- Mewajibkan lelaki menjaga pandangan mata diterangkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud, Katakanlah kepada lelaki yang beriman, "Hendakhlah mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian lebih suci bagi mereka (Surah annur, ayat 30)
- Mewajibkan lelaki dan perempuan menutup aurat seperti ditetapkan dalam ayat di bawah ini yang bermaksud, Hendaklah perempuan yang beriman menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang lazim nampak. Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka dan anak lelakinya, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka atau saudara lelaki dan anak lelakinya, atau anak lelaki daripada adik-beradik perempuan, wanita-wanita islam, hamba-hamba yang mereka miliki, atau hamba-hamba yang tidak mempunyai nafsu kepada perempuan, atau anak-anak yang belum mempunyai nafsu terhadap perempuan (Surah annur ayat 32)
- Adapun syarat lelaki dan perempuan menutup aurat adalah sama kecuali batasan yang perlu ditutup sahaja berebza iaitu lelaki antara pusat sampai lutut manakala perempuan sluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan.
- Syarat menutup aurat adalah tidak boleh memakai pakaian yang ketat dan jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh antara.
Wednesday, October 3, 2012
ADAKAH ISLAM MENOLAK VALENTIME DAY
Tuesday, September 11, 2012
HARGA ISTIMEWA BUKU KARYA FAISAL ABDURRAHMAN
BUKU TUHAN UNTUK SEMUA
Sunday, September 2, 2012
BUKU PASCA SYAHADAH BERADA DI PASARAN
Kandungan
BAB I MEMAHAMI MUALLAF
A. MAKNA MUALLAF
B. PERSEDIAAN SEBELUM MEMELUK ISLAM
C. TINDAKAN MUSLIM TERHADAP SAUDARA MUSLIM
BAB II KEINDAHAN ISLAM
A. MAKNA ISLAM
B. ISLAM AGAMA YANG MUDAH
C. KENAPA ISLAM KELIHATAN SUSAH?
BAB III MENGUCAP SYAHADAH
A. MAKNA SYAHADAH
B. KEPERLUAN SYAHADAH
C. KESAN SYAHADAH TERHADAP KEIMANAN
BAB IV BERIMAN KEPADA ALLAH
A. RUKUN IMAN
B. SIFAT-SIFAT ALLAH
C. PANDANGAN KITAB-KITAB TENTANG ALLAH
BAB V SYIRIK
A. MAKNA SYIRIK
B. BAHAYA SYIRIK
C. ISLAM MENCEGAH SYIRIK
D. KESAN AMALAN SYIRIK
BAB VI BERIMAN KEPADA MALAIKAT
A. CIRI-CIRI MALAIKAT
B. TUGAS-TUGAS MALAIKAT
BAB VII BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
A. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN KITAB ALLAH
B. SETIAP NABI DILENGKAPI DENGAN KITAB SUCI
1. ZABUR
2. TAURAT
3. INJIL
4. AL-QURAN
BAB VIII KETULENAN AL-QURAN
A. PEMELIHARAAN KETULENAN AL-QURAN
1. SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN
2. PENGUMPULAN MANUSKRIP DAN PEMBUKUAN AL-QURAN
3. AL-QUR’AN DIULANGKAJI OLEH RASULULLAH DAN SAHABAT
4. AL-QURAN DIULANG DALAM SOLAT WAJIB
5. AL-QURAN DIULANG DALAM TADARUS AL-QUR’AN
6. AL-QURAN DIHAFAL OLEH MUSLIM DI SELURUH DUNIA
B. PENYINGKIRAN PENULIS YANG TIDAK LAYAK
1. MUHAMMAD
2. SYAITAN
3. AL-KITAB
BAB IX BERIMAN KEPADA RASUL-RASUL
A. DEFINASI NABI DAN RASUL
B. BERIMAN KEPADA RASUL
C. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN RASUL
D. NABI YANG TERPILIH (ULUL AZMI)
E. NABI MUHAMMAD SEBAGAI NABI TERAKHIR
BAB X SEJARAH RINGKAS NABI MUHAMMAD
A. MASA KANAK-KANAK
B. MASA BELIA
C. PERISTIWA AGUNG DALAM KEHIDUPAN RASULLAH
1D. MUKJIZAT NABI MUHAMMAD
BAB XI BERIMAN KEPADA AKHIRAT
A. PEMBAHAGIAN ALAM KEHIDUPAN
1. ALAM ROH
2. ALAM RAHIM
3. ALAM DUNIA
4. ALAM BARZAH
5. ALAM AKHIRAT
B. HARI KIAMAT
1. TANDA-TANDA KIAMAT BESAR
2. TANDA-TANDA KIAMAT KECIL
BAB XII BERIMAN KEPADA QADHA DAN QADHAR
A. KEWAJIPAN BERIMAN KEPADA QADHA DAN QADHAR
B. HUBUNGAN ANTARA QADHA DAN QADHAR DENGAN USAHA
Monday, July 23, 2012
Friday, April 6, 2012
BUKU ISLAM UNTUK SEMUA
Tuesday, February 28, 2012
ADAKAH MUSLIM DIJAMIN MASUK SYURGA?
Jawapannya Ya!
Rasulullah melaporkan dalam hadis di bawah ini yang bermaksud
Barang siapa mengatakan: "Aku redha Allah sebagai Tuhanku, islam agamaku dan Muhammad Rasulku" wajib baginya masuk syurga (Abu Daud)
Hadis di atas merupakan jaminan yang diberikan oleh Rasulullah kepada sesiapa yang beriman kepada Allah akan masuk syurga. Sungguhpun demikian tidak ada sesiapa yang dapat menjamin bahawa pengakuan keEsaan Allah akan kekal selama-lamanya. Allah berfirman dalam ayat di bawah ini:
Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak pula mereka bersedih hati".
Selagi muslim mati dalam keimanan akan masuk syurga adakah di awal atau di akhir sesuai dengan amalan yang dilakukan. Syurga yang akan diperolehi oleh seseorang bergantung kepada amalan yang dilakukan. Jika lebih banyak amalan kebaikan daripada amalan keburukan maka akan mendapatkan syurga dengan peringkat yang lebih tinggi berbanding dengan yang lebih banyak melakukan amalan kejahatan. Jika banyak amalan kejahatan yang dilakukan maka ia akan disiksa terlebih dahulu di dalam neraka.
Syarat untuk masuk syurga
Pertama. Beriman dan beramal Soleh
Allah memberi balasan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan. Mereka mendapatkan keampunan dan syurga (Sab', ayat 4)
Kedua. Melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya
Daripada Abu Abdullah Jabir melaporkan Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan solat, berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya! (Sahih Muslim)
Merujuk kepada hadis di atas seolah-olah islam diberikan kepada lelai sahaja padahal syurga disediakan untuk lelaki dan perempuan juga.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”(Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Kedua. Mendirikan solat
Maka dirikankanlah solat itu (seperti lazimnya) sesungguhnya solat adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman ” (Surah An-Nissa’ ayat 103)
Solat merupakan perintah Allah kepada manusia untuk mendekatkan diri kepada Alalh dan membersihkan diri daripada dosa yang dilakukan oleh manusia seperti dilaporkan dalam ayat di bawah ini:
“Perumpamaan solat lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebuah sungai yang dalam dan mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”(Hadis Riwayat Muslim)
Ketiga Puasa di bulan ramadhan
Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku” Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak….(Hadis Riwayat Muslim)
Menghubungkan silatur rahmi
Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan, dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk. Dan orang-orang yang sabar Karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang Itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik), iaitu syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya.... (ar-Ra'du 21-23)