Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Monday, July 27, 2009

ADAKAH ISLAM AGAMA BARU?

Apa makna Islam?
Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu aslama bermakna sejahtera, harmoni, aman. Jadi Islam bermakna menyerah diri dan menyembah hanya kepada Allah semata-mata seperti dilaporkan dalam ayat Al-An'aam 6;162-163
Katakanlah : "Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku aku adalah orang yang pertama-tama menyerah diri kepada Allah (Muslim).
Hari ini ramai menganggap Islam adalah agama baru yang di bawa oleh Muhammad. Padahal kalau dikaji Islam telah wujud semenjak zaman Adam lagi. Hal ini dapat dibuktikan seperti di bawah ini :
1. Adam adalah beragama Islam
Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang (Al-Baqarah 2;37).
Ayat di atas menunjukkan Adam berserah diri dan menyembah hanya kepada Allah dengan bertaubat meminta ampun kepada Allah. Ini bermakna Adam adalah muslim.

1. Ibrahim, Ya'kub, Ismail, Ishak adalah Muslim
Ibrahim berpesan kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’kub. “Hai anak-anakku! Sungguh Allah telah memilih Islam bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam Islam”. Adakah kamu bersama Ya’kub menjelang maut, ia berpesan kepada anak-anaknya: Apa yang kamu sembah selepas aku mati?” Mereka menjawab: “Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, iaitu Tuhan yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya (Ali-Imran 3;132-133).

Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa Abraham adalah muslim, begitu juga Jacob, Ishmael, Ishaq bahkan juga Moses dan Yesus yang dibuktikan oleh ajaran Tauhid yang diajarkan oleh Musa dan Isa adalah sama yang diajarkan oleh Nabi-nabi yang sebelum dan sesudahnya begitu juga Muhammad iaitu Sembahlah Tuhan yang satu.
Dalam ayat lain Allah telah membuktikan bahawa Islam hanya mengamalkan agama terdahulu seperti tersebut dalam ayat di bawah ini:
Kemudian kami wahyukan kepada Muhammad : "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang sentiasa berpegang teguh kepada kebenaran" dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah (An-Nahl 14;123).
2. Yesus adalah Muslim
Yesus sendiri berkata, Wahai Bani Israel! Sembahlah Allah Tuhan-Ku dan Tuhanmu. Sungguh sesiapa mensyirikkan Allah, maka Allah mengharamkan syurga baginya, dan tempatnya ialah neraka. Dan tidak ada seorang penolongpun bagi orang-orang yang zalim itu (Al-Maidah 5;72)

Yesus menjawab, inilah perintah yang paling utama, Shama israelu adonoi ilahaini adonoi ahud maksudnya ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan kita, dialah Tuhan yang Esa (Mark 12;29).
Dari kedua ayat di atas kita dapat melihat bahawa bahawa Yesus juga adalah mengajar Konsep ketuhanan yang sama dengan nabi-nabi sebelumnya dan Muhammad juga mengajarkan perkara yang sama.
3. Moses adalah Muslim
Berkata Musa: "Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, maka bertawakkallah kepada-Nya saja, jika kamu benar-benar orang yang berserah diri (muslim)."
4. Nuh adalah Muslim
Jika kamu berpaling dari peringatan-Ku, Aku tidak meminta upah sedikit pun daripada mu. Upahku tidak lain hanyalah daripada Allah belaka, dan aku disuruh supaya aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri kepada-Nya(Muslim)".

No comments:

Post a Comment