Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Sunday, March 28, 2010

KENAPA MASUK ISLAM PERLU TUKAR NAMA BAPA KEPADA ABDULLAH ?

Ramai yang menganggap tukar nama ayah atau bin Abdullah adalah tuntutan Islam, tetapi sebetulnya ini adalah kewajiban undang-undang di suatu Negara seperti Malaysia dan Indonesia serta negara-negara lain. Mengikut kajian tukar nama ayah kepada Abdullah bukan ajaran Islam buktinya amalan ini tidak dimalkan pada zaman Nabi Muhammad.
Ada beberapa bukti yang menunjukkan penggunaan bin Abdullah bukan ajaran Islam :
1. Ramai sahabat yang memeluk Islam pada Zaman Rasulullah tidak di binkan kepada Abdullah tetapi tetap bin kepada Ayahnya contohnya Umar Bin Khattab, Bilal bin Rabbah dan lain-lain. Sungguhpun bapa Umar dan Billah bukan Islam tetapi tetap bin kepada nama ayah yang sebenar.
2. Mengikut Qur'an melarang untuk bin kepada ayah yang sebenar.
Panggilah nama anak-anak angkat dengan nama bapa mereka, itu lebih adil pada sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui bapa mereka maka panggilah mereka sebagai saudara kamu dan maula-maulamu (Al-Ahzab 33:5).
Merujuk ayat di atas, bahkan anak-anak angkat tidak dibenarkan untuk memanggil mereka bin kepada ayah angkat mereka. Apatah lagi orang masuk Islam yang jelas mempunyai bapa sendiri secara sah, kenapa kita tukar kepada bukan nama bapa mereka yang sebenar.

2 comments:

  1. assalamualaikum..
    saya berumur 26 tahun dan saya baharu sahaja memeluk agama islam pada bulan jun yang lalu..saya ada satu pertanyaan disini berkaitan dengan nama islam yang sudah didaftarkan..bolehkah saya mengubah semula nama islam yang sudah saya daftarkan?saya memilih sendiri nama islam tanpa memaklumkan nama baharu saya dengan keluarga..masalahnya, keluarga mahu saya mengekalkan nama asal saya dengan menambahkan nama islam di hadapan nama saya untuk menghormati dan memperingati arwah bapa memandangkan beliau yang memilih nama tersebut sejak saya masih kecil..
    saya meminta jasa baik pihak tuan untuk menjawab persoalan dan dilema yang saya hadapi ini..bagi diri saya, saya berasa bersalah dengan keluarga sebab membelakangkan perkara ini daripada mereka..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. And aboleh pergi semula ke jabatan agama anda memeluk islam untuk meminda nama dalam kad islam kepada nama asal anda, jika perlukan maklumat lanjut boleh hubungi saya di talian 019-6915279

      Delete