Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Sunday, March 28, 2010

KENAPA MASUK ISLAM PERLU TUKAR NAMA BAPA KEPADA ABDULLAH ?

Ramai yang menganggap tukar nama ayah atau bin Abdullah adalah tuntutan Islam, tetapi sebetulnya ini adalah kewajiban undang-undang di suatu Negara seperti Malaysia dan Indonesia serta negara-negara lain. Mengikut kajian tukar nama ayah kepada Abdullah bukan ajaran Islam buktinya amalan ini tidak dimalkan pada zaman Nabi Muhammad.
Ada beberapa bukti yang menunjukkan penggunaan bin Abdullah bukan ajaran Islam :
1. Ramai sahabat yang memeluk Islam pada Zaman Rasulullah tidak di binkan kepada Abdullah tetapi tetap bin kepada Ayahnya contohnya Umar Bin Khattab, Bilal bin Rabbah dan lain-lain. Sungguhpun bapa Umar dan Billah bukan Islam tetapi tetap bin kepada nama ayah yang sebenar.
2. Mengikut Qur'an melarang untuk bin kepada ayah yang sebenar.
Panggilah nama anak-anak angkat dengan nama bapa mereka, itu lebih adil pada sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui bapa mereka maka panggilah mereka sebagai saudara kamu dan maula-maulamu (Al-Ahzab 33:5).
Merujuk ayat di atas, bahkan anak-anak angkat tidak dibenarkan untuk memanggil mereka bin kepada ayah angkat mereka. Apatah lagi orang masuk Islam yang jelas mempunyai bapa sendiri secara sah, kenapa kita tukar kepada bukan nama bapa mereka yang sebenar.

KENAPA MASUK ISLAM wajib TUKAR NAMA KEPADA BAHASA ARAB?

Amalan mewajibkan tukar nama apabila seseorang memeluk Islam hanyalah budaya tempatan sesebuah kerajaan. Amalan ini telah diterima dan disalah fahamkan oleh orang-orang Islam dan juga orang bukan Islam, padahal amalan ini bukan suatu kewajiban daripada ajaran Islam. Mengikut kajian yang dibuat nama dalam Islam adalah nama yang mempunyai makna yang baik tidak kisah dalam bahasa apa sekalipun. Tetapi hari ini seolah-olah nama Islam adalah nama dalam bahasa Arab.
Kita rujuk kepada kisah pada zaman Nabi Muhammad, Nabi Muhammad hanya menasihatkan segelintir orang-orang Aran yang menerima Islam untuk menukar nama. Padahal nama mereka adalah dalam bahasa Arab, Nabi Muhammad menasihatkan nama mereka ditukar sebab nama-nama mereka mempunyai makna yang tidak baik sungguhpun dalam bahasa Arab. Dalam masa yang masa nama bukan Arab seperti Bilal bin Rabbah dan Salman Al-Farisi tidak dinasihatakn oleh Rasulullah untuk ditukar. Ini bermakna nama Islam adalah nama yang mempunyai makna yang baik tidak kisah dalam bahasa apa sekalipun.
Kemudian apabila islam tersebar ke Negeri China, muslim di negara China juga tidak menggunakan nama dalam bahasa Arab tetapi bahasa Cina. Apabila Islam berkembang ke Nusantara seperti Indonesia, Malaysia dan Brunai Darussalam maka kerajaan membuat undang-undang bagi sesiapa yang memeluk Islam maka wajib tukar nama kepada bahasa Arab. Kerajaan masa tersebut bertujuan untuk memudahkan mengenali seseorang yang memeluk Islam untuk dikenali. Sungguhpun demikian bukan kewajipan kerana undang-undang Islam tetapi undang-undang Kerajaan.
Sungguhpun demikian beberapa kerajaan Negeri dalam Malaysia telah membenarkan sesiapa yang memeluk Islam untuk mengekalkan nama asal iaitu Negeri Selangor, Melaka, Perlis, Wilayah Persekutuan dan Kelantan. Sesiapa yang memeluk Islam dan ingin mengekalkan nama mereka maka dibenarkan mengekalkan nama asal dalam IC dengan memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara. Hari ini ramai tokoh-tokoh Islam di Malaysia yang memeluk Islam mengekalkan nama asal seperti Ann Wan Seng, Shah Kirit Bin Kalukal, Lim Joii Soon dan ramai lagi. Jadi mengekalkan nama asal sekiranya seseoarang masuk Islam bukan suatu kewajipan tetapi suatu pilihan kepada seseorang yang baru memeluk Islam.
Jadi keputusan pada diri orang yang masuk Islam adakah mahu kekalkan nama asal atau tukar nama kepada nama Arab. Ada sesetengah orang lebih selesa dengan nama baru sebagai bukti penghijrahan akidah dari agama lama kepada Islam. Ada juga yang suka mengekalkan nama lama untuk mengekalkan keharmonian hubungan dengan keluarga.
Sekiranya nama Islam itu wajib dalam bahasa A rab, maka orang melayu dulu yang wajib tukar nama. Mengikut kajian yang pernah dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara, 30% nama melayu bukan dalam bahasa Arab bahkan tak tahu bahasa apa. Maka kalau nama Islam wajib dalam bahasa Araba, 30% itu dulu yang wajib tukar nama kepada bahasa Arab

Thursday, March 18, 2010

KENAPA UMAT ISLAM MENDOAKAN SUPAYA MUHAMMAD MENDAPATKAN KEDUDUKAN YANG MULIA DISISI ALLAH?

Sebetulnya doa ini yang sering dibaca oleh umat Islam adalah merujuk kepada ayat Qur'an di bawah ini :

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (Al-Ahzab 33;56).

Ayat di atas merujuk kepada Malaikat dan Allah sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad, sebetulnya adakah umat manusia berselawat ataupun tidak kepada Nabi Muhammad maka keuntungan tersebut akan didapat oleh orang tersebut. Nabi Muhammad tidak mendapat keuntungan apa-apapun, sebab Nabi Muhammad telahpun dijamin sebagai ahli syurga. Adapaun do'a tersebut diajarkan oleh Allah dan sentiasa dibacakan oleh malaikat-malaikatnya oleh sebab itu umat Islam sentiasa membacakan doa tersebut.

Tuesday, March 16, 2010

ADAKAH QUR'AN DITULIS OLEH SYAITAN?

Ramai juga menuduh bahawa Qur'an ditulis oleh syaitan, sebetulnya banyak bukti dapat ditunjukkan bahawa Quran tidak ditulis oleh syaitan :

1. Qur'an adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah. Rujuk ayat di bawah ini :
Sesungguhnya Qur'an adalah kitab suci yang mulia; Ia kitab yang terpelihara (Lauh Mahfuzd); tidak akan sentuhnya kecuali hamba-hamba yang suci; I diturunkan oleh turun semesta Alam (Al-Waqi'ah 56; 77-80).
Sesungguhnya Al-Qur'an benar-benar diturunkan oleh Tuhan Semesta alam, dibawa turun oleh Roh kebenaran (Jibril) ke dalam hati Muhammad agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas (Asy-Syu'araa' 26;192-195).
Ayat di atas jelas menerangkan bahawa Qur'an adalah kitab suci yang terpelihara dan tidak disentuh kecuali hamba-hamba yang suci iaitu Malaikat, dan ia diturunkan oleh Allah. Mungkin kan Syaitan menulis Qur'an sedangkan syaitan tak dapat menyentuh Qur'an??
2. Bukan bukan diturunkan oleh Syaitan. Sila rujuk ayat di bawah :
Qur'an bukanlah diturunkan oleh syaitan; dan tidak lah patut syaitan menurunkan Qur'an, dan merekapun tidak ada kuasa menurunkannya; Sesungguhnya syaitan dijauhkan daripada mendengar ayat-ayat Qur'an (Asy-Su'araa' 26;210-212).
Sekali lagi Qur'an menafikan bahawa Qur'an ditulis oleh syaitan, bahkan untuk mendengar ayat-ayat Qur'an pun syaitan tidak ada kuasa apatah lagi menuliskannya.
3. Syaitan mengajar manusia utuk berlindung daripada dirinya. Sila rujuk ayat di bawah :
Apabila kamu membaca Qur'an, hendaklah kamu mengucapkan "Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam" (An-Nahl 16;98).
Ayat "Aku berlindung darpada syaitan yang direjam" ayat ini sudah cukup bukti bahawa Qur'an tidak ditulis oleh syaitan. Sekiranya syaitan yang tulis mungkin kah syaitan akan tulis di dalam bukunya : Sebelum kamu baca buku saya berdoa'lah kepada Allah Kamu berlindung daripada saya?

Di ayat yang lain Qur'an juga mengajarkan manusia untuk memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan.
Dan jika kami ditimpa dugaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha mengetahui (Al-'Araaf 7;200).
4. Syaitan adalah musuh manusia. Sila rujuk ayat di bawah :
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana syaitan adalah musuh yang nyata bagi kamu (Al-Baqarah 2;168).
Qur'an juga menghalang manusia daripada menyembah syaitan atau menjadi pengikutnya. Rujuk ayat di bawah :
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai keturunan Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi kamu (Yasin 36;60).
Syaitan memang bijak dalam menipu manusia oleh sebab itu Allah awal-awal lagi telah menerangkan tentang kelemahan syaitan sehingga syaitan tidak dapat menipu manusia kalau Quran hasil tulisannya.
5. Qur'an menceritakan tentang kejahatan syaitan. Tidak mungkin syaitan akan membuka aib sendiri sekiranya Qur'an ditulis oleh syaitan. Sila rujuk ayat di bawah :

... Sesiapa yang mengambil syaitan menjadi kawannya, maka syaitan adalah seburuk-bruknya kawan (An-Nisa 4;38).
Ayat yang lain Qur'an juga menceritakan tentang kejahatan syaitan, rujuk ayat di bawah :

"Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan seblum kamu. Mereka hendak berhakim kepada taghut padahal mereka telah diperintahkan untuk ingkar kepada taghut. Dan syaitan akan menyesatkan mereka dengan kesesatan yang nyata (An-Nisa 4;60).

ADAKAH QUR'AN DITIRU DARIPADA BIBLE?

Ramai yang menuduh bahawa Qur'an ditiru dariapda bible, tetapi tidak ada satupun bukti yang menunjukkan bahawa Quran ditiru daripada Bible. Antara beberapa bukti yang menunjukkan Qur'an bukan ditiru daripada Bible di antaranya :

1. Tidak ada satu ayatpun dalam Qur'an yang mempunyai kesamaan dengan ayat dalam Bible yang berbahasa Arab. Sekiranya Qur'an ditiru daripada Bible maka akan dijumpai banyak ayat Qur'an yang sama dengan ayat yang terdapat dalam Bible.

2. Qur'an menggunakan gaya bahasa yang cukup berbeza dengan gaya bahasa yang digunakan dalam Bible. Sekiranya Qur'an ditiru daripada Bible maka gaya bahasa yang terdapat dalam Qur'an maka akan banyak mempunyai kesamaan.

3. Terdapat percanggahan yang cukup ketara tentang konsep Tauhid yang diajarkan oleh Qur'an dan Bible. Sekiranya Qur'an ditiru daripada Bible maka konsep Tauhid yang terdapat dalam Qur'an adalah sama dengan konsep Tauhid dalam Bible.

4. Percanggahan fakta tentang nabi-nabi yang disebut dalam Qur'an dengan Bible. Sebagai contoh dalam Qur'an disebutkan bahawa selepas berbuat dosa Adam telah bertaubat dan Allah telah mengampunkan dosa adama sedangkan dalam Bible kerana Adam melakukan dosa maka dosa tersebut telah diwariskan kepada keturunannya maknanya dosa tersbeut tidak diampunkan.

5. Terdapat persamaan kerana Qur'an dan Bible menunjukkan Bible dan Qur'an berasal daripada sumber yang sama iaitu daripada Allah. Qur'an masih terpelihara sejak diturunkan sedangkan Bible adalah kumpulan surat-surat yang dikumpulkan dan telah diubahsuai.

SIAPA NABI TERAKHIR? MUHAMMAD ATAU YESUS?

Nabi terakhir adalah anabi yang terakhir dilahirkan, bukan yang terakhir mati. Kalau kita lihat Nabi Muhammad adalah nabi yang terakhir dilahirkan ke dunia ini. Sebagai contoh untuk kita lebih faham adalah :
John mempunyai 5 orang anak, anak pertama bernama A, kedua B, ketiga C, keempat D dan kelima E. Si A pergi belajar keluar negara, sednagkan anak-anak yang lain belajar di Malaysia. Pada suatu hari B, D dan E kemalangan jalan raya dan mati. sekarang John hanya tinggal dua orang anak sahaja iaitu A dan C, siapakah anak bungsu John adakah A atau C? Bukan, anak bungsu John tetap E sungguhpun E telah mati dulu.

KENAPA DUA SAKSI PEREMPUAN SAMA DENGAN SEORANG SAKSI LELAKI?

Ramai yang salah faham tentang dua orang saksi perempuan sama dengan seorang saksi lelaki, ini bukan bermakna islam merendahkan derjat perempuan sebab hanya dalam urusan perniagaan sahaja dua saksi perempuan sama dengan satu saksi lelaki seperti disebutkan dalam ayat di bawah :

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalat (jual beli, sewa dan berhutang) tidak secar tunai untuk waktu yang ditetapkan, hendaklah kamu menulisnya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya secara benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana allah telah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis dan hendaklah yang berhutang mengimlakkan apa yang ditulis dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang lemah akalnya, atau lemah keadaanya sehingga tidak mampu mengimlakkannya maka hendaklah wali mengimlakkan dengan jujur. Dan disahkan oleh dua orang saksi lelaki di antaramu. Jika tidak ada dua orang lelaki maka bolehlah seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa maka seorang lagi mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan memberi keterangan apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu baik kecil ataupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu lebih adil di sisi Allah dan lebih dekat persaksian dan lebih selamat daripada timbul keraguan. tulislah muamalat itu kecuali muamalat perdagangan secara tunai (Al-Baqarah 2;282).

Ayat Jika tidak ada dua orang lelaki maka boleh lah seorang lelaki dan dua orang perempuan menunjukkan bahawa kesaksian dua perempuan sama dengan kesaksian seorang lelaki. Ini menunjukkan urusan perniagaan adalah perkara besar yang harus diambil perhatian betul-betul, ini bukan bermakna Islam merendahkan perempuan tetapi Islam meletakkan sesuatu sesuai dengan fitrahnya. Secara fitrah perempuan adalah lemah dan mempunyai banyak kelemahan berbanding lelaki terutama dalam urusan perniagaan.

Sebagai contoh kemampuan perempuan dalam mengambil keputusan dalam masa yang pantas adalah terhad berbanding lelaki disamping itu perempuan juga mempunyai masa emosi tidak terkawal iaitu masa kedatangan darah haid (menstruasi). Secara fizikal perempuan juga lemah sehingga dikhawatirkan akan memberi kesan dalam memberi kesaksian sekiranya diperlukan. Sedangkan dalam bidang lain kesaksian seorang perempuan sama juga dengan kesaksian seorang lelaki.