Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Wednesday, October 3, 2012

ADAKAH ISLAM MENOLAK VALENTIME DAY

I. Islam tidak melarang manusia untuk berkasih sayang (Valentine Day) jika mengikut panduan yang ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran tetapi Allah melarang umatnya melakukan amalan-amalan maksiat seperti perzinahan dan lain-lain seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini. 

"Janganlah engkau mendekati zina, sungguh zina suatu amalan yang keji dan amalan yang buruk. (Surah al-Isra ayat 32)

Ayat di atas bukan hanya melarang manusia melakukan zina tetapi melakukan amalan-amalan yang dapat menyebabkan perzinaan juga dilarang. Oleh itu, islam menutup semua ruang yang dapat menyebabkan perzinaan seperti:
  1. Mewajibkan lelaki menjaga pandangan mata diterangkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud, Katakanlah kepada lelaki yang beriman, "Hendakhlah mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian lebih suci bagi mereka (Surah annur, ayat 30)
  2. Mewajibkan lelaki dan perempuan menutup aurat seperti ditetapkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud, Hendaklah perempuan yang beriman menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang lazim nampak. Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka dan anak lelakinya, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka atau  saudara lelaki dan anak lelakinya,  atau anak lelaki daripada adik-beradik perempuan, wanita-wanita islam, hamba-hamba yang mereka miliki, atau hamba-hamba yang tidak mempunyai nafsu kepada perempuan, atau anak-anak yang belum mempunyai nafsu terhadap perempuan (Surah annur ayat 32)
  3. Adapun syarat lelaki dan perempuan menutup aurat adalah sama kecuali batasan yang perlu ditutup sahaja berebza iaitu lelaki antara pusat sampai lutut manakala perempuan sluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. 
  4. Syarat menutup aurat adalah tidak boleh memakai pakaian yang ketat dan jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh antara. 
II. Islam menggalakkan berkasih sayang di antara ibubapa dengan anak-anak dan suami dnegan isteri setiap masa. Bahkan islam mewajibkan umatnya berkasih sayang sesama manusia seperti dilaporkan dalam hadis rasulullah di bawah ini, 

Tidak sempurna iman seseorang jika tidak mengasihi saudaranya seperti mengasihi dirinya sendiri (Dilaporkan dalam Bukhari dan Muslim)

III. Sejarah wujudnya Valentine Day (Hari Kasih sayang)


Perayaan Valentine Day (Hari Kekasih) merupakan amalan masyarakat Roman pada zaman dahulu. Amalan tersebut dilakukan oleh masyarakat Roman dengan menyembelih kambing dan melakukan ritual penyembahan di dalam Gua. Darah daripada kambing tersebut akan dicelupkan kain, kemudian kain tersebut akan dimasukkan ke dalam sebuah balang dan diletakkan di bandar-bandar. 


Lelaki bujang akan mengambil kain tersebut dan menyapu kepada anak-anak yang ada di bandar tersebut. Maka anak dara yang tersapu kain dan darah tersebut akan dipilih sebagai pasangan untuk berkasih sayang dan tinggal bersamadengannya sehingga datangnya perayaan tahun seterusnya. Bagi lelaki dan perempuan yang berkahwin selepas tinggal bersama pasangan masing-masing tidak meraikan perayaan tersebut sedangkan lelaki yang belum menjumpai pasangan yang sesuai akan meraikan perayaan tersebut pada tahun seterusnya. 


Nama Valentine Day diambil daripada Valentino yang suka membantu penghuni penjara dan menggalakkan orang supaya berkasih sesama manusia. Untuk mengabadikan ketelusan dan usaha beliau maka perayaan tersebut sebagai perayaan Valentine Day yang menggalakkan manusia saling menyayangi.  Sungguhpun demikian perayaan tersebut telah disalahfahami sehingga perayaan tersebut telah disambut dengan melakukan perzinaan di merata tempat. Oleh itu islam menolak perayaan tersebut kerana adanya unsur perzinaan dan maksiat lainnya. 

Empayar Barat telah mengamalkan dan mempopularkan budaya tersebut sehingga telah sebati dengan kehidupan masyarakat Barat pada masa tersebut. Kemudian untuk memudahkan masyarakat barat menerima kristian, sebahagian Paderi secara pribadi telah menggalakkan amalan tersebut supaya mereka senang menerima kristian. Sungguhpun demikian alaman tersebut tidak ada kaitan dengan ajaran kristian seperti sebahagian besar kepercyaan masyarakat hari ini. 

No comments:

Post a Comment