Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Tuesday, October 27, 2009

KENAPA DERAJAT LELAKI LEBIH TINGGI DARIPADA WANITA DI DALAM ISLAM?

Orang bukan Islam melihat terdapat diskriminasi terhadap wanita dalam Islam, kedudukan wanita lebih rendah berbanding lelaki. Adakah ini betul? Cuba kita rujuk kepada Qur'an :

Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menunggu tiga kali suci. Tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suaminya berhak merujuknya dalam masa menunggu tersebut, jika suami itu menghendaki ishlah. Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang makruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada istrinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Al-Baqarah 2;228).

Kalau kita melihat ayat di atas seolah-olah wujud kedudukan lelaki lebih tinggi berbanding wanita tetapi kita harus ingat lelaki mempunyai tangung jawab yang lebih besar berbanding wanita oleh sebab itu lelaki mempunyai sedikit kelebihan daripada wanita dalam hal-hal tertentu sahaja. Bahkan perempuan juga mempunyai kelebihan berbanding lelaki dalam kes-kes tertentu seperti contoh perempuan tidak diwajibkan sembahyang semasa masa kedatangan Haid (Menstruasi) sedangkan lelaki tidak.

Jadi hak seseorang sesuai tanggung jawab yang diberikan, kalau tanggung jawapnya besar maka haknya lebih besar. Analogi supaya kita mudah faham, Seorang guru besar di sekolah rendah mempunyai hak yang lebih besar berbanding guru biasa sebab guru besar mempunyai tanggung jawab dalam mentadbir sekolah manakala guru biasa hanya diberi tanggung jawab untuk mengajar semata-mata. Maka semakin besar tanggung jawab yang dipikul maka semakin besar hak yang didapat.

No comments:

Post a Comment