Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Tuesday, February 28, 2012

ADAKAH MUSLIM DIJAMIN MASUK SYURGA?

Jawapannya Ya!


Rasulullah melaporkan dalam hadis di bawah ini yang bermaksud

Barang siapa mengatakan: "Aku redha Allah sebagai Tuhanku, islam agamaku dan Muhammad Rasulku" wajib baginya masuk syurga (Abu Daud)


Hadis di atas merupakan jaminan yang diberikan oleh Rasulullah kepada sesiapa yang beriman kepada Allah akan masuk syurga. Sungguhpun demikian tidak ada sesiapa yang dapat menjamin bahawa pengakuan keEsaan Allah akan kekal selama-lamanya. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini:

Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak pula mereka bersedih hati".


Selagi muslim mati dalam keimanan akan masuk syurga adakah di awal atau di akhir sesuai dengan amalan yang dilakukan. Syurga yang akan diperolehi oleh seseorang bergantung kepada amalan yang dilakukan. Jika lebih banyak amalan kebaikan daripada amalan keburukan maka akan mendapatkan syurga dengan peringkat yang lebih tinggi berbanding dengan yang lebih banyak melakukan amalan kejahatan. Jika banyak amalan kejahatan yang dilakukan maka ia akan disiksa terlebih dahulu di dalam neraka.


Syarat untuk masuk syurga


Pertama. Beriman dan beramal Soleh


Allah memberi balasan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan. Mereka mendapatkan keampunan dan syurga (Sab', ayat 4)


Kedua. Melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya


Daripada Abu Abdullah Jabir melaporkan Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan solat, berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya! (Sahih Muslim)


Merujuk kepada hadis di atas seolah-olah islam diberikan kepada lelai sahaja padahal syurga disediakan untuk lelaki dan perempuan juga.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”(Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Kedua. Mendirikan solat


Maka dirikankanlah solat itu (seperti lazimnya) sesungguhnya solat adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman ” (Surah An-Nissa’ ayat 103)


Solat merupakan perintah Allah kepada manusia untuk mendekatkan diri kepada Alalh dan membersihkan diri daripada dosa yang dilakukan oleh manusia seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini:


“Perumpamaan solat lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebuah sungai yang dalam dan mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”(Hadis Riwayat Muslim)


Ketiga Puasa di bulan ramadhan


Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku” Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak….(Hadis Riwayat Muslim)


Menghubungkan silatur rahmi


Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan, dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk. Dan orang-orang yang sabar Karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang Itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik), iaitu syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya.... (ar-Ra'du 21-23)

3 comments:

  1. Mereka yang bertaubat, beriman dan beramal akan dimasukkan surga(Maryam 61-62). Mengikut hadis mereka yang beramal dimasukkan kesurga diatas keredhaan Allah bukan semata mata kerana amalan mereka.

    ReplyDelete
  2. asal mw mendirikan sholat dan setiap manusia pnya iman. insya Allah..

    ReplyDelete
  3. Dan kalau macam itu penerangan saudara...then Islam bukanlah jaminan utk masuk ke Surga. Kerana semuanya ditentukan oleh amalan...

    The different between Kristian and Islam is this, Orang Kristian mempunyai Jaminan masuk ke Surga bukan kerana apa yang manusia lakukan tetapi apa yang Tuhan Yesus telah lakukan untuk manusia. Sebab itu dalam Yohanes 3 :16.. Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini sehingga dikaruniakan anakNya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepadanya tidak binasa melainkan beroleh hidup yang kekal. (JOhn 3; 16)

    For God so loved the world, that he gave his only Son, that whoever believes in him should not perish but have eternal life.

    Dlm bible, ada 2 org penjahat disalib kan di kiri dan kanan Yesus. Mereka tau Tuhan Yesus tidak berbuat salah dan salah seorang penjahat tersebut berkata kepada Tuhan Yesus ÝEsus ingatlah akan aku apabila Engkau datang sebagai Raja. Jawab Yesus kepada penjahat itu, Aku berkata kepadamu sesungguhnya hari ini juga engkau akan ada bersama-sama dengan aku di dalam Firdaus. Lukas 23:43

    Penjahat itu x sempat pun buat amalan apa2, tetapi oleh kerana dia meletakkan iman percaya nya kepada Yesus maka dia terselamat dari hukuman api neraka dan bersama-sama dengan Yesus di Surga.

    U see, this is what we called by GRACE. All by HIS GRACE. I pray u will read the bible once more and ask the True Living God to show you the truth because the truth shall make u free

    ReplyDelete