Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Tuesday, March 16, 2010

ADAKAH MUHAMMAD TAHU MEMBACA?

Orang bukan Islam menuduh nabi Muhammad menipu sebab Muhammad mengaku sebagai nabi yang ummi (buta huruf) tapi buktinya beliau dapat membaca seperti dilaporkan dalam surat al-'alaq 96;1-5.
Bacalah dengan menyebut nama Tuhan mu yang telah menciptakan manusia. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah Tuhanmulah Yang Maha pemurah, Yang mengajar manusia dengan perantaraan Qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahunya (Al-'Alaq 98;1-5).
Sebetulnya tuduhan di atas tidak berasas dan mereka tidak memahami bahasa Arab. Pakar bahasa mengatakan bahawa bahasa arab adalah bahasa yang indah dan mempunyai makna yang pelbagai. Iqra juga mempunyai makna mengeja, dalam ayat tersebut Muhammad mengeja apa yang malaikat ucapkan, sesiapa pun akan pandai mengeja sungguhpun tidak dapat membacanya.
Sebagai contoh John minat menonton Film Hindustan, John tidak pandai berbahasa India atau Tamil tetapi sebab John mendengar lagu-lagu Hindustan dalam Film tersebut John pun mengejanya. Adakah John pandai bahasa Hindustan? Tidak! Begitu juga dengan Muhammad, sungguhpun beliau tidak dapat membaca tetapi beliau dapat mengeja apa yang diucapkan oleh Malaikat Jibril.
Sebetulnya hikmah Allah memilih nabi Muhammad yang ummi sebagai rasulnya yang terakhirnya adalah untuk membuktikan bahawa apa yang Muhammad sampaikan adalah betul-betul Firman daripada Allah bukan hasil ciptaan beliau. Sekiranya Muhammad pandai membaca dan menulis maka orang-orang akan menuduh bahawa Qur'an adalah hasil tulisan beliau, maka dengan Muhammad tidak dapat membaca dan menulis maka akan terbebas daripada tuduhan tersebut. Hal ini dilaporkan dalam ayat di bawah :
Dan kamu tidak pernah membaca sebelum Qur'an sesuatu kitabpun dan kamu tidak pernah menulis suautu kitab dengan tangan kananmun; andaikata kamu pernah membaca dan menulis, benar-benar ragulah orang-orang yang mengingkarinya (Al'Ankabut 29;48).
Ayat di atas dengan jelas menyatakan bahawa Muhammad tidak pernah membaca dan menulis, ini menunjukkan beliau adalah ummi Itidak dapat membaca dan menulis).

2 comments:

  1. Yo bro.. please read 62:2(Jumu'ah:2)
    Allah utus rasul dan membacakan Ayat2 Nya pada kaum yg buta huruf.. so your argument is base less.. sapa yg buta huruf skang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nabi Muhammad tidak dapat membaca dan menulis maknanya beliau buta huruf atau ummi. sebetulnya ini adalah rancangan Allah supaya tidak ada yang mengatakan bahawa Rasulullah yang menulis al-Quran. Jika Rasulullah tidak pandai menuli dan membaca maka tidak mungkin beliu dapat menulis ayat al-Quran

      Delete