Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Wednesday, April 28, 2010

ADAKAH BETUL MUHAMMAD MEMPUNYAI 12 ISTERI?

Nama-nama Isteri Muhammad :

1. Khadijah Binti Khuwailed

2. Saudah Binti Zum'ah

3. Aishah Binti Abu Bakar

4. Hafsah Binti Omar Bin Khattab

5. Zainab Bin Jahsyin

6. Zainab Binti Khuzaimah

7. Hindon Binti Abi Umayah

8. Ramlah Binti Abi Sufian

9. Juwairiyah Binti Al- Harits

10. Maimunah Binti Al-Harith

11. Safiyah Binti Haiyi Bin Ahtab

12. Mariyah AlQibtiyah


Orang bukan Islam menuduh Muhammad gila sex sebab Muhammad mempunyai dua belas isteri. Ada beberapa bukti yang menunjukkan bahawa rasulullah tidak gila sex :

1. Muhammad berkahwin dengan Khadijah Binti Khuwailed berumur 25 tahun, perkahwinan beliau secara monogami selama 25 tahun. Selepas kematian Khadijah, beliau menduda selama 2 tahun kemudian baru berkahwin dengan Aishah dan beliau bersama Aishah dua tahun selepas itu. Orang yang gila sex mesti akan kahwin ramai semasa masih muda sebab mempunyai selera dan kemampuan yang tinggi seperti Tiger Wood tetapi beliau tidak berbuat demikian.




2. Daripada dua belas isteri Muhammad hanya seorang sahaja yang masih dara iaitu Aishah Binti Abu Bakar. Orang yang gila sex mesti akan berkahwin dengan perempuan muda dan masih dara seperti dilaporkan National Enquirer pada 25 April 2010 tentang perempuan yang pernah ditiduri oleh Tiger Wood seramai 120 perempuan sedangkan beliau tidak berbuat demikian.


3. Lelaki yang gila sex lebih suka melakukan sex tanpa ikatan perkahwinan "Touch 'N GO" kerana tidak perlukan komitmen hanya perlukan kepuasan tanpa perlu tanggung jawab tetapi beliau tidak berbuat demikian. Beliau mengahwini isteri-isteri beliau kerana banyak faktor iaitu melindungi isteri-isteri sahabat beliau yang mati dalam peperangan, faktor ekonomi dan hubungan kenegaraan. Bahkan isteri beliau ada yang sangat tua iaitu Sawda Binti Zam'a (65) yang tidak ada sesiapa yang dapat menguruskannya sehingga Muhammad mengahwininya untuk keselamatan semata-mata.

14 comments:

  1. Hi Faisal. Kamu bandingkan Nabi Muhammad saw dengan Tiger Woods...eloklah tu. Tapi nak tau sikit...martabat Tiger Woods dah naik ke..sehingga boleh di bandingkan dengan saw atau martabat saw dah jatuh terlalu rendah sehingga ianya layak di bandingkan dengan Tiger Woods?

    ReplyDelete
  2. Saya bukan bandingkan Nabi Muhammad dengan Tigoor Wood tetapi saya hanya cuba ungkapkan penyelesaian bagi lelaki yang kuat sex seperti Tiger Wood contohnya sekiranya Tiger Wood boleh berkahwin empat mungkin tidak ada scandal seperti itu...Lihat lah contact ayat dan tulisan tersebut dengan teliti...mana ada saya bandingkan Tiger Wood dengan Nabi Muhammad?

    ReplyDelete
  3. Nice post gan.. Banyak org salah sangka terhadap islam yang memperbolehkan banyak istri. Padahal sebenarnya ada syarat dan ketentuan baginya yg ingin banyak istri bagi yg mengerti.. Ya kita jalankan saja yang sudah tertulis dan kita yakinin...

    Wassalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahwin lebih daripada satu bukan keharusan tapi satu kebenaran dengan keadaan tertentu bukan satu galakkan. Ramai yang nak kahwin dua sebab amalan rasulullah tapi abaikan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah

      Delete
  4. assalamualaikum... kalau ada hadist-hadist nya di tuliskan juga.. biar lebih lengkap..
    thankx...

    ReplyDelete
  5. Walau apapun saya tidak tertarik dengan Mohd. Makin saya baca, makin saya jauhkan diri saya darinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ada yang memaksa anda untuk mencintai rasulullah, semua keputsuan pada diri sendiri.

      Delete
  6. kalau da gila seks tu tidak payah cuba mempertikaikanlagi. bukti suda ada. jika anjing mampu berpasangan ramai jangan cuba di nafikan lg kenyataan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika Nabi muhammad yang berkahwin secara sah dianggap gila seka macamna dengan orang yang tak berkahwin tapi mempunyai scandal dan perempuan simpanan yang begitu banyak?

      Delete
  7. Siapa yang tidak suka Nabi Muhammad maka kerugian hanya pada dirinya. Gunakan masa yang ada di dunia ni untuk mengenalinya sebab dia tidak membawa hal tentang seks sahaja. Hanya orang gila seks sahaja yang sibuk nak tahu tentang seks tanpa mengambil kisah hal-hal yang lain.

    ReplyDelete
  8. Peace be Upon the messenger , Saya cintakan Allah dan Rasul saya .

    ReplyDelete
  9. Cintailah Rasulullah lebih dari diri sendiri..

    ReplyDelete
  10. Dalam dunia pun ada cerita tentang gila seks, kahwin budak 6 tahun, orang tua 65 tahun dengan pelbagai alasan..tapi kita tak perlu heran kerna di Syurga juga kahwin dengan bidadari-bidadari bermata jeli yang sentiasa perawan kok...Nabi saja kekuatan seks nya sama dengan 42 orang lelaki..layak dapat bidadari yang sepadan..

    ReplyDelete
  11. http://www.ohmymedia.tv/infozon/info/allah-melaknat-suami-jika-melakukan-7-perkara-ini-kepada-isterinya-2758/

    Ramai dari isteri Rasullullah adalah janda bukan perawan cantik iaitu kematian suami ketika mengikuti Rasullullah ke perang dan Rasulullah membela mereka. Di dalam tafsiran Al Quran tiada tafsiran WAJIB mengawini lebih dari satu. Rasulullah dan isteri-isteri beliau telah di jamin Syurga. Di Singapura sesiapa di dapati mengawini lebih dari satu akan di denda. Kajian telah di laku dan di dapati ramai lelaki tidak mampu menjalankan tangungan dan tanggungjawab bila mempunyai lebih dari satu. Wanita di aniaya dan sebaliknya isteri yang menyara hidup lelaki dan anak di abai tanpa pendidikkan yang baik dan lain-lain lagi. Lelaki tua tanpa sesiapa menningkat di abai kerana dari awal dia juga mengabaikan anak-anak dan janda. Berhati-hati dengan fitnah akhir zaman. Adakah kita mampu menjawab setiap persoalan di akhirat jika tidak berlaku adil dan mendatangkan lebih masalah. Orang tua-tua selalu menasihati jangan mencari penyakit.

    ReplyDelete