Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Tuesday, April 13, 2010

KENAPA ISLAM BENARKAN SUAMI MEMUKUL ISTERI?

Ramai yang salah faham maksud ayat kebenaran memukul isteri, bukan bermakna sumai boleh meukul isteri sesuka hati tanpa alasan dan panduan. Mengikut Surah An-Nisa 4;34 seperti di bawah :
Lelaki adalah pemimpin bagi perempuan, kerana Allah telah melebihkan lelaki atas perempuan; dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Oleh itu perempuan shaleh ialah perempuan yang ta'at kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah, kerana Allah telah memelihara mereka. Perempuan yang kamu curigai nusyuz (melanggar perintah Allah) maka nasehatilah mereka dan pisahkan tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menta'atimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya (An-Nisaa' 4;34).

Kebenaran memukul isteri yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah untuk memberi pengajarn kepada isteri-isteri yang nusyuz (melanggar perintah Allah). Sungguhpun demikian, memukul adalah pilihan terakhir selepas diajar dengan cara yang lebih baik iatu menasihatinya. Sekiranya nasihat juga tidak memberi kesan kepada tindakan nusyuz isteri maka Islam perintahkan untuk memisahkan tempat tidur daripada mereka. Amalan ini juga tidak memberi kesan kepada isteri maka Islam membenarkan untuk memukulnya tetapi bukan untuk mencederkan isteri hanya setakat memberi pengajaran sahaja.

Sekiranya memukul tidak dapat juga memberi pengajaran kepada Isteri maka Islam memerintah untuk melantik utusan daripada keluarga lelaki dan perempuan seperti tersebut dalam ayat di bawah :

Dan jika kamu khawatirka perselisihan di antara keduanya, maka lantiklah utusan daripada pihak lelaki dan perempuan. Jika kedua utusan tersebut bertujuan untuk mengadakan perbaikan, maka Allah memberi taufiq kepada suami ister tersebut (An-Nisaa' 4;35).

2 comments:

  1. Saya benar-benar tidak menyangka anda dapat menerima perbuatan memukul isteri.

    ReplyDelete