Shama Israelu adonoi Ilahaini adonoi ahud (Wahai bani Israel Tuhan kamu dan Tuhan Kita adalah Tuhan yang Esa) -Yesus (Isa)

Tuesday, October 27, 2009

KENAPA DERAJAT LELAKI LEBIH TINGGI DARIPADA WANITA DI DALAM ISLAM?

Orang bukan Islam melihat terdapat diskriminasi terhadap wanita dalam Islam, kedudukan wanita lebih rendah berbanding lelaki. Adakah ini betul? Cuba kita rujuk kepada Qur'an :

Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menunggu tiga kali suci. Tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suaminya berhak merujuknya dalam masa menunggu tersebut, jika suami itu menghendaki ishlah. Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang makruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada istrinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Al-Baqarah 2;228).

Kalau kita melihat ayat di atas seolah-olah wujud kedudukan lelaki lebih tinggi berbanding wanita tetapi kita harus ingat lelaki mempunyai tangung jawab yang lebih besar berbanding wanita oleh sebab itu lelaki mempunyai sedikit kelebihan daripada wanita dalam hal-hal tertentu sahaja. Bahkan perempuan juga mempunyai kelebihan berbanding lelaki dalam kes-kes tertentu seperti contoh perempuan tidak diwajibkan sembahyang semasa masa kedatangan Haid (Menstruasi) sedangkan lelaki tidak.

Jadi hak seseorang sesuai tanggung jawab yang diberikan, kalau tanggung jawapnya besar maka haknya lebih besar. Analogi supaya kita mudah faham, Seorang guru besar di sekolah rendah mempunyai hak yang lebih besar berbanding guru biasa sebab guru besar mempunyai tanggung jawab dalam mentadbir sekolah manakala guru biasa hanya diberi tanggung jawab untuk mengajar semata-mata. Maka semakin besar tanggung jawab yang dipikul maka semakin besar hak yang didapat.

Sunday, October 25, 2009

ADAKAH ISLAM AGAMA YANG SUSAH?

Bukan Islam melihat agama Islam adalah agama yang susah, banyak pantang larang, ini tak boleh itu tak boleh, ini dosa itu dosa, ini masuk neraka itu masuk neraka, islam memang agama susah sedangkan agama lain mudah je. Bahkan Muslim sendiri merasa islam adalah agama yang susah.

1. Islam nampak susah kerana adat
Sebetulnya kalau kita lihat islam daripada sumbernya yang asal iaitu Quran dan Hadith (Ajaran Nabi Muhammad) maka Islam adalah agama yang paling mudah berbanding agama lain. Bukan Islam kelihatan susah kerana Islam telah dicampur-aduk dengan budaya tempatan, contohnya kebiasaan kita lihat kalau orang Islam kahwin maka perbelanjaan yang dikeluarkan lelaki sangat tinggi, lelaki memberi hantaran yang tinggi kepada perempuan. Hantaran yang tinggi adalah menyusahkan bagi lelaki, kemudian lelaki kena bayar pakaian pengantin lagi belum lagi kenduri kendara maka kahwin itu sangat susah.

Bahkan kadang lelaki terpaksa buat pinjaman atau loan kerajaan semata-mata hanya untuk kahwin, terpaksa berhutang sampai melahirkan tiga anak baru habis langsaikan hutang. Adakah ini ajaran islam? Kalau kita lihat ajaran islam yang sebenar maka islam adalah mudah dalam hal perkahwinan, lelaki hanya memberikan mahar dan majelis kahwin. Mahar kahwin tak perlu mahal-mahal yang penting barang yang mempunyai nilai dan pihak perempuan bersetuju. Manakala majelis pula hanya majlis makan-makan biasa sebab majelis itu hanya untuk mengistiharkan kepada saudara mara atau jiran bahawa mereka telah berkahwin supaya tak timbul isu atau fitnah kalau orang lain nampak mereka tinggal bersama.

Sebetulnya perkahwinan dalam islam sangat mudah, persiapan untuk melayari rumah tangga dari segi pengetahuan dan panduan mendidik isteri dan anak adalah yang utama bukan majelis kahwin atau bulan madu.

2. Islam agama yang Mudah
Kalau kita rujuk kepada Quran maka Islam adalah agama yang mudah seperti disebutkan dalam ayat-ayat berikut:

... Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur (Al-Baqarah 2;185).

Kadang kala kita nampak sesuatu itu sangat susah tetapi sebetulnya benda itu mudah tetapi sebab kita tak biasa maka benda itu jadi susah. Islam juga melarang benda-benda yang menyeronokkan dan membawa kelalaian seperti minum arab, sex bebas dan lainnya maka nampak Islam agama yang susah kerana terdapat pantang larang. Padahal hanya sedikit pantang larang itupun untuk kebaikan manusia, setiap larangan membawa kebaikanAllah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita sebagai ciptaan-Nya.

Analogi supaya mudah digahami, Honda telah melancarkan penjualan kereta Honda Nano terbaru, teknologi yang dipakai sangat canggih dan tidak ada maklumat yang tahu kecuali perekanya. Jadi pereka kereta Honda Nano telah membuat manual dengan mengatakan kereta Honda Nano tidak boleh menggunakan petrol biasa tapi harus pakai Primax 3, disebabkan pengguna telah biasa pakai petrol biasa maka digunakan petrol biasa. Tiba-tiba kereta Honda Nano tak dapat hidupkan mesinnya. Jadi siapa yang salah? Pereka Honda atau pengguna yang tak mengikut panduan yang diberikan?
Sebab apa?

sebab pereka Honda Nano tersebut lebih tahu seluk beluk rekaannya berbanding pengguna. Macam tu juga, Allah larang dan suruh sesuatu untuk kebaikan manusia sungguhpun kita nampak susah tapi ada kebaikan disebaiknya. Sila rujuk ayat di bawah:

3. Allah tahu apa yang tidak diketahu manusia
... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui (Al-Baqarah 2;216)

Analogi, Anda mempunyai seorang anak lelaki berumur 3 tahun, tiba-tiba disebelah rumah anda berlaku kebakaran. Bagi seorang budak melihat api suatu keindahan, dia minta main api. Sebagai seorang Ayah yang bijak, adakah anda membenarkan dia main api? Pasti anda tidak benarkan dia main api sebab anda tahu akibatnya tapi bagi budak berumur 3 tahun, sungguh seronok kalau dapat main api. Bestnya..... Sekarang zaman demokrasi, anak anda minta bantu dengan jiran untuk menulis protes...SEKARANG ZAMAN DEMOKRASI, AYAH TAK BOLEH MELARANG SAYA MAIN API... ITU HAK SAYA..Adakah anda benarkan?

Sebagai seorang ayah yang bijak, pasti anda tidak benarkan dia bermain api bukan? Begitu juga dalam Islam ada sedikit pantang larang adalah untuk kebaikan manusia, manusia tidak tahu Allah lebih tahu. Memang dalam Islam ada sedikit pantang larang, sebagai contoh Islam haramkan minum arak tapi berjuta minuman lain boleh diminum, begitu juga dengan pengharaman babi. Cuba lihat berapa juta jenis makanan lain yang boleh dimakan selain babi itupun atas sebab untuk kebaikan manusia (Sila rujuk Tajuk KENAPA ISLAM HARAMKAN BABI?). Sebetulnya pantang larang atau undang-undang tersebut untuk memudahkan manusia dalam mentadbir dunia.

Analogi, Tepat jam 5 petang Najib istiharkan bermula sekarang semua lampu isyarat di KL dihentikan dan pemandu boleh memandu sesuka hati. Cuba fikirkan, apa yang akan berlaku di KL? Kalau sebelum ini balek dari KL ke Kajang ambil masa 45 minit maka hari itu ambil masa sampai 6 jam sebab banyak kes langgar dan jem yang begitu panjang sebab semua pemandu mahu cepat dan jalan dulu sehingga kereka terlanggar dan sesak. Makanya undang-undang jalan raya adalah untuk memudahkan pengguna jalan bukan menyusahkan pengguna jalan raya. Sama juga dengan Islam, sedikit pantang larang atau undang-undang dalam Islam untuk memudahkan manusia menjalani hidup ini sehingga bahagia dunia dan akahirat.

4. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Ia mendapat pahala daripada kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa daripada kejahatan yang dikerjakannya. Mereka berdo`a: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir" (Al-Baqarah 2;286)

Daripada ayat di atas kita dapat melihat bahawa Allah hanya menetapkan atau menguji kita berdasarkan kemampuan kita untuk menerimanya. Kalau Allah tetapkan suatu undang-undang maka kita sanggup mengamalkannya selagi kita mahu mengamalkannya.

Bahkan Nabi Muhammad juga berpesan dalam Haditnya yang dilaporkan dalam Sahih Bukhari dalam Buku 1 Chapter 11 ayat 9;

Permudahkan jangan susah-susahkan, beri berita gembira dan jangan takut-takutkan (Sahih Bukhari 1;11;9)

Ayat di atas menunjukkan bahawa Agama islam adalah agama yang mudah, kadang kala muslim itu yang membuat agama menjadi susah seperti saya sebutkan di atas tadi.

Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah (An-Nisa' 4;28).

Firman Allah:
Allah menghendaki kamu mendapatkan kemudahan, dan ia tidak menhendaki kamu menanggung kesusahan (Al-Baqarah 2;185)

Firman Allah :

Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan, tetapi ia hendak mensucikan kamu dan sempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur (Al-Maidah: 6)


Allah memberi kemudian kepada kita sebab kita adalah lemah seperti termaktub dalam ayat di bawah

Orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang umi yang namanya tertulis dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya iaitu AlQuran, mereka itulah orang-orang yang beruntung (Al-A'raf 7;157).

Allag berfirman:

Allah hendak menringankan beban hukum-Nya daripada kamu, kerana manusia dijadikan dalam keadaan lemah (al-Nisa': 28)

....Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. Ikutilah agama Ibrahim. Allah telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan begitu pula dalam Al Qur'an ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong (Al-Hajj 22;78).

Friday, October 23, 2009

KENAPA ALLAH MENGGUNAKAN KAMI DALAM QURAN UNTUK MERUJUK KEPADANYA? ADAKAH ALLAH LEBIH DARI SATU?

Sekiranya Allah itu Esa kenapa Allah menggunakan Kami untuk merujuk kepada-Nya? Adakah Allah lebih dari satu? Sila rujuk Surah Yasin 36;9

Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding pula, dan Kami tutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat (Yasin 36;9).

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.(Al-Hijjr 15;9)

Plural atau jamak di dalam bahasa Arab mempunyai dua makna iaitu menunjukkan bilangan dan keagungan. Jadi Kami dalam ayat di atas merujuk kepada Keagungan Allah. Kaedah plural dalam bahasa Hebrew juga mempunyai kaedah yang sama dengan bahasa Arab. Sila rujuk Act 1;1

Pada mulanya, ketika Allah (Elohim) menciptakan alam semesta (Act 1;1).

Sungguhpun lafaz Him merupakan kalimah jama' tetapi tidak ada satupun di kalangan Yahudi yang menyatakan Tuhan lebih daripada satu. Ini kerana mereka faham lafaz jama'. Him tidak merujuk kepada bilangan tetapi merujuk kepada keagungan Allah.

Ratu Elizabeth II kalau berucap sentiasa menggunakan We, adakah beliau ramai? We merujuk kepada keagungan beliau sebagai King Elizabeth. Jadi penggunaan We sama seperti penggunaan Kami dalam Qur'an untuk merujuk kepada keagungan Allah

Thursday, August 20, 2009

KENAPA ISLAM TIDAK TERIMA HOMOSEXUAL

1. Tujuan Penciptaan Lelaki dan Perempuan

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan istrinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak (An-Nisa' 4;1)

Merujuk ayat di atas jelas Allah menjadikan lelaki dan perempuan untuk mencari pasangan berlainan jantina bukannya sesama jantina seperti Gay dan lesbian. Kalau manusia cuba melawan fitrah dengan memilih sesama jantina maka keseimbangan alam ini akan terancam dimana kelahiran akan semakin berkurang.
Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu daripada isteri-isteri kamu anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki daripada yang baik-baik ... (An-Nahl 16;72)

2. Sejarah perkembangan Homoseksual

Mengikut Hadith yang dilaporkan oleh Ibnu Asakair, Homoseksual mula-mula diperkenalkan oleh Syaitan yang menyerupai seorang pemuda kacak.

Amalan kejahatan ini bermula apabila syaitan datang kepada kaum ini menyerupai seorang pemuda kacak dan mengajak mereka berasmara dengannya. Kemudian penduduk itu tercebur dalam kejahatan ini dan mengamalnya secara melampau (Ibnu Asakair).

Kemudian amalan ini dibawa ke kawasan masyarakat Kaum Nabi Luth oleh lelaki dari bandar yang telah terjangkiti penyakit homoseksual. Kemudian amaln ini merebak kepada kaum Nabi Luth seperti diterangkan oleh Allah dalam Surah Al-A'raaf 7;80-81

Ingatlah tatkala Luth berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun di dunia ini sebelummu?" Sungguh kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsumu kepada mereka, bukan kepada wanita, bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (Al-A'raf 7;80-81)

3. Allah melaknat Homosexual
Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu (Al-A'raaf 7;84).

Maka tatkala datang azab Kami, Kami balekkan jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah terbakar secara bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim (Hud 11;82-83).

4. Penyebaran Homosexual ke Eropah dan Barat
Kemudian Homosexual menyebar kepada Bangsa Greek dan Roma seperti dilaporkan antara tokoh-tokoh yang mengamalkan Homosexual adalah Socrates, Aristotle dan Alexander the Great. Kemudian Homosexual merebak ke Perancis dan Jerman pada abad ke 13 serta Amerika pada Tahun 1948.

Pada abad ke 13 amalan Homosexual sudah melampau di Perancis sehingga kerajaan Perancis menghalang aktiviti tersebut dengan menggubal Undang-undang Hukuman mati bagi pengamal Homosexual.

Manakala di Jerman sebelum Rejim Nazi, Parti World Association for Sex Reform telah mengkempen amalan Homosexual yang dipimpin oleh Dr. Magus Hersheffeld. Parti tersebut memperjuangkan pengesahan Undang-Undang Homosexual selama enam tahun, akhirnya Undang-undang tersebut disahkan dengan syarat Homosexual dilakukan atas persetujuan kedua pihak dan jika dilakukan dengan kanak-kanak maka harus mendapat kebenaran penjaganya.

Di Amerika, Henley Kansey (!948) merekodkan bahawa sepertiga daripada 12,000 pernah terlibat dalam Homosexual dan 77% Pelajar sekolah Tinggi cenderung kepada Homosexual.

5. Perkembangan Homosexual di Timur
Dilaporkan negara yang pertama sekali mengamalkan homosexual di Timur adalah Iran. Homoseksual diamalkan oleh satu kumpulan syiah yang menganggap bahawa anal sex kepada isteri dibolehkan, kemu. Homoseksual diamalkan dian bertukar pasangan kepada pemuda. Amalan ini kemudian menyebar ke Afganistan, Pakistan dan India. Pada tahun 1945 ditemui sarang pelacur lelaki (Gay) di Karachi, begitu juga di bandar-bandar India tetapi lebih tertutup. Di Bahrain juga ditemui sarang pengamal Homosexual bahkan diluluskan oleh kerajaan.

6. Kesan buru Homosexual
a. Hilang rasa malu dan tidak bermoral sehingga mereka sanggup meliwat budak-budak lelaki yang masih kecil semata-untuk untuk memuaskan nafsunya.
b. Hilang keberanian, maruah diri dan wujud tingkah laku yang menjijikkan
c. Kaum tersebut akan pupus tanpa meninggalkan zuriat sehingga matlamat penciptaan lelaki tidak tercapai iaitu untuk melahirkan keturunan
d. Manusia akan pupus selepas beberapa tahun ke hadapan sekiranya amalannya berleluasa dan akan menimbulkan banyak jenayah-jenayah lain.
7. Pandangan Islam tentang Homosexual
1. Al-Quran
Dan terhadap dua orang yang melakukan perbuatan Homoseksual di antara kamu, maka berilah hukuman kepada keduanya, kemudian jika keduanya bertobat dan memperbaiki diri, maka biarkanlah mereka (An-Nisa'4;16).
2. Hadith
a. Muhammad berpesan: Perkara yang paling aku takuti yang menimpa umatku adalah amalan Kaum Luth (Homosexual).
b. Amalan Homosexual (liwat) sangat buruk dan mengaibkan. Larangannya sangat ditekankan. Aku risau kita akan tercebur didalamnya dan menghadapi kemurkaan Allah.
Allah tidak melihat kepada lelaki yang melakukan sex luar tabi'i dengan lelaki lain (Homosexual) atau perempuan melalui duburnya (dilaporkan oleh Tirmizi dan Nasa'i).
c. Laknat Allah ke atas orang yang melakukan Homosexual, Laknat Allah ke atas orang yang melakukan Homosexual, Laknat Allah ke atas peliwat (Homosexual) dilaporkan oleh Tabrani.
Apabila Homosexual dilakukan dengan berleluasa, Allah menarik bantuan-Nya daripada makhluknya dan mereka dibinasakan (dilaporkan Tabrani).
d. Terdapat empat kumpulan manusia yang dimurkai Allah apabila mereka bangkit daripada tempat tidur pada waktu pagi dan masuk waktu malam....Muhammad berkata : di antara mereka adalah orang yang mengamalkan Homosexual (dilaporkan oleh A-Targhib Tarhib).
e. Bunuhlah orang yang mengamalkan amalan kaum nabi Luth, iaitu orang yang melakukan Homosexual.
8. Pencegahan Homosexual
a. Janganlah seorang lelaki bertemu lelaki lain atau seorang perempuan bertemu perempuan lain dalam keadaan bugel
b. Muhammad melarang dua perempuan untuk tidur bersama dalam keadaan bugel dan begitu juga melarang lelaki tidur bersama dalam satu selimut (dilaporkan oleh At-Tarbani).
c. Janganlah seorang lelaki melihat zakar lelaki lain dan juga janganlah seorang perempuan melihat alat sulit perempuan yang lain. Janganlah seorang lelaki tidur bersama lelaki lain dalam satu selimut (dilaporkan oleh Muslim).
d. Janganlah seorang lelaki berbaring dengan lelaki lain walaupun di hujung katil.
9. Akibat amalan Homosexual
a. Seorang lelaki yang merelakan dirinya dijadikan pemuas nasfu lelaki lain maka Allah akan memberikan ransangan sexual kepada lelaki sebagaimana seorang lelaki gairah kepada seorang perempuan.
b. Bakteria yang terdapat dalam dubur akan menyebabkan zakar pengamal Homosexual tidak dapat berfungsi dengan baik (Lemah Syahwat) pandangan pakar Islam.
c. Homosexual akan merusakkan jiwa/perasaan, sehingga terjadi krisis identiti sehingga akan timbul minat kepada kelamin yang saya.
d. Menyebabkan syndrom penyakit mental yang disebut Neurasthenia (Penyakit lemah saraf) mengikut kajian dokter perubatan.
e. Tekanan mental berlebihan sehingga suka menyendiri dan mudah tersinggung maka tidak dapat kebahagian dalam hidup.
f. Mempengaruhi otak sehingga kemampuan berfikir menjadi lemah dan minat menjadi lemah maka kemampuan otaknya menjadi lemah juga.
10. Larangan merenung lelaki
Muhammad melarang seorang lelaki merenung lelaki lain dengan penuh gairah.
Dan terhadap dua orang yang melakukan perbuatan keji di antara kamu, maka berilah hukuman kepada keduanya, kemudian jika keduanya bertobat dan memperbaiki diri, maka biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.
Islam cukup tegas terhadap pelaku Homosexual kerana dapat membahayakan

Sunday, August 16, 2009

ADAKAH AL-QURAN BERCANGGAH DENGAN SAIN MODEN?

Secara umum orang beranggapan bahawa sains moden berdasarkan pada kajian dan bukti sedangkan agama diikuti membuta tuli (Blind faith). Sehingga agama dan sains tidak serasi atau bercanggah, kalau ikut sains moden akan majujaya sedangkan ikut agama akan mundur.

Kalau kita rujuk sejarah, kedatangan Islam telah mengangkat harkat dan kemajuan Bangsa Arab di Mekah dan Medinah yang sebelumnya dianggap sebagai bangsa yang tidak bertamadun, bahkan Islam telah berjaya memimpin 2/3 dunia masa tu. Tetapi negara sekular yang mengutamakan sains semata-mata telah menyebabkan maruah manusia berada pada tahap yang paling rendah sehingga perempuan hanya dijadikan simbul sex semata.

Kalau kita lihat sepintas lalu negara-negara yang mengagungkan sain semata adalah maju secara fizikal tetapi sistem kekeluargaan runtuh, gejala sosial leluasa dan jenayah tinggi. Amerika Syarikat adalah negara maju, tetapi purata kes rogol yang direkod di sana berlaku setiap 30 saat, berapa ramai ibu tunggal yang terpaksa bekerja syif siang dan malam untuk menyara anak-anak mereka yang tidak mempunyai ayah?

Sain Moden membuktikan bahawa Allah wujud

General Theory Relativiti menunjukkan alam semesta ini berkembang dengan pesat, dan akan mengecut kalau kembali semula ke masa silam. Alam semesta dicipta tanpa masa, ruang atau jirim. Ini menunjukkan kejadian alam bukan secara kebetulan sebab alam adalah kejadian yang rumit sehingga perlu dicipta bukan tercipta sendirinya. Kalau dicipta maka ada pencipta, siapakah pencipta?

Analogy; sebuah balon kalau ditiup akan mengembang dan kalau dikeluarkan angin maka akan mengecut sehingga tahap yang kecil. Maka sama juga dengan alam kalau kembali ke asal hanya wujud satu titik kecil sahaja. Maka adakah titik kecil tersebut terbentuk dengan sendirinya? Jawapannya tidak, pasti ada yang menciptakannya.

ISLAM DAN SAINS MODEN

Adakah Islam dan sains moden serasi?
Nama-nama Pakar Sains yang beragama Islam yang banyak menyumbang terhadap perkembangan sains moden (Al-Khawarizmi/Algorism [750-850], Avicenna [981-1037], Geber (738-813], Ibn Khaldun [1332], Averosa [1128-1198] dan Albucasisi [936-1013])








Sumbangan Islam terhadap sain moden
1. Astronomi dan Geologi
a. Big Bang
Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya (Al-Anbiyaa' 21;30). Ini menunjukkan bahawa terjadi suatu letupan kuat sebelum terbentuk dunia seperti dilaporkan dalam Teori Big Bang.
b. Permulaan alam dipenuhi asap tebal
Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati".(Al-Fushsilat 41;11).
c. Alam semesta berkembang pesat
Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya (Az-Zhariyaat 51;47)
d. Bentuk bumi
Dia menjadikan malam melingkari siang dan mejadikan siang melingakrari malam (Az-Zumar 39;5). Ayat ini menunjukkan bumi berbentuk bulat.
Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya (An-Naziyaat 79;30)
e. Gunung ganang sebagai pasak
Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, dan gunung-gunung sebagai pasak? (An-Naba' 78;6-7)
f. Orbit Matahari dan Bulan
Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya (Yaasin 36;40)
g. Matahari berputar pada paksinya
Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya (Al-Anbiyaa 21;33)
2. Fizik (Atom)
Tidak ada tersembunyi daripada-Nya seberat zarrah pun yang ada di langit dan bumi serta tidak ada (pula) yang lebih kecil dan lebih besar daripada itu, melainkan tersebut dalam Kitab yang nyata (Lohmahfuz)",(As-Saba' 34;3)
3. Botani dan Perubatan
Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang (Ar-Ra'd 13;3)
Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah (Az-Dzariyaat 51;49)
Daripada perut lebah keluar madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia (An-Nahl 16;69)
4. Embriologi
Kemudian Kami jadikan air mani yang disimpan dalam rahim. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik (Al-Mukminun 23;13-14).
Di ayat yang lain, Allah juga menjelaskan tentang penciptaan manusia.
Ketahuilah sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi (Al-Hajj 22;5)
Jantina Bayi
Bahwasanya Dialah yang mematikan dan menghidupkan, dan bahwasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan wanita (An-Najm 53;44-45).

Friday, August 14, 2009

ADAKAH AL-QURAN DARIPADA ALLAH?

Alquran adalah firman Allah seperti tersebut dalam ayat di bayah ini:

Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (Al Qur'an) kepadamu dengan terperinci? Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahwa Al Qur'an itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu. Telah sempurnalah ayat Tuhanmu (Al Qur'an), sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah ayat-ayat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(Al-An'am 6;114-115)

Ayat di atas menunjukkan pengakuan daripada Allah bahawa Qur'an bukan ciptaan Muhammad tetapi wahyu yang diturunkan melalui Malaikatnya. Cuba rujuk mana-mana kitab agama lain yang terdapat pengakuan daripada Allah?
Bagi Muslim kesahihan Al-Quran adalah sangat penting sebab melibatkan kepercayaan asas yang melibatkan keimanan kepada Allah, Muslim boleh membuktikan bahawa Al-Quran yang ada pada tangan kita hari ini sama dengan Al-quran yang diwahyukan kepada nabi Muhammad 1400 tahun daripada Allah.

Kebanyakan orang percaya kepada agama secara butatuli (blind faith), mereka tak buat kajian terhadap kitab mereka, mereka hanya ikut apa saja paderi/monk/sami cakap tanpa mengkaji sama ada kata-kata itu ada dicatat dalam kitab mereka. Macamna dengan Islam? Muslim tidak boleh percaya sesuatu tanpa bukti yang nyata sebab Islam agama fakta bukan iman tanpa kajian dan bukti seperti agama lainnya.

Macam mana kita boleh buktikan qur'an daripada Allah? Ada 2 langkah untuk membuktinya.
1. Pembuktian Al-Qur'an sekarang sama dengan quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw 1400 tahun yang lalu, tiada perubahan ataupun pengubahsuaian
1. Sejarah
Qur'an diturunkan kepada Muhammad pada 612-635 CE, dalam bahasa Arab, qur'an bukan diturunkan dalam sehari, tetapi beransur-ansur selama 23 tahun melalui Malaikat Jibril, kadang-kadang ayat pendek, kadang-kadang satu surah panjang, setiap kali Muhammad terima wahyu maka disampaikan kepada para pengikutnya 100% sama seperti yang diterima daripada Allah melalui Jibril.

Pengikut Muhammad yang mencatat wahyu yang disampaikan oleh-Nya diantaranya Zaid ibn Tsabit, Ubay ibn Kalb, Mu’adh ibn Jabal dan Abu Zaid. Wahyu tersebut ditulis pada kulit kayu, kulit dan tulang haiwan, setiap kali mereka tulis beliau terus menyemaknya supaya tidak terjadi kesilapan dan sekiranya berlaku kesilapan dalam catatan, beliau akan terus perbaikinya pada masa itu juga, sehingga tidak ada kesilapan lagi. Jadi dengan cara ini dapat dipastikan bahawa yang ditulis adalah sama dengan ayat yang diturunkan kepada beliau, dengan cara ini tak ada peluang untuk berlaku kesilapan.
Selain mencatat, pengikut beliau juga menghafal wahyu tersebut, dan mereka mengulanginya setiap kali sembahyang, contoh dalam solat 5 waktu setiap rakaat dibaca surah Al-Fatihah, dlm 2 rakaat yang pertama dibaca surah-surah secara rawak, dan untuk solat Mahgrib, Isyak dan Subuh imam akan baca ayat Qur'an dengan kuat, sekiranya berlaku kesilapan maka jemaah terus memperbetulkannya, dengan cara ini sesiapa yg salah hafal samada imam atau makmum boleh diperbetulkan dengan segera, secara umumnya semua tahu bacaan yang betul.

Setiap tahun dalam bulan puasa (Ramadan), Muslim melaksanakan shalat Terawih, mereka akan habiskan 30 juzuk Qur'an (Al-Qur'an penuh), setiap malam 1 juzuk, amalan ini telah diamalkan sejak zaman Muhammad sehingga hari ini, kebanyakan masjid akan habiskan 30 juzuk dalam setiap Ramadan, dalam lain perkataan sepanjang 612-635 selepas sembahyang digalakkan membaca Qur'an.
SAmpai sekarang berjuta muslem menghafal Al-Qur'an secara penuh (30 juzuk), bahkan ada umur 5 tahun atau 7 tahun yang sudah menghafal keselurahan Al-Qur'an seperti di Iran dan Pakistan serta negara Islam lainnya, bahkan juga negara Malaysia.
Setiap bulan Ramadhan, semasa hidup-Nya Muhammad juga akan membaca semula Alqur'an yang teralah diturunkan dan disemak oleh Malaikat Jibril supaya tidak ada ayat yang tertinggal atau tersilap begitu juga pengikut-Nya akan membacanya yang disemak oleh Nabi.

Selepas Muhammad meninggal, pada masa kepemimpinan AbuBakar telah dikumpulkan semua penghafal Al-Qur'an dan manuskrip Al-Qur'an, kemudian dibukukan dan disemak semula oleh penghafal keseluruhan Al-Qur'an dan disesuaikan dengan manuskrip yang ada pada batu, kayu, kulit dan tulang haiwan. Kemudian semua manuskrip yang terdapat pada batu, kayu, kulit dan tulang haiwan dimusnahkan dan yang disimpan hanya 5 buah mushaf Al-Qur'an yang disimpan oleh :
1. Osman Ibn Affan,
2. Salah seorang Isteri Nabi Habsah,
3. Zaid Ibn Tsabit,
4. Abdullah Ibn Zubayer
5. S'ad Ibn As 'As.
Manuskrip Al-Qur'an yang asal sampai sekarang masih tersimpan di:
1. Museum of Tashkent, Uzbekista
2. Topkapi Museum, Istanbul, Turkey
3. Library of Congress, Washington
4. Chester Beatty Museum, Dubli
5. London Museum, England
6. Institute of Munich – 42,000 Manuscripts
Al-Qur'an asal yang disimpan di Muzium Tashkent Uzbekistan.

2. Pengarang
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur'an? Kalau kiranya Al Qur'an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya (An-Nisa' 4;82)
Kitab ini diturunkan dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Al-Jaatsiyah 45;2)
2. Proses penyingkiran penulis yang tidak munasabah ataupun tak layak
1. Muhammad
a. Nabi Muhammad tidak dapat menulis Al-Qur'an sebab beliau adalah buta huruf (tak dapat baca dan tulis). Seperti dilaporkan dalam ayat di bawah
Dan kamu tidak pernah membaca sebelum Al-Qur'an sesuatu Kitab pun dan kamu tidak pernah menulis suatu kitab dengan tangan kananmu; andai kata kamu pernah membaca dan menulisnya, benar-benar ragulah orang yang mengingkarimu (Al-'Ankabut 29;48).
b. Muhammad digelar oleh orang Arab Quraish sebagai Al-Amin maksudnya orang yang dipercaya, beliau tidak pernah berdusta sehingga orang Arab cukup mempercayai beliau kalau terjadi peperangan di Arab masa itu maka orang-orang Yahudi dan Nasrani menyimpan barang mereka kepada beliau, selepas peperangan meraka akan menuntutnya semula dan Muhammad kembalikan semua barang tersebut tanpa sedikitpun yang kurang atau hilang.
c. Kalau Muhammad yang tulis Al-Qur'an maka tidak mungkin Muhammad menegur diri sendiri. Sedangkan dalam Al-Qur'an terdapat ayat-ayat yang menegur beliau.

Jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi (Al-Kahfi 18;23).
Dan ingatlah, ketika kamu berkata kepada orang yang Allah telah melimpahkan nikmat kepadanya dan kamu juga telah memberi nikmat kepadanya: "Tahanlah terus istrimu dan bertakwalah kepada Allah", sedang kamu menyembunyikan di dalam hatimu apa yang Allah akan menyatakannya, dan kamu takut kepada manusia, sedang Allah-lah yang lebih patut kamu takuti. Maka tatkala Zaid telah menceraikannya isterinya, Kami kahwinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk mengahwini bekas istri anak angkat mereka, apabila anak angkat itu telah menceraikan istrinya (Al-Ahzab 33;37).
Muhammad bermuka masam dan berpaling, karena telah datang seorang buta kepadanya ('Abasa 80;1-2).
2. Al-Qur'an ditiru daripada Bible?
a. Gaya bahasa Al-Qur'an dengan bible tidak menunjukkan kesamaan, ini membuktikan bahawa Al-Quran tidak ditiru dari Bible sebab kalau ditiru mesti gaya bahasanya sama.
b. Perjanjian lama dalam bahasa Arab baru dituliskan pada tahun 900 CE, manakala perjanjian baru dalam bahasa Arab dituliskan pada tahun 1616 CE.
c. Tiada satupun ayat dalam Al-Qur'an sama dengan ayat dalam Bible, kalau ditiru mesti akan mempunyai kandungan ayat yang sama.
d. Kesilapan yang terdapat dalam Perjanjian Lama dan perjanjian Baru tidak terdapat dalam Al-Qur'an. Sangat tidak logik kalau pelajar yang pandai meniru daripada pelajar yang bodoh, maknanya dalam perjanjian Lama dan Baru terdapat banyak ayat yang bercanggah dan terdapat kesilapan, mungkinkan Al-Quran ditiru daripada ayat-ayat yang bercanggah dan terdapat kesilapan tersebut?
e. Terdapat persamaan mesej menunjukkan sumber asal yang sama iaitu daripada Allah. Ini tidak menunjukkan ditiru.
3. Ditulis oleh Syaitan?
Kalau ditulis oleh Syaitan mungkin kah Syaitan akan memberitahu kepada manusia akan keburukannya? Rujuk ayat di bawah

Sesungguhnya setan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh mu, karena sesungguhnya setan-setan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala (Al-Fathir 35;6).

Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai keturunan Adam supaya kamu tidak menyembah setan? Sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu" (Yaasin 36;60).
Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku daripada Al-Qur'an ketika Al Qur'an itu telah datang kepadaku. Dan adalah setan itu tidak mau menolong manusia (Al-Furqan 25;29).
Apabila kamu membaca Al-Qur'an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk (An-Nahl 16;98).
Dan di antara haiwan ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan disembelih. Makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu,(Al-An'am 6;142).
Siapa lagi penulis????
Jawapan Allah yang Maha Esa

Tuesday, August 11, 2009

KENAPA UMAT ISLAM BENCIKAN ORANG ISRAEL?

Jawapannya:
Tuduhan ini tidak benar sebab tidak ada satu ayatpun dalam Al-Qur'an yang menyuruh umat Islam untuk membenci orang Israel bahkan Allah telah mengangkat derajat orang-orang Israel ke peringkat yang mulia dengan menghantar nabi-nabi dari bangsa Israel seperti Moses dan Yesus tetapi disebabkan keingkaran mereka terhadap nabi-nabi dan perintah Allah. Maka mereka telah menganiaya diri mereka sendiri.
Bahkan tidak sempurna iman umat Islam sekiranya tidak beriman kepada Nabi-nabi yang dihantar kepada bangsa sebelumnya termasuk juga di kalangan Bangsa Israel. Sungguh ada sebahagian Muslim di Malaysia suka mengutuk bangsa Israel sebagai Laknatullah (Semoga dilaknat oleh Allah), tetapi ini budaya Melayu dan tidak ada hubungan dengan Islam sebab sekiranya Muslim mengutuk Bangsa Israel maka sama juga dengan mengutuk keturunan nabi-nabi yang Allah pilih. Bahkan Bangsa Israel adalah bangsa terpilih tetapi disebabkan keingkaran mereka maka Allah peringatkan mereka.

Islam hanya membenci orang-orang yang melakukan kezaliman tidak kira bangsa termasuk juga sebahagian bangsa Israel yang telah menzalimi orang-orang Palestina iaitu Ziones, sebetulnya bukan hanya orang Islam sahaja membenci dan mengutuk kezaliman Ziones. Bahkan semua bangsa di dunia yang memegang kuat hak azasi manusia tidak boleh terima kezaliman Ziones terhadap Rakyat Palestina. Bahkan Rakyat Israel sendiri menentang kezaliman tersebut sunguhpun mereka akan ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara, ini menunjukkan bahawa simpati Muslim tidak mengenal bangsa dan agama.

Kalau kita merujuk peta maka peta sebelum tahun 1948 kita tidak menemukan negara Israel tetapi pengistiharan Israel secara tidak sah telah mendatangkan huru-hara di Bumi Jerusalem disebabkan keangkuhan dan kezaliman yang dilakukannya (Rujuk Gambar sebelah kiri Peta Map Israel 2009, Gambar sebelah kanan Gambar Map Israel pada tahun 1948). Sebagai penduduk tempatan yang sah rakyat Palestina akan berperang untuk melindungi harta dan tanah mereka, salahkah?
Sekiranya penjajah masuk ke Malaysia hari ini, adakah kita akan membiarkannya? Mesti tidak! Kita akan lawan sedaya upaya untuk mempertahankan negara Malaysia tercinta. Kita lihat masa penjajahan Jepun dahulu, semua berperang untuk mempertahankan kemerdekaan Malaysia. begitu juga dengan Palestina.