Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Wednesday, April 28, 2010

KENAPA SEMBELIHAN ISLAM SANGAT KEJAM?

Ramai yang beranggapan bahawa penyembelihan secara Islam adalah sangat kejam. Sekiranya anda faham proses penyembelihan dalam islam maka anda akan faham bahawa penyembelihan secara Islam adalah yang paling lembut. Ini dapat dibuktikan melalui beberapa bukti di bawah ini :

1. Haiwan yang akan disembelih maka diasingkan daripada haiwan yang lain supaya tidak menyebabkan haiwan lain ketakutan.

2. Sebelum penyembelihan maka pisau harus dipastikan betul-betul tajam supaya penyembelihan berlangsung dalam masa singkat sehingga kesakitan adalah sangat minimal

3. Tidak dibenarkan menampakkan pisau kepada Haiwan sembelihan dengan tujuan menakut-nakuti haiwan sembelihan.

4. Apabila haiwan disembelih maka urat leher yang menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh akan putus maka haiwan akan tegang sehingga kesakitan akan rendah berbanding sembelihan selain Islam.

Berdasarkan hasil kajian haiwan yang disembelih secara Islam lebih sihat berbanding cara bukan islam. Hal ini kerana sembelihan secara Islam akan mengeluarkan darah daripada tubuh haiwan, penyakit banyak disebabkan oleh darah haiwan.

2 comments:

  1. Jika benar, sepatutnya kita berhenti menerima atau menderma darah. Perlu perubatan non-blood

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aapa kena mengena dengan derma darah? Darah segar mempunyai antibody yang dapat membunuh bakteria, darah yang terdapat dalam haiwan sembelih adalah mudah dijangkiti oleh bakteri

      Delete