Apa yang dimaksudkan dengan Injil dan Taurat dalam ayat di atas adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Moses dan Yesus dalam bentuk lisan. Manakala Bible yang ada sekarang bukanlah Injil yang diturunkan kepada Yesus. Antara Injil dan Bible terlampau banyak perbezaan, Injil dan Taurat mengajarkan konsep Tauhid yang sama dengan kandungan Al-Qur'an manakala Bible mengajarkan kesyirikan kepada Allah. Selagi kandungan dalam Bible tidak bercanggah dengan Al-Qur'an maka umat Islam akan menerimanya, tetapi kalau bercanggah dengan Al-Quran maka umat Islam akan menolaknya.
Sedangkan apa yang diajarkan dalam Bible hari ini sangat berbeza dengan kandungan Quran bahkan berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Hawariyun (pengikut setia Yesus). Penyebaran ajaran Yesus selepas ketiadaan Yesus diteruskan oleh golongan Nazarene di bawah satu organisasi “Majlis Yerusalem/Gereja Awal” dan diketuai oleh Bishop Yerusalem yang pertama, Jacob/St. James.
Kalimah Musoddiqo (membenarkan) yang dijadikan hujah supaya Muslim menerima Bible juga bermaksud membetulkan. Sila rujuk Surah An-Nahli 16;64
Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Qur'an ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan (Musaddiqa) kepada mereka apa yang mereka perselisihkan dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
Musaddiqa dalam ayat di atas bermakna membetulkan dan menjelaskan penyelewengan kitab-kitab terdahulu yang telah diubahsuai oleh cendikiawan Yahudi dan Nasrani.
Contoh penyelewengan tersebut adalah Taurat dan Bible terdapat dalil-dalil ketauhidan terhadap Allah yang sama seperti dalam Qur'an. Sila rujuk Perjanjian Lama
Sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Esa (Ulangan 6;4).
Sila rujuk dalam perjanjian baru
Shama israelu adonoi ilahaini adonoi ahud maknanya Dengarlah wahai Bangsa Israel, sesungguhnya Tuhan Kita, Dialah Tuhan Yang Esa (Mark 12;29).
Tetapi malangnya Paulus nama asalnya Saulus, Orang Yahudi yang berasal dari Tarsus telah menukar akidah asas serta memperkenalkan akidah baru iaitu triniti padahal dalam Bible sendiri tid ada triniti. Sila Rujuk 1 John 5;7-8 :
Ada tiga saksi: Roh Allah, air dan darah dan ketiga-tiganya memberi kesaksian yang sama (John 5;7-8)
Tetapi ayat ini telah dibuang daripada Bible cetakan Revised Standard Version (RSV) kerana diakui oleh cendekiawan Kristian sebagai ayat tambahan dan palsu. Sila rujuk juga Luke 3;21-22
Selepas semua orang dibaptis, Yesus juga dibaptis. Ketika Beliau berdoa, langit terbuka dan Roh Allah wujud seperti burung merpati dan turun ke atasNya. Lalu terdengar suara dari Syurga mengatakan: Engkaulah Anak-Ku yang Ku-kasihi, engkau menyenangkan hati-KU (Luke 3;21-22).
Melalui doktrin baru yang diajarkan oleh Paulus, tidakkah terasa menyimpang daripada ajaran Ketauhidan yang diajarkan oleh Yesus?? Mana satu yang betul ajaran Yesus atau Paulus tentang Ketauhidan? Maka Qur'an telah membetulkan penyelewengan ini melalui Firman Allah dalam surah Al-IKhlas 112; 1-4
Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia" (Al-Ikhlas 112;1-4).
4. Percanggahan dalam Bible
Percanggahan dalam bible menunjukkan bahawa bible bukan kata-kata Allah sebab tidak mungkin kata-kata Allah akan bercanggah di antara satu ayat dengan ayat yang lain. Hanya disebutkan beberapa contoh percanggahan yang terdapat dalam Bible :
a) Tidak pernah lihat Allah
Tidak seorangpun yang pernah melihat Allah; tetapi Anak Tunggal Allah, yang ada dipangkuan Bapa, Dialah yang menyatakanNya (John 1;18).
Pernah lihat Allah
Kemudian TUHAN menampakkan diri kepada Abraham dekat pohon tarbantin di Mamre, sedang ia duduk di pintu kemahnya waktu hari panas terik (Genesis 18;1).
Yakub menamai tempat itu Pniel, sebab katanya: “Aku telah melihat Allah berhadapan muka, tetapi nyawaku tertolong” (Genesis 32;23).
b) Bilangan yang dibunuh
“tetapi orang Aram itu lari dari hadapan orang Isreal, dan Daud membunuh dari orang Aram itu 700 ekor kuda kereta dan 40 000 orang berpasukan berkuda. Sobakh, panglima tentara mereka dilukainya sedemikian, hingga ia mati di sana” (II Samuel 10;18).
”Tetapi orang Aram itu lari dari hadapan orang Isreal, dan Daud membunuh 700 000 ekor kuda kereta dan 40 000 orang berpasukan berjalan kaki; juga Sofakh, panglima tentara mereka dibunuhnya” (I Tawarikh 19;18).
c) Umur
Dalam tahun ke12 zaman Yoram, anak Ahab raja Isreal, Ahazia, anak Yoram raja Yehuda, menjadi raja. Ia berumur 22 tahun pada waktu ia menjadi raja dan setahun lamanya ia memerintah Yerusalem (II King 8;25-26).
… Dengan demikian Ahazia, anak Yoram raja Yehuda, menjadi raja. Azahia berumur 42 tahun pada waktu ia menjadi raja dan setahun lamanya ia memerintah Yerusalem (II Tawarikh 22;1-2).
5. Ayat pornografi dalam Bible, mungkinkah ayat-ayat Allah menceritakan tentang pornografi?
“Nuh ialah petani, dan dialah yang mula-mula menanam anggur. Setelah Nuh minum wain, dia menjadi mabuk. Dia menanggalkan pakaiannya lalu berbaring telanjang dalam keadaan bogel dalam khemahnya (Genesis 9;20-22).
“Oleh sebab Lot berasa takut tinggal di Zaor, dia bersama dengan kedua anak perempuannya pergi ke pergunungan dan tinggal dalam gua. Anak perempuan yang sulung berkata kepada adiknya, “ayah semakin tua dan tiada seorang pun di seluruh negeri ini yang dapat mengahwini kita supaya kita mendapat anak. Marilah kita membuat ayah mabuk, lalu kita tidur dengan dia supaya kita mendapat anak daripadanya” (Genesis 19;30-32).
Injil yang diturunkan kepada Yesus telah diubah-suai oleh pengikut-pengikutnya. Sila rujuk penjelasan Alqur'an di bawah ini :
Maka celakalah orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: "Ini daripada Allah", untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka celakalah mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan apa yang mereka kerjakan (Al-Baqarah 2;79).
Segolongan dari Ahli Kitab ingin menyesatkan kamu, padahal mereka sebenarnya tidak menyesatkan kamu melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak menyedarinya. Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah, padahal kamu mengetahui kebenarannya. Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur-adukkan hak dengan bathil, dan menyembunyikan kebenaran, padahal kamu mengetahui? (Al-Imran 3;69-71)
Oleh sebab itu Islam tidak mengiktirafkan Bible sebagai Injil dan Taurat sebab Injil atau Taurat yang diturunkan kepada Yesus dan Moses. Sungguhpun masih banyak lagi penjelasan tentang semua ini, tetapi ayat-ayat di atas sudah cukup untuk meyakinkan yang bahawa Bible adalah bukan ayat-ayat Allah.
Bible bukan di tulis untuk kehidupan pada zaman Yesus di bumi sahaja, malahan ia adalah buku yang hidup. semua menu surgawi dan duniawi terkandung di dalam. Maka, ia menceritakan suatu peristiwa yang hidup (nyata). Adakah anda cuba menidakkan keruntuhan moral (sex) pada masa kini?? Bible merupakan suatu rujukan yang cukup sempurna untuk kehidupan hari ini, dengan guide line yang sepatutnya manusia patuhi, tetapi sayangnya manusia cuba meniadakan hukum. Perkataan-perkataan pornografi yang terkandung dalam Bible adalah normal kerana itulah yang sebenarnya berlaku dan penulis Kitab Taurat tidak berselindung (bohong) kerana Bible bukan hiasan, ia adalah untuk di guna.
ReplyDeletebanyak bukti bahawa Al-Kitab dikhaskan kepada bangsa israel sahaja sehingga Yesus sering menyebut wahai bangsa islam, beliu tidak menyebut wahai manusia seperti yang etrsebut dalam al-Quran.
DeleteOh kalau macam tu sebab banyaknya sek bebas sekarang maka ibubapa perlu membuka video lucah kepada anak-anak sebab perkara itu memang berlaku. Kata-kata tuhan tidak mungkin terdapat ayat-ayat lucah melainkan ayat tersebut ciptaan manusia
Salam akh, teruskan lagi penjelasan sebegini. Dan tambah lagi soalan iaitu, Betul ke orang Islam tak nampak tuhan tapi orang Kristian boleh nampak tuhan?
ReplyDeleteterima kasih atas sokongan anda
DeleteKalau bible itu petunjuk kenapa mesti ada pornografi....? Adakah Tuhan mengajar manusia supaya belajar pornografi? Kamu berani tak baca ayat2 lucah tersebut di khalayak ramai atau di depan ibu bapa?
ReplyDelete*GENESIS 32:28-31 (New International Version)
ReplyDelete28 Lalu orang itu berkata, "Namamu tidak akan lagi Yakub, tetapi Israel, kerana anda telah bergumul dengan Allah dan dengan laki-laki dan diatasi. "
29 Bapa mereka berkata, "Tolong beritahu saya nama anda."
Tapi dia menjawab, "Kenapa kau bertanya namaku?" Lalu ia memberkati dia di sana.
30 Jadi, Yakub disebut tempat Peniel, [ b ] berkata, "Ini kerana saya melihat Tuhan muka dengan muka, tetapi kehidupan saya diampuni."
31 Matahari terbit di atas saat dia melewati Peniel, [ c ] dan ia pincang kerana punggungnya.
Nota kaki:
Kejadian 32:28 Israel bererti dia berjuang dengan Allah.
Kejadian 32:30 Peniel bererti wajah Tuhan.
Kejadian 32:31 Ibrani Penuil, sebuah variasi dari Peniel
Tolong listkan sekali ya..
Saya tak faham apa maksud saudara
ReplyDeleteSalamm saudara.. Saya seorang kristen..
ReplyDeleteTolong jelaskan perkara memberi salam..
sekiranya saya orang arab dan bertemu dengan orang arab bukan islam apa perlu saya katakan untuk memberi salam?
islam tidak melarang kita memberi salam kepada bukan islam sebab raulullah apabila menghantar surat kepada pemimpin-pemimpin bukan islam memulakan dengan salam.
Deleteterime kasih kerana pengelasan yg amat jelas dan brguna bagi saya...
ReplyDeleteSemoga mendapat berkat dari Allah
DeleteAmin..
Deletethe truth is..bible memang dari tuhan tetapi keasliannya tidak terpelihara sehingga memerlukan Matthew, John, Paul menulis bagi pihak Jesus. Kerana manusia tidak sempurna, maka ia tidak akan setanding dengan kata-kata Allah swt itu sendiri. Memang ini semua perancangan Allah swt. Meletakkan Nabi Muhammad sebagai nabi akhir zaman dan menurunkan quran di akhir zaman. Mengambil iktibar dari kesilapan pemahaman Taurat dan Injil oleh bangsa Nasrani dan Yahudi. Soal yang penting sekarang, islam tidak berpegang kepada Injil dan Taurat kerana Al- Quran itu sendiri sudah lengkap. Menceritakan tentang Turat dan Injil, mengakui kenabian Nabi Musa dan Isa as. Hakikat yang perlu diterima oleh non muslim, bukan soal bible itu mengajar tentang kebaiakn, tetapi keaslian bible itu yang perlu mereka pertimbangkan. Apatah lagi dengan jelas meletakkan nama Nabi Muhammad sebagai nabi akhir zaman..
ReplyDeleteYg pasti tiada 1 pun huruf yg ditambah dan dibuang dalam Al-Quran, Al-Quran tetap kekal sebegitu slama 1400 tahun dn akan kekal tanpa cmpurtangan manusia sehingga kiamat, kerana Al-Quran adalah koleksi firman Allah Taala yg ddalamnya tkandung hukum2 Allah yg lengkap.
ReplyDeleteSementara Bible dan Taurat dh bratus kali diedit demi untuk disesuaikan dgn keadaan zaman, malah edit yg ptama dilakukan oleh seorang Yahudi ketika zaman pmerintahan Rom, krana itu apa saja prayaan Kristian skrg ni ada kaitan dgn pmerintahan Rom ktika itu, malah Vatican juga tletak di Rome.
Begitu juga dgn nasib Taurat, yg smakin dipinggir bangsa Yahudi, kini mereka lebih pcaya Talmud, kitab Zionis yg ditulis rabai2 yahudi dgn penuh nafsu kbencian pd bangsa manusia lain.
Kaji dan fahamilah kitab anda sendiri dan bandingkan lah dgn Al-QURAN.
Dari pemahaman sy tentang al kitab ada lg kekeliruan yg dimasa kini masih belum terungkai seperti sedia maklum islam adalah agama Allah s.a.w dan nabi muhammad adalah nabi akhir zaman..apayg ingin saya tanyakan disini ialah nabi isa a.s atau yesus bagi agama kristian ialah penyelamat manusia dimana kita tahu anak tidak berbapa kerana ketentuan dari ilahi..dilahirkan oleh wanita sunti maryam atau mother marry mgikut istilah kristian dianggap sebagai Tuhan yesus sedangkan kitab dan al quran sekali pun x myatakan nabi isa @ yesus itu lebih keistimewaan nya selain manusia dan bukan Tuhan...bagaimana pula pengakuan manusia trhadap Allah itu satu...Adakah umat kristian mgangap Allah seperti kewujudan umpama manusia..sila jelaskan...saya seorang muaalaf dan juga kristian masa dulu saya amat sedih jika anda myatakan nabi isa a.s @ yesus itu ialah Tuhan dan ia nya merupakan sirik kerana menyamakan Allah dgn hidupan yg diciptakan oleh Allah sendiri..
ReplyDeleteGen32:30 Jews have no issue with phrase "face to face" . But Romans believe God appeared on earth with "finite form" when reading such phrase as they failed to read what God declared to those who saw Him face to face (Exodus 33:20).
ReplyDeleteRead Deut 5:4 and Deut 4:12 for better understanding.