1. Makna Islam membawa kedamaian.
Islam adalah patuh dan menyerah diri sepenuhnya kepada perintah Allah. Secara terminologi pula Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu aslama bermakna aman, damai dan harmoni. Allah mempunyai sifat As-salam bermakna membawa kedamaian. Orang yang beriman kepada Allah dan mengamalkan perintahnya disebut Muslim. Muslim adalah membawa kedamaian kepada dirinya sendiri dan juga kepada masyarakat sera alam semesta. Ini sesuai dengan Hadith Nabi Muhammad seperti di bawah ini :
Seorang muslim adalah seseorang yang daripada tangan dan lidahnya semua orang akan menikmati keamanan dan kedamaian/keselamatan (dilaporkan dalam Sahih Bukhari).
2. Memberi salam adalah lambang kedamaian
Amalan memberi salam dalam islam adalah mendoakan kedamaian atau kesejahteraan kepada saudaranya. Ini menunjukkan islam membawa kedamaian kepada sesama manusia dan juga alam sekitarnya.
3. Islam membawa kedamaian kepada semua manusia.
Muslim juga sentiasa menghormati sesama manusia adakah muslim atau bukan Muslim. Ini dilaporkan dalam Hadiht di bawah :
Muhammad berdiri memberi penghormatan ketika rombongan membawa mayat seorang yahudi. Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, bukankah dia orang yahudi? Rasulullah menjawab: bukankah dia juga manusia?
Daripada hadith di atas ayat yang berbunyi "bukankah dia juga manusia" menunjukkan Islam adalah agama yang membawa kedamaian kepada kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Maka muslim yang baik akan menghormati dan menghargai serta membina hubungan baik dengan semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama.
4. Islam membawa kedamaian kepada Alam sejagat.
Bahkan dalam Hadith yang lain dilaporkan :
Sahabat bertanya kepada Muhammad : Bolehkah kami memberi bantuan kepada orang yahudi? Boleh, bukankah mereka juga makhluk Allah dan Allah akan menerima sedekah kita, Muhammad menjawab sambil memuji sifat sahabat tersebut.
Hadith di atas menyatakan bahawa muslim dituntut untuk membawa kedamaian bukan hanya kepada manusia sahaja bahkan juga kepada seluruh alam. Tidak ada halangan yang menghadkan hubungan muslim dengan orang yang berbeza agama, budaya dan status sosial, bahkan kita tidak boleh berlaku tidak adil kepada orang lain hanya disebabkan perbezaan agama seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini :
Janganlah disebabkan kebencian kamu kepada suatu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil kepada mereka
5. Islam adalah suka memaafkan kesilapan orang lain.
Sebuah kisah dilaporkan dalam sebuah hadith :
Setiap pagi Muhammad melalui sebatang jalan, dalam perjalanan beliau dileparkan kotoran oleh seorang Yahudi dan juga dimaki hamunnya beliau. Pada suatu hari beliau amat terkejut kerana tidak ada orang yang melempar kotoran ke atas beliau sehingga beliau bertanya kepada jiran Yahudi tersebut. Beliau dimaklumkan bahawa Yahudi tersebut sakit, maka beliau bersegeralah melawat Yahudi tersebut. Alangkah terkejutnya yahudi tersbeut sebab orang yang pertama melawatnya keitka dia sakit adalah orang yang selalu dia lemparkan kotoran. Dengan hati bergetar yahudi tersebut berkata budi pekertimu mencerminkan akhlak nabi. Maka aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan engkau adalah utusan Allah.
6. Islam agama toleransi kepada penganut agama lain.
Dalam hadith yang lain dilaporkan :
Pada suatu hari 60 nasrani tiba di Madinah, pada waktu ashar mereka masuk ke Masjid Nabawi tempat beliau berada, mereka menunaikan sembahyang di dalam masjid. Beliau bersabda biarkan mereka menghadap ke arah timur untuk menunaikan sembahyangnya.
Hadith di atas menunjukkan Islam begitu toleransi kepada penganut agama lain, islam menggalakkan kedamaian. Masyarakat bukan islam boleh hidup damai di negara-negara yang mengamalkan Islam bahkan zaman Rasulullah dan sesudahnya masyarakat bukan Islam hidup damai di negara-negara islam.
7. Islam menggantikan kejahatan dengan kebaikan selepas bertaubat.
Bahkan kedamaian dan keselamatan dalam islam dinyatakan oleh Allah dalam ayat di bawah ini :
Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan (Al-Furqaan 25;70).
Ayat di atas menerangkan bahawa sesiapa yang bertaubat daripada kejahatan dengan meninggalkan kesesatan dan menuju kepada kebajikan. Maka semua dosa yang pernah dialakukan sebelum islam Allah akan tukarkan kepada kebajikan. Jadi Islam tidak pernah melihat apa yang pernah dilakukan seseorang selepas dia bertaubat, sebab Allah maha pengasih dan penyayang.
8. Islam agama keberuntungan
Islam menggalakkan manusia untuk berbuat baik tanpa mengira budaya dan agama. Setiap kebaikan Allah akan membalas dengan 700 kali ganda untuk menggalakkan umatnya berbuat baik. Di zaman teknologi dan materialistik semua orang mahu keuntungan, maka Islam menjanjikan keuntungan yang hakiki yang tidak mungkin diberi oleh apa2 perniagaan sekalipun.
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jaaln Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya (As-Shaff 61;10-11).
Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada setiap bulir menghasilkan seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah maha luas kurnia-Nya lagi maha mengetahui (Al-Baqarah 2;261).
Adakah perniagaan di dunia ini yang dapat mendatangkan keuntungan berlipat ganda seperti Allah janjikan bagi orang-orang yang beriman (Islam)? Setiap orang berniaga untuk mendapatkan keuntungan tetapi keuntungan yang Allah janjikan tidak ada taranya. Kenapa kita tidak menyahut cabaran tersebut? Sekiranya kita berminat maka berimanlah kepada Allah dan arihlah keuntungan tersebut.
Bukahkah dalam Islam, keselamatan diperolehi melalui amal ibadah atau berapa banyak kebaikan yang kita lakukan berbanding dengan kejahatan yang kita buat. Perlu ada timbangan.. bukan dengan melepaskan begitu sahaja tanpa mengambil kira perbuatan yang terdahulu..kalau tidak benar kenyataan ini, sila bagi argumen dengan rujukan dalam Quran...
ReplyDelete