Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Wednesday, July 29, 2009

MENGAPA KERAJAAN MALAYSIA MELARANG PENGGUNAAN "ALLAH" DALAM ALKITAB ATAU SURAT KABAR HARIAN KRISTIAN?

Isu utama sebetulnya salah faham makna Tuhan dan Allah, ada yang menganggap bahawa Allah dengan Tuhan mempunyai makna yang sama padahal Allah dan Tuhan mempunyai makna yang berbeza. Mengikut Kamus Dewan :

Tuhan adalah sesuatu yang dipuja oleh manusia yang beragama seperti dewa dan sebagainya, manakala Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa ataupun tuhan yang Esa. Kata Allah itu digunakan khas dalam agama Islam yang mempunyai sifat utamanya merujuk kepada surat Al-Ikhlas 112;1-4 iaitu Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu, Dia tiada dilahirkan dan tiada pula melahirkan, dan tidak ada sesuatu pun yang menyamai atau setara dengan Dia".

Sekiranya bukan Islam faham perbezaan Tuhan dan Allah maka tidak ada isu bukan Islam menuntut penggunaan Allah dalam Al-Kitab atau surat khabar harian kristian Herald Newsweekly. Kerajaan Malaysia menyekat penggunaan kata Allah dalam Al-Kitab dan Surat Khabar Harian Kristian kerana Malaysia mengguna pakai pandangan pakar Islam yang mengatakan haram menggunakan kata Allah selain bagi Umat Islam. Ada beberapa sebab pengharaman tersebut antara lain :

1. Lafaz Allah yang dimaksudkan dalam Islam mempunyai sifat Esa sebagaimana Firman Allah dalam Suratul Ikhlas 112:1-2 :

Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu, Dia tiada dilahirkan dan tiada pula melahirkan, dan tidak ada sesuatu pun yang menyamai atau setara dengan Dia" (Al-Ikhlas 112;1-2).

2. Muhammad memperjelaskan sifat-sifat Allah daripada tuduhan orang-orang Yahudi dan Nasrani seperti Firman Allah dalam Qur'an :

Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu anak Allah" dan orang Nasrani berkata: "Al Masih itu anak Allah". Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu (At-Taubah 9;30).

3. Sebenarnya lafaz Allah juga tidak pernah wujud dalam bahasa asal penulisan Kitab Taurat dan Bible. Kitab Taurat ditulis dalam bahasa Ibrani (Hebrew) manakala kitab Bible pula ditulis dalam bahasa Greek (Yunani). Dalam bahasa Ibrani lafaz Tuhan disebut Elohim atau Elia dan Adonoi dapat dirujuk dalam Bible Matt 27; 45-50 :

Pada tengahari selama tiga jam, seluruh negeri itu menjadi gelap. Pada pukul 3 petang, Yesus berseru dengan suara lantang "Eli, Eli lama Sabaktani?" (Allah, Allah mengapa Engkau Tinggalkan aku?) beberapa orang di situ mendengar seruan Yesus lalu berkata: "Dia memanggil Elia." Seorang daripada mereka mengambil bunga karang, lalu mencelupkannya ke dalam wain murah. Kemudian dicucukkannya pada sebatang kayu, lalu dihulurkannya ke mulut Yesus. Tetapi orang lain berkata: "Tunggu, mari kita lihat mungkin Elia datang menyelamatkan dia. Kemudian Yesus berseru lagi dengan suara nyaring lalu menghembuskan nafas terakhirnya (Matt 27;45-50).

Di ayat yang lain lafaz Elia juga disebutkan, sila rujuk Mark 15;33-37 :
Pada tengahari, selama tiga jam, seluruh negeri itu menjadi gelap. Pada pukul 3 petang, Yesus berseru dengan suara lantang "Eloi, Eloi lama Sabaktani?" yang bermakna (Ya Allah, Allah mengapa Engkau meninggalkan aku?). beberapa orang di situ mendengar seruan Yesus lalu berkata: "Dia memanggil Elia." Seorang daripada mereka mengambil bunga karang, lalu mencelupkannya ke dalam wain murah. Kemudian dicucukkannya pada sebatang kayu, lalu dihulurkannya ke mulut Yesus. Tetapi orang lain berkata: "Tunggu, mari kita lihat mungkin Elia datang menyelamatkan dia. Kemudian Yesus berseru lagi dengan suara nyaring lalu menghembuskan nafas terakhirnya (Mark 15;33-37).

Dalam bahasa Greek (Yunani) pun tidak terdapat lafaz Allah. Lafaz Tuhan dalam bahasa Greek disebut Theos, kalau Tuhan sebenar yang mereka sembah disebut juga Hotheos, manakala Tuhan yang tidak sebenar disebut Tontheos.
Penggunaan Allah dalam Bible dan Surat Khabar Harian kristian dikhawatirkan akan mengelirukan umat Islam terutama remaja dan anak-anak Islam yang belum mempunyai asas Islam yang kuat, sekiranya mereka terbaca Al-Kitab atau surat khabar agama kristian apa akan berlaku? Pernah tak umat kristian berfikir apa yang akan berlaku sekiranya semua bible yang menggunakan GOD ditukar kepada ALLAH? Adakah akan mengelirukan umat kristian? Untuk menjaga keharmonian masyarakat Majemuk di Malaysia kerajaan mengambil jalan berhati-hati dengan menyekat penggunaan Allah dalam Al-Kitab dan Surat Kabar Harian Kristian Herald Newsweekly.

4. Hujah yang menyatakan bahawa Lafaz Allah terdapat dalam Al-Kitab (Bible terjemahan bahasa Melayu) dan juga Al-Kitab Al-Muqaddas (bibel terjemahan bahasa Arab) ditolak kerana kerana lafaz Allah yang digunakan dalam kedua Bible tersebut merujuk kepada akidah Triniti (tiga dalam satu) iaitu Bapa di syurga (Allah), Nabi Isa (Yesus) adalah anak Allah dan Ruhul Qudus. Manakala penggunaan dalam Bible bahasa Arab adalah semata-mata penterjemahan dan penggunaan secara warisan sahaja tanpa difahami makna sebenar lafaz Allah.
5. Disamping itu untuk menjaga kesucian lafaz Allah dan sifatnya kerana orang kristian mempunyai fahaman tentang lafaz Allah sangat berbeza dengan kefahaman umat Islam. Dalam Al-Kitab dan Herald News Weekly Allah merujuk kepada Yesus berbeza dengan Allah yang diterangkan dalam Qur'an dalam Suratul Ikhlas 112;1-4.

6. Perlu difahami lafaz Allah mempunyai partikel "al" iaitu "al-ilah" yang merujuk The Only God (Keesaan). Bahkan penulis buku The Venture of Islam: Conscience and History in a World Civilization iaitu Marshall G.S. Hodgson menolak penggunaan lafaz Allah bagi penganut Kristian kerana lafaz Allah yang digunakan oleh Muslim yang berbahasa Inggeris merujuk kepada Tuhan dalam Islam sahaja.

7. Kerajaan menilai ada usaha dari umat kristian untuk menyebarkan agama kristian di kalangan melayu dengan keinginan umat kritian untuk menggunakan kata Allah dalam Al-kitab atau surat Khabar berbahasa Melayu atau Indonesia sahaja. Kenapa Bible berbahasa Inggeris atau bahasa lain tidak menggunakan kata Allah juga? Ada alasan alih bahasa God kepada bahasa Melayu menjadi Allah, padahal GOD dialih bahasa menjadi Tuhan sedangkan Allah bukan bahasa Melayu tetapi bahasa Arab. Kenapa tiba-tiba umat kristian ingin menggunakan kata Allah dalam Al-Kitab dan surat khabar umat kristian? Maka kerajaan mengharamkan penggunaan kata Allah dalam Al-Kitab dan surat khabar umat kristian.

Bahkan Cendikiawan Kristian sendiri berselisih faham dalam hal penggunaan lafaz Allah, pada Ogos 2007 Tiny Musken menyeru penganut kristian untuk menggunakan kalimah "Allah".

a. Seruan tersebut telah dibantah oleh penganut Kristian Protestan dan Roman Katholik, Presiden Liga Katholik bagi Hak Agama dan Sivil telah membantahnya :

"Bishop Martinus Tiny Muskens can pray to Allah all he wants, but only addlepated Catholics will follow his lead. It's not good sign when members of the catholic hierarchy indulge in a fawning exchange with Muslims, or those of any other religion."

b. Pengerusi General Synod of Dutch Protestant Church, Gerrit de Fijter juga menolak cadangan Muskens dengan berkata:

I applaud every attempt to encourage dialogue with Muslims, but I doubt the sense of this Maneuver"
c. Izzat Andrews (Penganut Kristian Koptik di Mesir) melalui artikel beliau berbahasa Arab yang bermakna Allah bukan Tuhan Agama Kristian dan Yahudi katanya :

Kalimah Allah hanya berasal daripada penggunaan orang Jahiliyah merujuk kepada Tuhan Bulan. Ia tidak pernah wujud dalam kitab Suci Yahudi dan Nasrani. Tuhan bagi agama Kristian adalah Elohim.

Kalau di kalangan cendikiawan Kristian sendiri terjadi perbalahan tentang penggunaan kalimah Allah. Kenapa tiba-tiba penganut Kristian di Malaysia beriya-iya sangat mahu menggunakannya dalam Al-Kitab dan Surat Khabar harian Kristian?.....

4 comments:

  1. itu cuma berdasarkan kamus dewan. iaitu kamus yang dibuat oleh orang malaysia..
    bagaimana pula dengan perbezaan Tuhan dan Allah d negara2 lain seperti negara arab dan Indonesia?
    Indonesia yang mempunyai paling ramai penduduk yang beragama Islam di dunia pun tidak membantah penggunaan Allah oleh non-Muslim.
    Negara2 arab juga mempunyai pendapat yang sama dengan negara Indonesia.

    ReplyDelete
  2. Sebetulnya Isu pengharaman penggunaan kata Allah tidak jadi isu bagi islam itu hanya kebijakan kerajaan Malaysia, lagipun kerajaan benarkan guna kata Allah dalam Al-Kitab atau surat khabar harian dengan menulis "Allah (khas umat kristian)", kerajaan sudahpun benarkan. Seperti saya nyatakan awal2 lagi kenapa orang kristian sangat semangat menggunakan kata Allah dalam Al-Kitab dan surat khabar di Malaysia? Kenapa Bible berbahasa Inggreis atau bahasa lain tidak?
    Kalau sekiranya semua bahasa ditukar saya rasa Kerajaan Malaysiapun akan benarkan juga

    ReplyDelete
  3. Sila rujuk juga:

    http://www.islam.gov.my/portal/pr_kalimah_Allah.php

    ReplyDelete
  4. Adakah pegangan dan kepercayaan penganut kristian akan bertambah jika mengguna kalimah Allah? Dan kenapa mereka beriya-iya mahu menggunakan kalimah Allah? Dan kenapa perlu mencetah Bible dlm bahasa melayu jika tau yg melayu adalah Muslim? Apa niat mereka sbenarnya? Menipu dn mperdaya utk mengembangkan agama? Kami umat Islam tidak akn buat apa yg anda buat, menipu dan muslihat, agama kami tidak perlu semua itu.

    ReplyDelete