Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Wednesday, November 4, 2009

ADAKAH MASUK ISLAM MASUK MELAYU?

Sebelum kita bincangkan adakah masuk islam masuk melayu? Ada baiknya kita bincangkan dulu apa itu Islam dan Melayu. Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu aslama bermakna Sejahtera, harmoni, aman damai dan menyembah hanya kepada Allah semata. Islam adalah panduan hidup yang Tuhan turunkan untuk mentadbir dunia ini, sebab Allah telah melantik manusia sebagai pemimpin dunia seperti tersebut dalam Qur'an. Sila rujuk ayat di bawah ini.

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang pemimpin di muka bumi ini ... (Al-Baqarah 2;30).


Manakala melayu adalah bangsa yang secara kebetulan lebih awal kedatangan Islam, Islam adalah agama universal tidak terhad kepada mana-mana bangsa. Sekiranya mereka menerima Islam maka mereka boleh kekalkan budaya mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum Islam. Ada banyak bukti bahawa masuk Islam bukan masuk melayu antara lain :


1. Seseorang yang masuk Islam boleh kekalkan nama asal tanpa wajib menukar nama kepada nama melayu ataupun nama Arab. Sungguhpun tukar nama menjadi satu kewajipan di Malaysia pada masa lalu sekiranya seseorang masuk Islam, tukar nama hanya undang-undang kerajaan Malaysia sahaja. Sedangkan di negara-negara lain tidak diwajipkan tukar nama kepada nama Arab sebab mengikut kajian nama Islam adalah nama yang mempunyai makna yang baik tidak semestinya dalam bahasa Arab. Sebagai bukti pada zaman Rasulullah, ada segelintir para sahabat yang masuk Islam dinasihatkan untuk tukar nama sungguhpun namanya dalam bahasa Arab dan ada juga sahabat yang mempunyai nama bukan Arab tidak dinasihatkan untuk tukar nama ke dalam bahasa Arab seperti Bilal Bin Rabbah. Apapun di beri kebebasan untuk mengekalkan nama asal atau menukarnya kepada nama Arab.
2. Boleh mengekalkan budaya asal seperti Cina masuk Islam maka boleh kekalkan budaya yang tidak bercanggah dengan Islam seperti merayakan tahun Baru Cina, makan pakai chop stick, bercakap dalam bahasa mandarin dan lainnya yang tidak bercanggah dengan hukum Islam. Bahkan kalau kita lihat masyarakat Cina yang beragama Islam di negara Cina lebih daripada 100 juta ( 5x ganda lebih ramai berbanding rakyat Malaysia) mengamalkan budaya Cina. Hanya budaya yang bercanggah sahaja perlu ditinggalkan seperti makan babi, minum arak, main judi dan perkara-perkara yang dilarang dalam Islam.

4 comments:

  1. x juge..tapi Melayu(kat Malaysia) itu Islam

    ReplyDelete
  2. Bukan semua melayu kat Malaysia itu Islam ada juga yang tak Islam seperti freethinker and kristian...ini adalah realiti.

    ReplyDelete
  3. skong...klu dlu bleh la nk cakap melayu tu islam. tetapi hakikat sekarang xsemua melayu tu islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahkan ramai melayu di indonesia tak islam seperti di bali

      Delete