Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Monday, January 24, 2011

KENAPA PERLU PAKAI BAJU MELAYU SELEPAS MASUK ISLAM?

Islam bukan untuk sesuatu bangsa, Islam adalah agama yang universal. Kaedah berpakaian dalam Islam adalah menutup aurat, adakah baju melayu ataupun baju Cina.

Syarat-syarat menutup aurat dalam Islam

Mengikut Al-Qur'an dan hadis, pada dasarnya terdapat enam syarat-syarat dalam menutup aurat baik lelaki ataupun perempuan. Hanya satu syarat sahaja yang berbeza antara lelaki dan perempuan iaitu

i. Aurat, had tubuh yang perlu ditutup berbeza di antara lelaki dan perempuan. Had yang wajib bagi lelaki ialah menutup bahagian tubuh daripada pusat hingga lutut, bagi wanita pula seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan sampai pergelangan tangan.

Sedangkan syarat-syarat yang lain adalah sama antara lelaki dan perempuan iaitu Lima kriteria lain adalah sama bagi lelaki dan perempuan :
ii. Pakaian yang longgar dan tidak mendedahkan bentuk tubuh
iii.Pakaian tidak jarang/tipis sehingga dapat mendedahka
n bentuk tubuhnya.
iv.Pakaian tidak terlalu glamor sehingga menarik perhatian kaum bukan sejenis
v. Pakaian tidak boleh menyerupai pakaian lawan jenis (lelaki tidak menyerupai perempuan dan sebaliknya)
vi. Pakaian tidak menyerupai pakaian orang bukan islam iaitu pakaian menyerupai identiti atau simbol khas agama lain seperti Baju Risyi atau Rahib.

Hijab yang sempurna selain daripada enam syarat-syarat tersebut termasuk juga perilaku moral, budi pekerti, sikap dan niat seseorang individu. Seseorang yang hanya mengamalkan hijab pakaian sahaja maknanya hanya mengamalkan hijab dalam erti kata terhad. Hijab pakaian hendaklah disertai dengan hijab mata. hijab hati, hijab pemikiran dan hijab niat termasuk juga cara seseorang berjalan, bertutur, kelakuannya dan lain-lain lagi.

Islam tidak pernah mewajibkan muslim untuk memakai mana-mana pakaian tempatan termasuk juga pakaian melayu apabila masuk Islam. Tidak ada kelebihan menggunakan baju melayu berbanding baju Cina sekiranya kedua-duanya menutup aurat. Selain itu Islam melarang baju yang mempunyai unsur-unsur penyembahan dan gambar-gambar haiwan seperti naga dan harimau pada baju samfoo yang dipakai oleh kaum lelaki.

2 comments: