Pedhopilia adalah lelaki yang mempunyai sindrom seksual terhadap kanak-kanak. Ada yang menuduh Muhammad menderita pedhopilia kerana berkahwin dengan Aishah yang berumur 6 tahun seperti dilaporkan dalam Hadith di bawah :'A'ishah melaporkan bahwa Nabi Muhammad menikahi beliau ketika berumur enam tahun, dan Muhammad membawa beliau tinggal bersama selepas beliau berumur sembilan tahun. Ketika Muhammad wafat, beliau berumur lapan belas tahun (Sahih Muslim 008;3311).

1. Seseorang perempuan layak berkahwin bukan bergantung kepada umur seperti setengah agama yang menghadkan umur perkahwinan 15 tahun tetapi bergantung kepada kematangan dalam Islam disebut sebagai baligh (umur dapat membezakan yang baik dan buruk serta dapat menguruskan keluarga).
2. Lelaki tua boleh berkahwin dengan perempuan yang jauh lebih muda atas kerelaan dua pihak termasuk juga keluarga perempuan.
Berdasarakan Hadith di atas ramai yang menuduh bahawa Muhammad adalah Pedophilia kerana beliau berkahwin dengan Aishah yang berumur sangat muda iaitu enam tahun. Beberapa perkara perlu diambil kira dalam perkahwinan Muhammad dengan Aishah yang menunjukkan bahawa Muhammad bukan Pedhopilia :
1. Perempuan umur sembilan tahun dulu tidak boleh disamakan dengan umur sembilan tahun sekarang kerana perbezaan budaya dan juga makanan akan mempengaruhi perkembangan perempuan tersebut. Sebagai contoh nenek anda lima puluh tahun lepas berkahwin pada umur lima belas tahun, budaya pada zaman tersebut sesuatu yang wajar perempuan berkahwin lima belas tahun bahkan perempuan yang berkahwin umur dua puluh tahun dianggap sebagai anak dara tua (andartu).

Masalanya, jika dia seorang Nabi, apakah perlakuan mengkhawini budak 6 tahun dan digauli semasa 9 tahun itu sesuai dengan pangkatnya sebagai seorang nabi..ini penyebabnya timbul prasangka buruk..tidak adakah jalan lain selain dari kahwin seperti diangkat menjadi anak angkat sahaja kerana masih terlalu muda....dalam sejarah nabi-nabi, tiada satupun catatan yang menyebut ada nabi yang mengauli budak 9 tahun walaupun Nabi Sulaiman yang terkenal kerana ramai isteri...ini semua nafsu dan menggunakan Allah sebagai alasan untuk dibenarkan...bila saja ada wahyu dari Allah yang membenarkan perkara ini berlaku terus saja oarng disekeliling tidak membantah..ini membuat kita berfikir apakah ini dari Tuhan atau Setan...
ReplyDelete