Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Friday, January 29, 2010

ADAKAH BEKAS MEMASAK BABI PERLU DISAMAK?

Ramai yang mengatakan bekas yang digunakan untuk memasak babi atau anjing adalah wajib disamak merujuk kepada pandangan Muhd Arshad Al-Banjari
Apabila mulut dan air liur anjing bernajis, padahal mulutnya adalah sebaik-baik bahagian daripada haiwan, maka bahagian badannya, tahinya dan kecingnya lebih najis.
Beliau mengkiaskan bahawa sekiaranya air liurnya bernajis maka bahagian lain lebih bernajis sebab mulut adalah bahagian yang paling suci daripada bahagian lain. Merujuk penemuan saintifik bahawa mulut atau air lius adalah bahagian yang paling banyak mengandungi bakteria berbanding bahagian lain. Sehingga apabila seseorang yang sedang menghidap penyakit influenza atau selesema maka dilarang keras untuk bersih ke arah orang lain kerana virus cepat menyebar melalui mulut atau air liur. Jadi kurang tepat kalau dikiaskan mulut lebih suci daripada bahagian tubuh babi dan anjing.
Dalam ayat yang lain beliau berkata bahawa:
Barang yang terkena najis berat (Najasah mughallazah) tidak suci kecuali dibasuh dengan enam kali air biasa dan sekali air tanah yang suci.
Dalam ayat di atas Al-Banjari telah mengkiaskan babi dengan anjing tetapi ini bercanggah dengan Hadith di bawah ini:
Ketika aku ramaja, aku telah tidur dalam masjid pada zaman Muhammad sedangkan anjing kencing dan berlarian dalam masjid, tetapi para sahabat tidak merenjis air (Sahih Bukhari 1;75;172).
Dalam Hadith yang lain juga Muhammad menerangkan perkara ini:
Wahai Rasulullah! Sesungguhnya negeri kami ialah negeri ahli kitab, mereka makan daging babi dan minum arak, maka apa yang kami perlu buat dengan bekas dan periuk mereka? Rasulullah menjawab: "Jika kamu tidak ada bekas lain, maka hendaklah kamu bersihkan dengan air, kemudian kamu gunakan untuk makan dan minum kamu" (At-Tirmizi 1797 dan Ahmad 4;193).
Bahkan lebih dasyat lagi apabila ada muslim di Malaysia yang menyamak rumah yang pernah diduduki oleh bukan muslim disebabkan orang bukan muslim tersebut makan babi atau makanan haram lainnya. Ini adalah salah tanggapan di kalangan muslim dan bukan muslim.

Padahal kalau kita merujuk kepada Al-Qur'an dan Hadith, daging babi hanya haram untuk dimakan dan tidak wajib untuk disamak bekas yang digunakan untuk memasak babi atau haiwan haram lainnya. Sila rujuk ayat di bawah tentang pengharaman babi :



Katakanlah: "Tidaklah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi - kerana semua itu kotor atau haiwan yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa dalam keadaan terpaksa sedangkan dia tidak menghendakinya dan tidak pula melampui had, maka Allah maha pengampun lagi maha penyayang (Al-An'am 6;145).



Mangikut ayat di atas daging babi haram dimakan tetapi tidak ada mengatakan wajib samak bekas yang digunakan untuk memasaknya. Bahkan mengikut pandangan ulama bulu babi boleh digunakan sebagai benang. Sedangkan yang wajib disamak adalah apabila bekas dijilat oleh anjing, ini berdasarkan hadith yang dilaporkan oleh Abu Hurairah :


Telah berpesan Muhammad : Mensucikan bekas yang dijilat oleh anjing dengan mencucinya sebanyak tujuh kali, mula-mula dengan tanah (dilaporkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Baihaqi).


Daripada hadith di atas samak hanya berlaku apabila bekas dijilat oleh anjing sahaja sedangkan bekas yang digunakan untuk masak babi tidak diterangkan. Maka mengikut pandangan ulama bekas yang digunakan untuk memasak babi mencukupi sekadar membasuh menggunakan sabun biasa sahaja tanpa perlu samak.

No comments:

Post a Comment