Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Tuesday, August 11, 2009

ADAKAH UMAT ISLAM MENYEMBAH KA'BAH?

Jawapannya Tidak! Umat Islam menghadap ke arah masjdil haram seperti perintah Allah yang tercantum dalam ayat di bawah ini :

Dan dari mana saja kamu keluar, maka palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, maka hadapkanlah mukamu ke arahnya, agar tidak ada hujah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka... (Al-Baqarah 2;150).

Di samping itu perintah menghadap ke arah Masjidil Haram seperti Hadith Nabi Muhammad di bawah ini :
Kami bershalat bersama Nabi Muhammad selam 16 atau 17 bulan menghadap ke Baitul Maqdis, kemudiankan di alihkan ke arah Masjidil Haram (Ka'bah) dilaporkan dalam Sahih Muslim.
Ka'bah juga merupakan pusat dunia, maka dengan tawaf (mengelilingi Kabah) maka umat Islam adalah harmoni sebab sesuai dengan tabi'i. Ka'bah juga rumah ibadah pertama yang dibina oleh Ibrahim dan Ismail seperti disebutkan dalam ayat di bawah ini :

Dan ingatlah, ketika Kami menjadikan Baitullah tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat shalat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: "Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang iktikaf, rukuk dan sujud" (Al-Baqarah 2;125).

Ayat tersebut menerangkan bahawa kiblat umat Islam adalah Masjidil haram, umat Islam hanya menyembah Allah dengan pusat masjidil haram bukan Ka'bah. Arah menuju Masjidil haram menunjukkan uniti, sehingga semua umat Islam di dunia ini akan menghadap ke arah yang sama iaitu Masjidil Haram. Adapun bukti bahawa umat Islam tidak menyembah Ka'bah adalah sebagai berikut :

1. Perkembangan teknologi telah memungkinkan Ka'bah dialihkan ke tempat lain, sekiranya Ka'bah dialihkan ke KLCC, Malaysia maka adakah umat Islam tetap akan menghadap ke Masjidil haram atau KLCC?. Jawapannya tetap menghadap Masjidil Haram. Kalau umat Islam menyembah Ka'bah maka kemana Ka'bah berpindah maka ke situlah arah dalam sembahyang

2. Setiap yang disembah maka akan disanjungi dan dihormati sehingga tidak berani dipijak, sedangkan Ka'bah setiap haru dipijak oleh Sahabat Muhammad semasa melaungkan Azan. Bahkan berjuta umat islam memijak gambar Ka'bah yang ada di Tikar sembahyang. Kalau sesuatu yang disembah maka tidak berani pijak, contohnya umat Hindu tidak berani pijak gambar, Vishnu atau Brahma. Begitu juga umat Kristian tidak akan berani pijak gambar Yesus, Agama budha juga tidak berani pijak gambar Buddha.

3. Ka'bah setiap beberapa tahun dibaik pulih, sekiranya umat Islam menyembah Ka'bah maka selama proses membaik pulih maka umat islam tidak payah sembahyang sebab Ka'bah belum siap, buktinya umat Islam tetap sembahyang seperti biasa sungguhpun Ka'bah dalam proses pembaik pulih.

4. Bukti lain yang menunjukkan umat Islam tidak menyembah Ka'bah adalah tidak pernah ada satu katapun dalam sembahyang menyebut nama Ka'bah sedangkan sesuatu yang disembah maka akan disebutnya seperti Ya Allah, Yesus, Budha dan Brahma sentiasa disebut dalam penyembahannya.

Monday, August 3, 2009

PERSAMAAN ISLAM DENGAN KRISTIAN

Kalau kita melihat kepada amalan umat kristian hari ini hampir jarang ditemui persamaan dengan amalan umat Islam, tetapi kalau kita merujuk kepada kitab agama kristian iaitu Al-Kitab atau Bible maka kita akan temui banyak persamaan antara umat kristian dan umat Islam. Kita mungkin akan hairan kenapa ini berlaku? Jawapannya Pada asalnya agama Kristian dan Islam juga berasal daripada satu sumber iaitu Allah, asalnya kristian adalah agama yang mengikut ajaran Yesus tetapi telah banyak terjadi perubahan akibat salah tafsiran oleh pengikutnya.

1. Konsep Ketuhanan
a. Tuhan adalah Esa
Qur'an : Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa (Al-Ikhlas 112;1)
Sungguh kafir orang yang berkata: “Sungguh Allah itu ialah Al Masih putra Maryam”. Padahal Al masih sendiri berkata, “Wahai Bani Israel! Sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu" Sesungguhnya orang yang mensyirikkan Allah dengan sesuatu ciptaan-Nya, maka Allah mengharamkan syurga kepadanya, dan tempatnya adalah neraka... (Al-Maidah 5;72).

Yang memiliki sifat-sifat yang demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu (Al-An'am 6;102).
Bible : Shama Israelu adonoi ilahaini adonoi ahud : Wahai orang Israel! Tuhan - dan tuhan satu-satunya ialah Tuhan kita (Deutronomy 6;4).
Yesus menjawab, inilah perintah yang paling utama, Shama Israelu adonoi ilahaini adonoi ahud : ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan kita, dialah Tuhan yang Esa (Mark 12:28-29).
Pada asalnya konsep Ketuhanan yang diajarkan Yesus dan Muhammad adalah sama iaitu menyembah Tuhan yang Esa, tetapi selepas ketiadaan Yesus pengikut beliau telah menambah ajaran yang bercanggah dengan ajaran Yesus.
b. Allah itu tempat bergantung segala sesuatu/kekal
Bible : Allah yang kekal menjadi perlindungan kamu, maknya tidak ada awal dan akhir (Deutronomy: 33;27).
Qur'an : Allah adalah Tuhan tempat bergantung segala sesuatu maknanya tidak ada awal dan kahir (Al-Ikhlas: 112;2).

Allah, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya (Al-Imran 3;2).

c. Tuhan tidak dapat dilihat
Qur'an : Tidak ada sesuatupun yang setara dengan-Nya (Al-Ikhlas 112;4).

Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui (Al-An'am 6;103).
Bible : Kamu belum pernah mendengar suaranya atau melihat mukanya (John 5;37).
“Allah itu roh, hanya dengan kuasa roh orang dapat menyembah Allah yang benar” (John 4:24).
d. Jangan sembah patung
Seruan untuk menyembah Allah seperti disebutkan dalam ayat di bawah :

Tentang orang mati dibangkitkan semula, belum pernahkah kamu baca apa yang difirmankan oleh Allah? Allah berfirman, "Akulah Allah yang disembah Abraham, Ishak dan Ya'kub". Oleh itu, Dia Allah orang hidup, bukan Allah orang mati (Matthew 22;31-32)
Rujuk juga ayat di bawah ini :
Kemudian Yesus dan pengikutnya pergi ke suatu tempat bernama Getsemani. Dia berkata kepada mereka, "Duduklah di sini sementara Aku pergi ke sana untuk berdoa". Yesus mengajak Petrus dan kedua anak Zebedeus pergi bersama dengan-Nya. Dia sangat sedih dan gelisah. Yesus berkata kepada pengikut-Nya, " Hatiku sedih sekali sehingga Aku rasa mahu mati. Tinggallah di sini dan berjagalah dengan Aku". Yesus pergi lebih jauh sedikit lalu bersujud dan berdoa, " Ya Allah, jika boleh, jauhkanlah cawan penderitaan ini daripada-Ku! Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak Engkau sahaja". Kemudian Yesus kembali kepada ketiga pengikut-Nya dan mendapati mereka sedang tidur. Beliau berkata kepada Petrus " Tidak dapatkan kamu bertiga berjaga dengan Aku selama satu jam? Berjaga-jagalah dan berdoalah supaya kamu tidak mengalami cubaan. Memang kamu ingin melakukan apa yang benar, tetapi kamu tidak sanggup kerana tabi'at manusia lemah. Sekali lagi Yesus pergi dan berdoa, "Ya Allah, jika cawan penderitaan ini tidak dapat dijauhkan daripada-Ku, tetapi harus Aku minum, biarlah kehendak Engkau berlaku". Kemudian Yesus kembali kepada pengikut-pengikutnyadan beliau mendapati mereka masih tidur kerana mengantuk. Sekali lagi Yesus meninggalkan mereka, lalu pergi dan berdoa dengan kata-kata yang sama untuk kali ketiga (Matthew 26;36-44).
Di ayat yang lain Yesus juga berdoa kepada Allah :
Pada masa itu Yesus naik ke sebuah bukit untuk berdoa. Di situ Dia berdoa kepada Allah semalaman (Luke 6;12).
Kira-kira seminggu selepas Yesus mengatakan hal itu, Dia membawa Petrus, John dan Yakob ke sebuah bukit untuk berdoa (Luke 9;28).
e. Bertaubat untuk menghapuskan dosa
Sejak itu Yesus mula mengisytiharkan perkhabaran-Nya, " Bertaubatlah daripada dosa kamu, kerana tidak lama lagi Allah akan memerintah!" (Matthew 4;17).
2. Yesus adalah Muslim.
Muslim adalah orang-orang yang menyerah diri kepada Allah, semua yang dilakukan hanya mengikut kehendak Allah semata
Apa kata Qur'an? :
Semasa Isa mengetahui keingakaran bani israel berkata ia: Siapakah yang akan menjadi penolongku untuk menegakkan agama Allah?” Sahabat2 setia menjawab: “Kamilah penolong agama Allah, kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahawa sungguh kami adalah orang-orang yang berserah diri = Muslim (Ali-Imran 3;52).
Apa kata Bible? :
“Aku tidak dapat melakukan apa-apa menurut kehendakku sendiri. Aku menghakimi orang menurut apa yang diperintahkan oleh Allah. Oleh itu keputusanku adil, kerana aku tidak mengikuti kehendakku sendiri melainkan kehendak Allah yang mengutus ku” (JOHN 5:30).
Ayat di atas membuktikan Yesus adalah Muslim iaitu orang yang berserah diri kepada Allah.

3. Circumsize/ berkhatan
Hari ini umat Islam mengamalkan circumsize bagi setiap lelaki, ini sesuai dengan amalan Yesus yang juga mengamalkan berkhatan (circumsize). Sila rujuk ayat dalam Bible seperti tersebut di bawah ini:
Selepas berumur lapan hari, tibalah masanya anak itu disunat, dia dinamakan Yesus (Luke 2;21).
Setiap lelaki mesti disunat; sunat menjadi tanda jasmani yang menunjukkan bahawa perjanjian-KU dengan engkau kekal. Setiap lelaki yang tidak disunat tidak dianggap umat-KU kerana ia tidak berpegang pada perjanjian (Genesis 17;13-14).

4. Yesus berpuasa
Umat Islam hari ini berpuasa selama satu bulan, manakala Yesus berpuasa selama empat puluh hari. Dari segi jumlah hari terdapat perbezaan kerana setiap umat mempunyai undang-undang yang berbeza mengikut zaman dan keadaan masyarakatnya.
Bible :
Di sungai Jordan Yesus dicubai oleh Iblis selama empat puluh hari. Sepanjang masa itu, Yesus tidak makan apa-apapun dari pagi sampai petang (LUKE 4:2).
Setelah berpuasa selama empat puluh hari dan empat puluh malam, yesus lapar (Matthew 4;2).
Qur'an : Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa (Al-Baqarah 2;183).

5. Yesus memberi salam kepada pengikutnya
Dalam Islam memberi salam hukumnya adalah sunat atau pilihan, Umat Islam mengucapkan salam setiap perjumpaan atau perpisahan sesama Islam. Muhammad berkata :
Sekiranya dua orang bertemu, maka yang paling mulia di antara mereka adalah yang mula-mula mengucapkan salam (Hadith).
Allah berfirman dalam Qur'an

Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami datang kepadamu, maka katakanlah: "Salaamun-alaikum (Al-An'am 6;54).
Mereka tidak mendengar perkataan yang tidak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam... (Maryam 19;62).

Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal saleh ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam surga itu ialah "salaam" (Ibrahim 14;23)
Apa Bible kata? :
Tiba-tiba Yesus berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata: Shalom alaikom (Luke 24:36).
Kemudian yesus datang berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata, "Shalom alaikum!" (John 20;19)...Yesus berkata kepada mereka lagi, "Shalom alaikum!" (John 20;21)...Yesus datang dan berdiri ditengah-tengah mereka lalu berkata, "Shalom alaikum!" (John 20;26).
Apabila kamu masuk ke rumah orang berikanlah salam (Matthew 10;12)
6. Sembahyang dengan bersujud
Salah satu gerakan dalam sembahyang dalam Islam adalah sujud (dahi menyentuh tanah). Dalam Bible diterangkan bahawa Yesus sembahyang juga sujud iaitu :
Apabila kamu sembahyang, masuklah ke dalam bilik dan tutplah pintu, lalu berdoalah kepada Bapa kamu yang tidak dapat dilihat. Bapa kamu yang mengetahui yang kamu lakukan secara senyap-senyap, akan memberikan pahal kepadamu (Mat 6;6)
Yesus pergi lebih jauh lalu bersujud (dahi menyentuh tanah) dan berdoa… (Mat 26:39)
7. Sedekah
Apa kata bible :
Apabila kamu bersedekah kepada orang miskin lakukanlah secara senyap-senyap supaya sahabat karib kamu sekalipun tidak mengetahuinya. Biarlah hal itu tidak diketahui oleh sesiapapun. Bapa kamu yang melihat perbuatan yang tersembunyi tersebut akan memberi pahala kepada kamu (Mat 6;3-4)
8. Hukuman Hudud
Hudud dalam bible :
Jika mata kamu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah dan buanglah mata itu! Lebih baik kamu kehilangan salah satu bahagian tu buh daripada seluruh tubuh kamu dimasukkan ke dalam neraka. Jika tangan kamu menyebabkan kamu berdosa, potonglah dan buanglah tangan itu! Lebih baik kamu kehilangan sebelah tangan daripada seluruh tubuh kamu masuk kedalam neraka (Matt 5;29-30, Mark 9;43 dan Mark 9;47).
Jika kakimu menyebabkan kamu berdosa, potonglah kaki itu! Lebih baik kamu hidup tanpa sebelah kaki daripada kamu dengan kedua belah kaki dimasukkan ke dalam neraka (Mark 9;45)
9. Zakat
Zakat mengikut bible :
Jangan kumpul harta di dunia kerana disitu anai-anai dan karat merosakkannya, dan pencuri datang untuk mencurinya. Kumpulkanlah harta di syurga, kerana di situ anai-anai dan karat tidak dapat merosakkannya, dan pencuri tidak dapat untuk mencurinya. Lakukanlah hal itu, kerana perhatian kamu sentiasa tertumpu kepada hartamu (Mat 6;19-21).
Di ayat yang lain juga dijelaskan :
Lihatlah burung di udara yang tidak menyemai benih, tidak menuai hasilnya dan tidak mengumpulkan hasil dalam jelapang, tetapi Bapa kamu di syurga memelihara semuanya. Bukankan kamu jauh lebih bermakna daripada burung? (Mat 6;26).
Apa yang ingin orang lain lakukan untuk kamu, lakukanlah hal itu untuk mereka. Inlah inti taurat Musa dan ajaran nabi-nabi (Mat 7;12)
10. Perempuan wajib menutup kepala
Apa kata Bible tentang tudung? :
Jika seorang wanita tidak mahu menutup kepalanya, lebih baik dia menggunting rambutnya tetapi mencukur rambut adalah satu amalan cukup mengaibkan. Oleh itu lebih baik dia menutup kepalanya (1 Corintian 11;6).
Apa Islam kata tentang tudung :
Hai Nabi, katakan kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuhnya“, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu (Al-Ahzab 33;59)

Katakan kepada wanita beriman: "... Hendaklah mereka melabuhkan tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suaminya, ayahnya, mertua lelaki, anak lelaki, anak lelaki tiri, adek beradek lelakinya, anak saudara lelaki adek beradik lelaki dan perempuan, atau perempuan Islam, hamba yang mereka miliki, pelayan lelaki yang dikebiri atau anak lelaki yang belum baligh/puber (An-Nur 24;31).

SEMUA AGAMA MENGAJAR MANUSIA KE ARAH KEBAIKAN, MAKA MENGAPA PERLU MENGANUT HANYA AGAMA ISLAM SAHAJA?

1. Perbezaan utama antara agama Islam dengan agama-agama lain.
Agama Islam diberikan nama oleh Allah sedangkan agama-agama lain diberikan nama oleh pengikutnya. Contoh Judaism merujuk kepada bangsa Judah atau Yahudi, Hinduism merujuk kepada sungai Hindus, Budhism merujuk nama pengasasnya Gautama Buddha.
Sesungguhnya agama yang diridhai di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian yang ada di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya (Al-Imran 3;19).
Semua agama pada dasarnya mengajak manusia kepada kebaikan dan menjauhkan kejahatan, tetapi agama Islam lebih daripada itu. Islam membimbing kita ke arah yang praktikal untuk mencapai kebaikan dan menghapuskan kejahatan daripada kehidupan individu dan masyarakat. Islam mengambil kira fitrah/tabii manusia dan kesulitan masyarakat. Islam adalah petunjuk daripada Yang Maha Pencipta maka islam dipanggil juga agama tabii (Dinul Fitrah).


Contohnya - Islam memerintahkan umatnya agar menghindari perbuatan merompak dan juga menganjurkan cara untuk menghapus perompakan.


a. Semua agama utama mengajar bahawa mencuri adalah perbuatan jahat, islam juga mengajar perkara yang sama. Oleh itu, apa perbezaan Islam dengan agama-agama lain? Selain mengajarkan bahawa merompak itu perbuatan jahat, juga menunjukkan cara praktikal untuk mewujudkan struktur sosial sehingga manusia tidak merompak


- Islam menetapkan sistem zakat, Undang-undang Islam menetapkan setiap orang yang mempunyai wang simpanan melebihi nisab iaitu 85 gram emas, patut memberi 2.5% daripada simpanan tersebut kepada yang memerlukan pada setiap tahun hujung Tahun Islam. Sekiranya semua orang kaya mengeluarkan zakat dengan ikhlas, maka kemiskinan akan dapat dihapuskan di dunia, tidak ada seorangpun manusia mati kebuluran/kelaparan.


- Memotong tangan sebagai hukuman merompak. Islam menentukan hukuman potong tangan kepada perompak yang sabit kesalahannya. Qur'an mengatakan dalam Surah Al-Maidah


Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan atas apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Al-Maidah 5;38).


b. Hasil tercapai apabila Undang-undang Islam dilaksanakan.
Amerika adalah salah satu negara yang termaju di dunia, malangnya ia mempunyai kadar jenayah yang tertinggi, kecurian dan rompakan. Katakanlah Undang-undang Islam dilaksanakan di Amerika, iaitu setiap orang kaya mengeluarkan zakat 2.5% daripada simpanan melebihi 85 gram emas setiap hujung tahun Islam, dan setiap perompak yang disabitkan kesalahannya dipotong tangan sebagai hukuman. Adakah kadar kecurian dan rompakan di Amerika akan naik, di paras yang sama, atau menurun? Sudah tentu akan berkurangan, sebab utama jumlah masyarakat miskin berkurang sebab bantuan zakat, masyarakat mencuri dan merompak kerana kebuluran atau kemiskinan. Adanya hukuman yang ketat akan melemahkan semangat orang yang berniat untuk merompak.
Saya bersetuju bahawa bilangan kecurian di dunia hari ini sangat tinggi dan sekiranya hukuman memotong tangan setiap pencuri dikuatkuasakan maka berpuluh ribu tangan orang akan dipotong. Apa yang penting kadar kecurian dan rompakan akan segera menurun sebaik sahaja undang-undang potong tangan dikuat kuasakan. Orang yang ingin merompak akan berfikir dua kali sebelum membahayakan tangannya. Hanya dengan mengingati hukumannya sudah cukup melemahkan niat kebanyakan perompak. Hanya segelintir yang merompak, maka hanya beberapa tangan sahaja yang akan dipotong tetapi beribu-ribu orang akan hidup dengan aman, bebas dari ketakutan dirompak. Sebagai contoh Kadar rompakan di negara yang amalkan hukum potong tangan seperti Saudi Arabia sepuluh kali ganda lebih rendah berbanding negara yang tak amalkannya seperti Amerika.
c. Islam agama terakhir dan universal sebagaimana Allah terangkan dalam Al-Qur'an.
Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam menjadi agama bagimu (AL-Maidah 5;3).
d. Islam satu-satunya agama yang tidak mengamalkan syirik
Mengikut terminologi syirik bermakna menyekutukan Allah dengan ciptaan-Nya ataupun menyembah selain daripada Allah. Sedangkan Allah telah terangkan bahawa Allah akan ampunkan semua kesilapan manusia kecuali syirik. Sila rujuk ayat di bawah ini :
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa selain daripada syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar (An-Nisa 4;48)
Di ayat yang lain Allah mengulang kembali peringatan tentang syirik kepada Allah:
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan sesuatu dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa selain daripada syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya (An-Nisa' 4;116).

KENAPA ISLAM TIDAK MENGIKTIRAF BIBLE?

1.Bible bukan Injil atau Taurat seperti yang diterangkan dalam Al-Qur'an.
Taurat diturunkan kepada bangsa Israel sahaja seperti disebutkan dalam ayat di bawah:
Dan Sesungguhnya telah Kami berikan kepada Moses Taurat, maka janganlah Muhammad ragu-ragu menerima Al-Qur'an dan Kami jadikan Taurat petunjuk bagi Bangsa Israel (As-Sajdah 32;23).
Katakanlah: "Siapakah yang menurunkan kitab Taurat yang dibawa oleh Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, kamu jadikan kitab itu lembaran-lembaran kertas yang bercerai-berai, kamu perlihatkan sebagiannya dan kamu sembunyikan sebagian besarnya, padahal telah diajarkan kepadamu apa yang kamu dan bapak-bapak kamu tidak mengetahuinya?" ... (Al-An'am 6;91).
Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat tipu muslihat terhadap Allah atau yang berkata: Telah diwahyukan kepada saya, padahal tidak diwahyukan sesuatupun kepadanya dan juga orang yang berkata saya akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah. Alangkah dasyatnya sekiranya kamu melihat orang-orang zalim semasa dicabut nyawa, para malaikat memukul dengan tangannya, sambil berkata keluarkanlah nyawamu. Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat hina, kerana kamu sentiasa mengatakan tentang Allah perkara yang tidak benar dan menyombongkan diri terhadap ayat-ayat Allah (Al-An'am 6;93).
Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, Padahal sekumpulan daripada mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya selepas mereka memahaminya sedang mereka mengetahui Albaqarah 2;75).
Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: "Ini daripada A llah, dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan bagi mereka, akibat dari apa yang mereka kerjakan (Al-Baqarah 2;79).
Sesungguhnya orang-orang yang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan oleh Allah, iaitu al-kitab dan menjualnya dengan harga murah, mereka sebetulnya tidak mamakan kecuali api neraka, dan Allah tidak akan bercakap kepadanya di hari kiamat dan tidak akan mensucikan mereka dan bagi mereka seksa yang cukup pedih (Al-Baqarah 2;174; Ali-Imran 3;93).
Orang-orang Yahudi, mereka merubah perkataan dari tempat-tempatnya. Mereka berkata: "Kami mendengar", tetapi kami tidak mau menurutinya. Dan mereka mengatakan pula: "Dengarlah" sedang kamu sebenarnya tidak mendengar apa-apa. Dan mereka mengatakan: "Raa'ina", dengan memutar-mutar lidahnya dan mencela agama. Sekiranya mereka mengatakan: "Kami mendengar dan patuh, dan dengarlah, dan perhatikanlah kami", tentulah itu lebih baik bagi mereka dan lebih tepat, akan tetapi Allah mengutuk mereka, kerana kekafiran mereka. Mereka tidak beriman kecuali iman yang sangat tipis (An-Nisa' 4;46).
Dan kami tidak menurunkan kepada kamu Al-Qur'an kecuali agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman (An-Nahl 16;64).
2. Bible Bukan Kitab Suci
Berdasarakan senarai kitab-kita maka kandungan Bible bukan dikhaskan kepada kitab yang dibawa oleh nabi tertentu. Bahkan bible merupakan campuran daripada wahyu Allah, ajaran nabi-nabi, para sejarawan, pendeta-pendeta dan penulis lain yang tidak dapat dikenal pasti identitinya. Maka Bible tidak layak dianggap sebagai kitab suci kerana kitab suci (Holy) mempunyai kandungan 100% wahyu daripada Allah tanpa penambahan oleh manusia termasuk juga nabi.
Bible adalah campuran wahyu Allah, ajaran nab-nabi, sejarawan, pendeta dan penulis-penulis yang tidak dikenal pasti identitinya.
3. Bible bukan Injil dan Taurat.
Islam tidak mengiktiraf bible sebagai Injil dan Taurat sungguhpun Allah telah terangkan dalam Qur'n tentang Injil dan Taurat. Sila rujuk ayat di bawah :
Allah menurunkan Al Qur'an kepadamu dengan sebenarnya; membenarkan (Musoddiqo) kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil (Al-Imran 3;3).
Dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu yaitu Al-Qur'an itulah yang benar, dengan membenarkan (Musoddiqo) kitab-kitab yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Mengetahui lagi Maha Melihat hamba-hamba-Nya (Fatir 35;31).

Apa yang dimaksudkan dengan Injil dan Taurat dalam ayat di atas adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Moses dan Yesus dalam bentuk lisan. Manakala Bible yang ada sekarang bukanlah Injil yang diturunkan kepada Yesus. Antara Injil dan Bible terlampau banyak perbezaan, Injil dan Taurat mengajarkan konsep Tauhid yang sama dengan kandungan Al-Qur'an manakala Bible mengajarkan kesyirikan kepada Allah. Selagi kandungan dalam Bible tidak bercanggah dengan Al-Qur'an maka umat Islam akan menerimanya, tetapi kalau bercanggah dengan Al-Quran maka umat Islam akan menolaknya.

Sedangkan apa yang diajarkan dalam Bible hari ini sangat berbeza dengan kandungan Quran bahkan berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Hawariyun (pengikut setia Yesus). Penyebaran ajaran Yesus selepas ketiadaan Yesus diteruskan oleh golongan Nazarene di bawah satu organisasi “Majlis Yerusalem/Gereja Awal” dan diketuai oleh Bishop Yerusalem yang pertama, Jacob/St. James.

Kalimah Musoddiqo (membenarkan) yang dijadikan hujah supaya Muslim menerima Bible juga bermaksud membetulkan. Sila rujuk Surah An-Nahli 16;64

Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Qur'an ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan (Musaddiqa) kepada mereka apa yang mereka perselisihkan dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Musaddiqa dalam ayat di atas bermakna membetulkan dan menjelaskan penyelewengan kitab-kitab terdahulu yang telah diubahsuai oleh cendikiawan Yahudi dan Nasrani.

Contoh penyelewengan tersebut adalah Taurat dan Bible terdapat dalil-dalil ketauhidan terhadap Allah yang sama seperti dalam Qur'an. Sila rujuk Perjanjian Lama

Sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Esa (Ulangan 6;4).

Sila rujuk dalam perjanjian baru

Shama israelu adonoi ilahaini adonoi ahud maknanya Dengarlah wahai Bangsa Israel, sesungguhnya Tuhan Kita, Dialah Tuhan Yang Esa (Mark 12;29).

Tetapi malangnya Paulus nama asalnya Saulus, Orang Yahudi yang berasal dari Tarsus telah menukar akidah asas serta memperkenalkan akidah baru iaitu triniti padahal dalam Bible sendiri tid ada triniti. Sila Rujuk 1 John 5;7-8 :

Ada tiga saksi: Roh Allah, air dan darah dan ketiga-tiganya memberi kesaksian yang sama (John 5;7-8)

Tetapi ayat ini telah dibuang daripada Bible cetakan Revised Standard Version (RSV) kerana diakui oleh cendekiawan Kristian sebagai ayat tambahan dan palsu. Sila rujuk juga Luke 3;21-22

Selepas semua orang dibaptis, Yesus juga dibaptis. Ketika Beliau berdoa, langit terbuka dan Roh Allah wujud seperti burung merpati dan turun ke atasNya. Lalu terdengar suara dari Syurga mengatakan: Engkaulah Anak-Ku yang Ku-kasihi, engkau menyenangkan hati-KU (Luke 3;21-22).

Melalui doktrin baru yang diajarkan oleh Paulus, tidakkah terasa menyimpang daripada ajaran Ketauhidan yang diajarkan oleh Yesus?? Mana satu yang betul ajaran Yesus atau Paulus tentang Ketauhidan? Maka Qur'an telah membetulkan penyelewengan ini melalui Firman Allah dalam surah Al-IKhlas 112; 1-4

Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia" (Al-Ikhlas 112;1-4).

4. Percanggahan dalam Bible

Percanggahan dalam bible menunjukkan bahawa bible bukan kata-kata Allah sebab tidak mungkin kata-kata Allah akan bercanggah di antara satu ayat dengan ayat yang lain. Hanya disebutkan beberapa contoh percanggahan yang terdapat dalam Bible :

a) Tidak pernah lihat Allah
Tidak seorangpun yang pernah melihat Allah; tetapi Anak Tunggal Allah, yang ada dipangkuan Bapa, Dialah yang menyatakanNya (John 1;18).

Pernah lihat Allah
Kemudian TUHAN menampakkan diri kepada Abraham dekat pohon tarbantin di Mamre, sedang ia duduk di pintu kemahnya waktu hari panas terik (Genesis 18;1).

Yakub menamai tempat itu Pniel, sebab katanya: “Aku telah melihat Allah berhadapan muka, tetapi nyawaku tertolong” (Genesis 32;23).

b) Bilangan yang dibunuh
“tetapi orang Aram itu lari dari hadapan orang Isreal, dan Daud membunuh dari orang Aram itu 700 ekor kuda kereta dan 40 000 orang berpasukan berkuda. Sobakh, panglima tentara mereka dilukainya sedemikian, hingga ia mati di sana” (II Samuel 10;18).

”Tetapi orang Aram itu lari dari hadapan orang Isreal, dan Daud membunuh 700 000 ekor kuda kereta dan 40 000 orang berpasukan berjalan kaki; juga Sofakh, panglima tentara mereka dibunuhnya” (I Tawarikh 19;18).

c) Umur
Dalam tahun ke12 zaman Yoram, anak Ahab raja Isreal, Ahazia, anak Yoram raja Yehuda, menjadi raja. Ia berumur 22 tahun pada waktu ia menjadi raja dan setahun lamanya ia memerintah Yerusalem (II King 8;25-26).

… Dengan demikian Ahazia, anak Yoram raja Yehuda, menjadi raja. Azahia berumur 42 tahun pada waktu ia menjadi raja dan setahun lamanya ia memerintah Yerusalem (II Tawarikh 22;1-2).

5. Ayat pornografi dalam Bible, mungkinkah ayat-ayat Allah menceritakan tentang pornografi?

“Nuh ialah petani, dan dialah yang mula-mula menanam anggur. Setelah Nuh minum wain, dia menjadi mabuk. Dia menanggalkan pakaiannya lalu berbaring telanjang dalam keadaan bogel dalam khemahnya (Genesis 9;20-22).

“Oleh sebab Lot berasa takut tinggal di Zaor, dia bersama dengan kedua anak perempuannya pergi ke pergunungan dan tinggal dalam gua. Anak perempuan yang sulung berkata kepada adiknya, “ayah semakin tua dan tiada seorang pun di seluruh negeri ini yang dapat mengahwini kita supaya kita mendapat anak. Marilah kita membuat ayah mabuk, lalu kita tidur dengan dia supaya kita mendapat anak daripadanya” (Genesis 19;30-32).

Injil yang diturunkan kepada Yesus telah diubah-suai oleh pengikut-pengikutnya. Sila rujuk penjelasan Alqur'an di bawah ini :

Maka celakalah orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: "Ini daripada Allah", untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka celakalah mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan apa yang mereka kerjakan (Al-Baqarah 2;79).

Segolongan dari Ahli Kitab ingin menyesatkan kamu, padahal mereka sebenarnya tidak menyesatkan kamu melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak menyedarinya. Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah, padahal kamu mengetahui kebenarannya. Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur-adukkan hak dengan bathil, dan menyembunyikan kebenaran, padahal kamu mengetahui? (Al-Imran 3;69-71)

Oleh sebab itu Islam tidak mengiktirafkan Bible sebagai Injil dan Taurat sebab Injil atau Taurat yang diturunkan kepada Yesus dan Moses. Sungguhpun masih banyak lagi penjelasan tentang semua ini, tetapi ayat-ayat di atas sudah cukup untuk meyakinkan yang bahawa Bible adalah bukan ayat-ayat Allah.

HUBUNGAN MUSLIM DENGAN BUKAN ISLAM

Ramai kawan bukan Islam bahkan Muslim sendiri bertanya: Bolehkah Muslim berkawan dengan bukan Islam? Jawapannya Boleh.

1. Hubungan Muslim dengan Ahli Kitab
Qur'an telahpun mengatur hubungan antara Muslim dengan non-Muslim :
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal (Al-Hujurat 49;13).

Bahkan di ayat lain Allah berfirman bahawa terdapat kesamaan di antara Islam dan Nasrani dan Yahudi :

Dan sesungguhnya yang paling dekat persabahatan dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, serta mereka tidak menyombongkan diri. (Al-Maidah 5:82).

Mengikut ayat di atas tidak ada halangan untuk Muslim berkawan dengan bukan Islam, bahkan Allah ciptakan manusia berpuak-puak untuk saling kenal mengenal. Muslim dan bukan Islam boleh bekerjasama dalam membangun negara dan memajukan bidang pendidikan serta semua aktiviti.
2. Larangan Melantik Bukan Islam menjadi Pemimpin
Hanya ada larangan daripada Allah dalam memilih pemimpin di kalangan bukan Islam dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan agama seperti tersebut dalam Qur'an :

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin mu; sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zhalim (AlMaidah 5;51).
Sebab apa orang Islam tidak boleh mengambil orang bukan Islam sebagai pemimpin? Rujuk ayat alqur'an di bawah ini :

1. Ahli Kitab mnginginkan kamu menjadi kafir seperti mereka.

Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir seperti mereka yang telah kafir, lalu kamu menjadi kafir seperti mereka. Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka penolong-penolongmu, hingga mereka menerima Islam ... (An-Nisa 4;89).

2. Ahli Kitab ingin menyesatkan orang Islam

Segolongan dari Ahli Kitab ingin menyesatkan kamu, padahal mereka tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak menyedarinya (Al-Imran 3;69).

3. Ahli Kitab Ingkar kepada ayat Allah

Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah, padahal kamu mengetahui kebenarannya (3;70).

4. Ahli kitab tidak pegang janji dengan baik

Dan Janganlah kamu percaya melainkan kepada orang yang mengikuti agamamu. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk ialah petunjuk Allah, dan janganlah kamu percaya bahawa akan diberikan kepada seseorang seperti apa yang diberikan kepadamu, dan jangan pula kamu percaya bahwa mereka akan mengalahkan hujahmu di sisi Tuhanmu"....(3;73)
5. Ahli kitab dianggap tidak beragama
Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikit pun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil dan Al-Qur'an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu". Sesungguhnya apa yang diturunkan kepada Muhammad dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kebanyakan mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu (AlMaidah 5;68).
Panduan berhubungan dengan Bukan Islam
Umat islam dalam berkawan dengan bukan Islam telah diberi panduan oleh Allah melalui ayat-ayat Qur'an antara lain:

1. Muslim wajib berdakwah kepada bukan Islam
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.(Al-Imran 3;104).

2. Menyeru bukan Islam kepada Islam dengan Lemah lembut
Dalam kita menyeru bukan Islam pun Qur'an telah mengaturnya dimana dengan cara yang berhikmah dan lemah lembut :
Serulah manusia kepada jalan Allah dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk (An-Nahlu 16;125).

3. Mencari Persamaan dengan Ahli Kitab

Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah berpegang kepada suatu kalimat yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak disembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak pula sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri kepada Allah" (Al-Imran 3;64).

4. Berdebat dengan ahli Kitab dengan cara yang terbaik
Bahkan kalau berdebat dengan bukan Islam pun maka dituntut untuk berdebat dengan cara yang terbaik.

Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zhalim di antara mereka, dan katakanlah: "Kami telah beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan hanya kepada-Nya kami berserah diri" (Al-Ankabut 29;46).

5. Jangan mencerca sembahan ahli Kitab

Umat islam tidak dibenarkan untuk menghina sembahan agama lain, boleh jadi disebabkan ketidak fahaman mereka akan mencerca Allah.

Dan janganlah kamu mencerca sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka akan mencerca Allah dengan melampau tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah mereka kembali, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan (Al-an'am 6;108).

6. Tidak ada paksaan untuk menerima Islam
Islam tidak benarkan umatnya memaksa bukan Islam untuk menerima Islam dengan alasan apapun. Kalau ada muslim yang melakukan pemaksaan maknanya mereka tidak ikut tuntutan Qur'an.

Tidak ada paksaan untuk menerima Islam; sesungguhnya telah jelas kebenaran daripada kesesatan. Kerana itu barangsiapa ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (Al-Baqara 2;256).

Saturday, August 1, 2009

HIJAB UNTUK WANITA

Mengapa Islam menindas wanita dengan menyembunyikan mereka di sebalik tudung? Bahkan mereka dipaksa untuk memakai baju labuh yang menutupi seluruh tubuh sehingga macam kedai kain berjalan.

1. Hijab atau pakaian Islam sentiasa dijadikan fokus sebagai penguasaan undang-undang Islam terhadap wanita. Sebelum kita melihat kebaikan di sebalik penggunaan Hijab bagi wanita Islam elok sekiranya kita mengkaji semula kedudukan wanita dalam masyarakat sebelum kedatangan Islam.
a. Tamadun Babylon
Undang-undang Babylon meletakkan martabat wanita sangat rendah dan hak mereka dinafikan. Jika seorang lelaki membunuh seseorang, maka hukumannya adalah membunuh isterinya atau saudara perempuannya.

b. Tamadun Yunani
Dianggap sebagai tamadun lama yang paling agung. Dalam sistem agung ini, wanita dipandang rendah dan haknya dilucutkan. Mengikut Mitologi Yunani, seorang wanita khayalan yang dipanggil pandora merupakan penyebab nasib malang yang menimpa manusia. Kaum Yunani menganggap wanita seperti haiwan, walaupun kesucian wanita berharga dan wanita disanjungi tinggi, kemudian kaum Yunani tenggelam dalam keegoan dan sumbang laku seks. Pelacuran menjadi amalan biasa di kalangan masyarakat Yunani.

c. Tamadun Rom
Ketika tamadun Rom berada di kemuncak kegemilangannya, seorang lelaki berhak mengambil nyawa isterinya. Pelacuran dan pornografi menjadi kebiasaan di kalangan kaum Rom

d. Tamadun Mesir
Orang Mesir sebelum kedatangan Islam menganggap wanita sebagai jahat dan petanda syaitan

e. Arab sebelum kedatangan Islam
Kaum Arab memandang rendah terhadap wanita dan menanam anak perempuan hidup-hidup selepas dilahirkan. kedatangn Islam telah mengangkat kedudukan dan maruah wanita dan memberikan hak kepada mereka sejak 1400 tahun yang lalu. Sedangkan agama lain pada masa itu tidak pernah mengiktiraf wanita seperti pengiktirafan yang diberikan oleh Islam.

2. Hijab untuk lelaki
Lazimnya hijab hanya dibincangkan dalam kontek wanita. Walau bagaimanapun, dalam Qur'an Allah terlebih dahulu menyebut tentang hijab untuk lelaki sebelum hijab untuk wanita.

Katakanlah kepada lelaki beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang mereka perbuat" (An-Nuur 24;30).

Sebaik sahaja seorang lelaki memandang wanita dan timbul keinginan yang tidak elok dan memalukan, hndaklah ia menahan pandangannya.

Hijab untuk Wanita
Ayat seterusnya dalam surah An-Nuur,

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang lazim nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka.....(An-Nuur 24;31).

3. Enam Kriteria Hijab dalam Islam
Mengikut Quran dan hadith (Kata-kata Muhammad), pada dasarnya terdapat enam kriteria hijab

i. Aurat, had tubuh yang perlu ditutup berbeza di antara lelaki dan perempuan. Had yang wajib bagi lelaki ialah menutup bahagian tubuh daripada pusat hingga lutut, bagi wanita pula seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan sampai pergelangan tangan.

Lima kriteria lain adalah sama bagi lelaki dan perempuan :
ii. Pakaian yang longgar dan tidak mendedahkan bentuk tubuh
iii.Pakaian tidak jarang/tipis sehingga dapat mendedahkan bentuk tubuhnya.
iv.Pakaian tidak terlalu glamor sehingga menarik perhatian kaum bukan sejenis
v. Pakaian tidak boleh menyerupai pakaian lawan jenis (lelaki tidak menyerupai perempuan dan sebaliknya)
vi. Pakaian tidak menyerupai pakaian orang bukan islam iaitu pakaian menyerupai identiti atau simbol khas agama lain seperti Baju Risyi atau Rahib.

4. Hijab bukan hanya setakat pakaian tetapi merangkumi tingkah laku dan budi pekerti.
Hijab yang sempurna selain daripada enam kriteria pakaian juga termasuk perilaku moral, budi pekerti, sikap dan niat seseorang individu. Seseorang yang hanya mengamalkan hijab pakaian sahaja makanya hanya mengamalkan hijab dalam erti kata terhad. Hijab pakaian hendaklah disertai dengan hijab mata. hijab hati, hijab pemikiran dan hijab niat termasuk juga cara seseorang berjalan, bertutur, kelakuannya dan lain-lain lagi.

5. Hijab mengelakkan pencabulan
Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang (Al-Ahzab 33;59)

Qur'an menyebutkan bahawa hijab bagi wanita supaya mereka dikenali sebagai wanita sopan dan juga mengelakkan mereka daripada pencabulan, bukan bermakna perempuan bertududng tidak akan dicabul tetapi peluang dicabuli lebih kecil.

Analogi, Dua saudara kembar seiras dan sama-sama cantik sedang berjalan, salah seorang berpakaian dengan menutupi keseluruhan tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan sampai pergelangan tangan, seorang lagi berpakaian mendedahkan tubuhnya dengan memakai skirt mini atau seluar pendek. Sekiranya terdapat samseng di jalan yang sedang menunggu mangsa, ingin mengusik gadis. Siapakah yang akan diusiknya? Gadis berpakaian hijab islam atau gadis mendedahkan tubuhnya? Secara tabii, dia akan mengusik gadis yang berpakaian terdedah mini atau seluar pendek. Pakaian seperti itu secara tak langsung mengundang kaum lelaki untuk mengusik dan mencabulnya.

KENAPA ISLAM HARAMKAN MAKAN BABI?

Ini adalah larangan Allah dalam Qur'an seperti tersebut dalam ayat di bawah ini :

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih disebut nama selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa memakannya sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampau, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Baqarah 173).

Diharamkan bagimu makan bangkai, darah, daging babi, daging yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, dipukul, jatuh, ditanduk, dan diterkam haiwan buas, kecuali sempat disembelihnya, dan diharamkan bagimu yang disembelih untuk berhala. Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Maidah 5;3).

Katakanlah: "Tidaklah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali bangkai, darah yang mengalir atau daging babi, kerana semua itu kotor atau haiwan yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa dalam keadaan terpaksa sedangkan dia tidak menginginkannya dan tidak melampau, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Al-An’aam 6:145).

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu makan bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampau, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (An-Nahl 16;115).

Ayat-ayat tersebut memadai untuk meyakinkan umat islam tentang pengharaman babi. Inilah sebab kenapa umat Islam tidak boleh makan babi, adapun hikmah di sebalik larangan makan babi adalah :

1. Sebetulnya babi juga diharamkan dalam Bible, orang kristian sepatutnya yakin dengan kitab agama mereka. Bible melarang memakan babi dalam buku leviticus

Janganlah makan babi, haiwan itu haram, walaupun berkuku belah tetapi haiwan itu tidak memamah biak, jangan makan haiwan seperti itu dan jangan sentuh bangkainya (Leviticus 11;7-9).

Larangan tersebut juga diulangi dalam ayat yang lain :
Jangan makan babi. Haiwan itu haram, walaupun berkuku belah tetapi haiwan itu tidak memamah biak. Jangan makan haiwan seperti itu, dan jangan sentuh bangkainya (Deutronomi 14;8).

Di ayat yang lain babi diharamkan dalam buku Proverb
Janganlah makan babi. Babi haram, walaupun berkuku belah tetapi tidak mamah biak. Janganlah makan hewan itu, dan jangan sentuh bangkainya, hewan itu haram (Proverb 11;7-8).

Larangan yang sama juga disebut dalam buka Isaiah 65; 2-7
2. Memakan babi menyebabkan pelbagai penyakit, mengikut kajian saintifik memakan babi boleh menyebabkan tidak kurang daripada tujuh puluh jenis penyakit. Seseorang boleh mendapat pelbagai helminthes seperti cacing bulat, cacing peniti, cacing kerawit dan lainnya.

Antara yang berbahaya adalah Taenia solium, ataupun cacing pita yang tersimpan dalam usus dan sangat panjang. Ovum atau telurnya memasuki aliran darah dan menyebar ke semua organ tubuh. Jika ia memasuki otak, mengakibatkan hilang ingatan. Jika memasuki jantung menyebabkan serangan jantung (jantung koroner), jika memasuki mata mengakibatkan buta, jika memasuki hati mengakibatkan kerosakan hati. Ia dapat merosakkan hampir semua organ tubuh manusia.

Satu lagi helminthes adalah Trichura Tichurasis, ovumnya atau telur tidak mati sungguhpun telah dimasak sampai betul-betul masak. Dalam satu kajian yang dijalankan di Amerika, didapati daripada dua puluh empat orang yang menghidap Trichura Tichurasis, dua puluh dua orang telah memasak daging babi tersebut dengan betul.

3. Babi mempunyai bahan pembina lemak yang tinggi, babi sangat sedikit bahan pembina otot dan mengandungi lemak berlebihan. Lemak ini tersimpan pada saliran darah manusia dan mengakibatkan hipertensi dan serangan jantung. Tidak mengherankan lebih 50% rakyat Amerika menghidap hipertensi.

4. Babi adalah haiwan yang paling kotor di bumi ini, secara semula jadi babi hidup dan membiak pada serasah, najis dan kotoran. Ia merupakan haiwan pemakan bangkai terbaik ciptaan Allah. Di Perkampungan India, mereka tidak mempunyai tandas moden dan penduduk kampung membuang najis di merata tempat terbuka, maka najis tersebut dimakan oleh babi. Mungkin di negara-negara Maju seperti Australia dan Jerman, babi diternak di tempat yang bersih tetapi babi ditempatkan bersama dalam kandang. Secara tabii babi merupakan haiwan yang kotor dan tetap makan najis sendiri.

5. Babi adalah haiwan paling menjijikkan, babi adalah satu-satunya haiwan yang merelakan pasangannya mengadakan seks bersama jantan lain. Di Amerika, kebanyakan orang memakan babi dan sudah menjadi budaya selepas parti mereka akan bertukar-tukar isteri, dan berkata "Anda tidur dengan istri saya dan saya tidur bersama isteri anda. Mungkinkan budaya memakan babi menggalakkan budaya babi.

Mengikut kajian genetik DNA babi adalah hampir sama dengan DNA Manusia, dan DNA babi dapat mempengaruhi DNA manusia kalau dipindahkan ke dalam tubuh manusia. Hari ini kita menganggap Amerika adalah sebuah negara yang paling maju dan canggih, apa sahaja yang mereka lakukan akan menjadi ikutan beberapa tahun kemudian. Menurut laporan, amalan ini telah menyebar ke Eropah dan Barat serta Asia, akankah budaya ini menyebarkan ke Malaysia?