Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Friday, October 30, 2009

KENAPA ISLAM TAK BENARKAN TUKAR AGAMA (MURTAD)?

Malaysia mengamalkan kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing mengikut kepercayaan masing-masing juga. Apa yang diamalkan oleh penganut agama lain mungkin suatu yang ganjil atau pelik bagi kita tetapi normal bagi mereka. Sebagai contoh bagi penganut agama Hindu menyembah berhala atau patung itu adalah normal dalam agama mereka tetapi tidak masuk akal bagi muslim atau penganut agama lainnya. Jadi muslim tidak boleh salahkan amalan mereka sebab itu kepercayaan mereka.


Sama juga bagi penganut kristian menggunakan salib adalah normal sebab mereka percaya Yesus mati disalib untuk menebus dosa manusia tapi bagi Muslim itu suatu yang tak boleh dipercaya. Adakah saya kena melarang kepercayaan dan amalan mereka? Tidak! Sama juga amalan Muslim juga ada sebahagian yang tidak masuk akal bagi penganut agama lain. Jadi semua agama harus menghormati dan menghargai agama lain. Setiap penganut agama tidak patut masuk campur urusan agama lain.


Setiap orang menerima Islam harus mengamalkan ajaran Islam begitu juga agama-agama lain sebab setiap agama mempunyai ajarannya masing-masing. Muslim yang keluar daripada Islam kepada agama lain dipanggil Murtad. Murtad berasal daripada bahasa Arab, iaitu riddah atau irtidat. Irtidat bermakna mereka yang berpaling daripada Islam atau keluar daripada cahaya kebenaran menuju kepada kegelapan dan kekafiran. Orang murtad telah mengkhianati Allah dengan menafikan keimanan kepada Allah, sedangkan mereka telah mengetahui tentang kebenaran Islam. Islam tidak membenarkan menukar agama kepada agama lain sebab dalam Islam tidak ada paksaan dalam menerima Islam seperti tersebut dalam ayat di bawah ini.


Tidak ada paksaan untuk masuk Islam, sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Barang siapa yang ingkar kepada thangut (syaitan dan sembahan yang lain daripada Allah) dan beriman kepada Allah maka sesungguhnya ia telah pegang kepada simpul tali yang kuat yang tidak akan putus (Al-Baqarah 2;256).


Dalam ayat lain Allah juga telah menerangkan dengan lebih jelas tentang tiada paksaan untuk masuk Islam :


Dan jikalah Tuhanmu mahu tentulah orang di bumi ini beriman seluruhnya. Maka apakah kamu hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya (Yunus 10;99).


Maka sesiapa masuk Islam maka tak boleh murtad, orang yang murtad akan diberikan azab oleh Allah seperti firmannya dalam ayat di bawah ini :


... Dan siapa di antara kamu yang berpaling tadah daripada agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka rosak binasalah amal usahanya di dunia dan akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya selamanya (Al-Baqarah 2;217).


Dalam ayat yang lain Allah berfirman :


Barangsiapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripadanya, dan di akhirat mereka termasuk orang-orang yang rugi (Ali-'Imran 3;85).


Adapun orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya (Al-Qarah 2;39).


Hukuman Murtad
Mengikut tafsiran ulama orang yang murtad digolongkan kepada dua iaitu apostesi dan blestomi.


1. Apostesi bermaksud keluar daripada Islam dengan cara baik-baik dan tidak menfitnah islam. Maka bagi apostesi tidak dikenakan hukuman bunuh bahkan kerajaan wajib melindunginya sebagai seorang rakyat yang berhak mendapatkan keadilan yang sepatutnya daripada pemerintah Islam.


2. Blestomi adalah orang yang keluar daripada Islam dan mengkhianati Islam dengan menyebarkan fitnah tentang Islam dengan membuat tuduhan-tuduhan palsu sehingga membuat kekacauan dan huru-hara Umat. Blestomi hukumnya bunuh sampai mati kerana membuat kekacauan antara agama atau membahayakan orang lain. Sila rujuk Hadith nabi Muhammad saw tentang murtad :


Tidak halal darah seorang muslim yang beriman bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Aku utusan Allah, kecuali dengan salah satu tiga perkara: nyawa dibalas dengan nyawa, orang yang berkahwin dan berzina serta orang keluar daripada Islam dan memisahkan diri daripada kumpulannya (dilaporkan oleh Bukhari, Ibn Majah dan Abu Daud).


Dalam Hadit yang lain dilaporkan daripada Ibnu Mas'ud, Muhammad berkata : Tidaklah halal darah seorang muslim kecuali ia melakukan salah satu dari tiga perkara iaitu : Kafir selepas beriman, berzina selepas muhshan (lelaki atau perempuan yang sudah berkahwin), serta membunuh orang dibawah jagaannya.
Dilaporkan daripada Ibnu Abbas, bahawa Muhammad berpesan : Barangsiapa menukar agama Islam kepada kekafiran maka bunuhlah ia (dilaporkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim).


Rayuan Taubat bagi orang Murtad
Kebanyakan orang keluar daripada Islam disebabkan oleh keraguan tentang Islam, maka mereka diberi peluang untuk belajar dan mendapat kauseling daripada umat Islam atau pejabat Mufti dengan memberikan bukti-bukti dan dalil-dalil tentang kebenaran Islam. Maka sekiranya tidak mahu kembali kepada Islam baru diputuskan hukum oleh mahkamah.
Semasa Muhammad mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman, Muhammad berpesan: "Sekiranya seorang lelaki keluar daripada Islam. maka serulah dia kembali, jika dia kembali bebaskan dia, jika dia enggap berbuat demikian maka bunuhnya dia. Dan sekiranya seorang wanita keluar daripada islam, maka serulah dia kembali, jika dia kembali bebaskan dia, jika dia enggan berbuat demikian maka bunuhnya dia.


Analogi

Apabila seseorang menjadi seorang askar maka dia harus tanda tangan borang perjanjian, maka jika mahu keluar daripada askar harus mohon dengan cara baik-baik mengikut prosedur yang ditetapkan. Selepas diluluskan maka dia boleh tinggalkan kerjaya sebagai askar dengan syarat tidak membocorkan rahsia negara. Jika orang tersebut menjaga rahsia negara maka kerajaan wajib melindungi orang tersebut seperti rakyat lainnya, tetapi sekiranya orang tersebut menjual rahsia negara maka kerajaan akan tangkap orang tersebut dan jatuhkan hukuman bunuh sebab membahayakan keselamatan negara.


Bagitu juga dalam Islam sekiranya keluar daripada Islam dengan cara baik-baik maka Islam tidak menghukumnya tetapi sekiranya selepas keluar daripada Islam mereka menyebarkan fitnah dengan membuat tuduhan-tuduhan palsu maka hukumannya bunuh sampai mati sebab membahayakan umat islam yang lain dan dapat berlaku huru hara antara agama. Ramai juga yang keluar dari Islam dengan cara baik-baik dan tidak dihukum seperti Nyonya Tahir, Aishah Bukhari tetapi mereka kena mohon di Mahkamah sebab ini adalah Undang-undang Kerajaan seperti juga prosedur perceraian.

Sepasang suami isteri yang berkahwin secara sah, maka ketika bercerai juga harus pergi ke mahkamah untuk pengesahan perceraian. Kenapa tidak cukup dengan lafaz cerai atau perjanjian antara suami dan isteri untuk berpisah, kenapa mesti ke Mahkamah? Sebab ini Undang-undang kerajaan Malaysia, maka harus dipatuhi demi kebaikan kedua pihak dan juga anak-anaknya. Begitu juga dengan keluar Islam bukan untuk mempersusah tapi untuk kebaikan di masa hadapan seperti perebutan mayat dan harta warisan. Pengesahan Mahkamah boleh dijadikan bukti tentang pengesahan pertukaran agama tersebut.

26 comments:

  1. what a dumb article...

    ReplyDelete
  2. apakah cara baru boleh keluar daripada islam dengan cara yang baik
    baik

    ReplyDelete
  3. Yg nabi muhammad itu mmbunuh org yg xnak pluk islam..ape hal? Yg nak pluk,dlpaskan.. Apakah itu? Zalim namanya.. :P cakap je x bleh mbnuh,tp ape? Bodo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cari kelemahan islam je tau, org macam kau aku dah ramai aku masak perangai lah...
      skrg ni aku nak tau apa agama kau.....
      buktikan pada aku agama kau itu betul..dan x perlu nak cri kelemahan agama lain....

      Delete
    2. Anonymous, please read the article carefully.Tak faham please rujuk orang yang mahir jangan tuduh membuta tuli.

      Delete
  4. apa cara baik keluar dari islam...

    ReplyDelete
  5. Apa cara nya?? Huh??!

    ReplyDelete
  6. then? cam na lah nak kuar dari Agam ney dgn cara baik aeh?

    ReplyDelete
  7. Ok klau seseorang nak masuk agama lain apakah prosedurnya??

    ReplyDelete
  8. sesunguhnya agama islam agama yg diredhai oleh Allah taala..

    ReplyDelete
  9. Pembunuh!!
    Macamana pun membunuh itu dosa besar..allah itu maha pengasih bukan pmbunuh!!

    ReplyDelete
  10. Aku ingin tau , bagaimana cara keluar dari islam . dengan cara yg baik ..

    ReplyDelete
  11. In malaysia . .muslim cannot covert lar...that is the law...but you can convert muslim anytime...

    This is malaysia...so call kebebasan beragama...betul kah???

    ReplyDelete
  12. In malaysia . .muslim cannot covert lar...that is the law...but you can convert muslim anytime...

    This is malaysia...so call kebebasan beragama...betul kah???

    ReplyDelete
  13. aku nak murtad macam mana a?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  14. kenapa tidak ada jawapan mcm mana nak keluar dari islam dengan cara yang baik.???

    ReplyDelete
  15. Sebab mmg tiada jalan keluar drpd Islam (melalui apa cara sekalipun). Perlembagaan menyatakan kebebasan agama namun tak pernah ada kes mahkamah membenarkan individu Muslim menukar agamanya. Hrp maklum.

    ReplyDelete
  16. Bagaimana cara seorang mualaf keluar dari agama islam dengan cara baik ? Inginkan penjelasan yg terperinci ..

    ReplyDelete
  17. hanya tukar passport negara lain, lepas tu balik msia lah.kwn2 i buat mcm ni paling senang.

    ReplyDelete
  18. saya ingin memeluk roman katolik ada bantahan

    ReplyDelete
  19. mostly orang kat malaysia nie islam sebab ibu bapa islam , bukan sebab temui jalan yang benar ape jadah semua tu .

    ReplyDelete
  20. Yang baca tapi tak paham dengan akal dan fikiran dan komen yg bodoh2 itu lah yg sebenar2nya bodoh lagi dungu..

    ReplyDelete