isi kandungan bukunya. Namun Islam tidak menyedari bahawa banyak kisah-kisah dalam agamanya adalah tidak berasas, copy paste dari agama terdahulu dan cerita dongeng. Contohnya - ada muka surat Al-Quran yang dimakan oleh kambing, Nabi Isa tidak disalib dan sahabatnya tiba2 mempunyai muka iras seperti Nabi Isa dan dari situ Nabi Isa terselamat, cerita dongeng Nabi Muhammad dan Isra Mi'raj (Sahih Bukhari 5:58:227) yg diambil dari agama terdahulu iaitu Kitab injil (Kejadian 18, ayat 23-32), banyak lagi, pakaian putih Ihram yang seolah seperti penganut Hindu atau monk yang dipakai oleh Jemaah Haji. Faktanya, ajaran Islam yang sebenarnya dicipta oleh Muhammad membenarkan penganutnya berperang bahkan tawanan perang boleh dijadikan hamba s***. Ringkasnya, Islam dicipta oleh Muhammad supaya semua orang menuruti dia dan untuk keseronokan yang berpihak kepada kaum lelaki - percaya akan diberi 72 bidadari syurga, boleh berkahwin 4, menyembah Hajarulaswad yang berbentuk seperti V*****, tawanan perang yang dijadikan hamba s***, berkahwin dengan budak bawah umur, Nikah Mut'ah dll.

    ReplyDelete