Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Tuesday, March 16, 2010

ADAKAH QUR'AN DITULIS OLEH SYAITAN?

Ramai juga menuduh bahawa Qur'an ditulis oleh syaitan, sebetulnya banyak bukti dapat ditunjukkan bahawa Quran tidak ditulis oleh syaitan :

1. Qur'an adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah. Rujuk ayat di bawah ini :
Sesungguhnya Qur'an adalah kitab suci yang mulia; Ia kitab yang terpelihara (Lauh Mahfuzd); tidak akan sentuhnya kecuali hamba-hamba yang suci; I diturunkan oleh turun semesta Alam (Al-Waqi'ah 56; 77-80).
Sesungguhnya Al-Qur'an benar-benar diturunkan oleh Tuhan Semesta alam, dibawa turun oleh Roh kebenaran (Jibril) ke dalam hati Muhammad agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas (Asy-Syu'araa' 26;192-195).
Ayat di atas jelas menerangkan bahawa Qur'an adalah kitab suci yang terpelihara dan tidak disentuh kecuali hamba-hamba yang suci iaitu Malaikat, dan ia diturunkan oleh Allah. Mungkin kan Syaitan menulis Qur'an sedangkan syaitan tak dapat menyentuh Qur'an??
2. Bukan bukan diturunkan oleh Syaitan. Sila rujuk ayat di bawah :
Qur'an bukanlah diturunkan oleh syaitan; dan tidak lah patut syaitan menurunkan Qur'an, dan merekapun tidak ada kuasa menurunkannya; Sesungguhnya syaitan dijauhkan daripada mendengar ayat-ayat Qur'an (Asy-Su'araa' 26;210-212).
Sekali lagi Qur'an menafikan bahawa Qur'an ditulis oleh syaitan, bahkan untuk mendengar ayat-ayat Qur'an pun syaitan tidak ada kuasa apatah lagi menuliskannya.
3. Syaitan mengajar manusia utuk berlindung daripada dirinya. Sila rujuk ayat di bawah :
Apabila kamu membaca Qur'an, hendaklah kamu mengucapkan "Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam" (An-Nahl 16;98).
Ayat "Aku berlindung darpada syaitan yang direjam" ayat ini sudah cukup bukti bahawa Qur'an tidak ditulis oleh syaitan. Sekiranya syaitan yang tulis mungkin kah syaitan akan tulis di dalam bukunya : Sebelum kamu baca buku saya berdoa'lah kepada Allah Kamu berlindung daripada saya?

Di ayat yang lain Qur'an juga mengajarkan manusia untuk memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan.
Dan jika kami ditimpa dugaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha mengetahui (Al-'Araaf 7;200).
4. Syaitan adalah musuh manusia. Sila rujuk ayat di bawah :
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana syaitan adalah musuh yang nyata bagi kamu (Al-Baqarah 2;168).
Qur'an juga menghalang manusia daripada menyembah syaitan atau menjadi pengikutnya. Rujuk ayat di bawah :
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai keturunan Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi kamu (Yasin 36;60).
Syaitan memang bijak dalam menipu manusia oleh sebab itu Allah awal-awal lagi telah menerangkan tentang kelemahan syaitan sehingga syaitan tidak dapat menipu manusia kalau Quran hasil tulisannya.
5. Qur'an menceritakan tentang kejahatan syaitan. Tidak mungkin syaitan akan membuka aib sendiri sekiranya Qur'an ditulis oleh syaitan. Sila rujuk ayat di bawah :

... Sesiapa yang mengambil syaitan menjadi kawannya, maka syaitan adalah seburuk-bruknya kawan (An-Nisa 4;38).
Ayat yang lain Qur'an juga menceritakan tentang kejahatan syaitan, rujuk ayat di bawah :

"Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan seblum kamu. Mereka hendak berhakim kepada taghut padahal mereka telah diperintahkan untuk ingkar kepada taghut. Dan syaitan akan menyesatkan mereka dengan kesesatan yang nyata (An-Nisa 4;60).

No comments:

Post a Comment