Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Wednesday, July 29, 2009

JIHAD DI DALAM ISLAM

Hari ini timbul isu kononnya dalam Islam ada Holywar yang dialih bahasakan daripada kata Jihad. Padahal Jihad bukanlah holywar seperti yang diwar-warkan oleh media barat.
Merujuk kamus dewan, Jihad adalah usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah ataupun perlawanan terhadap unsur-unsur yang merosakkan negara seperti melawan hawa nafsu, menentang rejim diktator. Seorang pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan cemerlang, orang miskin berusaha untuk merubah nasib ke tahap yang lebih baik, inilah jihad dalam Islam.


Tetapi hari ini jihad telah disempitkan makna oleh media barat kepada perang sahaja, memang dalam islam dibenarkan berperang untuk melawan kezaliman sekiranya umat Islam diserang oleh tentera bukan Islam, jihad adalah mempertahankan diri. Dalam Islam berperang telah diatur syarat-syaratnya seperti kata-kata Nabi Muhammad


Janganlah kamu membunuh anak-anak, wanita, lelaki yang lemah dan musuh yang telah menyerah kalah (Hadith)

Islam tidak menyuruh umatnya untuk menyerang bangsa lain, sebagai contoh perang di Palestin. Umat islam di Palestin telah dihentam teruk oleh Rudal-rudal Israel maka umat Islam di Palestin wajib mempertahankan diri, tanah air dan maruah umat Islam. Dalam Islam wajib hukumnya mempertahankan tanah air daripada dirampas orang lain, mempertahankan harta benda dan maruah diri.


Semua bangsapun akan melakukan hal yang sama sekiranya dalam keadaan seperti di palestin, sebagai manusia yang mempunyai perasaan dan maruah diri tidak akan membiarkan bangsa seagama dizalimi. Bahkan kita tidak akan sanggup membiarkan manusia yang berbeza agamapun dizalimi, hari ini semua nampak apa yang berlaku di palestin. Bahkan orang-orang bukan Islam di Barat dan Eropah juga Asia mengutuk kezaliman Israel terhadap rakyat palestin.

Sebagai contoh sekiranya rumah saya dimasuki perompak maka saya akan berusaha untuk menghalau perompak tersebut dan melindungi harta daripada dirampas oleh perompak, melindungai anak dan isteri daripada dirogol oleh perompak. Bukan hanya Muslim, semua manusia berakal sihat akan melakukan hal yang sama. Inilah yang dimaksudkan dengan Jihad dalam Islam.


Islam tidak pernah menyuruh umatnya untuk menyerang agama atau bangsa lain tetapi kalau diserang jangan sekali-kali melarikan diri tetapi harus mempertahankan diri, kalau mati dalam mempertahankan diri maka dia dianggap sebagai hero ataupun pahlawan. Islam juga melarang membunuh tanpa sebab yang dibenarakan oleh undang-undang seperti disebutkan dalam ayat di bawah :



"Janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya melainkan dengan sebab yang benar" (Al-An'am 6;151).

2 comments:

  1. Kutuliskan semua ini kerana ramainya kawan-kawan aku yang bertanya...apa itu makna jihad?

    ReplyDelete
  2. Bagaimana hukum jika membunuh kerana mempertahankan harta dan keluarga apabila rumah dimasuki perompak.

    ReplyDelete