Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Saturday, August 1, 2009

HIJAB UNTUK WANITA

Mengapa Islam menindas wanita dengan menyembunyikan mereka di sebalik tudung? Bahkan mereka dipaksa untuk memakai baju labuh yang menutupi seluruh tubuh sehingga macam kedai kain berjalan.

1. Hijab atau pakaian Islam sentiasa dijadikan fokus sebagai penguasaan undang-undang Islam terhadap wanita. Sebelum kita melihat kebaikan di sebalik penggunaan Hijab bagi wanita Islam elok sekiranya kita mengkaji semula kedudukan wanita dalam masyarakat sebelum kedatangan Islam.
a. Tamadun Babylon
Undang-undang Babylon meletakkan martabat wanita sangat rendah dan hak mereka dinafikan. Jika seorang lelaki membunuh seseorang, maka hukumannya adalah membunuh isterinya atau saudara perempuannya.

b. Tamadun Yunani
Dianggap sebagai tamadun lama yang paling agung. Dalam sistem agung ini, wanita dipandang rendah dan haknya dilucutkan. Mengikut Mitologi Yunani, seorang wanita khayalan yang dipanggil pandora merupakan penyebab nasib malang yang menimpa manusia. Kaum Yunani menganggap wanita seperti haiwan, walaupun kesucian wanita berharga dan wanita disanjungi tinggi, kemudian kaum Yunani tenggelam dalam keegoan dan sumbang laku seks. Pelacuran menjadi amalan biasa di kalangan masyarakat Yunani.

c. Tamadun Rom
Ketika tamadun Rom berada di kemuncak kegemilangannya, seorang lelaki berhak mengambil nyawa isterinya. Pelacuran dan pornografi menjadi kebiasaan di kalangan kaum Rom

d. Tamadun Mesir
Orang Mesir sebelum kedatangan Islam menganggap wanita sebagai jahat dan petanda syaitan

e. Arab sebelum kedatangan Islam
Kaum Arab memandang rendah terhadap wanita dan menanam anak perempuan hidup-hidup selepas dilahirkan. kedatangn Islam telah mengangkat kedudukan dan maruah wanita dan memberikan hak kepada mereka sejak 1400 tahun yang lalu. Sedangkan agama lain pada masa itu tidak pernah mengiktiraf wanita seperti pengiktirafan yang diberikan oleh Islam.

2. Hijab untuk lelaki
Lazimnya hijab hanya dibincangkan dalam kontek wanita. Walau bagaimanapun, dalam Qur'an Allah terlebih dahulu menyebut tentang hijab untuk lelaki sebelum hijab untuk wanita.

Katakanlah kepada lelaki beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang mereka perbuat" (An-Nuur 24;30).

Sebaik sahaja seorang lelaki memandang wanita dan timbul keinginan yang tidak elok dan memalukan, hndaklah ia menahan pandangannya.

Hijab untuk Wanita
Ayat seterusnya dalam surah An-Nuur,

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang lazim nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka.....(An-Nuur 24;31).

3. Enam Kriteria Hijab dalam Islam
Mengikut Quran dan hadith (Kata-kata Muhammad), pada dasarnya terdapat enam kriteria hijab

i. Aurat, had tubuh yang perlu ditutup berbeza di antara lelaki dan perempuan. Had yang wajib bagi lelaki ialah menutup bahagian tubuh daripada pusat hingga lutut, bagi wanita pula seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan sampai pergelangan tangan.

Lima kriteria lain adalah sama bagi lelaki dan perempuan :
ii. Pakaian yang longgar dan tidak mendedahkan bentuk tubuh
iii.Pakaian tidak jarang/tipis sehingga dapat mendedahkan bentuk tubuhnya.
iv.Pakaian tidak terlalu glamor sehingga menarik perhatian kaum bukan sejenis
v. Pakaian tidak boleh menyerupai pakaian lawan jenis (lelaki tidak menyerupai perempuan dan sebaliknya)
vi. Pakaian tidak menyerupai pakaian orang bukan islam iaitu pakaian menyerupai identiti atau simbol khas agama lain seperti Baju Risyi atau Rahib.

4. Hijab bukan hanya setakat pakaian tetapi merangkumi tingkah laku dan budi pekerti.
Hijab yang sempurna selain daripada enam kriteria pakaian juga termasuk perilaku moral, budi pekerti, sikap dan niat seseorang individu. Seseorang yang hanya mengamalkan hijab pakaian sahaja makanya hanya mengamalkan hijab dalam erti kata terhad. Hijab pakaian hendaklah disertai dengan hijab mata. hijab hati, hijab pemikiran dan hijab niat termasuk juga cara seseorang berjalan, bertutur, kelakuannya dan lain-lain lagi.

5. Hijab mengelakkan pencabulan
Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang (Al-Ahzab 33;59)

Qur'an menyebutkan bahawa hijab bagi wanita supaya mereka dikenali sebagai wanita sopan dan juga mengelakkan mereka daripada pencabulan, bukan bermakna perempuan bertududng tidak akan dicabul tetapi peluang dicabuli lebih kecil.

Analogi, Dua saudara kembar seiras dan sama-sama cantik sedang berjalan, salah seorang berpakaian dengan menutupi keseluruhan tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan sampai pergelangan tangan, seorang lagi berpakaian mendedahkan tubuhnya dengan memakai skirt mini atau seluar pendek. Sekiranya terdapat samseng di jalan yang sedang menunggu mangsa, ingin mengusik gadis. Siapakah yang akan diusiknya? Gadis berpakaian hijab islam atau gadis mendedahkan tubuhnya? Secara tabii, dia akan mengusik gadis yang berpakaian terdedah mini atau seluar pendek. Pakaian seperti itu secara tak langsung mengundang kaum lelaki untuk mengusik dan mencabulnya.

2 comments:

  1. Anda sepatutnya mengkaji Bible lebih dalam. Wanita di dalam Bible pada zaman dulu memakai tudung kepala untuk menutup bahagian atas daripada pasir @ debu2. Kebanyakan cerita di dalam Bible diceritakan di tanah yang berpasir/debu. Islam juga mengalami perubahan mengikut keperluan & peredaran zaman bukan?? Tiada ayat di dalam Bible yang terang menyatakan bahawa tudung yang digambarkan adalah kain. 1 Korintus 11 : 13-15 sebab rambut diberikan kepada wanita untuk menjadi penudung.

    ReplyDelete
  2. Memang tidak ada penjelas dengan apa ditutup...yang pasti harus ditutup bukan? Kalau rambut itu sebab penutup kepala? Kenapa kalau tak tutup disuruh cukur rambut? Bagi kami umat Islam hukum itu akan tetap diamalkan selagi tidak bercanggah dengan Quran dan Hadith

    ReplyDelete