Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Tuesday, July 28, 2009

ADAKAH YESUS KRISTIAN ATAU MUSLIM?

Kalau kita melihat dari bukti yang ditunjukkan oleh Bible, tidak ada satu ayatpun yang mengatakan bahawa Yesus beragama kristian sebab kristian itu sendiri wujud beberapa puluh tahun selepas ketiadaan Yesus. Sila rujuk ayat di bawah :

Apabila dia menjumpai Saulus di Tarsus, Barnabas membawa Saulus ke Antokhia, dan selama setahun mereka berkumpul dengan jemaah di situ sambil mengajar banyak orang. Di Antokhia, pertama kali pengikut-pengikut Yesus disebut orang kristian (Act 11;26).

Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa istilah kristian baru wujud selepas beberapa puluh tahun selepas ketiadaan Yesus, kalau kita lihat di ayat yang lain sebetulnya Yesus adalah beragama seperti agama Moses, sila rujuk ayat di bawah :

Janganlah menganggap bahawa Aku datang untuk menghapuskan Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku tidak datang untuk menghapuskannya, tapi aku datang supaya semua ajaran itu berlaku (Matthew 5;17).

Ayat diatas menyatakan bahawa Yesus beragama sama seperti Musa dan nabi-nabi sebelumnya, sedangkan musa adalah muslim seperti tersebut dalam Qur'an surah Al-A’raf 126 :

Ya Tuhan kami limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan muslim.

Muslim berasal daripada bahasa Arab Aslama maknanya melakukan segala sesuatu mengikut kehendah Allah semata, ini selaras dengan ayat di bawah ini :

“Aku tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendakku sendiri. Aku menghakimi orang menurut apa yang diperintahkan oleh Allah. Oleh itu keputusanku adil, kerana aku tidak mengikuti kehendakku sendiri melainkan kehendak Allah yang mengutus ku” (JOHN 5:30).

2 comments:

  1. Ayat dalam bible John 5:30 itu juga sebenarnya sudah menunjukkan berserahnya Yesus kepada Allah. Jika sudah berserah ia sudah tentu meletakkan 100% hanya kepada Allah. Allahlah yang berkuasa dan bukannya Yesus. Jadi, berserah ini menunjukkan Yesus adalah Nabi & Rasul yang muslim.

    ReplyDelete
  2. Hai,
    Agak menghairankan anda terlepas pandang bahagian berikut pada ayat Kis 11:26 tersebut:
    Di Antokhia, pertama kali pengikut-pengikut Yesus disebut orang kristian.

    Bukankah jelas dikatakan di sini Kristian bermaksud pengikut-pengikut Yesus?

    Maka, adalah tidak munasabah untuk mengatakan Yesus beragama Kristian kerana itu bererti Yesus adalah pengikut diri-Nya sendiri.

    ReplyDelete