Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Monday, August 3, 2009

PERSAMAAN ISLAM DENGAN KRISTIAN

Kalau kita melihat kepada amalan umat kristian hari ini hampir jarang ditemui persamaan dengan amalan umat Islam, tetapi kalau kita merujuk kepada kitab agama kristian iaitu Al-Kitab atau Bible maka kita akan temui banyak persamaan antara umat kristian dan umat Islam. Kita mungkin akan hairan kenapa ini berlaku? Jawapannya Pada asalnya agama Kristian dan Islam juga berasal daripada satu sumber iaitu Allah, asalnya kristian adalah agama yang mengikut ajaran Yesus tetapi telah banyak terjadi perubahan akibat salah tafsiran oleh pengikutnya.

1. Konsep Ketuhanan
a. Tuhan adalah Esa
Qur'an : Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa (Al-Ikhlas 112;1)
Sungguh kafir orang yang berkata: “Sungguh Allah itu ialah Al Masih putra Maryam”. Padahal Al masih sendiri berkata, “Wahai Bani Israel! Sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu" Sesungguhnya orang yang mensyirikkan Allah dengan sesuatu ciptaan-Nya, maka Allah mengharamkan syurga kepadanya, dan tempatnya adalah neraka... (Al-Maidah 5;72).

Yang memiliki sifat-sifat yang demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu (Al-An'am 6;102).
Bible : Shama Israelu adonoi ilahaini adonoi ahud : Wahai orang Israel! Tuhan - dan tuhan satu-satunya ialah Tuhan kita (Deutronomy 6;4).
Yesus menjawab, inilah perintah yang paling utama, Shama Israelu adonoi ilahaini adonoi ahud : ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan kita, dialah Tuhan yang Esa (Mark 12:28-29).
Pada asalnya konsep Ketuhanan yang diajarkan Yesus dan Muhammad adalah sama iaitu menyembah Tuhan yang Esa, tetapi selepas ketiadaan Yesus pengikut beliau telah menambah ajaran yang bercanggah dengan ajaran Yesus.
b. Allah itu tempat bergantung segala sesuatu/kekal
Bible : Allah yang kekal menjadi perlindungan kamu, maknya tidak ada awal dan akhir (Deutronomy: 33;27).
Qur'an : Allah adalah Tuhan tempat bergantung segala sesuatu maknanya tidak ada awal dan kahir (Al-Ikhlas: 112;2).

Allah, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya (Al-Imran 3;2).

c. Tuhan tidak dapat dilihat
Qur'an : Tidak ada sesuatupun yang setara dengan-Nya (Al-Ikhlas 112;4).

Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui (Al-An'am 6;103).
Bible : Kamu belum pernah mendengar suaranya atau melihat mukanya (John 5;37).
“Allah itu roh, hanya dengan kuasa roh orang dapat menyembah Allah yang benar” (John 4:24).
d. Jangan sembah patung
Seruan untuk menyembah Allah seperti disebutkan dalam ayat di bawah :

Tentang orang mati dibangkitkan semula, belum pernahkah kamu baca apa yang difirmankan oleh Allah? Allah berfirman, "Akulah Allah yang disembah Abraham, Ishak dan Ya'kub". Oleh itu, Dia Allah orang hidup, bukan Allah orang mati (Matthew 22;31-32)
Rujuk juga ayat di bawah ini :
Kemudian Yesus dan pengikutnya pergi ke suatu tempat bernama Getsemani. Dia berkata kepada mereka, "Duduklah di sini sementara Aku pergi ke sana untuk berdoa". Yesus mengajak Petrus dan kedua anak Zebedeus pergi bersama dengan-Nya. Dia sangat sedih dan gelisah. Yesus berkata kepada pengikut-Nya, " Hatiku sedih sekali sehingga Aku rasa mahu mati. Tinggallah di sini dan berjagalah dengan Aku". Yesus pergi lebih jauh sedikit lalu bersujud dan berdoa, " Ya Allah, jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku! Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Engkau sahaja". Kemudian Yesus kembali kepada ketiga pengikut-Nya dan mendapati mereka sedang tidur. Beliau berkata kepada Petrus " Tidak dapatkan kamu bertiga berjaga dengan Aku selama satu jam? Berjaga-jagalah dan berdoalah supaya kamu tidak mengalami cubaan. Memang kamu ingin melakukan apa yang benar, tetapi kamu tidak sanggup kerana tabi'at manusia lemah. Sekali lagi Yesus pergi dan berdoa, "Ya Allah, jika cawan penderitaan ini tidak dapat dijauhkan daripada-Ku, tetapi harus Aku minum, biarlah kehendak Engkau berlaku". Kemudian Yesus kembali kepada pengikut-pengikutnyadan beliau mendapati mereka masih tidur kerana mengantuk. Sekali lagi Yesus meninggalkan mereka, lalu pergi dan berdoa dengan kata-kata yang sama untuk kali ketiga (Matthew 26;36-44).
Di ayat yang lain Yesus juga berdoa kepada Allah :
Pada masa itu Yesus naik ke sebuah bukit untuk berdoa. Di situ Dia berdoa kepada Allah semalaman (Luke 6;12).
Kira-kira seminggu selepas Yesus mengatakan hal itu, Dia membawa Petrus, John dan Yakob ke sebuah bukit untuk berdoa (Luke 9;28).
e. Bertaubat untuk menghapuskan dosa
Sejak itu Yesus mula mengisytiharkan perkhabaran-Nya, " Bertaubatlah daripada dosa kamu, kerana tidak lama lagi Allah akan memerintah!" (Matthew 4;17).
2. Yesus adalah Muslim.
Muslim adalah orang-orang yang menyerah diri kepada Allah, semua yang dilakukan hanya mengikut kehendak Allah semata
Apa kata Qur'an? :
Semasa Isa mengetahui keingakaran bani israel berkata ia: Siapakah yang akan menjadi penolongku untuk menegakkan agama Allah?” Sahabat2 setia menjawab: “Kamilah penolong agama Allah, kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahawa sungguh kami adalah orang-orang yang berserah diri = Muslim (Ali-Imran 3;52).
Apa kata Bible? :
“Aku tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendakku sendiri. Aku menghakimi orang menurut apa yang diperintahkan oleh Allah. Oleh itu keputusanku adil, kerana aku tidak mengikuti kehendakku sendiri melainkan kehendak Allah yang mengutus ku” (JOHN 5:30).
Ayat di atas membuktikan Yesus adalah Muslim iaitu orang yang berserah diri kepada Allah.

3. Circumsize/ berkhatan
Hari ini umat Islam mengamalkan circumsize bagi setiap lelaki, ini sesuai dengan amalan Yesus yang juga mengamalkan berkhatan (circumsize). Sila rujuk ayat dalam Bible seperti tersebut di bawah ini:
Selepas berumur lapan hari, tibalah masanya anak itu disunat, dia dinamakan Yesus (Luke 2;21).
Setiap lelaki mesti disunat; sunat menjadi tanda jasmani yang menunjukkan bahawa perjanjian-KU dengan engkau kekal. Setiap lelaki yang tidak disunat tidak dianggap umat-KU kerana ia tidak berpegang pada perjanjian (Genesis 17;13-14).

4. Yesus berpuasa
Umat Islam hari ini berpuasa selama satu bulan, manakala Yesus berpuasa selama empat puluh hari. Dari segi jumlah hari terdapat perbezaan kerana setiap umat mempunyai undang-undang yang berbeza mengikut zaman dan keadaan masyarakatnya.
Bible :
Di sungai Jordan Yesus dicubai oleh Iblis selama empat puluh hari. Sepanjang masa itu, Yesus tidak makan apa-apapun dari pagi sampai petang (LUKE 4:2).
Setelah berpuasa selama empat puluh hari dan empat puluh malam, yesus lapar (Matthew 4;2).
Qur'an : Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa (Al-Baqarah 2;183).

5. Yesus memberi salam kepada pengikutnya
Dalam Islam memberi salam hukumnya adalah sunat atau pilihan, Umat Islam mengucapkan salam setiap perjumpaan atau perpisahan sesama Islam. Muhammad berkata :
Sekiranya dua orang bertemu, maka yang paling mulia di antara mereka adalah yang mula-mula mengucapkan salam (Hadith).
Allah berfirman dalam Qur'an

Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami datang kepadamu, maka katakanlah: "Salaamun-alaikum (Al-An'am 6;54).
Mereka tidak mendengar perkataan yang tidak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam... (Maryam 19;62).

Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal saleh ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam surga itu ialah "salaam" (Ibrahim 14;23)
Apa Bible kata? :
Tiba-tiba Yesus berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata: Shalom alaikom (Luke 24:36).
Kemudian yesus datang berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata, "Shalom alaikum!" (John 20;19)...Yesus berkata kepada mereka lagi, "Shalom alaikum!" (John 20;21)...Yesus datang dan berdiri ditengah-tengah mereka lalu berkata, "Shalom alaikum!" (John 20;26).
Apabila kamu masuk ke rumah orang berikanlah salam (Matthew 10;12)
6. Sembahyang dengan bersujud
Salah satu gerakan dalam sembahyang dalam Islam adalah sujud (dahi menyentuh tanah). Dalam Bible diterangkan bahawa Yesus sembahyang juga sujud iaitu :
Apabila kamu sembahyang, masuklah ke dalam bilik dan tutplah pintu, lalu berdoalah kepada Bapa kamu yang tidak dapat dilihat. Bapa kamu yang mengetahui yang kamu lakukan secara senyap-senyap, akan memberikan pahal kepadamu (Mat 6;6)
Yesus pergi lebih jauh lalu bersujud (dahi menyentuh tanah) dan berdoa… (Mat 26:39)
7. Sedekah
Apa kata bible :
Apabila kamu bersedekah kepada orang miskin lakukanlah secara senyap-senyap supaya sahabat karib kamu sekalipun tidak mengetahuinya. Biarlah hal itu tidak diketahui oleh sesiapapun. Bapa kamu yang melihat perbuatan yang tersembunyi tersebut akan memberi pahala kepada kamu (Mat 6;3-4)
8. Hukuman Hudud
Hudud dalam bible :
Jika mata kamu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah dan buanglah mata itu! Lebih baik kamu kehilangan salah satu bahagian tu buh daripada seluruh tubuh kamu dimasukkan ke dalam neraka. Jika tangan kamu menyebabkan kamu berdosa, potonglah dan buanglah tangan itu! Lebih baik kamu kehilangan sebelah tangan daripada seluruh tubuh kamu masuk kedalam neraka (Matt 5;29-30, Mark 9;43 dan Mark 9;47).
Jika kakimu menyebabkan kamu berdosa, potonglah kaki itu! Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah kaki daripada kamu dengan kedua belah kaki dimasukkan ke dalam neraka (Mark 9;45)
9. Zakat
Zakat mengikut bible :
Jangan kumpul harta di dunia kerana disitu anai-anai dan karat merosakkannya, dan pencuri datang untuk mencurinya. Kumpulkanlah harta di syurga, kerana di situ anai-anai dan karat tidak dapat merosakkannya, dan pencuri tidak dapat untuk mencurinya. Lakukanlah hal itu, kerana perhatian kamu sentiasa tertumpu kepada hartamu (Mat 6;19-21).
Di ayat yang lain juga dijelaskan :
Lihatlah burung di udara yang tidak menyemai benih, tidak menuai hasilnya dan tidak mengumpulkan hasil dalam jelapang, tetapi Bapa kamu di syurga memelihara semuanya. Bukankan kamu jauh lebih bermakna daripada burung? (Mat 6;26).
Apa yang ingin orang lain lakukan untuk kamu, lakukanlah hal itu untuk mereka. Inlah inti taurat Musa dan ajaran nabi-nabi (Mat 7;12)
10. Perempuan wajib menutup kepala
Apa kata Bible tentang tudung? :
Jika seorang wanita tidak mahu menutup kepalanya, lebih baik dia menggunting rambutnya tetapi mencukur rambut adalah satu amalan cukup mengaibkan. Oleh itu lebih baik dia menutup kepalanya (1 Corintian 11;6).
Apa Islam kata tentang tudung :
Hai Nabi, katakan kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuhnya“, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu (Al-Ahzab 33;59)

Katakan kepada wanita beriman: "... Hendaklah mereka melabuhkan tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suaminya, ayahnya, mertua lelaki, anak lelaki, anak lelaki tiri, adek beradek lelakinya, anak saudara lelaki adek beradik lelaki dan perempuan, atau perempuan Islam, hamba yang mereka miliki, pelayan lelaki yang dikebiri atau anak lelaki yang belum baligh/puber (An-Nur 24;31).

12 comments:

  1. Hi Faisal !

    A true Muslim is a true Christian, and I believe Muhammad is the greatest of all Christians!

    Hai Faisal !

    Seorang Muslim yang tulin adalah seorang Kristian yang tulin, kerana Muhammad adalah seorang beragama Kristian.

    ReplyDelete
  2. faisal sendiri mengaku jesus tu muslim..so semua muslim kat selruh dunia ni memang kristian..amen..

    ReplyDelete
  3. Islam Kristen dan Zionis semua berasal dari nenek moyang yang sama yaitu Abraham atau Ibrahim.
    Jadi kita semua bersaudara

    ReplyDelete
  4. Cara menafsir Kitab Suci berbeza di antara Islam dengan Kristian. Apabila cuba menafsir ayat-ayat dari Alkitab Kristian, seharusnya kita gunakan pendekatan Alkitab Kristian dan bukannya dari pendekatan Islam. Itu tidak adil dan tidak wajar. Jika anda berdegil, apa yang anda katakan semuanya betul. Jadi tidak perlulah mengutip ayat-ayat dari Alkitab Kristian untuk menguatkan hujah. Cukup dengan ayat-ayat Al-Quran anda. Apakah pandangan saudara jika ada pihak yang menggunakan Al-Quran untuk merendah-rendahkan kepercayaan orang Islam? Apakah anda bersetuju dengan cara demikian? Apakah anda percaya apa yang anda imani selama ini betul sehingga tiada keraguan lagi? Jika anda mati pada saat ini, adakah anda tanpa ada sedikit keraguan pun yang anda akan dimasukkan ke dalam Jannah? Adakah anda sudah ada kepastian dan keyakinan ini? Jika tidak, carilah jawapannya. Bukan agama yang menyelamatkan kita. Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy kristian tp dah masuk islam .. alhamdullilah sy fhm islam . kami islam memang sudah kristian tp kristian tidak pernah mau ikut muslim . sbb alkitab kristian tdk habis sehingga adanya utusan baru dri Allah iaitu nabi muhammad yg diturunkn wahyu alquran. dlm islam juga kami sgt2 percaya kitab kristian ia menjadi salah satu asas akidah dlm islam iaitu beriman pada kitab2 salah satunya kitab injil dari nabi isa . islam tu indah jika kamu mengimani islam, islam tdk pernah pun mengajar umat2nya menghina agama lain tidak pernah menghalang umat islam utk mengimani firman2 yg ada dlm alkitab kecuali jika menganggap yesus itu adalah Tuhan itu adalah salah dlm islam kerana hanya islam agama yg benar tepat . islam juga sgt menghargai yesus ya ada dlm alquran nabi isa lg banyak disebut berbanding nabi muhammad sendiri . cuma islam tdk menyembah nabi isa sebagai Tuhan . cuma ikut ajaran nabi muhammad utk menyembah Tuhan Allah yg maha besar .. pengalaman sy selama ni jd kristian kn sy rasa kristian lagi racist berbanding islam . umat kristian tidak mahu belajar tentang kitab islam iaitu alquran ttpi umat islam mengalu alukan belajar ttg kitab kristian . salam damai

      Delete
    2. Kenapa umat islam tidak mahu belajar tentang kitab kristian? Apakah jawapan anda?

      Delete
  5. Yesus (Isa a.s) adalah seorang muslim... kebenaran telah ditemui di kitab injil yg original berkenaan datang nya nabi terakhir dari golongan bani arab. kebenaran ini telah membuat ahli gereja gusar dan bingung.. oleh demikian.. mereka telah memindah mindah dan memalsukan kebenaran kata kata dalam kita injil itu sendiri.. terdapat banyak percanggah di antara satu dokrin dgn dokrin lain di dalam injil walhal pada cerita yg sama. ini kerana kitab injil yang ada, adalah memalsuan ahli gereja pada ketika itu... sebagai manusia.. mereka juga telah tersilap membuat peubahan perubahan dalam injil. kebenarannya adalah... Yesus (Nabi Isa a.s) adalah seorang manusia yg dilantik Allah sebagai nabi.. bukan nya sebagai insan yg mempunyai 3 entiti (triniti) . ..

    ReplyDelete
  6. Kristian dan Islam adalah sama. Kristian menyembah Allah dan Islam menyembah Allah.

    ReplyDelete
  7. Kristian dan Islam adalah sama. Kristian menyembah Allah dan Islam menyembah Allah.

    ReplyDelete
  8. Bagaimanakah kamu tahu tentang semua ini?..kesemuan ini belum ditentukan oleh yang maha kuasa... Kesemua alkitab dan al quran ini mempunyai banyak kisah yang belum kita tahu....bagaimanakah kamu dapat merungkai semua ini? Bagaimana kamu tahu hal dunia ini?soalan saya... Adakah kisah akhir zaman ini akan terunkai atau tidak???

    ReplyDelete