Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Monday, July 27, 2009

MENGAPA UMAT ISLAM MEMBACA “TUNJUKKILAH JALAN YANG BENAR”? ADAKAH BELUM ADA KEBENARAN DALAM ISLAM?

Yang dimaksudkan jalan yang lurus adalah Islam seperti tersebut dalam Al-Qur'an adalah :

Katakanlah: "Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, iaitu agama yang benar; agama Abraham yang lurus; dan Abraham bukanlah termasuk orang-orang yang musyrik". Katakanlah: "Sesungguhnya salat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam (Al-An'am 6;161-162).
Tunjukkilah kami jalan yang lurus adalah doa yang diajarkan oleh Tuhan kepada manusia melalui Muhammad, doa ini mengajarkan manusia supaya sentiasa ditetapkan dalam kebenaran sebab hati manusia cenderung untuk sentiasa lalai dan mengikut hawa nafsu sungguhpun manusia tahu benda itu tak baik tetapi tidak kuasa untuk meninggalkannya. Oleh, itu Tuhan mengajarkan makhluknya supaya sentiasa meminta petunjuk dari Tuhan pencipta.

Tuhan lebih memahami keadaan hati manusia yang sentiasa berbolak-balik, oleh itu Tuhan ajarkan doa ini. Sebagai contoh, Kereta Honda diciptakan oleh Syarikat HONDA maka HONDA lebih tahu tentang kereta Honda. Jadi HONDA membuat panduan penggunaan kereta Honda supaya pengguna dapat memanfaatkan untuk kemudahan. Di sini kita kena faham bahawa pengguna hanya tahu menggunakan sahaja tapi tidak pandai untuk menghasilkan kereta HONDA. Sungguhpun orang lain dapat meniru kereta dengan jenama yang lain tapi tidak akan sama 100% dengan kereta HONDA kan? Sama juga Tuhan lebih tahu tentang manusia sehingga Tuhan bagi panduan kepada manusia supaya memudahkan manusia dalam menjalani kehidupan dan menuju ke jalan yang diridhai-Nya.

Doa ini akan dibaca oleh umat Islam sebanyak 17 kali dalam sehari, bayangkan doa tersebut diulang-ulang sehingga peluang umat Islam untuk tersesat semakin kecil. Sebagai contoh, apabila kita mahu mengunjungi sebuah destinasi baru, apa yang akan kita lakukan adalah mendapatkan peta, semasa memulakan perjalanan kita akan pelajari dulu peta tersebut sampai betul-betul faham.
Sungguhpun kita sudah membaca dan memahami peta itu dengan jelas tapi dalam perjalanan kita akan sentiasa lihat peta tersebut berulangkali, sekiranya kita hanya lihat peta sekali sahaja maka peluang untuk kita tersesat adalah cukup besar. Oleh itu, kita harus melihat peta seberapa banyak yang mungkin untuk mengurangkan peluang kita sesat.
Sama juga dalam kes umat Islam membaca ayat “tunjukkanlah jalan yang benar” sehari 17 kali adalah untuk mengurangkan peluang sesat, hanya Tuhan sahaja yang dapat menyelamatkan Manusia daripada kesesatan.

No comments:

Post a Comment