Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Saturday, May 1, 2010

KENAPA UMAT ISLAM MELAKUKAN BOM BERANI MATI?

Islam tidak pernah mengajarkan bom bunuh diri, sebetulnya bom bunuh diri telah bermula sejak perang Vietnam melawan Amerika Serikat. Bom bunuh diri akan dilakukan sekiranya tidak ada pilihan lain untuk menyelamatkan diri oleh orang yang ditindas. Sungguhpun demikian bom bunuh diri lebih popular di kalangan masyarakat Islam sejak akhir-akhir ini, hal ini disebabkan banyak bom bunuh diri dilakukan oleh masyarakat Islam seperti di Palestina, Iraq dan Afganistan serta Cechen.

Sebelum negara-negara tersebut dijajah tidak pernah terdengar bom bunuh diri, tetapi kenapa Islam melakukan bom bunuh diri selepas negara tersebut dijajah? Ada banyak alasan bom bunuh dilakukan di negara tersebut :

1. Rakyat Palestina, Iraq, Afganistan dan Cechen telah ditindas dan dinafikan hak asas sebagai manusia tetapi tidak ada negara-negara yang konon pembela hak asasi manusia yang membela mereka. Oleh itu untuk mempertahankan diri mereka akan melakukaan apasaja untuk menakuti negara-negara penjajah tersebut.

2. Negara penjajah mempunyai persenjataan yang canggih sedangkan negara-negara tersebut tidak mempunyai senjata yang canggih. Hanya bom bunuh diri yang dapat menggerunkan mereka sehingga penindasan sedikit berkurangan.

Sungguhpun demikian bom bunuh diri tidak dibenarkan dilakukan kepada orang awam hanya untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh dan juga untuk membuat musuh gerun sebab Islam tidak membenarkan pembunuhan orang awam sungguhpun dalam peperangan seperti Firman Allah dalam ayat di bawah :

Dan perangilah orang-orang yang memerangi kamu kerana menegakkan dan mempertahankan agama Allah, dan janganlah memulakan peperangan, kerana Allah tidak suka kepada orang-orang yang memulakan peperangan (Al-Baqarah 2;190).

4 comments:

  1. ade dalil yg lebih kukuh n ape2 fatwa yg lebih kukuh utk jelaskan hal begini..syukran..

    ReplyDelete
  2. isu yang menarik...mungkin saudara faisal boleh sertakan kisah drpd sirah nabawiyyah (jika ada...) yg boleh dikaitkan dengan isu yg dipaparkan ini...
    syukran...

    ReplyDelete
  3. Jadi tetap saja dipandang sebagai perbuatan dosa walaupun demi agama dan bangsa
    terima kasih atas penjelasannya

    ReplyDelete
  4. "1. Rakyat Palestina, Iraq, Afganistan dan Cechen telah ditindas dan dinafikan hak asas sebagai manusia tetapi tidak ada negara-negara yang konon pembela hak asasi manusia yang membela mereka. Oleh itu untuk mempertahankan diri mereka akan melakukaan apasaja untuk menakuti negara-negara penjajah tersebut."

    Nak takutkan musuh mana ada perlu gunakan bom bunuh diri, angkat senjata pergi berperang macam jantan la. Bom bunuh diri lagi banyak mudarat daripada manfaat. Disebabkan orang macam anda lah, semakin banyak bom bunuh diri dilakukan atas nama Islam di negara2 tersebut.

    Yang mati akhirnya orang awam Islam juga, apa kata jikalau saya mengebom diri di rumah anda kerana ada tentera US di sebelah rumah anda, dan menyebabkan kematian seluruh keluarga anda? Saya beralasan "itu tak sengaja, saya nak bunuh tentera US itu"..Inilah yang berlaku sekarang, bom tidak boleh digunakan di tempat awam dgn sewenang-wenangnya.

    "2. Negara penjajah mempunyai persenjataan yang canggih sedangkan negara-negara tersebut tidak mempunyai senjata yang canggih. Hanya bom bunuh diri yang dapat menggerunkan mereka sehingga penindasan sedikit berkurangan."

    BOHONG. Mana ada gerun? Satu serangan bom berani mati ke Israel, bertubi-tubi serangan F-16 ke atas Palestin. Malah musuh akan lebih berdendam dgn org Islam sebab pengebom berani mati selalunya akan memakai pakaian orang awam, dan apabila mendapat kepercayaan musuh kafir, mereka akan meletupkan diri mereka. Ini melibatkan penipuan, dan akhirnya org awam Islam tidak boleh dipercayai sbg orang awam dan akan ditindas juga.

    Bagi la dalil Quran dan Sunnah, biar kami nilai.

    ReplyDelete