Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Monday, January 24, 2011

JIKA BUKAN ISLAM KAHWIN DENGAN MUSLIM KENAPA PERLU MEMELUK ISLAM?

Adakah isteri kena ikut suami?
Bukankah sepatutnya wanita harus mengikuti agama lelaki? Jika wanita Islam berkahwin dengan lelaki bukan Islam, sepatutnya wanita Islam harus meninggalkan agamanya dan memeluk agama bakal suami. Bukankah wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki? Bukankan wanita harus mengikuti agama bakal suami? Ataupun kekalkan agama masing-masing seperti perkahwinan campur antara agama selain islam seeprti perkahwinan wanita beragama hindu dengan lelaki beragama Budhism, mereka mengekalkan agama masing-masing dan tetap ahrmoni? Kenapa Islam memaksa lelaki yang berkahwin dengan wanita Islam untuk memeluk Islam?

1. Islam menghalalkan perkahwinan.
Islam menghraman zina dan menghalalkan perkahwinan. Firman Allah :

"Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada Adam, dan menciptakan Hawa daripada dirinya. Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai (An-Nisaa' 4:1)


Allah menciptakan setiap ciptaan-Nya berpasang-pasangan supaya mereka mencari pasangannya supaya mendapatkan ketenangan dalam hidup. Firman Allah :

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih sayang...(Ar-Rum 30;21)

2. Islam melarang muslim berkahwin dengan bukan Islam
Umat Islam harus mengamalkan undang-undang yang ditetapkan oleh Islam dalam pelbagai perkara termasuk juga perkahwinan. Jika lelaki bukan Islam ingin berkahwin dengan wanita Islam maka wajib mengikut undang-undang Islam. Islam melarang muslim melarang dengan orang musyrik. Firman Allah :

"Dan janganlah kamu nikahi perempuan musyrik, sebelum mereka beriman. Sungguh, hamba sahaya perempuan yang beriman lebih baik daripada perempuan musyrik sungguhpun dia menarik minatmu. Dan janganlah kamu nikahkan lelaki musyrik dengan perempuan beriman sebelum mereka beriman. Sungguh hamba sahaya lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki musyrik sungguhpun dia menarik hatimu. (Al-Baqarah 2:221)

Ayat di atas menyatakan dengan jelas bahawa lelaki dan perempuan muslim tidak boleh berkahwin dengan perempuan dan lelaki musyrik. Musyrik yang dimaksukan dalam ayat di atas adalah orang-orang yang mensyirikkan Allah dengan ciptaan-Nya. Allah menolak amalan orang-orang yang mengamalkan syirik seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini :

"Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dengan ciptaan-Nya), dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa memperesekutukan ciptaan dengan Allah, maka sungguh ia telah tersesat jauh. (An-Nisa 4;116)

3. Lelaki islam harus berkahwin dengan perempuan ahli Kitab

Islam memberikan kelonggaran kepada lelaki muslim untuk berkahwin dengan perempuan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani/kristian). Manakala wanita muslim dilarang berkahwin dengan lelaki ahli kitab. Firman Allah :

"....Dan dihalalkan bagi kamu menikahi wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita yang beriman dan wanita yang emnjaga kehormatan di antara wanita yang diberikan kitab sebelum kamu, apabila kamu membayar mas kawin untuk menikahinya , bukan untuk berzina dan perempuan simpanan.... (Al-Maidah 5:5)

Ahli kitab yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah orang-orang yang mempunyai kitab samawi iaitu kitab yang diturunkan oleh Allah kepada nabi-nabi-Nya seperti Zabur, Taurat dan Injil. Ahli kitab yang dibenarkan dinikahi oleh lelaki muslim adalah :

  1. Hendaklah perempuan tersebut beriman kepada Allah dan hari akhirat

  2. Hendaklah perempuan tersebut suci maksudnya bukan penzina dan melakukan zina dengan lelaki lain

  3. Bukan daripada kalangan orang yang memerangi umat Islam seperti zionis

  4. Tidak mendatangkan kemudaratan dan tidak mengundang fitnah

  5. Perempuan Ahli kitab tersebut tinggal di negara Islam sehingga suami lebih berpengaruh berbanding isteri sehingga kemungkinan isteri menerima lebih besar berbanding suami meninggalkan islam (Yusuf Qardhawi, Musarah)
Adapun hikmah dibenarkan perkahwinan dengan perempuan ahli kitab adalah:
  1. Ahli kitab beriman kepada kitab yang diturunkan oleh Allah maka terdapat banyak persamaan antara ahli kitab dengan muslim

  2. Suami yang beragama Islam beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah kepada ahli Kitab manakala ahli kitab tidak beriman kepada agam Islam maka perempuan muslim tidak boleh berkahwin dengan lelaki bukan islam

  3. Seorang isteri yang hidup bersama seorang muslim yang mengamalkan Islam akan melihat keindahan Islam sehingga minat menjadi muslim

  4. Anak-anak yang dilahirkan akan mengamalkan agama Islam kerana pengaruh suami lebih kuat berbanding isteri.
Antara sahabat Rasulullah yang berkahwin dengan ahli kitab adalah
  1. Osman bin Affan berkahwin dengan Nailah binti AlFarisah beragama kristian dan akhirnya memeluk Islam

  2. Huzaifah Ibn Al-Yaman berkahwin dengan seorang perempuan Yahudi dari Madian, Iraq

  3. Jabir Ibnu Abdullah yang berkahwin dengan wanita yahudi semasa pembukaan Kufah (Wahbab Al-Zuhaily, Al-Fiqh al-islami wa Adillatuh, 7/153)

Sungguhpun perkahwinan campur antara lelaki muslim dengan wanita ahli kitab dibenarkan oleh syarak tetapi amalan ini kurang sesuai diamalkan pada zaman sekarang kerana beberapa perkara :

  1. Umat Islam pada zaman sekarang adalah umat yang lemah sehingga objektif utama dakwah untuk memujuk wanita ahli kitab tidak tercapai

  2. Pada zaman awal Islam, budaya masyarakat pada masa tersebut lelaki menguasai wanita, suami dapat mengamalkan tanggung jawab dengan baik sedangkan pada zaman sekarang perempuan ramai yang berkerjaya sehingga segelintir suami dikuasai oleh isteri.

  3. Ibu mempunyai peranan yang besar dalam mendidik anak sehingga kebanyakan anak-anak tersebut mengamalkan agama ibu berbanding ayahnya.

Kerajaan Malaysia telah menfatwakan bahawa pernikahan antara lelaki muslim dengan wanita ahli kitab yang tidak mengamalkan kandungan kitabnya dengan betul adalah tidak sah (e-fatwa.gov.my/keputusan_view)

4. Islam melarang wanita muslim berkahwin dengan lelaki ahli kitab.

Islam tidak mahu orang-orang islam dikuasi oleh orang bukan islam, kebiasaan wanita lebih lemah berbanding lelaki. Jika wanita Islam dibenarkan berkahwin dengan lelaki bukan Islam maka bukan Islam akan menguasai wanita tersebut. Sedangkan Islam tidak membenarkan muslim dikuasai oleh bukan Islam. Firman Allah :

"Dan Allah tidak sekali-kali memberikan ruang kepada orang-orang kafir untuk menghancurkan umat Islam (An-Nisa 141).

14 comments:

  1. jangan berkenalan dengan agama lain supaya tidak menjadi masalah..sebab masing-masing dengan pegangan agama dan taat pada tuhannya..adalah lebih baik manusia itu mencari pasangan nya yang sama dengan agamanya.. fahamilah dan tunduk lah ajaran agama masing-masing

    ReplyDelete
    Replies
    1. racist betul pemikiran mu wahai sahabat.

      Delete
    2. yalakan ...kalau dh dikatakan kebebasan beragama itu, memang hak seseorang itu memilih agamanya sendiri... dalam perkahwinan, sepatutnya si wanita yang memeluk & menganuti agama bakal suami..

      Delete
    3. 1. Kenapa sepatutnya wanita yg perlu mengikut agama suami? Bukankan itu juga satu paksaan ?
      2. Apakah kaitan berkenalan dengan agama lain dengan isu ini? Berkenalan dan bersahabat dengan org islam tidak menjadikan kamu islam..
      3. Jika laki2 bukan islam menginginkan wanita2 islam maka dia harus memeluk islam kerana itu adalah hukum yg telah ditetapkan oleh agama islam.. Tapi kalau laki2 tersebut tidak sanggup memeluk islam maka tidak perlu kahwin dengan wanita tersebut.. Pilihlah wanita di kalangan agama kamu..
      4. Memeluk islam itu adalah pilihan bukan paksaan utk kalian ..

      Delete
    4. Jika begitu, bagaimana untuk berdakwah?? Adakah dakwah hanya utk seagama sahaja? Adakah al quran diturunkan khas untuk org islam sahaja?

      Delete
    5. Jika begitu, bagaimana untuk berdakwah?? Adakah dakwah hanya utk seagama sahaja? Adakah al quran diturunkan khas untuk org islam sahaja?

      Delete
    6. Jika begitu, bagaimana untuk berdakwah?? Adakah dakwah hanya utk seagama sahaja? Adakah al quran diturunkan khas untuk org islam sahaja?

      Delete
  2. Seorang lelaki Muslim berkahwin dengan Christian Dan punya anak Dan ingin berkahwin sekali lagi dengan wanita Muslim utk perkahwinan kedua.APA pandangan penulis..bolehkah wanita Muslim itu menerima lelaki Muslim itu walaupun dia menikahi wanita Christian sebagai isteri pertama..lelaki itu tidak mahu memaksa isteri Christian nya utk memeluk Islam..

    ReplyDelete
  3. Seorang lelaki Muslim berkahwin dengan Christian Dan punya anak Dan ingin berkahwin sekali lagi dengan wanita Muslim utk perkahwinan kedua.APA pandangan penulis..bolehkah wanita Muslim itu menerima lelaki Muslim itu walaupun dia menikahi wanita Christian sebagai isteri pertama..lelaki itu tidak mahu memaksa isteri Christian nya utk memeluk Islam..

    ReplyDelete
  4. Jika dikatakan agama islam adalah pilihan tapi bukan paksaan, tidak perlu pun memaksa wanita/lelaki bukan pemegang islam menukarkan agamanya. Perkahwinan adalah perkara yang bersuci dikatanya, kenapa diharuskan untuk menukarkan agama untuk bersama dengan orang idaman dia. Didapati informasi menyatakan juga di mana perkahwinan adalah tak sah, selainkan daripada agama islam. Dan lepas mati, hanya pemegang islam yang masuk syurga, agama-agama lain akan masuk neraka?

    ReplyDelete
  5. Laws are man made just in Msia.. how could laws surpassed Love.. even religions acknowledged Love.. Even a country with the most population of muslim, Indonesia don't force non-muslim to convert when they married to muslim.. A chinese girl I know married to Turkish guy also did not convert.. Europe country is a country that we should follow.. a free country and free thinker.. advance country and high in civic value.. malaysia only "high in religion" but no civic value.. quantity over quality.. what a shame

    ReplyDelete
    Replies
    1. I agreed !! Well Tbh I fall in love with a muslim guy. He did propose me but sadly i only could hold it cause if i get married in malaysia, i have to convert to muslim which is i didnt want it. He is a good guy tho, he respect my decision. And now he is looking forward to find a way to get married legally without convert to any religion. Do you have any suggestion? For my opinion, if your religion requires to hate other religion, you need a new religion. We’re all know that Allah is penyayang and maha pengasih, why He require us to hate each other? We are given agency with is the privilege to choose. If we force people to gather in one religion, our way might be as same as lucifer@satan plan for us. While, God want us to choose in order to grow in this earth. Im not being racist cause I love muslim too and half of my family is a muslim. I dont even hate them when they decide to convert to muslim because its their choice. But Im sad when muslim convert to any other religion, the surrounding mock them and keep bashing them. Didnt they have agency to choose? If you want courage them to stay in muslim, you should treat them with love and teach them with love. Not mocking them hmm I hope soon or later, this mentality will be vanished away. Have a good day cause God teach us to love one another ❤️

      Delete
    2. I also want to find a way how a non muslim and muslim people cam get married without converting. Can we (non muslim and muslim) get married at indonesia to get the certificate ? Because i know loves is not based on converting..

      Delete
  6. I just don't understand why if a non Muslim person married a Muslim person must convert be Islam...and that is should or not??

    ReplyDelete