Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Tuesday, August 11, 2009

ADAKAH UMAT ISLAM MENYEMBAH KA'BAH?

Jawapannya Tidak! Umat Islam menghadap ke arah masjdil haram seperti perintah Allah yang tercantum dalam ayat di bawah ini :

Dan dari mana saja kamu keluar, maka palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, maka hadapkanlah mukamu ke arahnya, agar tidak ada hujah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka... (Al-Baqarah 2;150).

Di samping itu perintah menghadap ke arah Masjidil Haram seperti Hadith Nabi Muhammad di bawah ini :
Kami bershalat bersama Nabi Muhammad selam 16 atau 17 bulan menghadap ke Baitul Maqdis, kemudiankan di alihkan ke arah Masjidil Haram (Ka'bah) dilaporkan dalam Sahih Muslim.
Ka'bah juga merupakan pusat dunia, maka dengan tawaf (mengelilingi Kabah) maka umat Islam adalah harmoni sebab sesuai dengan tabi'i. Ka'bah juga rumah ibadah pertama yang dibina oleh Ibrahim dan Ismail seperti disebutkan dalam ayat di bawah ini :

Dan ingatlah, ketika Kami menjadikan Baitullah tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat shalat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: "Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang iktikaf, rukuk dan sujud" (Al-Baqarah 2;125).

Ayat tersebut menerangkan bahawa kiblat umat Islam adalah Masjidil haram, umat Islam hanya menyembah Allah dengan pusat masjidil haram bukan Ka'bah. Arah menuju Masjidil haram menunjukkan uniti, sehingga semua umat Islam di dunia ini akan menghadap ke arah yang sama iaitu Masjidil Haram. Adapun bukti bahawa umat Islam tidak menyembah Ka'bah adalah sebagai berikut :

1. Perkembangan teknologi telah memungkinkan Ka'bah dialihkan ke tempat lain, sekiranya Ka'bah dialihkan ke KLCC, Malaysia maka adakah umat Islam tetap akan menghadap ke Masjidil haram atau KLCC?. Jawapannya tetap menghadap Masjidil Haram. Kalau umat Islam menyembah Ka'bah maka kemana Ka'bah berpindah maka ke situlah arah dalam sembahyang

2. Setiap yang disembah maka akan disanjungi dan dihormati sehingga tidak berani dipijak, sedangkan Ka'bah setiap haru dipijak oleh Sahabat Muhammad semasa melaungkan Azan. Bahkan berjuta umat islam memijak gambar Ka'bah yang ada di Tikar sembahyang. Kalau sesuatu yang disembah maka tidak berani pijak, contohnya umat Hindu tidak berani pijak gambar, Vishnu atau Brahma. Begitu juga umat Kristian tidak akan berani pijak gambar Yesus, Agama budha juga tidak berani pijak gambar Buddha.

3. Ka'bah setiap beberapa tahun dibaik pulih, sekiranya umat Islam menyembah Ka'bah maka selama proses membaik pulih maka umat islam tidak payah sembahyang sebab Ka'bah belum siap, buktinya umat Islam tetap sembahyang seperti biasa sungguhpun Ka'bah dalam proses pembaik pulih.

4. Bukti lain yang menunjukkan umat Islam tidak menyembah Ka'bah adalah tidak pernah ada satu katapun dalam sembahyang menyebut nama Ka'bah sedangkan sesuatu yang disembah maka akan disebutnya seperti Ya Allah, Yesus, Budha dan Brahma sentiasa disebut dalam penyembahannya.

No comments:

Post a Comment