Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Tuesday, March 16, 2010

SIAPA NABI TERAKHIR? MUHAMMAD ATAU YESUS?

Nabi terakhir adalah anabi yang terakhir dilahirkan, bukan yang terakhir mati. Kalau kita lihat Nabi Muhammad adalah nabi yang terakhir dilahirkan ke dunia ini. Sebagai contoh untuk kita lebih faham adalah :
John mempunyai 5 orang anak, anak pertama bernama A, kedua B, ketiga C, keempat D dan kelima E. Si A pergi belajar keluar negara, sednagkan anak-anak yang lain belajar di Malaysia. Pada suatu hari B, D dan E kemalangan jalan raya dan mati. sekarang John hanya tinggal dua orang anak sahaja iaitu A dan C, siapakah anak bungsu John adakah A atau C? Bukan, anak bungsu John tetap E sungguhpun E telah mati dulu.

KENAPA DUA SAKSI PEREMPUAN SAMA DENGAN SEORANG SAKSI LELAKI?

Ramai yang salah faham tentang dua orang saksi perempuan sama dengan seorang saksi lelaki, ini bukan bermakna islam merendahkan derjat perempuan sebab hanya dalam urusan perniagaan sahaja dua saksi perempuan sama dengan satu saksi lelaki seperti disebutkan dalam ayat di bawah :

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalat (jual beli, sewa dan berhutang) tidak secar tunai untuk waktu yang ditetapkan, hendaklah kamu menulisnya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya secara benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana allah telah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis dan hendaklah yang berhutang mengimlakkan apa yang ditulis dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang lemah akalnya, atau lemah keadaanya sehingga tidak mampu mengimlakkannya maka hendaklah wali mengimlakkan dengan jujur. Dan disahkan oleh dua orang saksi lelaki di antaramu. Jika tidak ada dua orang lelaki maka bolehlah seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa maka seorang lagi mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan memberi keterangan apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu baik kecil ataupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu lebih adil di sisi Allah dan lebih dekat persaksian dan lebih selamat daripada timbul keraguan. tulislah muamalat itu kecuali muamalat perdagangan secara tunai (Al-Baqarah 2;282).

Ayat Jika tidak ada dua orang lelaki maka boleh lah seorang lelaki dan dua orang perempuan menunjukkan bahawa kesaksian dua perempuan sama dengan kesaksian seorang lelaki. Ini menunjukkan urusan perniagaan adalah perkara besar yang harus diambil perhatian betul-betul, ini bukan bermakna Islam merendahkan perempuan tetapi Islam meletakkan sesuatu sesuai dengan fitrahnya. Secara fitrah perempuan adalah lemah dan mempunyai banyak kelemahan berbanding lelaki terutama dalam urusan perniagaan.

Sebagai contoh kemampuan perempuan dalam mengambil keputusan dalam masa yang pantas adalah terhad berbanding lelaki disamping itu perempuan juga mempunyai masa emosi tidak terkawal iaitu masa kedatangan darah haid (menstruasi). Secara fizikal perempuan juga lemah sehingga dikhawatirkan akan memberi kesan dalam memberi kesaksian sekiranya diperlukan. Sedangkan dalam bidang lain kesaksian seorang perempuan sama juga dengan kesaksian seorang lelaki.

KENAPA ISLAM TIDAK ADIL DALAM MEMBAHAGI HARTA WARISAN?

Pembahagian harta warisan dalam Islam ditetapkan oleh Allah dalam di bawah :

Allah menetapkan bagimu tentang pembahagina harta pusaka untuk anak-anakmu. Iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua anak perempuan; jika anak itu semuanya perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan; jika anak seorang anak perempuan sahaja, maka ia memperoleh separuh harta...(An-Nisa' 4;11).
Mengikut ayat di atas maka lelaki mempunyai dua kali lebih banyak berbanding lelaki iaitu seorang anak lelaki sama dengan dua orang orang anak perempuan. Kalau kita lihat sepintas lalu memang Islam melebihkan lelaki tetapi apabila kita kaji lebih detail sebetulnya perempuan lebih diuntungkan berbanding lelaki dalam pembahagian harta warisan.
Secara zahir lelaki mempunyai dua bahagian berbanding lelaki, dalam islam adil bukan bermakna sama banyak tetapi bergantung kepada tanggung jawab yang dipikul. Dalam islam semua perempuan yang ditinggalkan ibubapa dan belum berkahwin maka tanggung jawap dibebankan kepada saudara lelaki. Oleh sebab itu lelaki mempunyai harta warisan dua kali lebih banyak berbanding perempuan kerana lelaki harus membelanjakan semua keperluan saudara perempuannya sehingga saudara perempuan berkahwin.
Sebetulnya lelaki memperolehi harta warisan dua kali ganda berbanding lelaki adalah dalam bentuk kotor sedangkan perempuan mendapatkan satu bahagian tetapi dalam bentuk bersih. Maknanya lelaki perlu membelanjakan semua harta tersebut untuk keperluan saudara perempuannya sedangkan perempuan tidak perlu membelanjakan satu sen pun harta warisan tersebut.

KENAPA PEREMPUAN TIDAK BOLEH JADI IMAM?

Siapa kata perempuan tidak boleh jadi imam sembahyang? boleh jadi imam sembahyang sesama perempuan tetapi perempuan tidak boleh manjadi imam sembahyang kepada Lelaki. Adapun kenapa perempuan tidak boleh menjadi imam sembahyang kepada lelaki?

1. Larangan Nabi Muhmmad seperti tersebut dalam Hadizt di bawah ini :
Janganlah perempuan menjadi imam kepada lelaki (Ibnu Majah)

2. Lelaki adalah pemimpin kepada perempuan. Sila rujuk ayat di bawah :
Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum perempuan, oleh kerana Allah lebihkan lelaki daripada perempuan (An-Nisaa' 4;34).

3. Hawa juga patuh kepada Adam.

Sebetulnya sebab lelaki muslim adalah lemah!
Alasannya sekiranya perempuan jadi imam maka jemaah perempuan adalah berada di barisan paling hadapan maka setiap kali sujud dan rujuk maka tumpuna lelaki bukan kepada tempat sujud tetapi ke arah perempuan. Tidak boleh dinafikan perempuan menjadi daya tarikan kepada lelaki adakah lelaki itu beriman atau tidak, nafsu akan sentiasa datang. Sekiranya tubuh perempuan yang lemah gemulai dan putih melepak berada di hadapan maka akhir sembahyangpun jemaah lelaki tidak sedar sebab terbelalak melihat bentuk tubuh perempuan yang gemulai.

Oleh sebab itu Islam melindungi perempuan dengan meletakkan perempuan pada tempat yang mulia dan terhormat. Islam meletakkan perempuan pada tempat yang sepatutnya, Islam bukan menghormati perempuan dengan menjadikan perempuan sebagai simbol sex.

ADAKAH MUHAMMAD TAHU MEMBACA?

Orang bukan Islam menuduh nabi Muhammad menipu sebab Muhammad mengaku sebagai nabi yang ummi (buta huruf) tapi buktinya beliau dapat membaca seperti dilaporkan dalam surat al-'alaq 96;1-5.
Bacalah dengan menyebut nama Tuhan mu yang telah menciptakan manusia. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah Tuhanmulah Yang Maha pemurah, Yang mengajar manusia dengan perantaraan Qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahunya (Al-'Alaq 98;1-5).
Sebetulnya tuduhan di atas tidak berasas dan mereka tidak memahami bahasa Arab. Pakar bahasa mengatakan bahawa bahasa arab adalah bahasa yang indah dan mempunyai makna yang pelbagai. Iqra juga mempunyai makna mengeja, dalam ayat tersebut Muhammad mengeja apa yang malaikat ucapkan, sesiapa pun akan pandai mengeja sungguhpun tidak dapat membacanya.
Sebagai contoh John minat menonton Film Hindustan, John tidak pandai berbahasa India atau Tamil tetapi sebab John mendengar lagu-lagu Hindustan dalam Film tersebut John pun mengejanya. Adakah John pandai bahasa Hindustan? Tidak! Begitu juga dengan Muhammad, sungguhpun beliau tidak dapat membaca tetapi beliau dapat mengeja apa yang diucapkan oleh Malaikat Jibril.
Sebetulnya hikmah Allah memilih nabi Muhammad yang ummi sebagai rasulnya yang terakhirnya adalah untuk membuktikan bahawa apa yang Muhammad sampaikan adalah betul-betul Firman daripada Allah bukan hasil ciptaan beliau. Sekiranya Muhammad pandai membaca dan menulis maka orang-orang akan menuduh bahawa Qur'an adalah hasil tulisan beliau, maka dengan Muhammad tidak dapat membaca dan menulis maka akan terbebas daripada tuduhan tersebut. Hal ini dilaporkan dalam ayat di bawah :
Dan kamu tidak pernah membaca sebelum Qur'an sesuatu kitabpun dan kamu tidak pernah menulis suautu kitab dengan tangan kananmun; andaikata kamu pernah membaca dan menulis, benar-benar ragulah orang-orang yang mengingkarinya (Al'Ankabut 29;48).
Ayat di atas dengan jelas menyatakan bahawa Muhammad tidak pernah membaca dan menulis, ini menunjukkan beliau adalah ummi Itidak dapat membaca dan menulis).

ADAKAH MUSLIM DIJAMIN MASUK SYURGA?

Seperti kita faham agama lain seperti kristian sentiasa klaim bahawa sesiapa yang beriman kepada Yesus sebagai juru selamat maka akan masuk syurga. Apa pula jaminan yang Islam berikan kepada penganutnya? Sungguhpun beribadat bersungguh-sungguh tetapi tidak ada jaminan juga untuk masuk syurga? Dalam Qur'an Allah berfirman seperti berikut :

Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal baik ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di Syurga itu mereka diberikan perhiasan gelang-gelang daripada emas dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera (Al-Hajj 22;23).
Ayat di atas cukup jelas menyatakan kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal baik serta meninggalkan amal buruk maka Allah akan memasukkan ke dalam syurga. Syarat utama untuk seseorang masuk ke syurga adalah rahmat Allah bukan atas amalnya, sekiranya dihitung amal manusia ini berbanding karunia yang Allah anugerahkan maka tidak ada nilainya. Dalam ayat yang lain Allah berfirman :
Sungguh bertuah orang-orang yang beriman iaitu orang yang kusyu' dalam shalatnya; orang yang menjauhkan diri daripada perkataan yang tidak bermanfaat; orang yang membayar zakat; orang yang menjaga kemaluannya; kecuali terhadap isteri-isteri mereka....; dan orang-orang yang menjaga amanah dan janji-janjinya; dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya; mereka itulah yang akan mewarisi syurga (Al-Mukminuun 23; 1-11).
Maka syurga yang diberikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal baik adalah anugerah Allah. Sungguhpun orang-orang yang tidak beriman tetapi beramal baik maka mereka tetap tidak dapat mencium bau syurga sebab kunci untuk masuk syurga adalah beriman kepada Allah dengan tidak mensyirikkannya.
Sedangkan agama selain Islam telah mensyirikkan Allah dengan ciptaan-Nya maka dosa syirik tidak diampunkan oleh Allah. Seorang muslim sungguhpun tidak melaksanakan amal baik tetapi tidak mensyirikkan Allah, maka peluang untuk bertaubat dan diampunkan dosa oleh Allah adalah besar. Sedangkan dosa syirik adalah dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah seperti firman Allah dalam surat An-Nisa ayat 48
dan 116 :
Sesunguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa selain daripada syirik, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang menyekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar (An-Nisa' 4;48;116).
Selagi orang beriman kepada Allah dan tidak mensyirikkan Allah maka sentiasa terbuka pintu untuk masuk ke syurga adakah di awal kematiannya ataupun di akhir bergantung kepada amal yang dilakukan dan anugerah Allah semata.

Friday, January 29, 2010

ADAKAH BEKAS MEMASAK BABI PERLU DISAMAK?

Ramai yang mengatakan bekas yang digunakan untuk memasak babi atau anjing adalah wajib disamak merujuk kepada pandangan Muhd Arshad Al-Banjari
Apabila mulut dan air liur anjing bernajis, padahal mulutnya adalah sebaik-baik bahagian daripada haiwan, maka bahagian badannya, tahinya dan kecingnya lebih najis.
Beliau mengkiaskan bahawa sekiaranya air liurnya bernajis maka bahagian lain lebih bernajis sebab mulut adalah bahagian yang paling suci daripada bahagian lain. Merujuk penemuan saintifik bahawa mulut atau air lius adalah bahagian yang paling banyak mengandungi bakteria berbanding bahagian lain. Sehingga apabila seseorang yang sedang menghidap penyakit influenza atau selesema maka dilarang keras untuk bersih ke arah orang lain kerana virus cepat menyebar melalui mulut atau air liur. Jadi kurang tepat kalau dikiaskan mulut lebih suci daripada bahagian tubuh babi dan anjing.
Dalam ayat yang lain beliau berkata bahawa:
Barang yang terkena najis berat (Najasah mughallazah) tidak suci kecuali dibasuh dengan enam kali air biasa dan sekali air tanah yang suci.
Dalam ayat di atas Al-Banjari telah mengkiaskan babi dengan anjing tetapi ini bercanggah dengan Hadith di bawah ini:
Ketika aku ramaja, aku telah tidur dalam masjid pada zaman Muhammad sedangkan anjing kencing dan berlarian dalam masjid, tetapi para sahabat tidak merenjis air (Sahih Bukhari 1;75;172).
Dalam Hadith yang lain juga Muhammad menerangkan perkara ini:
Wahai Rasulullah! Sesungguhnya negeri kami ialah negeri ahli kitab, mereka makan daging babi dan minum arak, maka apa yang kami perlu buat dengan bekas dan periuk mereka? Rasulullah menjawab: "Jika kamu tidak ada bekas lain, maka hendaklah kamu bersihkan dengan air, kemudian kamu gunakan untuk makan dan minum kamu" (At-Tirmizi 1797 dan Ahmad 4;193).
Bahkan lebih dasyat lagi apabila ada muslim di Malaysia yang menyamak rumah yang pernah diduduki oleh bukan muslim disebabkan orang bukan muslim tersebut makan babi atau makanan haram lainnya. Ini adalah salah tanggapan di kalangan muslim dan bukan muslim.

Padahal kalau kita merujuk kepada Al-Qur'an dan Hadith, daging babi hanya haram untuk dimakan dan tidak wajib untuk disamak bekas yang digunakan untuk memasak babi atau haiwan haram lainnya. Sila rujuk ayat di bawah tentang pengharaman babi :



Katakanlah: "Tidaklah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi - kerana semua itu kotor atau haiwan yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa dalam keadaan terpaksa sedangkan dia tidak menghendakinya dan tidak pula melampui had, maka Allah maha pengampun lagi maha penyayang (Al-An'am 6;145).



Mangikut ayat di atas daging babi haram dimakan tetapi tidak ada mengatakan wajib samak bekas yang digunakan untuk memasaknya. Bahkan mengikut pandangan ulama bulu babi boleh digunakan sebagai benang. Sedangkan yang wajib disamak adalah apabila bekas dijilat oleh anjing, ini berdasarkan hadith yang dilaporkan oleh Abu Hurairah :


Telah berpesan Muhammad : Mensucikan bekas yang dijilat oleh anjing dengan mencucinya sebanyak tujuh kali, mula-mula dengan tanah (dilaporkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Baihaqi).


Daripada hadith di atas samak hanya berlaku apabila bekas dijilat oleh anjing sahaja sedangkan bekas yang digunakan untuk masak babi tidak diterangkan. Maka mengikut pandangan ulama bekas yang digunakan untuk memasak babi mencukupi sekadar membasuh menggunakan sabun biasa sahaja tanpa perlu samak.