Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Saturday, February 4, 2012

SEJARAH KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD

Nabi Muhammad dilahirkan pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah (iaitu tahun di mana pasukan gajah yang diketuai oleh Abrahah ingin menghancurkan Ka'abah di kota Mekah, Allah telah menyelamatkan Ka'abah dengan menghantar burung ababil yang menghancurkan pasukan gajah tersebut seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini:

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan rancangan mereka untuk menghancurkan Ka'bah sia-sia belaka? Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong dan melempar mereka dengan batu daripada tanah yang terbakar, sehingga menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat. (Surah al-Fiil, ayat 1- sampai 5)

Ibu beliau bernama Aminah binti Wahab dan Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Muthalib. Beliau diberi nama Ahmad atau Muhammad oleh datuknya. Nama ini sesuai dengan nama yang diterangkan dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan ingatlah ketika Isa Putra Maryam berkata: "Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah, membenarkan kitab yang turun sebelumku, iaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan kedatangan seorang Rasul sesudahku, namanya Ahmad (Muhammad)" Maka tatkala rasul tersebut datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata." (Surah As-Shaff, ayat 6)

Semasa beliau berumur 6 bulan dalam kandungan ibunya, ayah beliau meninggal dan meninggalkan beberapa ekor unta sahaja. Beliau dilahirkan di kalangan masyarakat Arab Jahiliyah sehingga tidak ada orang yang membimbing beliau kecuali Allah. Firman Allah:

Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.(Surah Ad-Dhuha, ayat 7)

Sejak bayi, beliau diasuh oleh perempuan Baduwi bani Sa'ad bernama Halimah Sa’adiyah di kawasan yang jauh daripada bandar. Pada asalnya Halimat Sa’adiyah ingin mengasuh beliau selama dua tahun sahaja, tetapi Halimah meneruskan mengasuh beliau sehingga empat tahun kerana selama menjaga beliau rezekinya semakin bertambah. Kemudian beliau diasuh oleh ibunya sampai beliau berumur enam tahun dan ibunya meninggal, beliau diasuh oleh datuknya Abdul Muthalib selama dua tahun sehingga beliau berumur 8 tahun dan datuknyapun meninggal.

Kemudian beliau dijaga oleh bapa saudaranya Abu Thalib, pada awalnya Abu Thalib agak keberatan untuk menjaga beliau kerana kewangannya yang kurang stabil. Oleh itu, beliau harus membantu ayah saudaranya dengan mengembala kambing. Selepas beliau dewasa, beliau telah dibawa berniaga oleh bapa saudaranya ke Syam (Syiria). Seorang Rahib Nasrani telah menjumpai bapa saudara beliau dan menasihatkan supaya jangan membawa Muhammad ke Syiria lagi kerana takut orang-orang Yahudi akan membunuhnya kerana beliau mempunyai tanda-tanda kerasulan seperti diceritakan dalam kitab-kitab terdahulu.

Kemudian beliau dikenalkan kepada seorang hartawan yang bernama Khadijah binti Khuwailid. Beliau diamanahkan untuk berniaga bersama pembantu Khadijah binti Khuwailid yang bernama Misyakrah. Pembantu tersebut telah menceritakan kebaikan dan kejujuran Rasulullah kepada Khadijah binti Khuwailid sehingga Khadijah menghantar utusan untuk melamar Rasulullah menjadi suaminya.
Bersambung.....

2 comments: