Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Wednesday, December 21, 2011

BERITA KEDATANGAN NABI MUHAMMAD DALAM KITAB AGAMA BUDHA

1. Gautama Buddha berkata dalam Chakkavantti Sinhnad Suttanta D. akan lahir ke dunia seorang Buddha yang dikenali dengan nama Maitreya iaitu seorang yang suci, mempunyai kuasa tertinggi, dikurniakan kebijaksanaan, bertuah dan mengenali alam semesta. Setiap yang Maitreya dapat daripada alam ghaib akan disampaikan ke seluruh alam. Maitreya akan menyampaikan risalah tersebut daripada awal sehingga akhir. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini:

Dan tidaklah yang diucapkannya mengikut keinginan hawa nafsunya. Ucapannya tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

(Surah an-Najm, ayat 3 sampai 4)

Maitreya akan memperkenalkan cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku memperkenalkan agama aku. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini:

….Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu….

(Surah al-Maidah, ayat 3)

Pengikut Maitreya lebih ramai daripada pengikut aku.

2. Sidharta Gautama Budha meramalkan kedatangan seorang manusia yang diberi petunjuk. Mempunyai sifat seperti manusia biasa iaitu

a. Mempunyai harta karun

b. Mempunyai keluarga iaitu anak dan istri

c. Mempunyai sifat kepimpinan.

d. Mempunyai kulit yang cerah dan dapat melihat pada waktu malam hari

e. Meninggal secara semula jadi pada malam hari yang ditandai dengan cahaya yang terang sebelum kematiannya.

f. Beliau tidak mempunyai guru yang sah.

3. Sebuah pokok berasal daripada Maitreya iaitu pokok yang mempunyai kayu keras. Nabi Muhammad melihat pokok di Hodebbeyya, tempat berlaku sumpah setia kepada rasulullah. Allah berfirman:

Sesungguhnya Allah telah rida terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dengan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya).

(Surat al-Fath; ayat 18)

4. Doktrin Budha (The Gospel of Buddha) oleh Caras mencatat bahawa akan datang ke dunia Budha yang agung dan dikenal sebagai Maitreya. Cakkavatti-Sihanada Suttana memberinya nama Maitreya yang bermakna Pemberi rahmat. Allah berfirman:

Kami tidak mengutus engkau, Wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.

(Surah al-Anbiya, ayat 107)

5. Pengikut Maitreya berjumlah ribuan orang dan jumlah pengikutku ratusan orang. Mempunyai kulit yang cerah dan pandangan yang tajam pada waktu malam. Nabi Muhammad sentiasa melakukan solat malam sebagai bukti kecintaan beliau kepada Allah sehingga beliau mempunyai pandangan yang tajam.

6. .Tidak ada kata-kata yang dapat menggambarkan keindahan pribadi Maitreya.…Keindahan suara maitreya sangat lembut dan sopan sehingga tidak bosan apabila didengar (Si-Yu-Ki, kandungan 1). Bahasa Al-Qur’an merupakan karya sastra yang unik dan dipuji oleh semua manusia.

7. Gautama Buddha berkata: “Saya bukanlah Buddha pertama atau yang terakhir yang dihantar ke dunia. Selepas aku akan datang seorang Buddha yang suci, mempunyai kesedaran yang tinggi, dikurniakan kebijaksanaan, mempunyai akhlak yang baik, mengenali alam semesta, pemimpin yang bijak, dikasihi oleh malaikat dan makhluk lain. Dia mengajarkan kebenaran yang hakiki. Agama yang diajarkan oleh Buddha tersebut akan menjadi cara hidup yang sempurna dan suci. Pengikut aku beratus-ratus maka pengikut Buddha tersebut adalah beribu-ribu.”

Monday, November 28, 2011

BOLEHKAH NON MUSLIM MENYENTUH AL-QURAN?

Ulama yang melarang non muslim menyentuh al-Quran berdasarkan ayat di bawah:

Sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah bacaan yang sangat mulia, pada kitab yang terpelihara (Lohmahfuz), tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan.

(Surah al-Waqiah, ayat 77 sampai 79)

Mengikut ulama tafsir, ayat tersebut merujuk kepada salinan al-Quran yang asal yang terdapat di Loh Mahfuz atau di dalam syurga. Salinan al-quran tersebut hanya boleh disentuh oleh orang-orang yang suci iaitu malaikat sahaja. Jadi ulama menyimpulkan bahawa non muslim boleh menyentuh al-Quran kerana al-Quran diturunkan sebagai petunjuk untuk manusia. Firman Allah:

Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Qur'an kepada hamba-Nya sebagai pemberi peringatan kepada seluruh alam,

(Surah al-Furqaan, ayat 1)

Dalam ayat yang lain Allah menerangkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada semua manusia. Firman Allah:

Beberapa hari yang ditetapkan adalah bulan Ramadan, bulan yang diturunkan permulaan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk tersebut dan pembeza antara yang hak dan yang batil….(Surah al-Baqarah, ayat 185)

Nabi Muhmmad juga menghantar surat kepada kerajaan non muslim dan menuliskan ayat-ayat al-Quran terutama ayat di bawah ini

Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah berpegang kepada satu kalimat yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa kita tidak sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak pula sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri kepada Allah (Muslim)".

(Surah ali-Imran, ayat 64)

Rasulullah menghantar surat kepada raja-raja antara lain Heraclius (Byzantin), Negus (Eithiopia), Muqawqas (Mesir), Kisra (Persia atau Iran). Sekiranya non muslim tidak boleh menyentuh al-Quran maka Rasulullah tidak akan menuliskan ayat-ayat al-Quran dalam surat beliau.

Friday, May 6, 2011

TUHAN UNTUK SEMUA

Alhamdulillah buku bertajuk TUHAN UNTUK SEMUA kary penulis yang pertama berjaya diterbitkan oleh PTS pada pesta buku Antara Bangsa PWTC. Alhamdulillah respon yang cukup baik daripada pembaca tentang kandungan buku ini, penjelasan yang mudah difahami dan menggunakan hujah yang sahih daripada Al-Qur'an dan Hadis serta saintifik.

Buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan muslim yang bergiat aktif dalam usaha menyebarkan islam dan juga bukan Islam yang sedang mengkaji Islam. Buku ini juga sangat baik dihadiahkan kepada saudara-saudara kita yang belum menerima Islam.

Hubuku tersebut dapat ditempah melalui penulis Faisal Abdurrahman di talian 019-3568602 ataupun melalui email cikmu06@yahoo.com serta menghantar mesej ke inbox facebook faisal_achenes@yahoo.com. Harga buku RM12 untuk semananjung termasuk kos penghantaran dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak termasuk kos penghantaran menggunakan pos laju.

Monday, January 24, 2011

KENAPA PERLU PAKAI BAJU MELAYU SELEPAS MASUK ISLAM?

Islam bukan untuk sesuatu bangsa, Islam adalah agama yang universal. Kaedah berpakaian dalam Islam adalah menutup aurat, adakah baju melayu ataupun baju Cina.

Syarat-syarat menutup aurat dalam Islam

Mengikut Al-Qur'an dan hadis, pada dasarnya terdapat enam syarat-syarat dalam menutup aurat baik lelaki ataupun perempuan. Hanya satu syarat sahaja yang berbeza antara lelaki dan perempuan iaitu

i. Aurat, had tubuh yang perlu ditutup berbeza di antara lelaki dan perempuan. Had yang wajib bagi lelaki ialah menutup bahagian tubuh daripada pusat hingga lutut, bagi wanita pula seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan sampai pergelangan tangan.

Sedangkan syarat-syarat yang lain adalah sama antara lelaki dan perempuan iaitu Lima kriteria lain adalah sama bagi lelaki dan perempuan :
ii. Pakaian yang longgar dan tidak mendedahkan bentuk tubuh
iii.Pakaian tidak jarang/tipis sehingga dapat mendedahka
n bentuk tubuhnya.
iv.Pakaian tidak terlalu glamor sehingga menarik perhatian kaum bukan sejenis
v. Pakaian tidak boleh menyerupai pakaian lawan jenis (lelaki tidak menyerupai perempuan dan sebaliknya)
vi. Pakaian tidak menyerupai pakaian orang bukan islam iaitu pakaian menyerupai identiti atau simbol khas agama lain seperti Baju Risyi atau Rahib.

Hijab yang sempurna selain daripada enam syarat-syarat tersebut termasuk juga perilaku moral, budi pekerti, sikap dan niat seseorang individu. Seseorang yang hanya mengamalkan hijab pakaian sahaja maknanya hanya mengamalkan hijab dalam erti kata terhad. Hijab pakaian hendaklah disertai dengan hijab mata. hijab hati, hijab pemikiran dan hijab niat termasuk juga cara seseorang berjalan, bertutur, kelakuannya dan lain-lain lagi.

Islam tidak pernah mewajibkan muslim untuk memakai mana-mana pakaian tempatan termasuk juga pakaian melayu apabila masuk Islam. Tidak ada kelebihan menggunakan baju melayu berbanding baju Cina sekiranya kedua-duanya menutup aurat. Selain itu Islam melarang baju yang mempunyai unsur-unsur penyembahan dan gambar-gambar haiwan seperti naga dan harimau pada baju samfoo yang dipakai oleh kaum lelaki.

JIKA BUKAN ISLAM KAHWIN DENGAN MUSLIM KENAPA PERLU MEMELUK ISLAM?

Adakah isteri kena ikut suami?
Bukankah sepatutnya wanita harus mengikuti agama lelaki? Jika wanita Islam berkahwin dengan lelaki bukan Islam, sepatutnya wanita Islam harus meninggalkan agamanya dan memeluk agama bakal suami. Bukankah wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki? Bukankan wanita harus mengikuti agama bakal suami? Ataupun kekalkan agama masing-masing seperti perkahwinan campur antara agama selain islam seeprti perkahwinan wanita beragama hindu dengan lelaki beragama Budhism, mereka mengekalkan agama masing-masing dan tetap ahrmoni? Kenapa Islam memaksa lelaki yang berkahwin dengan wanita Islam untuk memeluk Islam?

1. Islam menghalalkan perkahwinan.
Islam menghraman zina dan menghalalkan perkahwinan. Firman Allah :

"Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada Adam, dan menciptakan Hawa daripada dirinya. Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai (An-Nisaa' 4:1)


Allah menciptakan setiap ciptaan-Nya berpasang-pasangan supaya mereka mencari pasangannya supaya mendapatkan ketenangan dalam hidup. Firman Allah :

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih sayang...(Ar-Rum 30;21)

2. Islam melarang muslim berkahwin dengan bukan Islam
Umat Islam harus mengamalkan undang-undang yang ditetapkan oleh Islam dalam pelbagai perkara termasuk juga perkahwinan. Jika lelaki bukan Islam ingin berkahwin dengan wanita Islam maka wajib mengikut undang-undang Islam. Islam melarang muslim melarang dengan orang musyrik. Firman Allah :

"Dan janganlah kamu nikahi perempuan musyrik, sebelum mereka beriman. Sungguh, hamba sahaya perempuan yang beriman lebih baik daripada perempuan musyrik sungguhpun dia menarik minatmu. Dan janganlah kamu nikahkan lelaki musyrik dengan perempuan beriman sebelum mereka beriman. Sungguh hamba sahaya lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki musyrik sungguhpun dia menarik hatimu. (Al-Baqarah 2:221)

Ayat di atas menyatakan dengan jelas bahawa lelaki dan perempuan muslim tidak boleh berkahwin dengan perempuan dan lelaki musyrik. Musyrik yang dimaksukan dalam ayat di atas adalah orang-orang yang mensyirikkan Allah dengan ciptaan-Nya. Allah menolak amalan orang-orang yang mengamalkan syirik seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini :

"Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dengan ciptaan-Nya), dan Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa memperesekutukan ciptaan dengan Allah, maka sungguh ia telah tersesat jauh. (An-Nisa 4;116)

3. Lelaki islam harus berkahwin dengan perempuan ahli Kitab

Islam memberikan kelonggaran kepada lelaki muslim untuk berkahwin dengan perempuan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani/kristian). Manakala wanita muslim dilarang berkahwin dengan lelaki ahli kitab. Firman Allah :

"....Dan dihalalkan bagi kamu menikahi wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita yang beriman dan wanita yang emnjaga kehormatan di antara wanita yang diberikan kitab sebelum kamu, apabila kamu membayar mas kawin untuk menikahinya , bukan untuk berzina dan perempuan simpanan.... (Al-Maidah 5:5)

Ahli kitab yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah orang-orang yang mempunyai kitab samawi iaitu kitab yang diturunkan oleh Allah kepada nabi-nabi-Nya seperti Zabur, Taurat dan Injil. Ahli kitab yang dibenarkan dinikahi oleh lelaki muslim adalah :

  1. Hendaklah perempuan tersebut beriman kepada Allah dan hari akhirat

  2. Hendaklah perempuan tersebut suci maksudnya bukan penzina dan melakukan zina dengan lelaki lain

  3. Bukan daripada kalangan orang yang memerangi umat Islam seperti zionis

  4. Tidak mendatangkan kemudaratan dan tidak mengundang fitnah

  5. Perempuan Ahli kitab tersebut tinggal di negara Islam sehingga suami lebih berpengaruh berbanding isteri sehingga kemungkinan isteri menerima lebih besar berbanding suami meninggalkan islam (Yusuf Qardhawi, Musarah)
Adapun hikmah dibenarkan perkahwinan dengan perempuan ahli kitab adalah:
  1. Ahli kitab beriman kepada kitab yang diturunkan oleh Allah maka terdapat banyak persamaan antara ahli kitab dengan muslim

  2. Suami yang beragama Islam beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah kepada ahli Kitab manakala ahli kitab tidak beriman kepada agam Islam maka perempuan muslim tidak boleh berkahwin dengan lelaki bukan islam

  3. Seorang isteri yang hidup bersama seorang muslim yang mengamalkan Islam akan melihat keindahan Islam sehingga minat menjadi muslim

  4. Anak-anak yang dilahirkan akan mengamalkan agama Islam kerana pengaruh suami lebih kuat berbanding isteri.
Antara sahabat Rasulullah yang berkahwin dengan ahli kitab adalah
  1. Osman bin Affan berkahwin dengan Nailah binti AlFarisah beragama kristian dan akhirnya memeluk Islam

  2. Huzaifah Ibn Al-Yaman berkahwin dengan seorang perempuan Yahudi dari Madian, Iraq

  3. Jabir Ibnu Abdullah yang berkahwin dengan wanita yahudi semasa pembukaan Kufah (Wahbab Al-Zuhaily, Al-Fiqh al-islami wa Adillatuh, 7/153)

Sungguhpun perkahwinan campur antara lelaki muslim dengan wanita ahli kitab dibenarkan oleh syarak tetapi amalan ini kurang sesuai diamalkan pada zaman sekarang kerana beberapa perkara :

  1. Umat Islam pada zaman sekarang adalah umat yang lemah sehingga objektif utama dakwah untuk memujuk wanita ahli kitab tidak tercapai

  2. Pada zaman awal Islam, budaya masyarakat pada masa tersebut lelaki menguasai wanita, suami dapat mengamalkan tanggung jawab dengan baik sedangkan pada zaman sekarang perempuan ramai yang berkerjaya sehingga segelintir suami dikuasai oleh isteri.

  3. Ibu mempunyai peranan yang besar dalam mendidik anak sehingga kebanyakan anak-anak tersebut mengamalkan agama ibu berbanding ayahnya.

Kerajaan Malaysia telah menfatwakan bahawa pernikahan antara lelaki muslim dengan wanita ahli kitab yang tidak mengamalkan kandungan kitabnya dengan betul adalah tidak sah (e-fatwa.gov.my/keputusan_view)

4. Islam melarang wanita muslim berkahwin dengan lelaki ahli kitab.

Islam tidak mahu orang-orang islam dikuasi oleh orang bukan islam, kebiasaan wanita lebih lemah berbanding lelaki. Jika wanita Islam dibenarkan berkahwin dengan lelaki bukan Islam maka bukan Islam akan menguasai wanita tersebut. Sedangkan Islam tidak membenarkan muslim dikuasai oleh bukan Islam. Firman Allah :

"Dan Allah tidak sekali-kali memberikan ruang kepada orang-orang kafir untuk menghancurkan umat Islam (An-Nisa 141).

KENAPA MASUK ISLAM PERLU BERSUNAT?

Bukankah Allah menciptakan manusia sebagai makhluk paling sempurna? Kenapa perlu disunat? Bukankah ini membuktikan bahawa manusia diciptkana tidak sempurna?


Ada bahagian yang perlu dibuang bukan bermakna ciptaan Allah tidak sempurna sebagai contoh kita sentiasa memotong kuku dan rambut, adakah ini bermakna Allah menciptakan manusia tidak sempurna? Pembuangan bahagian tersebut untuk memudahkan kita menjaga kebersihan.


Sebelum kita menrangkan tentang kenapa perlu bersunat? Perkara pertama yang perlu kita terangkan bahawa apa itu sunat dan bahagian mana yang dibuang? Kebanyakan bukan Islam tidak faham bahagian mana yang dibuang sehingga sangat takut bersunat. Terangkan kepada mereka bahawa hanya hanya kulit di bahagian hujung zakar sahaja yang dibuang. Gambar di atas menunjukkan cara suant yang salah sebab semua kulit zakat dibuang, hanya dibuang sedikit sahaja bahagian kulit hujung sampai batas lekukan sahaja.
Kebanyakan muslim memberikan maklumat yang tidak lengkap tentang sunat sehingga bukan Islam merasa takut. Bahkan sebahagian muslim sengaja menakut-takutkan mereka dengan mengatakan dipotong semua zakar.


Khatan adalah amalan sunat dalam Islam, ia merupakan amalan nabi-nabi. Rasulullah menerangkan bahawa Nabi Ibrahim juga berkhatan


Rasulullah bersabda: Ibrahim berkatan pada umur 80 tahun, beliau berkahtan pada alqadum (Sahih Bukhari)


Dalam Al-kItab menceritakan bahawa Yesus bersunat.


Selepas umur lapan hari, tibalah masanya untuk ia bersunat, dia dinamakan Yesus (Luke 2;21)


Ayat di atas menjelaskan bahawa Yesus bersunat pada umur lapan hari, ini merupakan amalan bangsa Yahudi seperti diterangkan dalam ayat di bawah ini.


Setiap lelaki harus sunat, sunat merupakan tanda jasmani yang menunjukkan perjanjian aku dengan Engkau adalah kekal. Setiap lelaki yang tidak disunat bukan umatku kerana ia tidak berpegang kepada perjanjian (Genesis 17;13-14)


Sungguhpun demikian Rasulullah tidak mewajibkan umatnya untuk melakukan khatan...Namapun sunat jadi diberikan pilihan untuk berkhatan ataupun tidak. Sungguhpun demikian Islam Rasulullah menggalakkan berkhatan kerana kebaikan-kebaikan daripada khatan. Adapun kebaikan daripada khatan adalah


1. Sunat akan memudahkan untuk menjaga kebersihan, bahagian alat sulit adalah bahagian yang paling sensistif dan mudah dijangkiti kuman jika tidak bersih. Permukaan yang ditutupi oleh kulit akan memudahkan bakteri membiak dengan cepat.


2. Zakar yang tidak disunat akan mudah berlaku iritasi kulit apabila zakar menegang sehingga ada sesetengah kes terjadi robekan pada kulit bahagian hujung zakar apabila menegang.


3. Mengikut kajian yang dilakukan di Afrika, lelaki yang bersunat 30% lebih selamat daripada jangkitan virus HIV.


Oleh itu, sekarang ramai lelaki bukan Islam juga bersunat terutama di negara-negara maju kerana isu kebersihan dan kesihatan. Sungguhpun demikian Islam tidka pernah mewajibkan umatnya untuk sunat serta merta. Perlukan masa yang sesuai untuk melakukan khatan sehingga saudara muslim betul-betul telah bersedia.


Antara teknik yang biasa digunakan dalam bersunat adalah membuang kulit menggunakan gunting bedah selepas dibius, menggunakan laser dan Klamp. Laser dan Klamp teknologi terbaru yang dapat mengurangkan rasa sakit dan lebih cepat sembuh. KBagi lelaki yang bekerja dengan syarikat swasta dan susah mendapatkan cuti maka digalakkan untuk menggunakan Klamp kerana lebih selesa bergerak selepas disunat. Selepas bersunatpun boleh terus menggunakan seluar dan bergerak seperti biasa.